Laman Webantu   KM2A1: 3010 File Size: 11.5 Kb *



GP: Dalang Balak Tanam Pokok Pula
By Kapal Berita

17/10/2000 8:43 pm Tue

Akhbar hari ini menceritakan bagaiman pemimpin BN menanam pokok untuk memecahkan rekod, pada kadar 100,000 pokok seminit. Antara yang menanam pokok2 ini ialah si diktator tua sendiri dan James Wong (Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak).

Hmmm..... kenapa James Wong asyik memegang jawatan Alam Sekitar? SIla baca lapuran Greenpeace di bawah - nanti anda akan tahu siapakah dia yang sebenarnya. Anak diktator tua turut menjadi rakan beliau untuk membotakkan hutan negara......

Dan bilionaire Yaw Teck Seng bertali keluarga dengan Ketua Menteri Sarawak pula... hebatnya golongan celaka ini.

Malang sungguh rakyat Malaysia.. ditipu buta.


GREENPEACE FOREST REPORT

(Greenpeace, Dec 1, 1998, An Overview of Asian Companies: Malaysia).

SAMLING GROUP OF COMPANIES
Malaysia

One of the largest logging companies in Malaysia; owned by Hiew Teck Seng through the Yaw and Sons holding company; has ties with Sarawak officials. Sun Kyong and Samling are partners in the joint holding company Barama. Barama signed a logging contract in October 1991 for trees in the North-West and Mazaruni districts of Guyana, to begin in 1993. The concession includes lands of the Warrau, Arawak (Lo-kono), Carib (Ka-rinya), and Akawaio tribes (World Rainforest Report, No. 21, Feb. 1992, p. 34).

"The Samling group of companies and its subsidiary, Samling Strategic Corporation Sdn Bhd, control around 1.5 million hectares of forests in the state of Sarawak (Asia Money, 1995).

It also owns large timber operations in Guyana (another 1.69 million hectares), Cambodia (at least 800,000 hectares) and elsewhere. The Samling group of companies is a huge conglomerate consisting of 54 subsidiaries and associate companies (Asia Money, 1995).

The Samling group is controlled by the ethnic-Chinese Yaw Teck Seng and his family, and the family's net worth is estimated at US$ 1.6 billion (Forbes, 1995).

Whilst most of the group is made up of private companies it has recently acquired a listed company, Lingui Developments Berhad, through a reverse take-over, thus gaining access to the Kuala Lumpur Stock Exchange. The Lingui 1995 annual report shows that Samling Strategic Corporation Sdn Bhd holds 29.67% of the Lingui shares. Some securities analysts view the Samling Group as the country's largest and most aggressive fully integrated timber group. The group's overseas business stretches to Japan, Taiwan, South Korea, the U.S. and Canada. (The Edge, December 1993).

Politically, Yaw Teck Seng is related to a prominent Sarawak State Minister by marriage. Mirzan Mahathir, son of Malaysia's Prime Minister, also sits on the board of directors of Tamex Timber Sdn Bhd, a timber contractor in which the immediate and ultimate holding companies are Samling Strategic Corporation and Yaw Holdings Sdn Bhd. Samling Strategic Corporation is a major shareholder (70 percent) of Tamex Timber Sdn Bhd. Through Limbang Trading (Bintulu) Sdn Bhd, the group also work with Datuk James Wong Kin Min, the President of Sarawak National Party (SNAP, a component party of the National Front, the ruling coalition government in Malaysia). Datuk James Wong is also the current Sarawak Minister for the Environment and Local Government.

Controversy surrounds the operations of Samling in Sarawak. The company has tried to obtain signatures on 'Goodwill Agreements' from communities which give the company carte blanche to operate as they wish. Such agreements 'place the responsibility for monitoring operations onto the community where they wish to claim a royalty, give up any claim to traditional lands used for farming and hunting or gathering and must compensate the company for any protest action they may take. Logging operations have been described on many occasions as having destroyed land, fruit trees and other forest products, as well as polluting the rivers. Such actions are said to have driven off game, depleted fish stocks from rivers and deprived communities of potable water.' (Forests Monitor, 1996).

