Laman Webantu   KM2A1: 3039 File Size: 8.5 Kb *



Begini Jadinya Bila Yahudi Perangkap 'Ulamak' Dari Dalam
By Amin Sapiro

20/10/2000 9:04 pm Fri

Amin Sapiro (mencari iktibar di bulan Rejab)

BEGINILAH JADINYA BILA YAHUDI PERANGKAP "ULAMAK" DARI DALAM


KITA merasa dukacita yang amat sangat bila MB Selangor "baling batu sembunyi tangan" dengan memberi arahan kepada JAIS menegah, mencegah, melarang, menghalau, mensenaraihitamkan, tidak memberi kebenaran (apa lagi perkataan yang sesuai dan tepat untuk digunapakai?) kepada YAB TG Nik Aziz berceramah agama Islam diseluruh negeri Selangor.

Arahan Berbau Yahudi?

Kita berbalik sejenak kebelakang - Sebelum regim Shah Iran yang terkenal dengan Savak yang sangat kejam itu tumbang; Ayatullah Khomeni pernah dihalau dari bumi Iran oleh Raja yang zalim itu; semata-mata kerana beliau memberi ceramah di masjid-masjid.

Itu adalah strategi Yahudi Amerika untuk memusnahkan Islam di sana, kerana ditakuti akan merosakkan kepentingan Yahudi bernilai berlaksa-laksa dolar Amerika di bumi Iran.

Tetapi, apa sudah jadi? Ulamak Parsi itu telah berhijrah ke Paris, sebuah negara yang meresmikan agama Kafir. Di sana beliau semakin popular. Beliau mengendalikan pelbagai ceramah agama yang kemudiannya ditafsirkan oleh rakyat Iran tempatan sebagai sumber semangat menumbang regim zalim Reza Pahlavi, "bapak sekularis Islam" di Iran.

Akhirnya, Shah Iran "bungkus gulung tikar" lari lintang-pukang dengan membawa segenggam tanah cuma..!! Ke mana? Tidak ke mana. Yang pasti beliau terbenam 6 kaki bawah tanah. Saling tak tumpah Raja itu seperti tunggul kayu dimakan anai-anai - mereput dari dalam. Hancur satu keluarga jadi mangsa perbuatan mereka mengkhianati Islam.

Itu adalah peristiwa segar yang memberi kita kenyataan benar bagaimana Yahudi melaksanakan agenda menggunakan Raja dan Kerajaan (ulang: Raja dan Kerajaan) yang memerentah supaya sekongkol cuba memusnahkan Islam dari dalam. Tak jalan. Akhirnya Raja dan Kerajaan yang cuba memusnah aspirasi rakyat yang berkobar-kobar menumbang kerajaan zalim telah menang. Jahanam kerajaan peliharaan Yahudi gampang. Tak ada juga yang nak fahamkah?

Tak cukup lagi contoh itu, kita wajar ingat peristiwa Abrahah menyerang kota Makkah. Pasti kita mendapat iktibar paling besar bagaimana Allah swt. menurunkan bala paling keras kepada tentera si Abrahah. Sebagai peringatan, kita sering menjadikan peristiwa itu sebagai surah yang kita baca semasa Solat.

Pun masih ramai antara kita (termasuk pemimpin UMNO dan MB Selangor serta para ulamak mereka) seolah-olah terlupa bahawa sesungguhnya Islam adalah sentiasa dalam pemeliharaan Allah swt. Dialah yang memelihara agamaNya!

Kesan Kemusnahan Aqidah dan Amalan

Bermakna, sekiranya Islam itu terlampau teruk cuba dimusnahkan manusia durjana, hingga berlaku kemusnahan aqidah dan amalan yang dituntut Allah swt keatas umat dan hambaNya; kesan dari perbuatan manusia yang cuba mencemarkan agama yang Maha suci itu - nescaya Allah swt sendiri akan mengambil keputusan menyelamatkan agamaNya.

Dan bala yang akan menimpa adalah jelas: Kerajaan dan pemimpin yang tidak berhemah itu akan musnah menyembah bumi. Segala nikmat akan ditarik balik oleh Allah swt. Maka tinggallah bagi mereka cuma "gigi dengan lidah" dan tulang rangka dibalut kulit cuma.

Hari ini kerajaan Ethiopia Abrahah sudah hancur musnah tidak bersisa. Zuriat-zuriat perkasa yang pernah mengangkat pedang dan cuba meruntuhkan Ka'bah kini hidup kurus kering tinggal tulang rangka sahaja.

Sejak 1,400 tahun dulu hingga ke hari ini, iklim padang pasir menjalar mengkering-kontangkan bumi yang dulunya serba hijau hingga termusnah kehidupan mewah yang melimpah-ruah. Itulah dia balasan Allah swt. Masih kita di Malaysia ini tidak sedar?

