Laman Webantu   KM2A1: 3033 File Size: 13.1 Kb *



TJ MGG: MP Ponteng Dan Isu Nasional
By Marhain Tua

19/10/2000 10:26 pm Thu

MGG101

MP Ponteng Dan Isu Nasional
(MGG: Absent MPs And National Issues)


Perdana Menteri naik berang kerana ahli Parlimen Barisan Nasional selalu sahaja ponteng daripada menghadiri sidang parlimen. Dia telah membuat ugutan kepada MP Barisan Nasional, terutama sekali mereka yang mewakili UMNO; kalau selalu ponteng mereka akan disingkirkan daripada menjadi calon lagi. Tiga dekad sudah berlalu, inilah pertama kalinya kehadiran dan suara pembangkang di parlimen itu dihormati; tanpa risau kalau-kalau ketiadaan MP kerajaan akan menyebabkan parlimen kehilangan korum. Sekarang ini kalau silap congak, rang undang-undang yang dibentang kerajaan mungkin juga boleh dikalahkan. Kalau berlaku, walaupun satu kali akan merupakan satu aksi simbolik yang akan mencemarkan kewibawaan kerajaan, seperti yang sedang berlaku secara berdikit sekarang ini. Tindakan Perdana Menteri mengeluarkan ugutan seperti itu kepada MP beliau dan usaha UMNO untuk menentukan ahlinya mendaftarkan diri sebagai pengundi yang sah, 45 tahun selepas kerajaan yang ada memerintah negara, menunjukkan betapa gentarnya pucuk pimpinan parti terhadap pergolakan di akar umbi yang dahagakan jawapan terhadap tindakanya yang tidak condong kepada kepentingan orang Melayu itu. Yang paling menonjol ialah kemelut yang menghantui episod Insan Yang Mesti Dihapuskan Dengan Apa Cara Jua. Mahathir sudah tidak punyai piihan lagi. Pemimpin pembangkang, Dato' Fadhil Noor, dihormati oleh rakyat sebagai seorang insan yang lebih berwibawa sebagai ahli parlimen dan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai lebih besar kredibilitinya daripada si Perdana Menteri itu.

Pada pemilu 1999 dulu, Barisan Nasional telah berjaya mengekalkan kuasa dengan memenangi 75 peratus daripada 192 kerusi yang ditandingkan. Tetapi hampir semua kerusi yang majoriti pengundinya orang Melayu merupakan kawasan yang kini mempunyai risiko yang tinggi kepad UMNO. Taktik memutarbelitkan kawasan parlimen untuk menonjolkan dominasi orang Melayu kini merupakan satu igauan yang menghambat UMNO. Satu ketika dulu, pemimpin UMNO adalah laksana ketua kaum Fiji yang memikirkan kepimpinan mereka adalah sesuatu yang menjadi hak sehingga mereka mati. Tetapi kini, ia hanya memerlukan sedikit pergolakan di akar umbi. Kalau pemilu November itu mahu diambil kira, sikap orang Melayu meninggalkan UMNO adalah merupakan satu langkah yang akan merobek keutuhan Barisan Nasional itu akhirnya.

Setiap langkah yang dilakukan oleh UMNO untuk mendapatkan kembali sokongan yang sudah hilang itu selalu sahaja disangsikan oeh orang melayu sendiri. Mereka lebih rela memerhatikannya dari tepi garisan akan tindak-tanduk dan keangkuhan para pemimpin UMNO itu sehinggakan sebarang ugutan yang dilaungkan di telinga para MP UMNO itu tidak akan bermakna apa-apa lagi. Seorang MP Barisan Nasional pernah memberitahu saya betapa dia tidak kisah kalau diterima menjadi calon lagi; dia pasti akan kalah juga. Kerana itu dia menempelak Perdana Menteri kerana masalah yang sedang dihadapinya itu.


