Laman Webantu   KM2A1: 2995 File Size: 7.6 Kb *



HFM: Sukar Di Bunuh umpama Diktator Tua
By Kapal Berita

15/10/2000 1:05 am Sun

Ramai orang tidak tahu apakah maksud yang tersembunyi di sebalik singkatan huruf HFM. Mereka hanya megimbas satu penyakit biasa yang bersangkut paut dengan kegianan virus yang berterbangan. Nama virus itu kelihatan tersembunyi, sebaliknya nama penyakitnya sahaja dirasakan ngeri.

HFM bermaksud Hand, Foot and Mouth Disease atau Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

Bayangkan kaki dan tangan adalah alat untuk manusia bergerak. Dan mulut pula satu panca luahan untuk memohon pertolongan. Dan ia boleh berakhir dengan kematian... dan ia bermula dari mulut sebelum ia menular kepada tangan dan kaki.

HFM mengegarkan kehidupan dengan 4 kanak-kanak maut di Singapura, kini Malaysia sudah kehilangan 3 nyawa:



  1. 7/09/00: budak 2 1/2 tahun Alor Star.
  2. 3/10/00: budak 3 tahun - Johor.
  3. 13/10/00: budak 3 tahun - Kuala Lumpur.

Kepantasan virus ini merebak menimbulkan pelbagai tandatanya. Salah siapa yang sebenarnya? Siapakah menterinya dan mengapa publisiti tidak begitu ketara?

Secara tidak langsung penyakit yang amat merbahaya ini akan menghantui industri perlancungan. Indutri ini bolehlah dikatakan penting juga itu dicemari dengan pelbagai kejadian luarbiasa yang menakutkan kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan. Kita baru sahaja dikejutkan dengan drama penculikkan di persinggahan kepulauan kecil, kini satu lagi drama "menculik" nyawa muncul - ia mencari kanak-kanak berumur 10 tahun kebawah sebagai mangsa. Kesannya amat menggusarkan rakyat yang ada, khususnya mereka yang mempunyai bayi yang dihantar ke pusat-pusat yang menjaga. Malah beberapa tadika mungkin terpaksa ditutup buat sementara kerana bimbang menjadi sebab beroleh celaka.

Menurut CNN 50 kanak-kanak di Taiwan maut pada 1998 dan 30 pula di Malaysia Timur dan Borneo pada tahun 1997.

Terdapat beberapa jenis virus yang pelbagai yang dikatakan mengacau kesihatan kanak-kanak yang menjadi mangsa itu:

While many different viruses can cause HFM disease, Coxsackievirus, Group A, type 16 predominates.

Other viruses implicated less often include: Coxsackievirus, Group A, types 4, 5, 9, and 10; Group B, types 2 and 5; and Enterovirus 71.

[Sumber: http://www.hhs.state.ne.us/epi/epihfm.htm]

Virus Enterovirus 71 (EV 71) dikatakan amat merbahaya kerana 34 kanak-kanak di Taiwan maut kerananya.



Enterovirus is comprised of 67 distinct serotypes within the PICORNA viridae- "pico" meaning small and "rna" referring to RNA.

They are small 20-30 nm, non-enveloped icosahedral viruses.

Contrary to the name enterovirus, enteric disease is not the most important manifestation.Examples of enterovirus include Poliovirus, Coxsackievirus groups A and B, and Echoviruses. They can cause a variety of illnesses, the most common being fever with or without a rash and aseptic meningitis.

Other illness caused by these viruses include pleurodynia, myocarditis, stomatitis and neonatal sepsis.

[Sumber: http://bugs.uah.ualberta.ca/webbug/virbug/ent2.htm ]

Coxsackieviruses:

Algonquin indian name of village in N.Y. where first isolated (Daldorf and Sickles/suckling mice/1948). Two groups, based on pathology in suckling mice:

Group A:
Cause acute myositis (muscular inflammation) with inflammation and necrosis. 24 serotypes.

Group B:
Cause degenerative 'plaques' in brain, muscle and pancreas (model for induced diabetes in mice). 6 serotypes.

