Laman Webantu   KM2A1: 3029 File Size: 14.9 Kb *



TJ MGG: Bila Menteri Besar Tayangkan Tajinya
By Marhain Tua

19/10/2000 11:11 am Thu

MGG100

Bila Menteri Besar Tayangkan Tajinya
(MGG: A Mentri Besar Flexes His Muscles)


Menteri Besar Pahang, Dato' Adnan Yaakob, memang mempunyai cara tersenderi temasuk dengan isyarat tangan, untuk menunjukkan bagaknya terhadap saingan politiknya, terutama sekali orang PAS. Dia memang gelojoh, bagak, dan mudah celupar kalau suasana memerlukannya dan mengikut fikiran UMNO merupakan seorang insan yang memang diperlukan untuk menarik perhatian dalam sesuatu majlis. Di sebalik itu pula, dia merupakan seorang ahli politik yang licik.

Tidak ramai yang menyangkakan beliau mampu melakar satu kerjaya politik yang dapat menyerlah sebaik sahaja dia mengambil tempat seorang pemimpin yang telah memegang teraju kepimpinan negeri dan juga UMNO selama sebelas tahun. Inilah kejayaan Adnan. Dia berupaya merenggangkan dirinya daripada insan yang digantikannya, Tan Sri Khalil Yaacob yang kini menjadi Setaiusaha Agong UMNO merangkap Menteri Penerangan. Pada mulanya, Adnan telah meminta agar dia dilantik menjadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri, satu jawatan yang memang selalunya dipegang oleh Menteri Besar. Apabila UMNO memperlekehkan perkara itu, dia telah mengugut untuk meletakkan jawatan yang memungkinkan tercetusnya pilihanraya kecil. Kerana itu Tan Sri Khalil terpaksa melepaskan jawatan itu, dan Adnan mengambil tempatnya. Sekarang ini Adnan bersuara lantang menempelak Tan Sri Khalil kerana keadaan negeri yang tidak berwang. Kerana itu dia secara lantangnya telah memberitahu orang ramai disebabkan ketiadaan wang, pembangunan negeri terpaksa dipinggirkan.

Dalam Kerajaan Brisan Nasional, menteri besarnya memang terkenal kerana ketahanan mereka memegang jawatan itu dan bukan kepada kewibawaan mereka sebagai pemimpin. Menteri Besar UMNO yang terakhir di Terengganu, telah menyambut ulangtahunnya ke 25 tahun di jawatan itu dengan menyaksikan kemunculan PAS untuk mengambil alih pentadbrian negeri setelah mereka menang di pemilu November 1999 dulu. Menteri Besar Negri Sembilan sudah pun menghampiri ambang dua dekad dalam jawatannya itu. Tan Sri Khalil telah menjadi menteri besar Pahang selama sebelas tahun. Menteri Besar ini dapat bertahan lama di tampuk kepimpinan negeri itu disebabkan perkenan presiden UMNO dan bukannya disebabkan mereka didapati sesuai oleh dewan perundangan negeri masing-masing. Di Johor telah berlaku satu skandal yang membabitkan dua kes yang bernilai 500 juta setiap satu sehinggakan ia menggugat kedudukan menteri besar. Soal kewibawaan seseorang menteri besar itu juga terpalit kepada sebuah negeri di mana ketua menterinya bukannya datang daripada UMNO. Sejak 1957, Penang telah mempunyai hanya tiga orang ketua menteri. Seperti yang telah berlaku di Terenganu, jawatan di Penang itu masih tidak bertukar dan mungkin berubah kalau ada tindakan pembaruan yang dilakukan oleh rakyat. Kerajaan kerap berlagak sombong dengan kenyataan berkaitan dengan stabiliti, sedangakan apa yang dilakukannya ialah menggalakkan korupsi, pembaziran wang rakyat, pembikinan imej, keangkuhan, dan sikap melakukan putaran minda bagaimana masyarakat menghargai kepimpinan mereka. Rintihan yang dilakukan oleh Adnan Yaakob merupakan satu pertanda betapa akan bermulanya satu trend sanggahan dari dalam yang mahukan perubahan dalam cara mana kerajaan negeri Barisan Nasional itu harus ditadbir.


Di Pahang, Dato Seri Adnan telah menumpukan serangannya kepada kaedah yang digunakan oleh orang sebelumnya untuk membalun perbendaharaan negeri sehinggakan menjadi kering kontang dan meninggalkan hutang lapuk yang bercendawan sehinggakan tidak ada kemampuan untuk kerajaan yang ada membayar hutang itu.

Di antara hutang lapuk iatu ialah:


  1. Sejumlah RM2 Bilion yang merupakan pembayaran kepada bank bagi hutang yang digunakan untuk projek elektronik MECCity yang telah lingkup itu.