Para MP yang kerap ponteng parlimen bukannya daripada parti pembangkang. Tetapi, bukan sahaja MP yang berperangai begini. Ahli kabinet pun melakukannya. Kerap juga dewan parlimen tidak dihadiri oleh seorang menteri pun. Perdana Menteri ialah orang yang kerap ponteng juga. Kepada mereka ini, parlimen adalah untuk di perlekehkan, cukup dijadikan satu simbol untuk memberitahu dunia bahwa kita mengamalkan demokrasi berparlimen. Orang yang menjadi speaker dilantik dan bukannya dipilih oleh para MP di kalangan mereka. Tentulah dia akan terus mengampu kerajaan yang memerintah. Kalau kerajaan mahukan sesuatu isu itu dilupakan sahaja, ia tidak boleh melakukannya; kalau pihak pembangkang mahukan sesuatu isu itu dibincangkan, ia pun tidak mampu melakukannya. Suasana dewan parlimen itu telah bertukar begitu ketara sekali sejak keputusan pemilu November 1999 itu. Si Perdana Menteri terpaksa berhadapan dengan seorang pemimpin pembangkang yang bukan lagi merupakan seorang cina yang bertnama Lim Kit Siang. Kini dia berhadapan dengan seorang pemimpin pembangkang Melayu yang datangnya daripada Kedah, juga. Setakat ini dalam setiap konfrontasi mereka itu, Dato Fadhil telah berjaya menyerlahkan kewibawaannya. (Itu sebabnya si Perdana Menteri sudah pandai menjelirkan lidahnya?- penterjemah)


Kalau Barisan Nasional mahukan parlimen itu sebagai dewan yang memperjuangkan masaalah rakyat, ia perlu membuktikannya dan tidak sengaja menjadikannya laksana dewan tukang angguk. Ia mestilah dijadikan dewan untuk forum politik yang terpenting di negara ini, di mana pelbagai isu didebatkan dan kerajaan mengambil sikap ingin tahu. Sebaliknya, parlimen diperlekehkan walaupun ketika dewan itu sedang bersidang. Banyak keputusan dan dasar yang penting dibuat di luar parlimen dalam keadaan yang boleh dipertikaikan. Kalau si Perdana Menteri mahukan MP Barisan Nasional menghadiri parlimen dia mesti tentukan perkara ini dilakukan oleh ahli kabinetnya juga. Dia harus menunjukkan contoh betapa dia siap siaga dengan turut serta dalam perdebatan dan bukannya muncul sekali sekala semata-mata untuk menunjukkan hidungnya..


Setiap kenyataan penting ketika parlimen bersidang mestilah dikeluarkan ketika persidangan sedang berjalan. Selagi pemimpin tidak menghormati parlimen, para pengikutnya tentu tidak akan ambil kisah. Lagipun tindakan Perdana Menteri itu bukannya bertujuan utnk menentukan kedaulatan parlimen itu tetapi untuk melambatkan kereputan yang sedang berlaku dari dalam partinya.

Airmata buaya yang keluar daripada kelopak mata si Perdana Menteri (sila lihat rencana lidah pengarang Straits Times (19 Oktober, 00 m/s/ 14) nampaknya akan terus berjuraian lagi:


" Perdana Menteri memang berhak merasakan keadaan yang sedang berlaku kerana kalau para ahli parlimen terus ponteng ia akan melunturkan fungsi demokrasi berparlimen itu. Yang lebih mengaibkan, kalau sikap ponteng parlimen ini dibiarkan terus menggila, rasa hormat rakyat terhadap wakil parlimen akan terus luntur dan terhakis akhirnya. "

Alangkah aibnya..! Tetapi, di manakah New Straits Times ketika para MP itu melakukan apa yang tidak digemarinya? Bukankah para MP yang ponteng itu sengaja memperlekehkan fungsi parlimen? Usaha memperbetulkan masalah secara berseloka tentunya tidak akan memperbetulkan kewibawaan Barisan Nasional.

Apa yang ditimbulkan oleh Perdana menteri bukannya ada kaitan terhadap kurang hormat kepada Dewan Parlimen. Lidah Pengarang akhbar itu telah mencadangkan agar sessi parlimen diberikan liputan TV secara lintas langsung. Dapatkah ini membantu Barisan Nasional? Betapakah pula para ahli parti pembangkang yang berdebat dengan berkesan sehinga mampu mengganyang ahli parlimen kerajaan di kerusi belakang yang sepatutnya memainkan peranan demikian. Nampaknya semua ini adalah satu contoh mendapatkan penyelesaian secara konsep bidan terjun kepada masalah besar yang sudah lama jatuh menjunam.


