Laman Webantu   KM2A1: 3023 File Size: 10.0 Kb *



FK TJ: Menggoda Ataupun Mengadai
By Marhain Tua

18/10/2000 6:53 pm Wed

Fokus Khas: Menggoda Ataupun Mengadai (Wanita dan Pakaian yang Menggoda)

oleh: Julie Rigert - Iowa State University, USA

Menggoda Ataupun Mengadai (Dazzling or Detrimental ?)

Mereka memang kelihatan setiap hari; muka-depan majalah memang penuh dengan gambar mereka, TV dan layar perak memang kerap membiarkan mereka terhinggut-hinggut ke sana dan sini. Disebabkan wanita yang berpakaian menggoda itu amat mudah dilihat makanya ramai manusia yang berkepercayaan bahawa kesan berpakaian seperti itu terhadap orang lain terutama sekali kaum Adam sudah semakin menurun.

Yang peliknya, perkara yang dianggap demikian itu tidak pernah berlaku. Banyak hasil penyelidikan telah merumuskan bahawa wanita yang kerap berpakaian menggoda itu, yang berpakaian dengan menggunakan cebisan kain cuma ataupun menonjolkan ruang kulit yang berlebihan, sebenarnya mencetuskan suasana yang amat membahayakan diri mereka juga. Stail berpakaian seperti ini mudah meransang kaum lelaki untuk melepaskan geram dan perasan emosi dengan melakukan kekerasan yang kerap berakhir dengan pencabulan dan perbuatan merogol.

"Orang lelaki memang gemar memburu dan menyerbu. Budak-budak muda mudah menjerit dan menekan hon kereta mereka, bersikap biadap terhadap gadis-gadis yang berjalan-jalan. Budak lelaki yang merasa ranggi mula mempelajari cara bersiul dan berkekek. Di sana-sini wanita yang cantik memang menjadi tumpuan untuk dibayangi dan diekori. Dialah simbol terunggul akan keinginan manusia (lelaki). (Paglia 32).

Kenapakah pakaian itu menjadi penting dan mempunyai kesan terhadap orang lain? Pakaian memainkan peranan penting dalam proses bermesraan yang membawa kepada pembangunan perwatakan seseorang. Ia dilihat sebagai kulit kedua ataupun kesinambungan kepada perwatakan itu sendiri.(Sweeney 411).

Cara berpakaian memberi isyarat mengenai umur pamakainya, seks, ketokohannya, status sosio-ekonominya, nilai hidupnya dan juga ideologi politiknya. Pakaian juga melambangkan sikap persendirian, samada garang, mudah mesra, angkuh, lemah-lembut dan sebagainya. (Satrapa 159).

Ada kalanya cara ekspressi begini mungkin berakhir dengan apa yang dianggap oleh ramai orang sebagai kesan yang negatif. Apabila sesuatu badan itu diselimuti dengan pakaian yang menyungkupinya, banyak bahagian badan itu boleh berfungsi laksana lampu trafik. Ia menghentikan dan memulakan sesuatu perjalanan itu yang menarik perhatian mata kepada satu destinasi yang jauh. Inilah yang dirujukkan oleh Freud sebagai satu komponen besar yang meransang daya seksual yang mencuit kebangkitan nafsu. (Dyett 14).

Setelah memperakukan bahawa pakaian adalah satu aspek penting dalam memperagakan diri, adalah penting juga kalau kita kaji kepentingannya dalam menyerlahkan kesan pandang pertama itu. Selalunya, niat seseorang wanita dalam memperagakan dirinya itu tidak semestinya bersairas dengan apa yang dilihat oleh orang lain, seperti yang telah dirumuskan dalam satu ujian khas. Dalam satu kelas pengenalan kepada psikologi terdapat dua keping slaid; satu selaid itu menunjukkan seorang peragawati yang berpakaian konservatif sedangkan seorang peragawati lain pula mengenakan pakaian yang menggoda dan menggiurkan.

Beberapa soalan telah diajukan untuk mendapatkan kesan persepsi terhadap model perempuan itu. Peragawati yang berpakaian seksi telah dianggap orang yang lebih menawan dan menaikkan nafsu kaum lelaki; dia diberikan pandangan negatif mengenai umur ketika dia mula melakukan seks, melakukan perbuatan mengurat, kesan aktiviti seksualnya, menggunakan seks untuk kepentingan peribadinya dan kesetiaannya dalam perkahwinan.

Peragawati yang seksi itu juga telah dianggap berkemungkinan besar akan dirogol ataupun dirompak (Cahoon 65). Ramai manusia meragukan bahawa pakaian seseorang wanita itu boleh mendorong seseorang lelaki melakukan perbuatan merogolnya, tetapi kajian yang telah dilakukan membuktikan bahawa pakaian boleh menjadi faktor yang besar dalam meransang seseorang lelaki itu untuk bertindak demikian.

Satu kajian yang ditaja di Augusta College telah merumuskan pendapat berikut: hubungkait di antara pakaian yang seksi (menggoda) dan rompakan/rogol memberi sokongan kepada satu rumusan betapa sesuatu budaya itu mengaggap wanita yang memilih berpakaian yang menggoda sebagai objek yang bersesuaian untuk diserang oleh lelaki yang ganas. Kaum wanita yang meningkatkan tarikan seksualnya kepada kaum lelaki dipandang sebagai golongan "yang sengaja mengininya"


Sebagai rumusannya, kajian itu telah menunjukkan bahawa wanita yang memakai pakaian yang menggoda dianggap oleh kaum lelaki dan juga wanita sebagai mereka yang "lebih mudah terdedah kepada penganiayaaan dan lebih bertanggungjawab kepada jenayah yang dilakukan terhadap mereka daripada wanita yang berpakaian secara lebih konservatif". (Edmonds 446).


