Laman Webantu   KM2A1: 2972 File Size: 17.4 Kb *



B1: Umno Memajusikan Orang Melayu Islam..!
By Amin Sapiro

10/10/2000 4:30 pm Tue

Amin Sapiro (Dah lama bersedih, kini naik darah) UMNO DALAM PROSES MEMAJUSIKAN ORANG MELAYU ISLAM..! (BAH.1)


[Ini adalah rencana yang menyusul selepas 'warm-up' tempoh hari.... - Editor]

BUKTI-BUKTI PEMIMPIN PRO-UMNO DALAM PROSES ?MEMAJUSIKAN? ORANG MELAYU ISLAM SUPAYA TIDAK MENGENAL ALLAH SWT LAGI..!! (BAHAGIAN 1)


SEMAKIN hari semakin kita tidak tahu apa sebenarnya sudah jadi kepada UMNO Baru pimpinan Mahathir ini. Bila kita teliti, kita nampak pemimpin UMNO ?Baru? betul-betul telah dibaruakan oleh beliau. Se kelompok pemimpin UMNO semakin sekawan dan berjinak dengan kaum yang mengamalkan agama Majusi, Nasrani dan Yahudi.

UMNO ?memMAJUSIkan? Islam?

Bukan kita bermaksud memfitnah. Tetapi jika kita teliti setiap langkah penjenayahan Islam yang berlaku, terasa sangat ia mesti didedahkan. Jika tidak, sebagai umat Islam nescaya kita berdosa besar kepada Allah swt., orang Melayu dan umat Islam sejagat.

Walau bagaimanapun, kita serahkanlah kepada Allah swt untuk mengampunkan dosa kita diatas kelemahan kita yang ditindas dan dianiaya oleh pemimpin UMNO No.1 itu.

Antara timbunan maklumat yang sempat dikutip dan dikajiselidik ialah:

i) Dr. Mahathir Mencerca Islam Di Negara Barat

Di media Agen-agen Yahudi antarabangsa, ada bukti Dr. Mahathir bercakap, berhujah dan mencerca di London, United Kingdom mengenai orang Islam dan Islam di Malaysia. Katanya, amalan penganut agama disini lebih cenderung untuk potong kepala orang, kerat kaki dan tangan orang, dan segala perkara yang ?remeh-temeh?. Seolah-olah, bagi Dr. Mahathir, hukum Allah swt. adalah bertaraf remeh temeh dan menyusahkan ummah.

Mahathir berkata, tak mau orang yang tak berkaki tangan. Katanya, Parti Islam PAS hanya cenderung tentang bahagian-bahagian agama Islam yang mementingkan larangan dan tegahan. Katanya lagi, PAS menyalahtafsirkan Islam sebenar (macamlah dirinya ulamak besar). Kununnya, pemimpin mereka (PAS) tidak cenderung kepada Pembangunan dan kesejateraan rakyat. PAS berpolitik setakat untuk mendapat tempat dan kuasa pemerentahan.

Kita tanya Mahathir: Anwar terbukti tidak bersalah, mengapa ia dipenjarakan? Mengapa Rahim Nor dibebaskan? Mengapa Sanusi Joned dengan RM1000? Mengapa Mahathir ?kecut p*l*r? jadi saksi?

Berapa orang Nik Aziz dah pancung kerat kepala dan kerat kakitangan orang sejak PAS memerentah Kelantan?

Tanya lagi: Rahim Thamby Chik bebas tapi anak dara sunti yang dirogolnya kenapa masuk penjara? Kenapa Lim Guan Eng pula yang dipenjarakan kerana bercakap benar? Mana ulamak UMNO seperti Yusof Nor dan Mid Man?

Persoalan Sebenar

Nampaklah, Mahathir betul-betul sedang mengagendakan proses ?membaruakan? UMNO dan mencemar aqidah orang Melayu Islam!! Padahal, kita tau UMNOlah yang paling asyik mencegah ulamak Islam yang diakui dari berceramah.

Semua orang tau, ada sejumlah besar tersenarai nama-nama ulamak Islam yang dihormati telah disenarai-hitamkan - tidak dibenarkan berceramah agama kepada rakyat. Itu adalah perentah Mahathir melalui Hamid Osman (menteri munafiq yang TIDAK diberi mandat oleh rakyat).