>>>>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<


Rencana Asal:

Absent MPs And National Issues

The Prime Minister is incensed National Front MPs do not attend Parliament as assidiously as they should. He threatens National Front, especially UMNO, MPs would be dropped if they stay away from Parliament. For the first time in three decades, the Opposition can itself heard, without government MPs denying it a quorum by leaving the House. Now with 45 MPs, twice the quorum, it puts the government on notice. It is now possible for government bills to be defeated. One symbolic defeat, even on an irrelevant matter, would destroy the government's equanimity, such as it is. That the Prime Minister must threaten his MPs with deselection, and for UMNO to insist office-seekers to be registered voters, 45 years after the government coalition took office, reflects fear and disarry at the Malay ground demanding answers for its un-Malay actions, the most important the continuing saga of He Who Must Be Destroyed At All Cost. He has no choice. The opposition leader, Dato' Fadhil Noor, is seen, in the public eye, a more credible parliamentarian and leader than the Prime Minister.

The November 1999 general elections, which returned the National Front to power with 75 per cent of the 192 seats, nevertheless made almost every Malay-majority constituency at risk. The regular electoral gerrymandering to ensure Malay parliamentary dominance now comes to haunt the government. Like the Fijian territorial chiefs, UMNO leaders assumed this allowed them power in perpetuity. All it needed to unhinge is a revolt within the ranks. If the November general elections counts for anything, this Malay cultural desertion unhinged the National Front. Every step UMNO takes to recover this lost ground is disbelieved. So, its members nonchalantly watch from the political sidelines, its MPs so arrogant and c##ks-of-the-hoop that they cannot be whipped into line with threats that now do not matter: one National Front MP told me it mattered not if he was not a candidate in the next election; he would almost certainly be defeated if he were. And blames his predicament on the Prime Minister.

The MPs who regularly play truant in Parliament are not from the opposition. But it is not only MPs who do so. The cabinet does too. Often the House does not have even a single minister on the benches. The Prime Minister is a notable absentee to parliamentary sessions. Parliament, in their view, is to be ignored except to tell the world we are a parliamentary democracy. The Speaker, appointed and not elected by MPs from amongst them, would not go against the government of the day. If a government want an issue ignored, it would not; if the opposition wants an issue raised, it cannot. But the mood in the House changed irrevocably with the November 1999 general election. The Prime Minister takes on not a Chinese, Mr Lim Kit Siang, but a Malay, and from his home state of Kedah. In the confrontations so far, Dato' Fadhil has the edge.

If the National Front wants Parliament to reflect the people's concern, it should be made to exist as one, not as a rubber stamp. It should be made the most important political forum in the country, where issues are vigorously debated, and the government regularly keeping it informed. Instead, Parliament is ignored, even in session, and important policy statements made outside the House in dubious circumstances. If the Prime Minister wants National Front MPs to attend Parliamentary sessions, he should order his cabinet and government too. He should set an example by being available during sessions, and be present for more than his cursory appearances, actively participate in the proceedings. All important statements during session must be made in the House first. Unless the leaders give Parliament the respect it deserves, the followers would not care. Besides, the Prime Minister moves not to ensure parliamentary sovereignty but to staunch the rot within his ranks.

But the Prime Minister's crocodile tears, which the New Straits Times editorial today (19 October 00, p14) reflects, must remain that. "The Prime Minister is rightfully concerned with the state of affairs because it is detrimental to the smooth functioning of parliamentary democracy if MPs are frequently absent from parliamentary sittings and what is more disturbing is that the people's respect for their elected representatives could erode over time if the absenteeism persists and is not checked." Phew! But where was the New Straits Times when the National Front did just what it says MPs should not: deliberately preventing the functions of parliament. Couching the problem in cliches does not address the problem of National Front credibility. It is not disrespect for parliamentary democracy the Prime Minister rails against. The editorial suggests House sittings be televised. Would that help the National Front? Or the Opposition, whose MPs argue with purpose, often to taunts from the government backbenchers whose role more often than not just that. Another irrelevant quick-fix to an intractible problem.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my