Timbul pula pertelingkahan ke atas siapa yang bertanggungjawab kepada kes rogol; wanita yang berpakaian menggoda itu ataupun orang yang menyerangnya. Pendapat beberapa pelajar sekolah tinggi telah dirakamkan dalam kajian berikut.

Setiap pelajar telah diberikan senario yang sama membabitkan seorang wanita yang sama umur dengan mereka dan yang telah dirogol. Kemudian mereka telah diminta untuk memilih siapakah yang bersalah kerana perbuatan itu.

Sebagai kajian untuk menilai pengaruh pakaian mangsa terhadap jawapan bahan kajian itu, cerita yang diberikan kepada pelajar tersebut telah dilengkapkan dengan gambar wanita yang berpakaian menggoda itu ataupun gambar seorang wanita yang berpakaian konservatif ataupun tanpa sebarang gambar mereka.

Keputusannya menunjukkan mangsa yang berpakaian konservatif berkemungkinan menjadi mangsa yang bertanggungjawab kepada perangai penyerangnya yang melakukan jenayah rogol itu. Pakaian yang menggiurkan nafsu selalunya dikaitkan dengan segala keyakinan kepada perangai si penyerang yang diperakukan.

Keputusan yang dicapai itu menunjukkan adalah tidak mudah menjatuhkan penghukuman pencabulan ke atas seseorang yang melakukannya terhadap wanita yang berpakaian menggoda itu. (Cassidy 319-323) Kajian ini mendedahkan betapa ada anggapan yang si mangsa itu sengaja mahukan seks dilakukan ke atasnya secara sukarela.

Setiap orang mempunyai pendirian tersendiri terhadap sesiapa yang bertanggungjawab ke atas kes pencabulan yang telah dibincangkan itu. Tetapi, apa pula pendapat undang-undang mengenai tanggungjawab seorang wanita terhadap perbuatan orang lain yang disebabkan stail pakaiannya ?

Pada 1986, Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat telah memperakukan satu peraturan mengenai gangguan seksual, dan dalam keputusan yang dibuat itu, ada dinyatakan bahawa keadaan bagaimana seseorang wanita itu berkelakuan provokatif ataupun berpakaian menggiurkan boleh dijadikan barang bukti yang sahih dalam menentukan semada wanita itu menganggap sesuatu pebuatan untuk mendekatinya sebagai sikap yang tidak diingininya.

Keputusan ini menyokong pendapat bahawa disebabkan cara mangsa memilih pakaian, ia harus diambil kira sebagai sebahagian kepada penyumbang terhadap gangguan yang mereka tanggungi itu.

Setelah mengambil kira beberapa data yang dikutip daripada beberapa kajian termasuk yang saya lakukan sendiri, saya telah membuat beberapa rumusan seperti berikut:

Pertama, adalah penting dinyatakan bahawa tidak ada wanita yang mudah merasa selesa daripada gangguan serangan seksual.

"Dengan cara meletakkan peragawati yang berpakaian menggoda itu sebagai insan yang mudah diserang secara seksual para peserta kajian mampu merenggangkan diri mereka daripada kejadian yang serupa itu dengan memberi penekanan bahawa wanita mudah mencetuskan suasana dan mereka mampu mengelakkan gangguan seksual dengan cara menghentikan kelakuan yang menggoda seperti berpakaian yang menggiurkan itu.

Walaupun tidak ada wanita yang mudah terlepas daripada keganasan, ada beberapa peraturan kewaspadaan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan gangguan seksual itu.

Seperti yang dirumuskan dalam kajian itu, wanita yang berpakaian menggiurkan mempunyai kemungkinaan yang besar untuk dicabuli dan juga dirompak. Seperti yang disebut sebelum ini, kumpulan lelaki amat mudah tertarik kepada ciri tertentu yang ada pada wanita. Apabila wanita mempertontonkan ciri-ciri ini dengan cara dia berpakaian, ia menjadi satu bentuk penggodaan yang membuatkan lelaki berhenti dan cuba membuat pemerhatian yang lebih rapi lagi.

Sebenarnya saya bersikap tidak memihak kepada sesiapa dalam menentukan samada sesuatu pakaian itu mempunyai etika ataupun tidak. Tetapi, saya amat percaya seseorang itu berhak mengenakan apa juga bentuk pakaian yang difikirkan sesuai dengan badannya ataupun seleranya. Saya fikir adalah tidak baik kalau kita cuba mencederakan seseorang itu secara fizikalnya ataupun emosinya. Namun demikian, golongan wanita harus menyedari satu hakikat bahawa mereka sebenarnya membahayakan diri sendiri setiap kali mereka berpakaian secara menjolokkan mata.

Apakah berbaloi kalau seseorang wanita itu berpakaian menggoda sedangkan sikapnya itu akan mengadaikan nyawanya? Pilihan membuat keputusan yang bijak itu terletak hanya di tangannya.


>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<