Laman Webantu   KM2A1: 3021 File Size: 3.1 Kb *



Otot-Otot Yang Masih Belum Mengejang?!!
By Amin Sapiro

18/10/2000 5:26 pm Wed

Amin Sapiro (Pertanyaan yang inginkan jawapan)

OTOT-OTOT YANG MASIH BELUM MENGEJANG?!!

DULU, jika angin basikal tua saya bocor, saya tampal. Kini, kalau injin kereta saya rosak - mati ditengah jalan saya risau. Tapi kalau ?lembu-lembu? UMNO terlanggar, saya biarkan saja. Kalau mati, saya kuburkan. Sebab dari dibiarkan hidup meragut rumput di padang rakyat, lebih baik ia mampus saja!! Tidak bermanfaat!!

Bunyinya memang kasar seperti marah sangat. Tapi sekali lagi difikirkan tentu kita dapat mengerti apa sebabnya.

Seluruh dunia luar mentertawakan kita. Mereka bertanya, ?Anda sokong Mahathir atau Anwar??. Kalau silap jawab, mereka arah kita bongkar seluruh bag. Padahal kita sudah bilang, ?Nothing to declare?. Tapi begitulah pengaruh dan Karisma Anwar - mudah melalui imigresen dan kastam diluar negara. Amacam imej negara ini sudah jadi?

Kita makin runsing memikirkan imej negara kita yang semakin parah. Orang luar menganggap rakyat negara kita adalah penyokong sebuah regim ?anti civilization?. Hampir ditafsirkan tidak bertamadun. Kita tidak ada undang-undang.

Sebelum mereka berbicara dengan kita, mereka mau tau? "Bila anda mahu Merdeka?". Tidakkah anda akan menjawab, "Kan dan sudah? Dah 43 tahun?". Mereka akan ketawa. Habis apa riaksi kita? Tak taulah melainkan - melopong saja. Malu alah kita, kan?

Mungkin saya orang dungu dan bebal. Tapi muka saya ini sudah cukup tebal dimalukan. Pertanyaan yang sama diajukan dimana-mana hampir-hampir sama saja.. Nampaknya kita sudah disamakan macam Myanmar! Bagaimana kita masih boleh meletakkan harapan kepada pentadbiran yang ada?

Kerana saya bukan orang berilmu banyak, saya cuma mampu menjawab,

"Setiap negara dan masyarakat nya akan menerima perobahan asas sebagai pengajaran sejarah. Orang Jepun pun menerima ledakan bom atom, baru mereka sedar supaya jangan cuba nak cetuskan Perang Dunia ke-3.

Russia juga jangan perpanjang pembunuhan rakyat Chechnya atau Afghanistan, akhirnya mereka akan dimusnahkan.

Malaysia pun begitu juga: Janganlah regim yang ada cuba nak berperang dengan rakyat. Pasti rakyat akan menang".

Mereka membalas hujah saya,

"Dunia makin maju. Tapi negara anda makin mundur kebelakang", kata mereka.

Dalam perjalanan pulang saya berfikir panjang,

"Apakah cara bersabar dan menerima khianatan orang secara terang-terang akan berakhir dengan kita akan beroleh kemenangan"

Mungkin kita ada seorang ?Ghandi? yang mengorbankan segala-gala dalam hidupnya, apakah itu sudah cukup dengan mengaharapkan restu dari langit saja, tanpa ?pulling our muscles together??. Lembik sangatkah otot-otot kita, wahai rakyat Malaysia? (Soalan saya tidak semestinya dijawab oleh saudara kita di Terengganu saja, kan?)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)