Laman Webantu   KM2A1: 3044 File Size: 5.9 Kb *



'Barisan Alternatif' Tumbuh Dari Bisikan Hati Nurani Rakyat
By Amin Sapiro

21/10/2000 8:20 pm Sat

Amin Sapiro (menanti pelangi pagi)

"BARISAN ALTERNATIF" TUMBUH DARI BISIKAN HATI NURANI RAKYAT


TANPA merungkai sejarah tumbuhnya Barisan Alternatif (BA), seseorang yang mengikuti perkembangan politik negara ini pasti akan terdorong untuk membuat rumusan bahawa Barisan Alternatif (BA) sudah benar-benar menjadi cabaran paling sukar dipatahkan oleh regim Mahathir @ Barisan Nasional.

Tidak boleh dinafikan kini bahawa Barisan Alternatif (BA) sudah menjadi "focal point" penganalisis politik (tempatan dan luar negara). Orang tidak sedemikian cenderung lagi membicarakan masa depan UMNO/BN. Sebaliknya, penganalisis politik, ekonomi dan sosial merasa lebih bermanfaat mentelaah sekitar "future" negara ini yang bakal dirangkarancang oleh pemimpin Barisan Alternatif (BA).

Pemimpin dunia maju dan para pelabur asing sudah putus kata bahawa Malaysia bukan lagi sebuah negara yang wajar jadi minatan mereka untuk meletakkan harapan. Hakikat ini amat merugi kita. Rakyat harus "tepuk dada tanya selera"..!!

Anwar Makin Menguasai Politik Malaysia

Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional tak putus-putus mencemuh Barisan Alternatif (BA) kununnya tumbuh dari desakan simpati yang sempit terhadap nasib Anwar.

Media arus perdana cetak dan letronik telah dipaksa supaya pro Regim Mahathir dan Barisan Nasional. Mereka diarah supaya membuat liputan berita dan rencana bepaksikan "equation" kununnya "REFORMASI = RUSUHAN". Jika engkar, "editor in chief" akan ditendang keluar!!

Maka terpancarlah dikaca TV dan diupahlah penulis-penulis betahap cendekiawan "Lebai Malang @ Profesor Cangkung " dari kampus-kampus Universiti tempatan supaya menulis rencana pro Regim Mahathir, UMNO Baru dan Barisan Nasional. Dihubungkaitkanlah, kununnya UMNO Baru adalah parti yang pernah berjasa sejak 43 tahun silam, parti yang memerdekakan negara parti yang tumbuh dari asakan Anti Malayan Union.

Tetapi, jika seseorang itu mengkaji dan metelaah sejarah UMNO dan melakukan analisis secara "compare dan contrast", maka pasti akan didapati satu senarai panjang pelbagai perbedaan ketara antara UMNO Baru dan UMNO Lama. Yang tunjang, UMNO/BN adalah dikuasai oleh seorang Diktator yang sudah "hilang arah". Keadaan inilah yang memberi gambaran jelas apa sudah jadi kepada BN Baru dan BN Lama.

Satu kesimpulan yang nyata ialah: seseorang penganalisis politik akan nampak bahawa Regim Mahathir dan pemimpin UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN yang menganggotai Barisan Nasional sudah jauh terpesong dari wadah perjuangan yang diamanah dan tuntut rakyat semua kaum sejak negara ini merdeka.

Barisan ini dan para pemimpin parti itu makin terpisah, tersingkir dan telah putus hubungan dengan rakyat. Mereka tidak dapat lagi membaca hati rakyat dan apa jua yang mereka lakukan tidak bertujuan untuk memberi kesejateraan rakyat.

Makin hari makin nampak bahawa Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional sekarang, terlalu banyak karenah dan melakukan bermacam-macam perkara yang bertentangan dengan norma budaya, hasrat dan kemampuan rakyat menerimanya. Mereka tidak lagi mengamalkan Keadilan, sebaliknya melakukan segala bagai kekejaman dan Kezaliman terhadap rakyat.

Sebagai bukti, apa yang dilakukan oleh Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional sekarang, samada rancangan yang dikatakan mereka sebagai "pembangunan", pengendalian dan perlaksanaan undang-undang dan pentadbiran, perioriti dan fokus pembangunan ekonomi dan sosial, pentadbiran wang rakyat, keutamaan Belanjawan Negara, konsep keadilan dan perakuan hak asasi rakyat dll, - sudah hancur dan tunggang-terbalik.

Disinilah keterampilan dan karisma Anwar makin tampak menguasai politik Malaysia. Sehingga, ke ceruk dunia mana juga Mahathir pergi dan berwawancara, bagi audience yang hadir: Anwar seolah-olah sedang duduk memerhatikan Mahathir sedang BERBOHONG bontang..!!

REFORMASI dan Pengembalian Kesejahteraan Rakyat

Persoalan yang timbul dihati rakyat sekarang ialah: sampai bilakah negara ini dipaksakan oleh Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional supaya terus-menerus bergolak, bergejolak dan statik. Walhal negara ASEAN yang lain dan seluruh negara Tenggara Asia sudah melupakan kemelesetan ekonomi yang melanda dua tahun dulu.

Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional semacam tidak sedar bahawa rakyat sudah sampai ketahap "tidak yakin" lagi kepada BN dan komponen yang menggotainya - lebih-lebih lagi dengan Mahathir sendiri menerajui parti.

Malah, desas-desus sudah terdengar bahawa bukan saja Barisan Alternatif (BA) yang mencabar kepimpinan Mahathir dan mendedahkan gejala Rasuah, Nepotisma dan Kronisma yang "menggila-gila" dikalangan pemimpin BN; pemimpin UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN sendiri sedang mengalami perpecahan sesama sendiri atas sebab-musabab dan faktor yang sama.

Bermakna, BN sendiri sedang menunjukkan kecenderungan untuk menghayati konsep "Reformasi" yang dilaungkan oleh Anwar.

Apa yang menakut Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional yang korup itu ialah, pemimpin pertengahan komponen Barisan Nasional sendiri sudah tidak yakin Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional yang ada akan termampu menandingi dan mengimbangi REFORMASI yang cicetuskan oleh Anwar; dan diperhebat oleh Barisan Alternatif (BA).

Apa akan jadi dalam Pemilu 2003/4 kelak??

(bersambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)