In man, these viruses show a seasonal, epidemic pattern of infection (mostly sub-clinical), associated with meningitis, paralysis (usually less severe than acute poliomyelitis), myocarditis, etc. These are common infections world-wide (inc. UK) - no effective treatment/prophylaxis!

Coxsackie A16 causes the common childhood infection hand-foot-mouth disease (no, not foot and mouth: hand-foot mouth).

[Sumber: http://www-micro.msb.le.ac.uk/335/Picornaviruses.html]

Untuk memahami virus ini, dicartakan kumpulannya:


Polioviruses 3 serotypes
Coxsackieviruses group A 23 serotypes
Coxsackieviruses group B 6 serotypes
Echoviruses 31 serotypes
Enteroviruses 38 serotypes
Total: 111 serotypes


KESIMPULAN

Kita sedar negara kita kelihatan seperti begitu stabil dan kuat, tetapi tampak kini sekuat mana pun ia merasa, ia sebenarnya tidaklah sekuat mana. Getaran gempa bumi di Sumatra tempoh hari sahaja telah menyebabkan ramai penduduk rumah pangsa berdebar. Kes wabak JE pula menyebabkan Bukit Pelanduk menjadi pesinggahan yang amat berpuaka. Manakala kuasa air di hulu Kelang telah menguris seribu kenangan pahit buat sang menteri yang suka berfoya-foya dan untuk penghulu SUHAKAM yang bergelumang dengan dosa.

Nampaknya bala semakin hari semakin gemar menjenguk negara, tetapi isyarat tersebut masih belum difahami oleh rakyat jelata. Mereka hanya memahami satu ucapan betapa rakyat perlu berterima kasih kepada sang dewata diktator tua kononnya ekonomi negara sudah pulih seperti sedia kala. Atau berjaya menyumbat seorang insan merengkok di dalam penjara walaupun buktinya meragukan pula serta tidak berpijak di sisi syariah dengan nyata.

Kawalan matawang kelihatan cuba menyelamatkan negara, sedangkan ia sebenarnya untuk si kroni manja semata yang memerlukan wang murah yang sedikit bunganya kerana hutang mereka sudah melangit tingginya. Maka Petronas dan bank menjadi mangsa untuk dinoda seikut suka. Akhirnya tenggelamlah bank bumiputra dalam sekelip mata bila si diam itu menggerakkan misai putihnya. Lenyaplah hutang itu dikambus tanpa jelingan sesiapa. Rakyat menjadi dayus tidak terkata diwaktu kazanah negara dibalun dengan senangnya di depan mata.

Petronas pula terpaksa menderma mengikut selera diktator tua. Syarikat yang sama yang menolong di Ananda tertawa serta merta itu juga menyelamatkan kapal anak diktator yang sudah tenat di laut yang bergelora. Tetapi rakyat Terengganu dinafikan pula keistimewaan mereka sedangkan minyak itu adalah hasilbumi negeri mereka. Rakyat Malaysia pula terpaksa membayar kenaikkan harga minyak kerana kerajaan sudah tidak mampu tetapi mengapakah kerajaan mampu pula untuk menolong seorang dua dengan berbilion banyaknya?

Secara tidak langsung kekayaan negara sudah diselewengkan untuk menyelamatkan keluarga diktator tua yang amat bergantung kepadanya. Maka dicananglah keseluruh negara kononya negara sudah pulih dari segala bencana. Terbanglah dia melintas benua untuk memetik hadiah Lariba kononya sebagai bukti hebatnya dia. Namun itu semua tidak bermakna kerana dalam diam negara melutut kepada bon yang teramat tinggi bunganya! Diktator tua tidak akan cergas selama-lamanya. Lama-lama dia akan kecundang jua, dan ketika itu seribu bintang dan pingat sudah tidak berguna. Yang tinggal amal cuma dan doa yang teramat berat yang tidak dapat dibayar lagi kerana Petronas tidak berada di alam baqa.. Kerana mulut badan binasa. Umpama HFM yang meragut nyawa manusia.