Laman Webantu   KM2A1: 2963 File Size: 26.2 Kb *



Tun Salleh Abbas VS BPR Yg Pekak
By web aNtu

8/10/2000 8:41 am Sun

Sumber : BPPNT

Tuduhan Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Terengganu menyalahgunakan wang royalti RM 432 juta tidak berasas

Siri 1

Sebuah akhbar harian pada 1 Oktober melaporkan Pengarah BPR menyatakan kesediaan untuk menyiasat penggunaan wang sebanyak RM 432 juta yang diterima oleh Kerajaan Terengganu pada Februari lalu jika menerima laporan berlakunya penyelewengan.

Jawapan di bawah oleh Exco Hisbah dan Tugas-Tugas Khas, YB Tun Dato' Hj Salleh Abas mungkin boleh menjawab dakwaan di atas.

Soalan :
Benarkah tuduhan Kerajaan Pusat bahawa kerajaan Negeri Terengganu menyalahgunakan wang royalti yang diterima dalam bulan Februari 2000 sebanyak RM432 juta kerana tidak ada maklumat atau keterangan mengenai program dan penggunaan wang tersebut?

Jawapan :
Tuduhan ini amat tidak benar sama sekali. Ia semata-mata dibuat untuk menghuru-harakan kerajaan baru negeri Terengganu dan membutakan rakyat. Tuduhan itu bermaksud menganjur-ngajur kerajaan baru tidak pandai mentadbir dan selekeh.

Walaupun orang-orang yang menerajui negeri bertukar; yang dahulu sudah pergi dan yang baru mengambil tempat mereka. Jentera dan pentadbiran undang-undang masih wujud dan tidak berubah. Mengikut undang-undang dan perlembagaan; tiap-tiap buah negeri mempunyai satu dana wang yang dinamakan Kumpulan Wang Negeri yang disatukan (KWN).

Ke dalam KWN inilah semua wang yang diterima kepada negeri sama ada hasil dan sebagainya dan wang royalti petroleum juga dimasukkan ke dalam KWN bersama-sama wang yang lain.

Mengikut undang-undang dan perlembagaan tidak boleh satu sen dikeluarkan daripada KWN itu melainkan perbelanjaan itu dibenarkan oleh undang-undang. Undang-undang itu ialah yang dinamakan enakmen bekalan yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada tiap-tiap akhir tahun untuk membenarkan perbelanjaan wang pada tahun berikutnya.

Jenis perbelanjaan adalah dinyatakan dalam belanjawan yang diluluskan oleh Dewan bersama-sama dengan enakmen ini. Belanjawan mengandungi anggaran hasil dan anggaran perbelanjaan. Di dalam belanjawan juga dinyatakan projek pembangunan yang mesti dibayar oleh kerajaan negeri.

Anggaran perbelanjaan tahun ini ada terkandung dalam belanjawan yang diluluskan pada tahun sudah dan perbelanjaan sebenar boleh didapati daripada Pejabat Pegawai Kewangan Negeri atau Akaintan Negeri, Pejabat Audit Negeri dan lain-lain pejabat berkenaan. Rekod-rekod perbelanjaan itu disimpan oleh pejabat tersebut.

Sekiranya kerajaan negeri menyalahgunakan kuasa, ini akan ditegur dan disebut oleh Jabatan Audit Negeri.

Jadi, tuduhan yang dibuat oleh kerajaan pusat itu tidak berasas langsung.




Terengganu berhak atas tuntutan royalti minyak

Siri 2

Soalan :
Siapakah yang berhak kepada royalti minyak ini; Kerajaan Pusat atau Kerajaan Terengganu?

Jawapan :
Royalti minyak adalah hak kerajaan negeri Terengganu yang mesti dibayar kepada kerajaan negeri Terengganu oleh Petronas, sebabnya :


  1. Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan keseluruhannya bahawa hak kepunyaan petroleum sama ada di darat atau di laut adalah terserah (vestal) kepada Petronas dan penyerahan hak kepunyaan ini akan berkuatkuasa apabila surat acara penyerahan telah ditandatangani. Penyerahan ini adalah muktamad tidak boleh ditarik balik dan hak kepunyaan itu adalah menjadi hak kepunyaan Petronas buat selama-lamanya.