(Greenpeace, Dec 1, 1998, An Overview of Asian Companies: Malaysia).







http://www.emedia.com.my/z/Current_News/BH/Monday/National/ 20001016083123/pp_index_html

Dr Mahathir ketuai rakyat tanam 100,000 pokok dalam seminit


KUALA LUMPUR, Ahad - Datuk Seri Dr Mahathir hari ini mengetuai rakyat Malaysia menjayakan usaha menanam 100,000 Pokok Alaf Baru 2000 yang berjaya mencatatkan rekod dalam Guiness Book of Records.

Perdana Menteri mengetuai acara itu di Taman Bukit Jalil di sini dengan menanam sebatang pokok kapur atau nama saintifiknya dryobalanops aromatica tepat pada jam 9.35 pagi.

Sebanyak 100,000 pokok daripada 30 spesies ditanam serentak di seluruh negara dalam masa satu minit sempena Hari Habitat Sedunia 2000.

Kejayaan itu mengatasi rekod Guiness Book of Records yang dicipta di Brazil iaitu menanam 24,199 pokok dalam tempoh seminggu di Sao Paulo pada April 1996.

Di TAIPING, Perak berjaya mencatat rekod negeri paling banyak menanam pokok membabitkan 12,000 pokok pelbagai spesies di Taman Tasik Taiping, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri, Tajol Rosli Ghazali mengetuai lebih 4,000 rakyat merangkumi kakitangan jabatan kerajaan, pelajar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta dalam kempen bersejarah itu.

Tajol menyempurnakan tanaman pokok jenis Samanea-Saman, di suatu lokasi tepi jalan di Taman Tasik Taiping, berhampiran Zoo Taiping.

?Langkah penanaman ini bukan sahaja menambah keindahan persekitaran tetapi juga menjadikan kawasan bandar lebih selesa didiami.

?Malah pokok hijau juga boleh melindungi pemandangan tidak menarik, penahan hakisan, merendahkan suhu, penunjuk arah dan pelbagai lagi termasuk menjadi lanskap menarik,? katanya.

DI JOHOR BAHRU, MENTERI Besar, Datuk Abdul Ghani Othman bersama warga bandar raya menjayakan program menanam 1,035 pokok Tacoma di kawasan rizab Sungai Stulang, Jalan Stulang Darat, dalam masa satu minit.

Sempena program itu, sebanyak 11,500 batang pokok di tanam di seluruh negeri ini dalam usaha untuk menghijaukan negara.

Di PORT d##kSON, sebanyak 6,000 batang pokok ditanam di seluruh Negeri Sembilan yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, di Jalan Sua Betong, dekat sini pagi ini.

?Kempen ini perlu disokong kerana dapat memecahkan rekod dunia dengan Malaysia sebagai negara pertama menanam 100,000 pokok serentak dalam tempoh seminit,? katanya.

Di Malaysia, katanya, pembalakan dijalankan secara terancang dan kawasan hutan yang ditebang akan digantikan pokok baru.

?Negara Barat sibuk bercakap mengenai kepentingan menghijaukan dunia sedangkan negara mereka sudah gondol dan hanya tinggal sedikit hutan asli, sedangkan Malaysia selain hutan asli, ladang kelapa sawit dan getah turut menghijaukan negara,? katanya.

Di PULAU PINANG, Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengetuai lebih 300 penduduk menanam 131 pokok jenis ?Tecoma Penthaphylla? di padang terbuka di Bandar Air Itam, dekat sini.

Sebanyak 8,208 pokok membabitkan 92 lokasi seluruh negeri ditanam serentak sempena pelancaran Tanaman Pokok Alaf Baru di seluruh negara, hari ini.

Di SELANGOR, Menteri Besar Datuk Dr Mohd Khir Toyo berkata kerajaan negeri akan meningkatkan lagi pelaksanaan program menanam pokok di semua peringkat supaya visi Malaysia menjadi sebuah ?Negara Taman? akan tercapai menjelang tahun 2005.