  2. Hutang kerajaan negeri kepada bank ialah sekitar RM700 juta.

  3. Hutang Kemajuan Pertanian Pahang ialah RM800 juta.

  4. Terdapat jua ratusan juta kerugian yang ditanggung oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang dan juga beberapa institusi yang lain termasuk juga kerugian projek pembalakan yang diusahakan oleh Amanah Saham Pahang.


[-susun atur semula oleh Editor]

Seperti lazimnya, Dewan Undangan Negeri memang tidak diberitahu akan segala masalah kewangan ini. Tetapi, apa yang berlaku di Pahang bukannya sesuatu yang luarbiasa. Apabila sebarang usaha pengawalan belanja itu dianggap sebagai penghalang kemajuan, dan dewan undangan negeri tidak diberi ruang untuk menyoal perjalanan kerajaan itu, apatah lagi apabila keangkuhan seseorang pemimpin itu menjadi satu lambang kepimpinannya sehinggakan tidak ada sesiapa yang menyanggah cara dia menghamburkan jutaan ringgit kepada sesuatu projek yang disangsikan, sudah tentu projek itu akan kecundang dan tidak perlu dihairankan lagi. Inilah yang berlaku di Pahang, di setiap negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional dan malahan juga di peringkat kerajaan pusat. Jawatankuasa Akaun peringkat parlimen dan juga dewan negeri yang beraanggungjawb ke atas belanjawan kerajaan ternyata gagal berfungsi.

Kerajaan Pusat kini mahu menyekat pembayaran RM800 juta yang merupakan royalti petroleum yang sepatutnya dibayar kepada pentadbiran kerajaan PAS, yang memang berhak ke atasnya. Bukannya mudah untuk melaksanakan ura-ura itu. Perjanjian royalti di antara Petronas dna Terenganu telah dimetrai pada 1973 di antara pengrusi Petronas ketika itu Tengku Razaleigh Hamzah dengan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Yang menandatangani perjanjian itu ialah Petronas dan bukannya kerajaan Persekutuan. Kerajaan Terenggaanu sudah pun menyiarkan dokumen perjanian itu untuk tatapan umum (sila lihat http://www. Harakahdaily.com untuk butir lanjut). Tetapi, Tengku Razaleigh bukannya seorang insan yang mudah disenangi oleh orang UMNO kerana ramai yang sudah lama mengharapkannya ghaib di awang-awang. Tiga dekad sudah pun berlalu sejak perjanjian itu dimetrai, kini pemimpin Barisan Nasional mahu bertegas bahawa perjanjian itu tidak sah kerana Kuala Lumpur mahu memperkenalkan cara mengagehkan wang itu pula.

Jumlah yang terbabit merupakan 80 peratus daripada hasil kutipan pendapatan negara. Tanpanya tentu negeri itu akan menghadapi masalah perbelanjaannya. Namun, dalam membuat perkiraan itu, Kuala Lumpur terlupa akan semangat nasionalisme yang memang sudah lama terpahat di sanubari rakyat yang satu ketika dulu memang merupakan kawasan jajahan Thai. Dulu, kerajaan pusatnya ialah di Bangkok, kini di Kuala Lumpur pula. Di Terenganu, pemimpin UMNO sendiri pun berpendapat bahawa Kuala Lumpur tersilap, bangang dan gelojoh. Inilah yang akan menentukan lesapnya pengaruh UMNO di negeri itu dan juga Kelantan.

Kini, muncul pula satu riak penentangan terhadap pengawalan kerajaan pusat. Semua menteri besar dan juga ketua menteri merasa tertekan dengan cara kerajaan pusat memperlekehkan kerajaan Terengganu. Seseorang telah menyuarakan kemusykilan seandainya petroleum dijumpai di wilayah negerinya adakah kerajaan pusat akan membuat ketentuan bagaimana royalti petoroleum itu harus dibelanjakan? Gelagat yang ditunjukkan oleh kerajaan pusat itu telah menyemarakkan semangat kenegerian, satu kebalikan yang pernah tertjadi pada 1955 dulu. Kepimpinan UMNO negeri terpaksa menghadapi tekanan untak dikawal oleh kerajaan pusat ataupun diaibkan oleh parti pembangkang yang sanggup memperjuangkan hak kenegerian terhadap kegelojohan kuasa kerajaan pusat itu. Dato Seri Adnan Yaakob sudah lama nampak perkara ini akan berlaku, lebih awal lagi daripada menteri besar dan ketua menteri yang lain. Dia memang tidak berseorangan dalam kemelut ini. Sikap campurtangan kerajaan pusat memang sudah pun menggerakkan kemunculan semangat kenegerian di setiap kerajaan negeri. Menteri Besar Pahang itu sudah membuktikan, kalau mahu terus kekal di jawatan menteri besar itu dia mesti menyanggah kuasa kerajaan pusat. Naib presiden UMNO, Tan Sri Mohamad Taib kini sudah berada di pentas perdana, setelah berjaya menjinakkan Kastam Australia dalam episod kemunculan RM2.4 juta di dalam bagasinya satu ketika dulu.