Negeri Selangor dan Regim Mahathir

Kita kena ingat, Negeri Selangor akan kekal hingga Kiamat (insyaAllah). Zuriat orang Melayu Islam di Selagor akan hidup lebih lama. Wajar sangat difikirkan oleh MB Selangor, ulamak JAIS, Majlis Fatwa, ulamak UMNO, regim Mahathir (termasuk baginda Sultan dan Raja-raja Melayu) BAHAWA arahan "cacamarba" yang dikeluarkan kepada YAB TG Nik Aziz begitu sudah lebih dari yang termampu dipatuhi oleh orang Melayu Islam di mana-mana jua.

Mahathir pasti akan mati. Allah swt tidak pernah menjanjikan kepada hambaNya akan terus hidup menongkat langit. Yang kekal hanya Allah swt saja. Apakah jaminan UMNO, MB Selangor, ulamak JAIS, Majlis Fatwa, ulamak UMNO, regim Mahathir (termasuk baginda Sultan dan Raja-raja Melayu) akan beri kepada orang Melayu Islam hidup sejahtera di Dunia dan Akhirat?

Kita tanya lagi: Adakah dengan memusnah seruan Islam itu dan menegah, mencegah, melarang, menghalau, mensenaraihitamkan, tidak memberi kebenaran kepada satu senarai panjang ulamak-ulamak Islam berceramah kepada ummah maka UMNO dan regim Mahathir akan terus kekal berkuasa sampai bila-bila? Adakah dengan mengeluarkan arahan kepada YAB TG Nik Aziz begitu merupakan jaminan UMNO/BN akan terus kekal memerentah?

Ayat Kursi dan Hikmahnya

Sesungguhnya, Allah swt merajai segala Kerajaan di bumi dan di langit. Kuasa yang ditumpangkan kepada semua pemimpin (termasuk pemimpin UMNO) adalah amanah semata-mata. Di Yaumilmahsyar, kalian akan disoal oleh Allah swt, bukan atas asas sekaya mana, atau hebat mana kuasa yang anda rangkul selama menjadi pemimpin UMNO atau MB, Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, Ketua Perhubungan, Presiden Parti, atau Perdana Menteri. Soalannya lebih kepada sejauhmana anda telah melakukan kebaikan ke jalan yang diredhai Allah swt.

Mustahil MB Selangor dan ulamak JAIS terlupa perkara itu. Mungkin kerana dendam politik Mahathir, anda sanggup jadi KRONI hingga sama-sama sanggup terjun ke Neraka bersama Dr. Mahathir Mohamad? Bangang sangat anda nampaknya!!

Raja-Raja Melayu Melindungi Agama Islam?

Tidak salah kita bertanya sekarang: Apa fungsi Raja-raja Melayu dalam memertabatkan agama Islam jika seorang MB boleh keluarkan arahan mencantas kuasa baginda semua? Tidakkah itu bermakna kuasa Raja-raja sudah dicincang dan ditumbuk lumat-lumat dan dijadikan "sambal belacan" oleh MB-MB dan Presiden UMNO?

Bilakah dalam Enekmen Agama Islam di negara ini seorang MB negeri dan Presiden UMNO boleh mengeluarkan arahan dan dipatuhi sebagai undang-undang oleh rakyat? Dimanakah peranan Majlis Fatwa? Adakah senarai panjang ulamak yang ditegah berceramah itu telah melalui proses yang membuktikan mereka mengajar "Ajaran Sesat" seperti Astora Jabat dan Kassim Ahmad?

Haiiiiihhhhhh!. Tak salah jika orang luar mempersenda kita dengan berkata, "Malaysia sudah tidak ada Undang-undang Syariah Islam. Sudah jadi macam kandang haiwan. Siapa nak rogol anak dara sunti, simpan gundek dan mistress adik ipar dan anak dara jiran, bebas memakai segala macam pakaian bertentangan dengan hukum Islam " silakan..silakan..silakan!!.

Apakah negara ini sudah tidak bertuhan? Apa jawapan Baginda Sultan? Apa guna Baginda semua ditanggung makan, diberi kekayaan, duduk di takhta yang tempawan, beristeri 2, 3 dari pelbagai keturunan, main judi memusnahkan hutan simpan; TETAPI sampai masa rakyat menyerah MEMO - baginda simpan bawah tilam? Aduhai - Baginda Sultan..!!

Berfikir dan Berfikirlahhhh.!!

Berfikirlah sebelum terlambat. Hari ini hari Jumaat. Bulan ini bulan Rejab yang memberi berkat. Semasa solat Sejadah Subuh pagi tadi kita sama-sama menadah tangan memohon keampunan dan merafa'kan hajat kepada Allah swt. Masakan selepas itu kita berkeliaran melakukan pekerjaan melaknat agama Allah swt pula? Tidakkah itu bermakna hidup kita sentiasa bergelimang dengan 1001 maksiat dosa berat? Nauzubillahhhhhhh..!! Berfikirlah..!!

Salam dan silaturrahim dari saya kepada semua (termasuk kawan-kawan "lamo").

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)