Laman Webantu   KM2A1: 3017 File Size: 17.5 Kb *



TJ MGG: Kes Saman Vincent Tan di Australia
By Marhain Tua

18/10/2000 4:54 pm Wed

MGG95

Kes Saman Vincent Tan di Australia
(MGG: Vincent Tan Sues for Defamation in Australia)


Peniaga Malaysia bertaraf golongan kroni, Tan Sri Vincent Tan tidak melakukan sesuatu separuh jalan. Dia akan menyaman sesiapa saja yang tidak bersetuju dengan taksiran seorang peguam-kroni yang manyebutnya sebagai "seorang peniaga bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya." Dia akan menentukan peguamnya itu menang, tidak kiralah apa cara yang digunakannya. Kerana itu peguamnya itu selain daripada bersantai dengan seorang Ketua Hakim Negara di New Zealand dan menyediakan pula hujah pengadilan dalam satu kes penghukuman yang mash belum ditentang lagi. Kes tersebut membabitkn hukuman bernilai RM10 juta, sedangkan perbicaraan mengenainya tidak pun melibatkan sebarang saksi ataupun dalil yang sahih. Ia digantikan dengan percutian Ketua Hakim Negara itu dan juga Ketua Peguam Negara dengan peguam berkenaan, sekaligus menjadikan suasana pengadilan di Malaysia tunggang terbalik. Namun kesahnya membawa kesan kepada sistem perundangan Malaysia apabila ia dibabitkan di mahkamah Australia dan juga United Kingdom. Vincent Tan telah menyindir masyarakat kehakiman dunia betapa pengadilan itu hanyalah untuk menjadi mainan mereka yang mampu mempersendakan sistem pengadilan itu sendiri. Sebagai seorang kroni perdana menteri dan juga beberapa insan lain yang berpengaruh, Vincent Tan sememangnya bertanggungjawab kepada keaiban sistem perundangan Malaysia. Sudah menjadi satu kenyataan setiap kali Vincent Tan muncul di mahkamah Malaysia bersama peguam kroni di sampingnya, dia pasti menang kerana kekalahannya dan juga kekalahan peguamnya adalah sesuatu yang mudah ditanganinya.


Kekuasaanya itu tidak semestinya merebak melepasi sempadan negara. Apa yang dinikmatinya di Malaysia tidak semestinya berulang di Australia dan juga di United Kingdom. Satu ketika, beliau yang merupakan seorang peniaga kroni bersama peguamnya yang merupakan seorang peguam kroni dengan syarikat perniagaan yang tidak seberapa mengenakan saman terhadap beberapa peguam di Malaysia kerana komen mereka yang memperlekehkan satu kes yang menghina sistem kehakiman Malaysia, ia telah membabitkan pembayaran gantirugi oleh syarikat insurans Britain sebanyak RM12 juta, tetapi dibayar cuma RM5 juta terhadap kos dan RM 200,000 sebagai bayaran kos yang lain.

Pihak insurans telah menyaman majalah yang telah menerbitkan artikel yang menghina itu (tetapi pihak Vincent Tan tidak pula membuat tindakan yang sama) di London untuk mendapatkan sebahagian daripada pembayaran yang dilunaskan.. Kes yang dihadapkan di mahkamah Britain ini membabitkan majalah International Commercial Litigation. Dalam hal ini, majalah tersebut menafikan kes itu kerana ia memperlekehkan sistem kehakiman Malaysia. Kalau majalah menang kes tersebut ia akan mengaibkan sistem kehakiman Malaysia. Jika tidak, sistem kehakiman itu masih lagi diperlekehkan.