  2. Sebagai balasan penyerahan ini, Petronas diwajibkan membayar kepada kerajaan persekutuan dan mana-mana negeri yang berkenaan, iaitu negeri dimana petroleum dijumpai dan diusahakan satu jumlah sebanyak yang dipersetujui di antara pihak berkenaan.

  3. Surat cara penyerahan hak kepunyaan telah dibuat oleh semua negeri di Malaysia, termasuklah negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu. Bagi negeri Terengganu surat acara itu ditandatangani oleh Menteri Besar Negeri Terengganu pada masa itu sebagai mewakili negeri dan oleh Yang Mulia Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah, selaku pengerusi dan Ketua Ekskutif Petronas. Surat cara penyerahan itu dibuat di Kuala Terengganu pada 22 Mac 1975.

  4. Pada hari yang sama dan di tempat yang sama satu perrjanjian ditandatangani oleh Menteri Besar Terengganu mewakili negeri dan oleh Yang Mulia Tengku Razaleigh bin Hamzah mewakili Petronas. Perjanjian ini menetapkan jumlah wang tunai yang mesti dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang didapati di negeri Terengganu dan dijual oleh Petronas atau agen-agen ataun kontraktor-kontraktornya. Bayaran ini hendaklah dibuat tiap-tiap enam bulan sekali iaitu sebelum 1 September bagi petroleum yang diperolehi dan dijual dalam tempoh enam bulan pertama dan sebelum 1 Mac tahun berikut bagi petroleum yang diusahakan dan dijual dalam tempoh enam bulan kedua, iaitu daripada bulan Julai hingga bulan September. Adalah diingatkan bahawa bayaran wang tunai itu tidak diberi nama apa-apa sama ada royalti atau bayaran ihsan.

  5. Pada 16 September 1987 Petronas memberi nama bayaran wang tunai ini sebagai bayaran royalti. Ini jelas disebut dalam surat Tan Sri Abdullah bin Muhamad selaku Presiden Petronas kepada yang berhormat Dato' Seri Amar Diraja Menteri Besar Terengganu. Surat ini merakamkan persetujuan di antara Petronas dengan Negeri Terengganu. Bagaimanakah 5% royalti itu dikira atau dihitung. Tajuk surat ini ialah:

    Computation rayalty to the Government The State of Terengganu by Petronas for the production of petroleum.


Kesimpulannya, bayaran wang tunai itu ialah satu bayaran yang wajib di buat oleh Petronas sebagai balasan menerima hak kepunyaan petroleum daripada Kerajaan Negeri Terengganu. Bayaran itu bukan satu bayaran ihsan sebagai belas kasihan atau murah hati Petronas. Bayaran itu diwajibkan apabila petroleum diperolehi di laut negeri Terengganu dan dijual. Sekiranya petroleum diperolehi di laut negeri-negeri lain, seperti Pahang, Johor, Kelantan dan sebagainya, negeri-negeri itu berhak kepada bayaran tersebut kerana tiap-tiap buah negeri ada membuat surat cara penyerahan hak kepunyaan dan juga menandatangani perjanjian 5% bayaran wang tunai. Tetapi Allah Yang Maha Kuasa dan Amat Pemurah Lagi Amat Penyayang telah memberi berkat kepada negeri Terengganu. Di laut negeri lain tidak dijumpai, tetapi di laut negeri Terengganu petroleum dijumpai.

Satu kesimpulan lain ialah bayaran wang tunai ini ialah bayaran royalti kerana mengikut undang-undang, khususnya amalan perniagaan (commercial usage) , royalti itu ialah satu bayaran yang wajib dibuat oleh penerima hak kepunyaan kepada tuan empunya hak itu. Syarikat-syarikat minyak menggunakan perkataan royalti kepada bayaran yang mereka buat sebagai balasan kepada mana-mana concession yang mereka dapat. Bayaran royalti setakat 5% itu adalah hak kerajaan Terengganu dan rakyat negeri Terengganu dan Petronas wajib membayarnya . Hak kerajaan Terengganu tidak boleh diganggu dan dibolot oleh kerajaan pusat.