Tidakkah Dr. Mahathir juga yang menyekat wang ROYALTI Minyak untuk digunakan bagi pembangunan kesejahteraan hidup orang Islam oleh kerajaan PAS Terengganu? Padahal, ada ?Perjanjian bertulis? dokumen kerajaan. Tetapi Mahathir ?mungkir janji?. Jika begitu perihalnya, Islam apakah anutan Mahathir ini?

Tidakkah berjanji dengan penganut Islam seperti Mahathr hampir menyerupai budaya anutan puak beragama Majusi, Nasrani dan Yahudi? Tidak itu seolah mengaku diri Islam tetapi berbudaya kafir?

ii) Orang-orang Besar MKT UMNO

Kita baca lagi, tuduhan paling liar begitu, telah kita dengar dari beberapa orang pemimpin UMNO yang menganggotai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti. Kita terjumpa versi pencacian dan pencemaran Islam oleh orang-orang seperti Rais Yatim (menteri pilihan Mahathir sisa S46), Mustapa Mohamad (Pengerusi Penerangan UMNO Pusat) yang tidak laku di Kelantan, Azalina Othman Said seorang budak mentah Kaki ?Disko Dangdut? di ?The Ship? yang tak cukup asuhan agama (tetapi dilantik oleh Mahathir Majlis Tertinggi UMNO).

Adakah mereka membawa identiti seorang ulama yang mengetahui hukum hakam agama Islam, mampu mentafsir Firman dan Hadis dan ayat-ayat Al-Quran? Tapi mereka inilah yang paling kuat bercakap, sombong dan bongkak.

iii) Wanita UMNO

Wanita UMNO sendiri kehairanan bagaimana budak Azalina Othman Said yang selama ini terkenal dikalangan muda mudi kerana berkelakuan sumbang dengan kegemaran meminum arak dan berdansa di Club-club malam. Tetapi, secara tiba-tiba saja dirangkum oleh Dr. Mahathir menjadi ahli MKT UMNO. Wanita UMNO sudah muak dan bosan melihat muka budak laknat ini, apatahlagi mendengar hujahnya.

Kerana sebagai loyar (peguam), tugas budak ini tidak mendatang hasil dan ganjaran wang yang lumayan, budak ini sekali sekala jadi pewawancara di NTV7 (untuk tambah pendapatannya). Cakap pun belum betul lidah. Ada Wanita yang kata, "Entah-entah mengucap pun pelat?".

TETAPI, si Azalina Othman Said ini cuba pula mengulas tentang Islam dan ketentuan syariat Islam yang maha suci mengenai gejala buruk pakaian wanita menjolok mata. Kita hairan dengar tahap ilmuan Islamnya.

Mungkin Azlina ini lebih suka wanita Islam berpakaian seperti para pelakun wanita dalam ?Bay Watch?, XENA, Striptease Clubs di Oxford Street atau di Amterdam, atau mencenderungi kegiatan dalam ?Above 18 triple X?.

Bila ketawa akan bersorak?..?Muaahahahahkkk?? Mungkin bagi beliau, pakaian begitu akan dapat menghindarkan muda mudi dari terjebak dalam kes-kes rogol dan kesedudukan haram?

Padan jugalah Abu Hassan Omar yang sudah penuh uban satu badan, Shahidan Kassim dengan ?sontot gila?nya, Rahim Thamby Chik dengan kes ?anak dara suntinya? dan Adnan Yakob dengan ?Lambang UMNO Baru ala Sanggang?nya..!!

iv) NGO ala Kumpulan "Musailamah YAHUDI"

Kemudian, tiba-tiba kita terdengar seorang budak mentah berusia tiga puluhan bernama Zainah Anwar. Kununya dia adalah dari Kumpulan yang setaraf dengan ?Ajaran Sesat? disebut ?Sister in Islam?.

Kita tak pernah dengar di zaman Nabi wujud sebuah kumpulan ?perempuan? semacam Sister in Islam. Kalau adapun cuma ?Musailamah? yang akhirnya mengaku diri Nabi Wanita dan meredhakan wanita berzina. Tapi Zainah Anwar dengan SIS nya sedang di tunggang belakang mereka oleh UMNO pimpinan Dr. Mahathir yang sedang mencari ?Kuda Kepang?nya.

v) Rais Yatim "Dari Kumpulan Terbuang"

Kita sudah jelas siapa Rais Yatim. Tak payah lagi diperkenalkan. Beliau adalah menteri UMNO umpama ?Binatang Jalang Dari Kumpulan Terbuang?.

