Laman Webantu   KM2A1: 2985 File Size: 6.7 Kb *



TJ: Anwar Ibrahim Melakukan Mogok Lapar
By Marhain Tua

12/10/2000 5:21 pm Thu

MGG93

Anwar Ibrahim Melakukan Mogok Lapar
(MGG: Anwar Ibrahim Goes On A Hunger Strike)



Pihak yang berkuasa di Penjara Sungei Buluh tidak memberikan kelepasan untuk Dato Sri Anwar Ibrahim, menziarahi ibunya yang sakit teruk, baru-baru ini. Dua minggu yang lalu dia telah menziarahi ibunya dan sejak itu keadaan beliau semakin teruk lagi. Tetapi, pihak yang berkuasa itu masih berkeras juga. Sebarang rayuan ke arah itu memang tidak membawa sebarang mana. Kuasa memberikan keizinan terletak pada tangan pihak kementerian hal ehwal dalam negeri dan bukannya ada pada pihak yan menguruskan penjara. Anwar ditahan berseorangan; kalau mengikut prosedur penjara, penahanan serupa itu adalah dikenakan sebagai bentuk hukuman kepada seseorang banduan yang melanggar peraturan penjara. Mahkamah dan juga pihak yang berkuasa telah bertungkus lumus merencana agar penahanannya di penjara itu sesuatu yang pahit bagi dirinya. Kerana itu Anwar melancarkan mogok lapar untuk mendapatkan keizinan menziarahi ibunya yang sakit itu. Anwar pun bukannya sihat sangat. Tetapi dia terpaksa menyanggah pihak yang berkuasa itu lantas membabitkan satu konfrontasi di antara seorang perdana menteri dengan seorang banduan. Pihak berkuasa di penjara terpaksa mengalah dan beliau pun dapatlah menziarahi ibunya yang terlantar di hospital.

Insan Yang Mesti Dihapuskan Dengan apa Cara Jua tidak boleh mengharapkan sebarang hak keistimewaan; demikian yang pernah dilaungkan ke lubang telinga saya oleh seorang pemimpn UMNO. "Anwar ialah seorang penjenayah yang menjalani hukuman mahkamah, kerana itu dia tidak seharusnya mengharapkan sebarang keistimewaan. Demikian tegas pemimpin itu. Tetapi, Anwar bukannya meminta-minta akan keistimewaan. Dia cuma mahu pergi menziarahi ibunya yang sedang sakit kuat. Apakah peraturan di penjara itu sungguh ketat sehinggakan para banduan tidak dibenarkan menziarahi ibubapa mereka yang sedang nazak ataupan ahli keluarga mereka yang sakit; lebih galak daripada yang dibenarkan oleh undang-undang? Jika beginilah halnya, tentu ada sesatu yang tidak kena dengan sistem hukuman itu. Ini merupakan satu perkara yang serius seperti dengan kisah pesalah golongan juvena yang ditahan di penjara orang dewasa, menunggukan giliran untuk diadili. Apabila seseorang dimasukkan dalam penjara, dia kehilangan kebebasannya. Tetapi, ini tidak menyendirikannya daripada keluarganya dan juga dunianya. Tetapi, kalau seseorang itu terpaksa melakukan mogok lapar untuk membolehkannya menziarahi ibunya yang sakit tenat, tentu ada sesuatu yang tidak 'ngam' pada tempatnya. Lagipun kalau dia telah disekat di bawah peraturan penjara, dan di bawah dasar peri-kemanusiaaan, kenapakah pula dia dibenarkan sebaik sahaja melakukan mogok lapar? Sepatutnya sesuatu undang-undang itu mesti merupakan peraturan, bukan?


Pihak mahkamah telah menghukum Anwar kerana tuduhan s*d*mi dan korupsi dan menyekat kebebasannya sejak September 1998. Rayuannya terhadap pemenjaraan berjumlah 15 tahun telah diperakukan oleh mahkamah yang telah dikuasai oleh rgim yang berkuasa. Anwar telah meminta Ketua Hakim Negara tidak melibatkan dirinya dalam kes rayuan itu berdasarkan salahlaku Ketua Hakim Negara itu sendiri, dan permohonannya telah ditolak. Sekaligus, unsur-unsur tekanan politik dalam perakuan hukuman itu telah terserlah dengan jelasnya. Kebebasan bersuara lebih menonjol apabila orang yang kena tuduh menyatakan apa yang tersirat di kalbunya. Namun, pihak mahkamah lebih suka diam membisu. Pemenjaraan Anwar memang mempunyai unsur-unsur politik, seperti yang telah ditanggungi oleh bekas Presiden Nelson Mandela di Afrika Selatan. Beliau pernah menjalani penjara seumur hidup di atas tuduhan jenayah.

Perdana Menteri tidak mampu membincangkan hal ekonomi negara ataupun hal ehwal alam sekitar ataupun hal ehwal dunia tanpa ada soalan mengenai Dato Seri' Anwar Ibrahim. Lawatannya ke luar negara kerap tercemar oleh gangguan yang dilakukan oleh penyokong Anwar, yang sebilangan besarnya merupakan rakyat Malaysia. Hanya ketika berada di luar negara barulah beliau berani bersemuka untuk berucap kepada hadirin daripada kalangan rakyat Malaysia. Inilah bahana yang dihadapi oleh pentadbirannya kerana memperlekehkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Seperti yang telah saya tulis dulu lagi, keadaan tidak lagi memberikan kepentingan kepada apa yang berlaku kepada Dato Seri Anwar. Pergerakan yang tercetus disebabkannya, bukan secara dengan sengaja tetapi sebagai kesan kepada apa yang telah diperlakukan ke atasnya. Kini, pergerakan itu mempunyai semangatnya yang tersendiri dan akan terus menjadi duri dalam daging yang akan menghantui Perdana Menteri. Gegaran semangat itu memang tidak sehebat dulu lagi, tetapi ia telah meniup bara kebangkitan orang Melayu di Malaysia untuk mendesak berlakunya satu perubahan dalam pandangan politik dan budaya orang Melayu itu. Sudah banyak laman web yang bertapa, begitu juga halnya dengan beberapa organisasi yang muncul dulu kerana lambang bersimpati dengan Anwar. Tetapi, masih ada lagi satu kumpulan teras para pengendali web dan penyokong politik yang masih aktif. Mereka ini kadangkala tergopoh-gapah dan terdesak-desak, tetapi selalunya pintar dan berwaspada sehinggakan Barisan Nasional dan juga UMNO kerap tersengat dibuatnya.

UMNO yang satu ketika dulu memilikki Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan presiden parti kini menjadi satu parti yang sudah reput tanpa mampu berfungsi kerana minda politik dan budaya orang Melayu itu, terutama sekali mereka yang menjadi ahli UMNO tidak mampu lekang daripada tampuk pemikiran yang telah ternoda oleh keaiban dan kejijikan hukuman yang telah dikenakan ke atas seorang pemimpin ulung yang sepatutnya mewarisi hak memimpin bangsanya. Semangat ini bukan sahaja dirasakan oleh orang UMNO. Perkhidmatan awam sudah pun menentang Perdana Menteri secara terbuka. Kumpulan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Negara pernah bersuara lantang pada bulan Disember tahun yang lalu, meminta Perdana Menteri untuk mengundurkan diri. Jika tidak, kelembapan dalam pekhidmatan mereka akan berterusan lagi. Semua ini telah berlaku kerana seorang insan telah menukar alamat kediamannya daripada kediaman rasmi timbalan perdana menteri kepada Penjara Sungai Buluh!

>>>>>>>>>>>>>>>diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<