Bolehkah Kerajaan Pusat menafikan hak kerajaan Negeri Terengganu?

Siri 3

Soalan :
Bolehkah Kerajaan Pusat menafikan hak kerajaan Negeri Terengganu?

Jawapan :
Oleh kerana hak royalti itu hak Negeri Terengganu, kerajaan pusat tidak ada kuasa menafikan atau menghapuskan hak kerajaan negeri Terengganu melainkan kerajaan negeri Terengganu sendiri bersetuju. Tidak ada persetujuan yang demikian telah dibuat bahkan kerajaan negeri Terengganu pun tahu dan tidak diberitahu secara rasmi kepada kerajaan Terengganu tidak mempunyai apa-apa hak. Apa yang diketahui ialah melalui salinan fotostat siaran akhbar Kementerian Kewangan sahaja bertarikh 5 September. Itulah pada awalnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu teragak-agak menerima siaran akhbar itu sebagai kenyataan yang benar dibuat oleh kerajaan pusat.

Sekarang sudah jelas dan nyata bahawa Kerajaan Terengganu telah dinafikan haknya kerana royalti bagi pengeluaran dalam tempoh bulan januari hingga 1 julai tahun 2000 ini yang sepatutnya dibayar pada 1 september 2000 belum lagi dibayar. Mungkin wang royalti itu sudah dibayar kepada kerajaan pusat. Cara kerajaan pusat menghapuskan hak kerajaan Terengganu ialah dengan cara mengubah nama bayaran wang tunai dibawah perjanjian diantara kerajaan negeri Terengganu dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974 daripada perkataan royalti kepada wang ihsan.

Royalti adalah satu bayaran yang wajib oleh penerima hak kepunyaan kepada pemunya hak, tetapi bayaran ihsan ialah satu bayaran atas belas yang dibuat sebagai sukarela pemberi sahaja, sudah tentu bayaran ini tidak mesti dibuat. Dan jika dibuatpun bila dan berapa banyak, tinggal kepada budi bicara pembayar itu sendiri. Dengan menukarkan nama bayaran wang tunai itu kepada bayaran ihsan tidak akan mengubah kedudukan bayaran itu karana ia tetapwajib dibayar dan menjadi hak kerajaan terengganu. Jika benar bayaran wang tunai itu bayaran ihsan, kenapakah mesti ada penukaran nama itu? Ia adalah semata-mata untuk mengelirukan pemahaman rakyat mengenai royalti petroleum.

Selain daripada itu obligation petronas membayar wang tunai itu ialah seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum dan perjanjian diantara petronas dengan kerajaan negeri Terengganu. Kerajaan pusat tidak ada kena mengena dengan perjanjian ini dan tidak boleh campurtangan sama sekali menghapuskan hak kerajaan Terengganu. Ini adalah bertentangan dengan pelembagaan Malaysia. Kita berharap kerajaan pusat yang seringf melaungkan sebagai kerajaan demokrasi dan berpegang kepada prinsip rule of law tidak sepatutnya bertindak liar sedemikian.

Perjanjian diantara kerajaan negeri dengan petronas; kenapakah perjanjian itu dilindungi oleh seksyen Terengganu, apakah terjadi kepada perjanjian itu ? Dan seksyen 4 akta tersebut tidak sepatutnya disebut oleh siaran akhbar Kementerian Kewangan Malaysia ?




Benarkah Allahyarham Tun Abd. Razak membuat keputusan pada tahun 1974 agar memberi royalti minyak kerana Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang termiskin pada ketika itu ?

Siri 4

Soalan : Benarkah Allahyarham Tun Abd. Razak membuat keputusan pada tahun 1974 agar memberi royalti minyak kerana Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang termiskin pada ketika itu ?