Jika Chairil Anwar, bapak sasterawan dan penyair terbilang ?Angkatan Sasterawa 46?, maka Rais Yatim juga adalah ?Bapak Tukang Canang? dari parti politik yang kuburkannya bernama ?Semangat 46? pula.

Rais lah antara orang yang sedang mewarwarkan versi Akta ?Memisahkan perkataan Islam dibuang dari Pertubuhan? di Malaysia. Rais menjemput seorang hakim terbuang dari Mesir bagi membantu beliau memecah umat Islam di Malaysia.

Aduhai? mungkin roh allahyarham Pak Yatim (bapak Rais) menggeletar di dalam liang lahad di akhirat. Menangis rohnya arwah Pak Yatim bila mendengar Rais bersekongkol semula dalam UMNO yang dibaruakan Mahathir Mohamad yang sesat lagi menyesatkan ummah!!

Sudah dibakar jembatan, sekarang Rais bergelimang dalam baranya. Mungkin Rais sedang melecor terbakar mulai dari ubun-ubun hingga ke tulang tongkengnya.

Sayang sekali, si Rais - anak yang beliau lahirkan dengan otak bergeliga sampai Ph.D ini; akhirnya menjadi petualang agama dan masyarakatnya. Bukan salah ibu mengandung tetapi permintaan badan Rais yang ?tak sedar dek untung?. Masuk UMNO semua dengan harapan untuk jadi ?Jutawan Segera?. Tetapi sebenarnya Rais sedang merintis ?Lebuhraya 6 laluan? ke Neraka Jahanam. Kabarnya, Rais sudah malu balik kampungnya di Simpang Pertang, Jelebu Negeri Sembilan..!!

Berdendang anak muda Negeri Sembilan dengan liriknya:

Hai..hai.. apo nak di katokan,
golo dek-e dah nasib badan den..!!
Untung ado Amno dapek jugok carik makan,
Walau untung ado, tapi marasai badan den?
Hehehe?.

Dakyah Songsang Kasim Ahmad & Astora Jabat

Tak cukup dengan itu, media letronik dan cetak pro UMNO bergila-gila memburukkan Islam. Mereka sudah mendapat ulamak baru seperti Astora Jabat dan Kassim Ahmad. Kassim terkenal dan buku ?anti Hadisnya? dan Astora ini anak Siam yang melarat mengaji Islam hingga ke Maghribi, tetapi tersesat di tengah persimpangan jalan.

Akhirnya timbul pelbagai tafsiran tentang Islam oleh mereka berdua. Kassim mengaku ulama dan jurutafsir hukum hakam Islam. Hingga cuba nak mentafsir semula Al-Quran dengan Pertubuhan bernama ?JAM?.

Berkata orang-orang dipinggir masjid iaitu ?JAM? itu adalah permula suku kata ?JAM-BAN?. Apa tidaknya, bahasa Arab setakat ilmu Kassim diketahui ?sepatah haram?. Buat ayat Arab, ?voweling?nya pun lingkang pukang. Apalagi nak terjemahkan bahasa Arab versi Al-Quran? Ulamakah orang-orang ini?

Utusan Malaysia memberi mereka kolum-kolum khas untuk menyebarkan dakyah ?songsang? yang cuma berkenan dihati Mahathir dan UMNO. Membaca ulasan mereka ramai ulamak seperti Prof. Datuk Harun Din dan ulamak-ulamak terbilang ?tepuk dahi goyang kepala?. Sambil itu mereka mengucapkan ?MasyaAllahhhhh?..Nauzibillahhhh??!!?

Laman Forum Gerak Reformasi (FGR)

Terjelas diatas sana, PW FGR mengambil langkah tegas lagi keras ke atas Netters Pro-UMNO yang menggelarkan dirinya ?Hidup Mati Kerana UMNO?. Nampaknya mereka ini kumpulan upahan puak UMNO dari JPM.

