Laman Webantu   KM2A1: 3027 File Size: 8.5 Kb *



TJ MGG: Bila Hakim Naik Berang
By Marhain Tua

19/10/2000 9:09 am Thu

MGG99

Bila Hakim Naik Berang
(MGG: A High Court Judge Throws a Tantrum)

Seorang hakim mahkamah tinggi yang suka membuat putusan pengadilannya secara berjela-jela, terutama sekali mengenai perkara yang remeh-temeh, telah naik berang baru-baru ini. Dia telah mencela para peguam yang bertugas dalm satu kes mahkamah yang diadilinya kerana tidak menyedari adanya satu kes yang diputuskan oleh hakim itu satu ketika dulu. Bukan sahaja para peguam yang hadir tidak menyedari akan kes itu, malahan lapuran perundangan yang mencatatkan kes mahkamah untuk rujukan tidak pun membuat catatan akan kes tersebut. Seorang peguam telah membuat rujukan kepada satu kes lama yang telah bercanggah dengan pendapat hakim mahkamah tinggi ini.

Di zaman getir ini, para peguam yang bertugas di mahkamah terpaksa berhati-hati kerana mereka mudah dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah, dan mungkin dipenjarakan. Apabila hakim ini mula mencela para peguam yang hadir itu, reaksi mereka ialah memeram perasaan gelihati dengan menggunakan saputangan terpekap di mulut agar ketawa berderai mereka itu tidak kedengaran. Sikap begini, mengikut sistem perundangan Malaysia adalah laksana seseorang menjerit perkataan "API" dalam satu pawagam yang penuh sesak. Kerana itu, apabila hakim itu memperlekehkan dua peguam yang tidak membuat rujukan kepada kes yang pernah dihakiminya itu sikapnya dianggap sebagai gelagat seseorang yang terlalu mementingkan dirinya.

Apabila para peguam mendebatkan kes mereka, mereka kerap membuat rujukan kepada kes-kes lama yang pernah dihakimi oleh hakim yang sedang mendengar kes terbaru itu. Ini merupakan satu perisai terhadap seseorang yang mudah berang apabila keputusan mahkamah yang lebih berwibawa diungkit sehingga mampu mencemar keegoannya. Namun, adalah sesuatu yang jarang berlaku apabila seseorang hakim itu naik berang kerana putusan mahkamahnya tidak dijadikan bahan rujukan. Memang ada satu macam persefahaman agar perkara semacam ini dilakukan untuk tidak membuatkan seorang hakim itu mudah melatah. Apa yang lebih dipentingkan oleh seorang peguam ialah memenangi sesuatu kes itu untuk anak-guamnya. Tentunya dia tidak mahu lakukan sesuatu yang akan membahayakan urusannya itu. Kini, setiap peguam itu perlu membuat ketentuan agar tidak melakukan sesuatu yang dianggap menghina sistem mahkamah. Kerana itu, dia tidak boleh mengemukakan kes yang akan mengungkit integriti para hakim yang mengadili kes itu. Lainlah kalau dia itu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai ketokohan untuk menuduh seorang Ketua Hakim Negara kerana salahlaku korupsi dan perbuatan yang sumbang lagi. Seorang Ketua Hakim yang telah dianggap sebagai insan yang mempunyai muka tembok masih tidak berupaya melihat kebenaran terhadap tuduhan yang mempersoalkan integritinya itu.


Dewasa ini orang tidak lagi memberikan penekanan kepada kisah samada sesuatu kesalahan itu diadili dengan baiknya. Yang lebih dipentingkan ialah samada keadilan itu dihormati dengan cara menghapuskan amalan korupsi dalam sistem pengadilan itu sendiri. Para peguam kerap menjadi mangsa ketua hakim dan para balacinya kerana mereka itu dianggap sebagai memusuhi ketua hakim itu. Itu sebabnya ada seorang peguam yang dengan sengaja membuat helah dan menipu mahkamah dalam sesuatu hal dan dia dibiarkan begitu sahaja. Peguam yang mengelat ini adalah rakan bersantai ketua hakim negara itu dan juga ketua peguam negara. Mereka pernah bersantai bersama anak-guamnya seorang yang diangapnya sebagai peniaga bertaraf antrabangsa yang tidak ada tolok bandingannya.