Jawapan: Kenyataan ini adalah satu angapan yang tidak benar dibuat oleh Kementerian Kewangan sebagai alasan menafikan atau menghapuskan hak royalti petroleum kepada negeri Terengganu pada tahun 1974. Petroleum belum lagi dijumpai di dasar lautan dimana-mana negeri di semenajung khususnya di negeri Terengganu. Petroleum yang dijumpai pada masa itu hanyalah didasar laut di Sabah dan Sarawak sahaja.

Benar sekali negeri terengganu pada masa itu miskin bahkan pada masa ini pun negeri ini masih lagi miskin.

Pada tahun 1974 Allahyarham Tun Abd. Razak tidak tahu sama ada petroleum akan dijumpai atau tidak dimana- mana negeri di semenanjung. Pada masa itu saya memegang jawatan peguamcara Negara dan saya yang mengarang Akta Kemajuan ini dibawah arahan Allahyarham Tun Abd. Razak. Allahyarham Tun Ismail Ahli ( Bekas Gabenor Bank Negera), Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub dan Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah. Pada ketika itu perhubungan kerajaan pusat yang diterajui oleh Allahyarham Tun Abd. Razak dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak amatlah gentin dan tegang.

Masalah dengan Sarawak ialah tengtan royalti petroleum yang mana Sarawak mendakwa hampir-hampir 100%. Begitu juga negeri Sabah. Alasan mereka menuntut sepenuh royalti itukerana mereka berkata sebelum mereka masuk Malaysia pada tahun 1963 mereka sudah ada dasar lautan bersendirian yang diistiharkan oleh kerajaan Kolonia British.

Mereka kata dasar lautan negeri ialah sebagai hak milik mereka. Dakwaan itu sebenarnya menyalahi prinsip Undang-undang antarabangsa.

Kerajaan pusat tidak bersetuju. Pertikaian ini disemarakkan oleh Kementerian Perusahaan Utama apabila kementerian mengambil langkah untuk membuat satu perbadanan undang-undang bernama HIKMA untuk menyelenggarakan ehwal mencari dan mengusahakan petroleum di Malaysia.

Pertikaian kerajaan pusat dengan kerajaan negeri tidak terputus kerana soal petroleum. Perselisihan fahaman di antara kedua kerana Allahyarham Tun Mustafa selaku Ketua Menteri Sabah bertindak terlampau bebas, terbang ke sana ke mari Sehingga masanya dihabiskan di luar Malaysia.

Usaha Allahyarham Tun Abd. Razak cuba menghadkan kebebasan Tun Mustafa menyebabkan perselisihan dianatara mereka semakin hebat.

Tindakan Kementerian Perusahaan utama ini- pada masa menterinya ialah Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Haji Taib-menambahkan lagi pertikaian diantara kerajaan Swarawak dan kerajaan pusat daripada Malaysia.

Sekiranya Pertembungan antara Kuala Lumpur dan Kuching dan Kota Kinabalu berterusan ada kemungkinan Sabah dan Sarawak akan menarik diri daripada Malaysia.

Jikalau ini berlaku Malaysia tidak akan ada lagi kerana Singapura sudah keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Untuk menyelesaikan pekara ini Allahyarham Tun Ismail Ali, Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah dan saya mengambil langkah mencari penyelesaian. Akhirnya Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub dan tun Abdul Razak bersetuju bahawa Serawak menjatuhkan tuntutan dengan sepenuhnya dan tidak lagi menuntut bahawa dasar lautan Sabah dan Sarawak sebagai keupayaan negeri-negeri itu. Apa yang mereka bersetuju ialah mengenai hak keupayaan petrolem yang ada di dasar lautan itu. Hak kepunyaan itu ialah hak negeri- negeri dalam Malaysia dan hak keupyaan itu diserah kepada petonas dan sebagai balasan bagi petronas menerima hak keupayan itu petronas dikehendaki membayar wang tunai kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri berkenaan satu jumlah yang dipersetujui di antara pihak berkenaan.