Dulu pernah menamakan dirinya dengan nick-name ?Din UMNO?. Tak cukup dengan itu, ramai nama-nama penulis internet BA yang diciplak untuk menyamar.

Tetapi PW FGR telah dapat mencari nombor IP internetnya melalui kebijaksanaan ilmu IT. Seterusnya PW menerbos ke alamat rumah Flat ?head office? Pusat Fitnahnya, dan nombor talipon termasuk nama mereka sebenar.

Kerana termalu dan terbang semangat, cepat-cepat beliau menukar identitinya. Lalu dinamakan ?slogan? aqidah dirinya sebagai ?Hidup Mati Bersama UMNO?. Tetapi, atas keceluparan yang menggila-gila; didapati si ?HMKU? ini telah diibaratkan persamaan sifat dan tingkah lakunya seperti seekor bangkai ?bangal? (kaldai). Beliau bersikap dan berkarenah mencerca kesucian agama Iallah melebehi yang termampu diterima oleh insan yang beragama Islam dan waras akal. PW Lamanweb FGR sedang menasar si munafiq yang semakin syirik ini.

UMNO "Bersenggama" Mengan MAJUSI..!!

TETAPI, apa yang sangat-sangat dikesalkan ialah kesemua mereka itu semacam sepakat memusuhi Islam, umat Islam dan penganutnya. Mereka (pemimpin UMNO yang dibaruakan Mahathir itu) bukan setakat sedang mensekularkan Islam saja, malah mereka sedang mencari bantuan pihak bukan Islam untuk meMAJUSIkan Islam. Sementara Dr. Mahathir sedang berikhtiar keliling dunia mencari ide untuk menSEKULARkan Islam pula.

Disana sini Mahathir berceramah kepada kelompok tertentu memburukkan PAS, Islam dan penganut Islam di Malaysia. Mahathir mengutuk Islam di Sabah yang beragama Kristian. Jika Mahathir hidup di zaman Rasulullah, pasti pedang Saidina Ali r.a sudah menamatkan riwatan si FIRAUN MODEN ini.

Bermakna, Islam di Malaysia dan orang Melayu Islam sedang dalam huru hara dirasuk oleh ?Syaitan-syaitan? yang dibayar gaji dan upah lumayan oleh Mahathir atas persetujuan UMNO. Apakah umat islam harus bertoleransi dan membiarkan seorang pemimpin mencerca agama sendiri? Tetapi bagi UMNO perbuatan Dr. Mahathir tidak boleh disanggah. Ia adalah pemerentah yang berwawasan.

Buktinya, makin jelas dilihat perkembangan terkini. Pemimpin UMNO Baru(a) makin tertarik dan berusaha sesungguh hati mereka untuk memperbaharui agama Islam yang Maha Suci dengan pelbagai andaian duniawi.

Antara ?Tukang Kawak? yang terbaru dan intisari perhetongan mereka ialah:

1) Azalina Othman Said

Dari mulut budak ini [selaku pemimpin Majlis Kerja Tertinggi UMNO], telah terkeluar pekataan dan tuduhan bahawa "Islam yang diperjelaskan oleh TG Nik Aziz adalah dianggap ketinggalan zaman (out of date) dengan pikiran beliau sempit (narrow minded)..!".

2) Mustapa Mohamad

Pendapat diatas telah disokong paling hebat oleh Mustapa Mohamad (Pengerusi Penerangan UMNO Pusat). Beliau berkata bahawa Wanita (termasuk bukan Islam?) sentiasa dihadapkan dengan cabaran oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang dipimpin oleh YAB TG Nik Aziz (women were always facing challenges from Nik Aziz's PAS).

Mustapa dengan bangga memfitnah dengan niat menghasut dan mengalih pandangan orang, katanya, ?selain dari kenyataan Nik Aziz yang menyinggung perasaan, kedudukan wanita telah direndahkan taraf paling tidak halangan/hambatan serta diskriminasi (besides statements which hurt, the status of women is being lowered by unreasonable restrictions and discriminations), kata Mustapa.

Teringat kita, Annuar Musa sendiri mengakui di Utusan Malaysia bahawa UMNOlah yang tidak memberi tempat kepada WANITA. Wanita UMNO hanya terdiri dari mereka yang telah tua dan kematian laki. Atau sebok jadi "baby sitter" cucu-cucu sementara anak-anak mereka bekerja cari makan.