Kini muncul pula satu kes lagi. Kali ini ia berlaku di Australia di mana Tan Sri Vincent Tan yang telah menghentikan khidmat seorang wartawan, mahukan satu mangkuk darah orang yang dihinanya itu. (Nampaknya Vincent Tan ini semacam cucu-cicit khadam Puteri Gunung Ledang pulak????- Penterjemah). Memang sudah menjadi satu amalan di Malaysia, apabila seseorang kroni kepada orang yang sedang berkuasa sakan, mahu menghapuskan seseorang, orang itu akan terus terhina dan tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang bodoh seperti mempertahankan haknya ataupun mempersoalkan proses kemusnahan itu. Mentalahan lagi kalau yang mahu melakukan kemusnahan itu adalah seorang peniaga bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya. Kini, setelah gagal mengekangnya di Malaysia, dia mengambil keputusan untuk menyaman wartawan tersebut, Mr. Ganesh Sahathevan, di Sydney, di mana beliau sedang bermustautin. Mr. Sahathevan pernah mengambil tindakan undang-undang menyanggah tindakan pemecatannya kepada Mahkamah Timbangtara Industri Malaysia. Tetapi, dengan kerjasama peguam kroninya, Vincent Tan berjaya memutarabelitkan sistem perundangan negara ini dengan menyanggah Sahathevan di Mahkamah Tinggi pula. Tindakan ini dibuat dengan melontarkan surat saman mahkamah itu di halaman rumah bapanya di Port Klang, sebaik sahaja pihak peguam Vincent Tan menyedari Sahathevan telah pun berpindah untuk bertugas di Sydney. Mereka telah menghubunginya secara bersurat, namun ugutan mereka itu tidak pun memberikan kejayaannya. Mahkamah Malaysia tidak pun mahu mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap peguam kroni itu tadi seperti yang telah dilakukannya dengan mudah terhadap Majlis Peguam Malaysia. Inilah peguam kroni yang pernah bersantai bersama Ketua Hakim Negara dan juga Ketua Peguam Negara.

Mr. Sahathevan telah melakukan penyelidikan terhadap aktibiti yang dilakukan oleh syarikat yang dikuasai oleh Vincent Tan. Dia mendapati syarikat tersebut memang mematuhi peraturan yang longgar di bawah undang-undang Malaysia. Tetapi, syarikat ini tidak pula menepati peraturan Bursa Saham Austalia (Australian Stock Exchange). Syarikat yang terbabit itu, Carlovers Carwash memang tersenarai di Australian Stock Exchange. Inilah yang menyebabkan syarikat itu digantung oleh bursa saham tersebut sementara Mr. Sahathevan telah disaman pula oleh syarikat tersebut, Vincent Tan dan beberapa ramai orang lagi. Mr. Sahathevan telah bertindak balas dengan menyaman mereka pula. Vincent Tan dan rakannya telah berjaya mendapatkan satu perintah mahkamah yang bertulis menegah Sahathevan menulis mengenai mereka di Malaysia ataupun Australia ataupun di mana juga. Tetapi, injunksi ataupun tegahan mahkamah itu adalah menyalahi perundangan yang disebut 'New South Wales Fair Trading Legislation'. Sahathevan telah membuat rayuan dan berjaya menolak injunksi itu. Keputusan mahkamah itu telah mencatatkan nama Vincent Tan dalam buku perundangan Australia. Hakim Levine yang mendengar rayuan tersebut telah menyatakan bahawa injunksi itu memang tidak dibenarkan dalam perundangan saman malu wilayah itu. Prinsip perundangan itu menjadi begitu penting sehingga membabitkan campurtangan Pegawai kehakiman terkanan New South Wales, yakni Solicitor General wilayah itu dan juga menteri yang bertanggung jawab ke atas urusniaga yang telus.

Akhirnya Mr. Sahathevan berjaya menyeret Vincent Tan ke mahkamah di Austalia di mana kesaktiannya dan juga para peguam kroninya telah menidakkan hak Sahathevan di mahkamah Malaysia. Orang yang bagak ini bersama dengan dua lagi pengarah yang menganggotai lembaga pengarah Carlovers Carwash diperlukan hadir ke mahkamah ataupun dikira kalah dalam samanbalas mereka. Kali ini Vincent Tan tidak berpeluang membaca jawapan yang disediakan ketika disoal dalam mahkamah dalam kes terhadap M.G.G. Pillai dan orang lain. Kali ini dia tidak mempunyai seorang hakim yang akan menyebelahinya. Dia cuma mengharapkan seorang hakim yang tidak berbelahbagi. Di Malaysia dia memang tidak mahukan seorang hakim yang tidak berbelahbagi kerana dia dapat menyuruh peguamnya merangka kertas hukuman untuk menyebelahinya. Di Australia dan juga di banyak tempat yang lain, sistem kehakiman adalah sesuatu yang berakar umbikan keluhuran dan sentiasa diperteguhkan. Berkemungkinan juga Vincent Tan akan disoal-siasat secara mendalam dan tidak seperti yang berlaku di Malaysia. Tingkah laku menyogok para pegawai mahkamah Australia dengan umpan bersantai tentu tidak akan diterima pakai di Australia.