Dr Mohd Khir Toyo berkata, 12,548 pokok pelbagai jenis telah ditanam di 12 lokasi utama serentak dengan pelancaran program menanam pokok alaf baru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri.

Di SARAWAK, seramai 30,000 penduduk negeri itu tampil menjayakan program berkenaan dengan menanam lebih 9,000 pokok pada acara yang diadakan serentak di seluruh negeri, pagi ini.

Upacara pelancaran acara itu bagi peringkat negeri dilakukan Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Datuk Amar James Wong Kim Min, di perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Di perkarangan MBKS sahaja, seramai 2,061 orang daripada 111 persatuan terbabit dalam penanaman 500 pokok dari 48 spesis.

Upacara menanam pokok di Kuching turut diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako dan di Jalan Bau/Kuching secara serentak.

Di Samarahan pula, upacara berkenaan diadakan di Masjid Baru Bahagian Samarahan, manakala di Miri berlangsung di Jalan Kampung Piasau Utara.

Di SABAH, Ketua Menteri, Datuk Osu Sukam, mengetuai kempen penanaman pokok bagi peringkat negeri di kawasan Dewan Serbaguna Pasir Putih, Putatan, yang terletak dalam daerah Penampang, dekat Kota Kinabalu, di sini.

Turut bersama Osu menanam pokok ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Yahya Hussin; Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Musa Aman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Alias Ahmad dan Panglima 5 Briged, Brig Jen Datuk Khalid Saad.

Sebanyak 100 pokok ditanam di kawasan berkenaan manakala 1,900 pokok lagi ditanam di seluruh kawasan daerah Penampang, dan Datuk Bandar, Datuk Abdul Ghani Rashid pula, mengetuai kempen penanaman 1,500 pokok di kawasan sekitar bandaraya dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Secara keseluruhan, sebanyak 9,000 pokok ditanam di seluruh Sabah, serentak dengan Program Menanam Pokok Alaf Baru di seluruh negara.

Sementara itu, Di LABUAN, sebanyak 1,000 pokok ditanam di kawasan seluas 56 hektar di pekarangan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di sini.

Kempen itu diketuai Pengerusi Persatuan Pelancongan Labuan (LTA), Datuk Mohamad Omar Bledram mewakili Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; dan turut disertai Pengarah Pentadbiran Labuan, Datuk Mohd Noor Mokhtar serta Pemangku Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Zainal Said.

Di KEPALA BATAS, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Yahaya Abdul Hamid mengetuai program kempen tanam pokok peringkat daerah Seberang Prai Utara (SPU) di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah di Bertam dekat sini.

Sebelum itu, beliau merasmikan pelancaran program serta menyampaikan bantuan pokok kepada pemimpin masyarakat tempatan, termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pertubuhan dan Persatuan Penduduk untuk ditanam di kawasan masing-masing.

Lebih 200 pemimpin, kakitangan kerajaan dan penduduk melaksanakan program menanam lebih 200 pokok itu serentak di pekarangan pejabat daerah itu serentak dengan penananam yang dilancarkan di seluruh negara, hari ini.

Di samping itu, Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor mengetuai projek tanaman pokok di pekarangan Pejabat Masyarakat Penyayang Tasek Gelugor bersama kira-kira 100 pemimpin masyarakat dan penduduk tempatan.

Di KUALA TERENGGANU, kira-kira 3,300 pokok ditanam di seluruh Terengganu, termasuk 670 ditanam oleh pelajar dalam kawasan sekolah masing-masing, manakala 230 pokok ditanam di sekitar Teluk Ibai, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dr Sulaiman Abdullah, mengetuai 100 peserta, terdiri daripada kakitangan kerajaan dan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, dalam upacara menanam beberapa spesis pokok di Teluk Ibai.

Selain itu, 400 pokok ditanam di enam daerah di negeri ini iaitu Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Kemaman, Besut dan Dungun.