>>>>>>>>>>>>>>>Diterjemah oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

A Mentri Besar flexes his muscles

The mentri besar of Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, often has choice epithets, backed with physical signs, for his political opponents, especially in PAS. He is abrasive, brash, foul-mouthed as occasion demands, and, in UMNO's view, a good man to have on its side, when such occasions can grab headlines. But a boor apart, he is also a shrewd politician. Few thought he could carve a political constituency of his own, succeeding a man who in eleven years personified the state and UMNO in it. But he has. He distances himself from the man he succeeded, Tan Sri Khalil Yaacob, now the UMNO secretary-general and information minister. First, he demanded that he be made the state UMNO liaison chief, a post traditionally held by the mentri besar. When UMNO dragged his feet, he threatened to resign and force a by-election. Tan Sri Khalid resigned, he took over. He now blames Tan Sri Khalid for the state's indebtedness, and says, in public, that that means development in the state must take a backseat.

Malaysia's National Front mentris besar are known not for their leadership but longevity in office. The last UMNO mentri besar of Trengganu celebrated his quarter of a century in office when PAS formed the state administration after the November 1999 general elections. The mentri besar of Negri Sembilan is about to mark his second decade in office. Tan Sri Khalid held office for eleven years. They hold office at the UMNO president's, not the state assembly's, pleasure. In Johore, a scandal involving the mentri besar and two separate amounts of RM500 million each makes his continuance in office questionable. This holds true in the only state that a non-UMNO leader holds office: Penang, which since 1957 had had only three chief ministers. They remain in office, as in Trengganu, despite internal calls for change that they often can be removed only when the ground rebels. Despite the government's claim that it provides stability, all it does is encourage corruption, wild spending, image-building, arrogance, an inbuilt confidence in its leaders in inverse proportion to how the public perceives it. Dato' Seri Adnan's plaint is the first public attack from the inside of how the National Front controlled states are governed.

In Pahang, Dato' Seri Adnan concentrates his attacks on how his predecessor left him with an empty treasury and huge debts which it cannot repay. Some of these are: The RM2 billion "comfort" Pahang gave the banks for loans to the failed MECCity electronic project; the state's RM700 million in bank loans; The Kemajuan Pertanian Pahang's indebtedness for RM800 million; the hundreds of millions of ringgit losses of the Pahang state economic development corporation and of other state bodies; the losses incurred from timber by the Amanah Saham Pahang; and other sundry indebted ness. The state assembly is as usual kept in the dark about all this, and other state financial commitments. But what happened in Pahang is by no means unusual. When checks and balances are considered an impediment, when the legislative is denied from querying the working of government, when arrogance places leaders out of criticism, when a leader's word is enough to pour tens, hundreds, of millions of ringgit into a project, such losses do not surprise. Not just in Pahang, but in every state of Malaysia and indeed of the federal government itself. The parliamentary and state assembly public account committees fail miserably when it ignores these lapses.

The federal administration ignores them, now wants to restrain the PAS-led administration from the RM800 million in petroleum royalties it is entitled to. Which it cannot. The royalty agreement between Petronas and Trengganu were signed in 1973 between the Petronas chairman, one Tengku Razaleigh Hamzah, and the then mentri besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. That it is Petronas, not the federal government, which signed the contract is in no doubt. The Trengganu government have declassified these documents, make them readily available; the PAS organ, Hakarah website -- http://www.harakahdaily.com -- carries them. But Tengku Razaleigh is not one the UMNO leaders would want as an ally, not when he remains one who they would rather hope would disappear into thin air. The National Front leaders now insist this agreement is invalid, after nearly three decades, and Kuala Lumpur will henceforth decide how this royalty funds are disbursed. Since this sum represents about 80 per cent of state revenues, this would reduce the state to penury and indebtness. But in its calculations, Kuala Lumpur ignores the intense nationalism in these two former Thai provinces against the distant capital -- once it was Bangkok, now it is Kuala Lumpur. In Trengganu, even UMNO stalwarts agree Kuala Lumpur is wrong, mean, petty. It ensures UMNO's virtual disappearance, as in Kelantan.

More serious is the incipient state revolt about federal control. The state mentris besar and chief ministers are anguished over this federal shenanigans in Trengganu. One wanted to know if oil is discovered off his state, federal government would decide how the royalty would be spent. The federal move strengthens state nationalism, a reversion to status quo ante 1955. The state UMNO leaders must go along or be swept aside by other parties prepared to protect state rights against Kuala Lumpur's constitutional encroachments. Dato' Seri Adnan Yaakob saw the writing on the wall earlier than the others. He is not alone. In every state, this federal intrusion encourages the still-incipient state nationalism. As the Pahang mentri besar showed, to remain in office one must show one can challenge the federal authorities. The UMNO vice-president, Tan Sri Mohamed Taib, is right back in centre stage, after his brush with the Australian customs following the unexplained appearance of RM2.4 million in his suitcase.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my