Jelas kini Vincent Tan sudah menjerumuskan kakinya ke pasir jerlus. Begitulah yang berlaku kepada kebanyakan peniaga kroni yang lainnya. Syarikatnya telah diberikan satu kontrak untuk membina monorel di Kuala Lumpur yang sepatutnya siap terbina sebelum Sukan Komanwel 1998. Kini kita diberitahu projek ini akan siap sebelum Disember 2001. Tetapi, perkara ini indah khabar dari rupa, sahaja. Tiang projek itu memang tegak semacam penjolok langit yang dijadikan tempat menggantung iklan salah sebuah syarikat kepunyaan Vincent Tan juga (Maxis ?? - penterjemah) Projek Bandaraya Linear (Linear City) di pinggir Sungai Kelang, yang merupakan projek pertama seperti itu di dunia ini, masih lagi belum bermula. Harga saham syarikat induknya, Berjaya Group sudah pun merosot ke paras setengah daripada harga tertingginya. Hutang bertapuk sudah mencecah RM 2,000 juta (2 bilion). Satu ketika dulu dia diberikan kontrak secara tender mudah, tetapi kini dia terpaksa bergantung harap kepada kes saman malu untuk menyara hidupnya. Akhbar yang satu ketika dulu dimilikki sepenuhnya, kini sudah tidak lagi di bawah kuasanya.

Akhirnya, satu ketika nanti Vincent Tan akan diadili oleh kes yang akan dihadapinya di Sydney Australia di mana sejarah hidupnya itu akan dilakar dalam Bahasa Inggeris pula, sebagai insan yang telah mengaibkan sistem kehakiman Malaysia. Mungkin ada yang bertanya kenapakah saya tidak merasa riang dengan munculnya seorang Malaysian yang akan melakar sejarah perundangan? Bukankah ada orang yang pernah mentohmah bahawa saya mudah merasa cemburu kepada kejayaan seseorang itu? Selamat Sejahtera Vincent Tan, Tetapi janganlah anda mencuba mengekspot amalan perdagangan dan perundangan Malaysia ke Australia, United Kingdom ataupun kepada majlis kehakiman Komanwel yang lain. Vincent Tan boleh mengharapkan kes ini menjadikannya lebih popular lagi. Tentu sekali Bolehland, ataupun Malaysia akan berbangga dengannya.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

[MGG] Vincent Tan Sues For Defamation In Australia

The prominent Malaysian crony business man, Tan Sri Vincent Tan, does not do anything in half measures. He sues any who disagrees with his crony lawyer's assessment of him as an "internationally known business man of unquestioned repute". He makes sure his lawyer, by hook or by crook, wins. So, his lawyer, besides going on holidays with the chief justice in New Zealand, writes, according to a still-unchallenged deposition in a libel action, the judgement which awarded him defamation damages for RM10 million, without witnesses or proof, goes on holidays with the lawyer and the attorney-general, helps to turn upside down the law in Malaysia relating to defamation. But the trail he leaves behind has Malaysian justice on trial in Australia and the United Kingdom. He send a stirring message to the world that justice is for those who can subborn the judiciary. As a prime ministerial crony, and of sundry others, he must take much credit for Malaysia's judicial decline. It is a fact of life that when he comes to court, with his crony lawyer in tow, he cannot lose. He has not. Nor has his lawyer.

But his writ does not extend beyond Malaysia's territorial boundaries. What he does here redounds on the administration of justice in Australia and the United Kingdom. When he, a fellow crony business man, and his crony lawyer, with sundry companies sued Malaysian lawyers for commenting on a case which reflects, more than anything else, the low standards to which the Malaysian judiciary descended, the British insurers settled out of court for RM12 million with RM5 million in costs, and RM200,000 betweem settlement and payment. The insurers sued the magazine which carried the offending article, against which our Malaysian heroes did not proceed, in London for part of the damages paid. The case wends its way through the British courts, in which the magazine, International Commercial Litigation, argues it is not liable since, inter alia, Malaysian judiciary is suspect, that the insurers should have forced this through the courts. If the magazine succeeds, it would reflect badly on the Malaysian judiciary. If it does not, it nevertheless pours scorn.

