Laman Webantu   KM2A1: 3016 File Size: 2.7 Kb *



Wahabi Menentang IMAM 4?
By tv3

17/10/2000 10:49 pm Tue


Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI

Bahgian Ugama ditv3, ingin memberi sedikit pendapat (yang tidak lah terror sangat!) tentang pandangan webmaster terhadap "mazhab" Wahabi yang kita terkadang kala, terdengar coretan dari beberapa pihak.


AMARAN: Pendapat ini TIDAK PAYAH dipedulikan oleh gulungan ANTI HADIS a.k.a. PRO-QURAAN!


Didalam pengajian/penyelidikan/keingin tahuan, terhadap perkara yang dibincangkan, i.e. yang mana betul dan yang mana salah, Wahabi kah? Syafie kah? Hambali kah? dsb, kita rujuk kepada sepotong ayat al-Quraan ul Kareem:

"Hai orang orang yang beriman, TA'ATILAH Allah dan TA'ATILAH Rasul (Nya), dan ulil amri diantara kamu. Kemudian, jika kamu BERLAIN PENDAPAT tentang sesuatu, maka KEMBALIKAN IA KEPADA ALLAH (al-Quraan) dan RASUL (sunnahnya), jika kamu BENAR BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH dan HARI KEMUDIAN. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."

an-Nisaa (4):59


Kemudian kita renung pula hadis yang tidak asing lagi bagi KEBANYAKAN yang mengaku Islam. Ia itu seruan terakhir Muhammad RasulAllah (SAW), sekembalinya menunaikan ibadat Haji. Riwayat menyebut, lebih kurang 120,000 umat Islam yang mendengar Nabi (SAW) bersabda, (antara lain),

".....Aku tinggalkan 2 perkara, yang sesiapa yang mengikutnya, nescaya tidak akan sesat hingga ke Hari Kiamat; yakni KitabUllah dan sunnah ku....."


Daripada kedua sumber hukum hakam terulung didalam Islam, jelas apa yang kita patut lakukan. Walau apa fahaman atau mazhab sekalipun....silakan. Janganlah bersifat "dogmatic". Jikalau sekiranya terdapat Hadis (sohih) yang nyata bertentangan dengan apa yang kita fahami atau lakukan selama ini (hatta fahaman sejak kanak kanak sekalipun) ayuh....ubahlah pendirian/kelakuan, bertepatan dengan ikrar kita, "Sameq na, wa atha' na..." (Kami Dengar dan Kami Ta'at)


Ingatlah bahawa kebanyakan (malah hampir kesemua) perselisihan faham (atau di sebut KHILAF ULAMAK) adalah berkenaan perkara perkara cabang, dan bukannya perkara pokok yang melibatkan aqidah. Bagi yang berkata bahawa "hukum hudud tidak boleh dilaksanakan sebab kita masyarakat berbilang kaum, atau, bimbang kalau kalau orang Melayu tak boleh maju sebab mempunyai hanya satu tangan"; ini bukan lagi masaalah ranting, tetapi melibatkan aqidah dan (berkemungkinan) gugur syahadah! Pendapat sedemikian umat Islam mesti MENGHUMBANNYA jauh jauh!


Wallahu 'a'alaam......