Perkataan royalti tidak digunakan kerana hendak menjaga sensitiviti kerajaan negeri Sarawak. Tetapi hakikat inilah Allahyarham Tun Abdul Razak dalam penyelesaian politik ini tidak hanya bersetuju bahawa royalti hanya dibayar Sabah dan Sarawak sahaja, bahkan ini disambungkan kepada mana-mana negeri di semenanjung ini. Sekiranya petroleum dijumpai di negeri itu. Inilah sebabnya Seksyen 4 Akta Kemjuan Petroleum menyatakan bahawa wang tunai itu hendaklah juga dibayarkan kepada mana-mana negeri yang berkenaan dengan tidak menentukan mana-mana negeri.

Istilah negeri-negeri berkenaan mestilah mempunyai makna "negeri-negeri yang man petroleum dijumpai dan dikeluarkan pada masaitu petroleum sudah dijumpai dan dikeluarkan didasar laut Sabah dan Sarawak tetapi belum lagi dimana-mana di dasar laut negeri- negeri Semenanjung."

Dengan secara umum Allahyarham Tun Abdul Razak tidak mengamalkan runding diantara negeri-negeri Malaysia Timur (Sabah dan sarawak) serta negeri - negeri Malaysia Barat. Oleh kerana Sabah dan Sarawak dijumpai petroleum dan berhak kepada royalti, kenapakah negeri-negeri lain di Semenanjung jika petroleum juga dijumpai dan diusahakan tidak diberi hak yang sama kepada semua negeri? Ini ialah negeri-negeri bersekutu di bawah nama Malaysia. Di atas pinsip keadilan dan layanan dan hak yang sama bagi semua negeri-negeri dalam Persekutuan, maka hak royalti petroleum itu diberi kepada negeri-negeri berkenaan.

Yang demikian maka petroleum dijumpai dan diusahakan di negeri Pahang, Johor, Perlis dan sebagainya. Petronas wajib membuat bayaran royalti kepada negeri itu tetapi Allah memberkati negeri Terengganu yang mana petroleum di Semenanjung ini hanyalah dijumpai dan diusahakan di negeri Terengganu. Di negeri-negeri lain tidak ada hak mencampuri hal ini dan kerajaan pusat tidak boleh menghalang penerusan membayar royalti itu kepada negeri Terengganu.

Anggapan siaran akhbar Kementerian Kewangan mencampuri hal ini seolah-olah menuduh Allahyarham bersikap tidak kasih kepada negeri Terengganu dan mendiskriminasikan negeri lain, pada hal negeri-negeri itu pun miskin juga. Anggapan ini seolah-olah menuduh Allahyarham Abdul Razak sebagai bertindak tidak adil.

Kesimpulannya ialah:


  1. Allahyarham Tun Abdul Razak tidak pernah mengatakan dan akta kemajuan petroleum tidak sebut bahawa wang tunai sebagai balasan kepada peyerahan hak kepunyaan petroleum hendaklah dikhusus dibayar kepada negeri Terengganu kerana negeri ini ialah yang termiskin.

  2. Tidak ada satu bukti pun setakat yang saya tahu bahawa bayaran itu ialah kerana negeri Terengganu sebuah negeri yang termiskin.

  3. Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang dibawahnya ialah untuk menyelesaikan pertikaian politik di antara kerajaan negeri di Malaysia Timur dengan Kerajaaan Pusat.

  4. Di samping itu akta ini hak menerima dan mentahkikkan lagi undang-undang dan perlembagaan bahawa tiap-tiap buah negeri dalam sesuatu persekutuan mestinya mempunyai hak dan layanan yang sama. Tidak ada diskriminasi di antara satu sama lain, kecuali atas sebab yang tertentu. Sabah dan Sarawak dan Terengganu berhak kepada royalti kerana petroleum dijumpai dan diusahakan di negeri itu. Negeri-negeri lain dalam Malaysia tidak ada hak kerana tidak dijumpai dan dikeluarkan petroleum di dasar lautan mereka. Dan lagi di antara Sabah, Sarawak dan Terengganu tidak boleh diskriminasikan hak mereka dengan berterusan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak. Tetapi hak negeri Terengganu dihapuskan walau bagaimanapun penghapusan itu tidak sah dan berkesan dari segi undang-undang.