Now comes another case, this time in Australia, where Tan Sri Vincent Tan, besides sacking a journalist who worked for him, wants his pound of flesh as well. In Malaysian practice, when cronies, especially of those in power, want someone destroyed, he should stay destroyed, and not do stupid things like fighting for one's rights or questioning the destruction. Especially if he also a self-deluding international business man of unquestioned repute. Rather remarkably, after failing to restrain him in Malaysia, he decides to sue the journalist, Mr Ganesh Sahathevan, in Sydney, where he now resides. Mr Sahathevan's action for unfair dismissal wends it way through the Malaysian Industrial Arbitration Court. But Tan Sri Vincent, through his lawyers, short circuited Malaysian judicial procedures to harrass him in the High Court. This was done by throwing the cause papers over his father's garden wall in Port Klang, when the lawyers knew he lived in Sydney and corresponded with him there. The threat did not work. The Malaysian court humbly decided not to proceed with contempt of court proceedings against this lawyer, the same fellow who goes on holidays with the chief justice and the attorney-general, as it does so assiduously the Malaysian Bar Council.

Mr Sahathevan investigated into the activities of a companies ultimately controlled by Tan Sri Vincent Tan. He found the company in compliance with Malaysian lackadaisical listing proprieties but not of the Australian Stock Exchange, where the company, Carlovers Carwash, is listed. It resulted in the company being suspended, and Mr Sahathevan sued for defamation by the company, Tan Sri Vincent Tan, and others. Mr Sahathevan returned the compliment with a similar suit against them. They also got an injunction against him writing about them in Malaysia, Australia and elsewhere. But the injunction was against the New South Wales fair trading legislation. Mr Sahathevan appealed, and got the injunction lifted. The decision wrote Tan Sri Vincent Tan into the Australian lawbooks. Mr Justice Levine, who heard the appeal, said the injunction would not have been allowed under the state's defamation laws. So important was this principle that the New South Wales' senior law officer, the solicitor-general no less, and the minister involved in fair trading, intervened.

So, Mr Sahathevan managed to bring Tan Sri Vincent Tan to court in Australia, where the magic of his Malaysian crony lawyer falls on deaf ears. The great man, and the two other directors who sit on the Carlovers Carwash board must be present, or lose the countersuit by default. He cannot, as he did in his action against M.G.G. Pillai and others, by reading answers to questions from prepared pieces of paper. He does not have a friendly judge presiding. What he can expect is a fair judge. In Malaysia, he does not want fair judges. He cannot expect his counsel to write the judge's decision in his favour. That is done in Australia or anywhere where the foundations of justice are strongly believed in and upheld. He would be put to a tougher grilling in the witness box in Sydney than he could expect anywhere in Malaysia. Such matters are going on holidays with law officers to further his personal vanity is just not done.

Tan Sri Vincent Tan, no doubt, has his feet firmly anchored in quicksand. Like most crony business men. His company is given the contract to build the monorail in Kuala Lumpur. It was to have been complieted before the Commonwealth Games in 1998. It was not. Now we are told it would be by December 2001. There is no way it could. The pillars, an eyesore at the best of times, now provide advertising pillairs for one of his companies. His linear city over the Klang River, the world's first, remains unbuilt. He has seen his share prices decline by half of his flagship, Berjaya Group, its potential debts in excess of RM2 billion. Unlike in the past, when he could have got negotiated-tender contracts to bail him out, he must now rely on defamation damages to see him through. Even the newspaper he owned, the Sun, is no more under his control. But, when all is said and done, he will live on in history, whatever the result in Sydney and English, of his stirring commitment to devalue Malaysia's judicial and justicial process. Why am I not ecstatic that a Malaysian has done something that would live on in legal history? But then, as I have been told, often enough, I am terribly jealous of what others see as untramelled success. Good Luck, Tan Sri Vincent Tan. But not to export Malaysian commercial and legal practices to Australia, the United Kingdom and other Commonwealth jurisdictions. He can be assured that this case has all the makings of a cause celebre. He should do Bolehland, if not Malaysia, proud.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my