Laman Webantu   KM2A1: 3018 File Size: 14.0 Kb *



TJ MGG: Hak Melayu ataupun Hak UMNO ?
By Marhain Tua

18/10/2000 4:17 pm Wed

MGG97

Hak Melayu ataupun Hak UMNO ?
(MGG: Malay Rights or UMNO Rites)

Sebaik sahaja Perdana Menteri memberikan keizinannya, Pergerakan Pemuda UMNO menjadi hinga-bangar kerananya. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar, akan berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein di atas tajuk Hak (Keistimewaan ) Melayu. Apa yang tidak berjaya dilakukan oleh UMNO, kini dapat dilakukan oleh Pemuda UMNO. UMNO merupakan pewaris yang tidak diragui kepada hak kebudayaan dan keistimewaan orang Melayu sejak 1946 hinggalah September 1998. 'Wasiat' itu tamat apabila Perdana Menteri tersilap menangani masalah disiplin dan beranggapan ia tidak memerlukan sebarang perdebatan dengan parti pembangkang seperti PAS dan Parti Rakyat Malaysia untuk membuktikan kepimpinannya dalam masyarakat Melayu. Dengan terjalin semangat berdebat itu, UMNO kini mahu menentukan kemenangan ke atas pembangkang sebagai balasan kepada apa yang telah terlepas olehnya dalam peti undi yang lalu. Dalam pemilu November 1999 yang lalu, UMNO hanya berjaya merangkul kemenangan setakat tiga suku sahaja kemenangan itu kerana terlepas dua pentadbiran negeri. Kemenangan itu pun telah menyisihkannya daripada kekuatan untuk merangkul budaya kuasa. Setiap pilihanraya kecil yang berlaku selepas pemilu itu telah mendedahkan betapa UMNO telah kehilangan sokongan orang Melayu dan terpaksa bergantung harap kepada sokongan kaum bukan Melayu. PAS pula dengan agenda Islamiknya tidak pula dapat menaikki takhta budaya kuasa itu secara otomatisnya.


Memang sudah terserlah akan keributan dan ketakutan dalam UMNO itu. Tahun yang lalu, ketika Hishamuddin dijemput untuk bercakap dalam satu majlis forum di sebuah universiti, dia telah menghantar seorang wakil yang amat dipercayainya. Wakil ini menjadi gelabah apabila dia berlagak seperti kelakuan yang memang mencerminkan keangkuhan pemuda UMNO. Tetapi kali ini, Hishamuddin tidak boleh menghantar seorang proksi lagi. Dia akan berhadapan dengan seorang pemidato politik yang berpengalaman dan seorang ahli parlimen pula. UMNO sebenarnya tidak menyangkakan PAS akan menerima tawaran berdebat itu. Kini, ia terpaksa membuat persediaan agar debat itu dilakukan secepat mungkin, sebaiknya dalam beberapa bulan yang terdekat, selepas lebaran Hari Raya awal tahun depan, kalau tidak lebih awal lagi. Seperti kelazimannya, UMNO ataupun pergerakan pemudanya tidak pernah memikirkan perkara ini semuanya. Perdebatan di antara Gore-Bush sepatutnya memberikan semangat kepada mereka. Tetapi, untuk naik dalam UMNO seseorang insan itu mestilah tidak mampu berucap secara lancang dan lancar di khalayak ramai. Kerana itu setiap pemimpin UMNO yang muncul di khalayak ramai merasa yakin kerana dia tidak pernah disanggah. Pemidato yang hebat-hebat dalam UMNO tidak ada di dalam sistem pentadbirannya. Mereka selalunya duduk di kerusi penyokong (backbenchers) ataupun tidak diberikan jawatan yang tinggi-tinggi.

Para pemimpin PAS masih lagi merasa sangsi dengan perdebataan ini. Begitu juga dengan UMNO. Setiausaha Agong UMNO Tan Sri Khalil Yaakob yang juga merangkap Menteri Penerangan, telah berkata bahawa perdebatan itu tidak akan diberikan siaran lintas langsung. Ia membabitkan hanya dua parti politik dan tidak memerlukan siaran meluas itu. Cara dia berminat dalam aspek penyiaran hal ehwal politik itu memang patut diberikan kepujian. Tetapi apabila kita fikirkan UMNO diberikan ruang yang luas setiap kali para pemimpinnya berucap, dikatakan pula sebagai satu liputan radio dan telivisyen yang tidak merupakan majlis politik tetapi sebagai satu kesinambungan kepada dasar kerajaan sahaja. (Di Terengagnu dan Kelantan PAS adalah kerajaan yang memerintah sedangkan Barisan Nasional dan UMNO adalah parti pembangkannya). Semua ini adalah gambaran betapa kagetnya UMNO masakini kalau-kalau keadaan akan berubah jadinya. Tetapi, dengan tidak memberikan liputan lintas langsung kepada perdebatan itu, UMNO berkemungkinan akan kehilangan sokongan lagi. PAS akan tentu sekali merakamkan perdebatan itu dan menyebarkan rakaman video dan juga kaset dan CD sebelum berakhir minggu perdebatan itu melalui rangkaian jaringan edaran yang mampu melaksanakannya dalam beberapa hari sahaja.