3) Zainah Anwar,

Budak selembut dan se manis seperti ?Musailamah? ini tidak disangka sudah terjerumus juga. Bila bercakap tersenyum simpul dengan suara seksi dan menarik lelaki. Kebelakangan ini ia sudah mulai kerap terpacul dikaca TV3, kerana Azlina Othman Said ternyata dapat naik dalam UMNO.

Wanita ini adalah seorang Pengarah besar kumpulan yang bernama seiras dengan kumpulan berbau Yahudi (Sisters in Islam Forum Malaysia - SIS).

Beliau sewenang-wenangnya berkata dengan celupar, katanya ?Nik Aziz harus mendidik kaum lelaki untuk bertanggungjawab tingkah laku mereka supaya melayan wanita seperti manusia yang sama nilai dan maruah. Menyalahkan wanita atas penyakit masyarakat adalah tuduhan yang bangkrut?. (Nik Aziz must begin to educate men that they must take responsibility for their own actions and treat women as fellow human beings of equal worth and dignity. To blame women for the ills of society is a bankrupt assertion.)

Yang peliknya, yang pernah dibawa ke mahkamah dalam kes rogol dan simpan betina adalah puak UMNO. Kita tahu siapa Rahim Thamby Chik, Abu Hassan Omar dan Shahidan Kassim. Malu kita nak cerita. Mereka pemimpin UMNO.

Kita dengar juga macamana Adnan Yakob menunjukkan ?simbol baru? UMNO di Sanggang. Mahathir dan Dollah Bedawi berbuih mulut mempertahan. Kununnya, PAS provok Adnan. Kalau begitu MB UMNO Pahang ada seekor besar yang turun dari Gunung Tahan. Jenis beruk macam Adnan suka jadi Badut bermain tangan bila kena ?gempaq?. Itulah hakikat Islam yang dipertahankan oleh si Zainah Anwar. Masihkah PAS disalahkan?

4. Ng Yen Yen (Induk MAJUSI)

Mereka bertiga itu ditolongi oleh seorang beragama Majusi sekongkol mereka bernama Ng Yen Yen. Beliau adalah seorang ketua dari komponen MCA - rakan bergu UMNO/BN.

Beliau ini menyerang Nik Aziz dan Islam dengan berkata, ?Kenyataan Nik Aziz mencerminkan sikap diskriminasi PAS terhadap wanita. Kenyataan Nik Aziz menunjukkan sifat kolot-usang dan kedunguannya terhadap peranan wanita dalam Malaysia moden? (Nik Aziz's statement reflected the discriminatory attitude of PAS against women. His attitude is "medieval, showing his ignorance against the role of women in modern Malaysia).

Nah! Nilailah sekarang. Siapa gerangan mereka ini. Apa agenda mereka. Mengapa UMNO dan ulama mereka tidak sanggup mempertahankan agama mereka dicaci orang yang menyembah ?tokong? dan api neraka.

Ini bukan lagi soal politik setakat membenci dan memfitnah PAS sahaja. Tetapi makin jelas Dr. Mahathir, pemimpin UMNO terbabit (diatas) dan ulamak UMNO dan seluruh pemimpin UMNO yang mendapat habuan dan ganjaran dari menghina Islam - makin terbukti ?ketakutan?. Aadakah mereka sungguh-sungguh mahu meruntuhkan AQIDAH umat Islam dan orang Melayu.

Beberapa Soalan wajib difikirkan:

[Apakah gejala yang diterapkan dalam UMNO hasil Islam yang ?bikinan? pemimpin mereka yang dalam proses di baruakan oleh Dr. Mahathir sekarang telah meredakan penyakit sosial muda mudi, karenah pemimpin Kerajaan yang tak senonoh, kecurangan dalam rasuah, pembohogan dan penipuan ke atas hak dan harta rakyat, mungkir janji memutarbelit, berdaleh dan 1001 macam lagi?. InsyaAllah, akan dibincangkan di Bahagian 2]

[Sambung]

P/S: Saya cuba paparkan semudah mungkin beberapa dosa berat yang dilakukan UMNO dibawah pimpinan Mahathir Mohamad. Harapan saya, semoga ia mudah difahami.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)