Tetapi, pengerusi Majlis Peguam Malaysia terpaksa membuat penerangan kenapa majlis peguam berani membincangkan perkara yang menyangkuti hal ehwal ahlinya. Ini memberi gambaran betapa pentingnya seseorang peguam itu mengenal siapakah hakim yang akan dihadapinya dalam setiap kes yang akan dikemukakannya dan kepentingan itu mengatasi keperluan memahami elemen undang-undang dalam kes itu. Sekarang ini manusia pergi ke mahkamah bukannya untuk mendapatkan pengadilan. Mereka ke mahkamah untuk diberitahu bahawa pengadilan itu hanya akan diperolehi oleh sesiapa yang memilih peguam yang sesuai, tidak menghina mahkamah dengan menonjolkan bukti yang tidak boleh diterima pakai oleh hakim. Sedangkan si peguam itu pula perlu membuat rujukan kepada kes lama yang pernah diadili oleh hakim berkenaan. Tidak kiralah kalau kes itu tidak pun diambil kisah langsung.


>>>>>>>>>>>>>>diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

A High Court Judge Throws A Tantrum

One high court judges known for his voluminous judgements, often on the most inconsequential of matters, was irritably upset recently when neither counsel appearing before him had not heard of an unreported judgement of his. He had made his views known then, and upbraided the counsel for not referring to it. Horror of horrors, neither had heard of his landmark decision of the law. Nor had the law reports, which bend over backwards to report the most mundane court cases. One counsel had referred to another, though reported, judgement which contradicted the judge's. Horror of horrors, even in the reported case, the counsel had not heard of His Lordship's decision. Counsel present in court, even in these parlous times when they can go to prison for contempt for not pandering to the judge's self-imposed dignity, could not contain their laughter, suitably suppressed with handkerchiefs over their mouths. That in the Malaysian system of justice is even worse than shouting "Fire" in a crowded theatre. But the judge's threat to "deal" with the two counsel who did not refer to his unreported judgement in the earlier case is dismissed, rightly, as the obiter dictum of a self-important but presumed legal mind.

Lawyers, when arguing their cases, take exceptional care to refer to cases decided upon by the judge hearing them. That is insurance against one who feels slighted when other more prominent decisions question his own integrity. But is rare for a judge to blow off his handle because one of his judgements were not referred. There is the underlying understanding that this is done so as not to annoy the judge unnecessarily. After all, what he wants is victory for his client, which he does not want to jeopardise by factors other than the soundness of the case he argues. Today, he must ensure that this does not bring him in contempt in a system a new legal principle is busily fashioned: a lawyer must not put forward a case for his client which would question the integrity of the judges appearing before him. Unless he is a Dato' Seri Anwar Ibrahim, who can, and has, with impunity, accused the chief justice of corruption and worse. The chief justice, who has acquired a particularly thick skin these days, did not see how these accusations by a petitioner that he could be biased would make him biased.

It is not important these days for justice to be done or seen to be done. It is more important that justice be respected by not pointing out the corruption of the judiciary. The book is thrown at lawyers who the chief justice and his cohorts believe are against them. So, one lawyer can deliberately mislead the court in a matter and nothing happens to him. He is, after all, the holiday companion of the chief justice and the attorney-general, and his client, an internationally known business man of unquestionable repute. But the Bar Council chairman must be made to account for why the Bar should dare discuss matters affecting its members. It does suggest that it makes sense for a lawyer to know the judge than the law when appearing in Malaysian courts. People these days come to court not to ensure justice, but to be told that justice comes only to those who chose the right lawyers, do not cause contempt by producing evidence the bench cannot accept, and quote the judge's decisions, even if unreported.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my