Seandainya Tan Sri Khalil tidak meminda keputusan yang telah dibuatnya itu, berkemungkinan besar UMNO akan menang perdebatan itu tetapi kalah dalam mempengaruhi para penyokongnya. Ini bukannya soal hak keistimewaan orang Melayu yang diperdebatkan. Ini adalah soal PAS mengambil peluang untuk menonjolkan keunggulannya di hati sanubari masyarakat Melayu. Pandangannya terhadap ajaran Islam, lengkap dengan kewibawaannya mewujudkan kerajaan Islam masih belum membuatkannya mudah diterima oleh majoriti penghuni perkampungan Melayu. Tetapi kalau pilihan diberikan kepada golongan ini untuk memilih di antara UMNO dan PAS ramai di antara mereka yang akan berpihak kepada PAS. Namun, ini tidak bererti mereka akan memberikan kesetiaan itu secara membuta-tuli sehinggakan ia menjadi satu budaya pula. Peluang seperti itu sepatutnya menjadi hak Parti Keadilan Negara (Keadilan) tetapi ia terlepas disebabkan ia tidak dapat muncul dengan lancar seperti yang diharapkan oleh para penyokongnya. Kini, PAS dijangka akan berubah sikap daripada menyandarkan matlamat daripada penubuhan sebuah kerajaan Islam kepada penubuhan sebuah kerajaan di mana prinsip keIslaman itu menjadi dominan. Inilah perubahan yang akan menekan UMNO itu dengan hebatnya. perdebatan itu sebenarnya tidak akan menentukan apa-apa. UMNO akan mejadi pihak yang kalah dalam majlis itu. Kerana itu PAS tidak akan menolak sebarang peluang untuk menyerlahkan sikapnya.

UMNO sebenarnya mahukan satu keyakinan bahawa ia masih merupakan pewaris hak keistimewaan Melayu itu secara mutlaknya. Tetapi hak mengungguli keistimewaan itu datang dengan tanggungjawab yang besar. Jikalau pemimpin Melayu yang di mercu sistem feudal itu mengharapkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi daripada pengikutnya, sebagai balasannya dia tidak boleh mengaibkan sesiapa yang berada di bawahnya. Inilah yang menyebabkan berlakunya retak yang menunggu belahnya sehinggakan seorang Perdana Metneri secara tidak langsung telah menjadi seorang banduan yang terpenjara oleh seorang Banduan di penjara. Kini kerajaan kerapa menunjukkan muka yang selamba bahawa keadilan mesti diterapkan agar Sang Banduan itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesilapannya. Tetapi, sahabatnya dan juga para penyokongnya tidak dapat menerima hukuman ini dengan kerelaan.

Kita menjangkakan perdebatan itu tidak akan berkisar hanya kepada hak keistimewaan orang Melayu walaupun ia akan disentuh juga apabila berlakunya satu konfrontasi di antara golongan sekular dan teokratik Islam. UMNO beranggapan Islam harus diselaraskan agar tidak memainkan peranaan dalam pemerintahan sesuatu kerajaan untuk menentukan ketuanan Melayu dan apabila ia membuat penentuan sebaliknya. PAS berkepercayaan Islam harus memerintah bukan sahaja budaya orang Melayu malahan juga kerajaan Melayu itu juga. Inilah pertelagahan yang sudah berusia lima dekad - sejak sayap keagamaan UMNO keluar daripada parti itu untuk menubuhkan PAS pada tahun 1951. Inilah yang telah melakarkan politik orang Melayu di Malaysia.

Tetapi, orang Melayu, kali ini akan berhadapan dengan satu situasi yang tidak pernah dihadapinya sejak 1946 dulu. Orang Melayu itu akan berada di tengah-tengah. Kalau dia keluar daripada salah satu parti Melayu itu dia tidak akan melompat masuk ke satu parti yang lagi satu. Inilah yang membuatkan UMNO menjadi gusar akan akibat perdebatan itu. Majlis yang akan memperdebatkan Hak Keistimewaan Melayu itu mungkin menjadi satu upacara pengebumian UMNO pula.

>>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

Malay Rights Or UMNO Rites?


The Prime Minister approves. UMNO Youth is ecstatic. The PAS youth chief, Mr Mahfuz Omar, will debate with the UMNO youth chief, Dato' Hishamuddin Hussein, on Malay rights. What UMNO could not, UMNO Youth could. UMNO, the undisputed upholder of Malay culture and rights between 1946 and September 1998, when the Prime Minister's mishandling of a disciplinary matter made it no more, believed it did not need debates with opposition parties like PAS and Parti Rakyat Malaysia to prove its leadership of the Malay community. Now with that figleaf and confidence removed, it wants a victory over the opposition it could in the ballot box. The November 1999 general elections gave UMNO a three-quarters victory and control of all but two of 13 Malaysian state administration. But that victory also deprived it of its cultural hegemony. Every byelection since confirmed only that it lost the support of the Malay community and remains in power with non-Malay support. PAS, with its Islamic agenda, with its Islamic agenda, does not automatically accede to this cultural hegemon.

The confusion and fright in UMNO is real. Last year, when Dato' Hishamuddin was invited to speak at a university forum, he sent his satrap instead. This fellow was given a run for his money when he reacted with typical UMNO youth arrogance. This time he cannot send a proxy. He faces a seasoned political public speaker and a member of parliament to boot. UMNO did not expect PAS Youth would agree. Now that it has, UMNO should arrange for it to be held speedily, perhaps in a few months, after the Hari Raya holidays early next year, if not sooner. As usual, UMNO and UMNO Youth did not think this through. The Gore-Bush debates in the United States could have provided a spark. But to rise in UMNO one must prove one's incapability to speak in public: every single leader appears in public with the assurance he would not be contradicted. The best UMNO speakers are not in the administration; they either sit in the backbenches or do not hold high office.

The PAS leaders remain skeptical of this debate. So, it appears, UMNO. The UMNO secretary-general, Tan Sri Khalil Yaakob, who is also information minister, says the debate would not be broadcast live. It involves only two political parties, and should be confined only to them. His sudden interest in the appropriateness of political bradcoasting is commendable indeed. But for the fact that any UMNO parish pump meeting to which its president or senior leaders appear is, for the purposes of radio and television coverage, not a political meeting but an extension of an important government policy caucus. (PAS is not the opposition in Trengganu and Kelantan; the National Front and UMNO are.) It underlines UMNO's nervousness at the tables being turned. But in not televising the debate, UMNO can lose further ground. PAS would ensure the debate is pressed on video tapes and CDs before the week if out, and distributed through its extensive network within days.

If Tan Sri Khalil does not review his decision, UMNO could well win the debate and lose the ground. For more than Malay Rights, it is PAS's rare chance to prove its worth to the Malay cultural heartland. Its Islamic worldview, complete with an Islamic government, makes it unacceptable to many rural Malays, who given a choice between UMNO and PAS these days would lean towards the latter but would not, yet, give his cultural loyalty. Parti Keadilan Negara (Keadilan) had a chance to be that, but it did not take off as its supporters expected. PAS is about to consider a volcanic political change -- to move from its goal of an Islamic government to one in which Islamic principles dominate -- which could put pressure upon UMNO more than ever. The debate proves nothing. UMNO stands to lose more than PAS. PAS, therefore, would not reject any opportunity to state its views.

UMNO needs reassurance that it still is the only upholder of Malay rights. But these rights come with responsibilities. The Malay Leader, at the top of the feudal totem, can expect absolute obedience and loyalty; in return, he must not humiliate those below him. It is this which caused the Malay cultural ground to move away. The Prime Minister has become, willy nilly, the prisoner of the Prisoner. The government puts on a brave front that justice must prevail and the Prisoner got the sentence he deserved, but even his closest friends and supporters cannot accept this refrain with alacrity. The debate is not about Malay rights, though that hovers in the background in this confrontation between secular and theocratic Islam. UMNO believes Islam should be confined in a straitjacket, playing no further role in governance than to ensure Malay primacy and when it decides it should not; PAS believes Islam should dominate not only Malay culture but the Malay government as well. It is this clash over the past five decades -- since the UMNO religious wing left to form PAS in 1951 -- that defined Malay politics in Malaysia. But the Malay, for the first time since 1946, is caught in the middle. He deserts one but does not swing to the other. Which is why UMNO is nervous about its outcome. Malay Rights could well become UMNO rites.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my