Benarkah negeri Terengganu sekarang tidak lagi termiskin kerana program-program yang dibawa oleh kerajaan BN?

Siri 5

Soalan:
Benarkah negeri Terengganu sekarang tidak lagi termiskin kerana program-program yang dibawa oleh kerajaan BN.

Jawapan:
Negeri Terengganu masih lagi miskin meskipun siaran akhbar Kementerian Kewangan atau sebaliknya. Kita boleh lihat disana - sini dalam kampung di luar kampung, dalam bandar dan di luar bandar kemiskinan merata-rata. Orang-orang yang berhajat kepada bantuan am daripada jabatan kebajikan masyarakat ialah lebih kurang seramai ..... Ini bertambah seramai... semenjak kerajaan baru mengambil alih kebanyakan pertambahan itu ialah kerana kerajaan itu dahulu sengaja meninggalkan mereka dan memberi bantuan kepada mereka yang tidak layak di atas alasan politik.

Kerajaan baru menghulurkan bantuan am bukan berlandaskan politik bahkan kepada kemiskinan mereka yang menerima bantuan. Kerajaan negeri Terengganu dari semenjak tahun 1978 iaitu tahun mula-mula negeri ini menerima royalti petroleum sehingga bulan febuari tahun ini ialah berjumlah lebih kurang RM 7 billion. Tetapi kerajaan Terengganu masih lagi berhutang kepada kerjaan pusat lebih kurang RM 700 juta. Ke manakah lesapnya wang RM 7 billion itu. Orang yang dapat memberi penjelasan dan bertanggunjawab ialah mereka-mereka yang memegang kuasa kerajaan Terengganu sebelum kerajaan baru sekarang. Setakat yang kita dapat lihat dan hisbah dengan secara kasar wang itu dibelanjakan dengan seboros- borosnya.

SKANDAL BINA BANGUNAN

Seolah-olah sumber petroleum itu akan berkekalan. Wang itu selain daripada membayar perbelanjaan pengurusan masyarakat. Sebahagian besarnya dibelanja untuk mendiri bangunan - bangunan kerajaan, manakah perbelanjaan yang tinggi anak-anak syarikat. Boleh dikatakan kesemua anak- anak syarikat ini bermasalah dan tidak memberi apa-apa pulangan hasil kepada kerajaan negeri. Tiap-tiap kali saya ini mengakui kesusahan wang. Mereka minta bantuan daripada kerajaan negeri. Di antara bangunan kerajaan yang mewah ialah :


1. Muzium Negeri

2. Mahkamah Syariah Kuala Terengganu

3. Perpustakaan Negeri Terengganu

4. Pejabat Daerah Kuala Terengganu

5. Bangunan Darul Iman


SKANDAL BESI

Negeri Terengganu ada melabur dalam Perwaja. Sehingga akhir tahun 1998 Perwaja telah rugi kesemuanya jumlah lebih kurang 3.5 billion ringgit. Negeri Terengganu sebagai pemegang 19% saham dalam Syarikat telah menanggung kerugian sejumlah RM 671,545,880. Jumlah itu tidak boleh dikira kecil.

Negeri Terengganu juga dalam satu Syarikat Gunawan Iron Steel melalui anak syarikat yang bernama Permodalan Terengganu Berhad (PTB). Penceburan PTB dalam syarikat GunawanIron Steel itu iaitu RM 3.6 juta. Dalam pelaburan itu sudah menangung kerugian lebih kurang RM 100 Juta. Selain daripada itu kerajaan terengganu dahulu melalui agennya bernama Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu memberi jaminan kepada bank sejumlah RM 350 juta. Sekarang syrikat Gunawan Iron Steel itu tidak beroperasi lagi. Bangunannya sudah buruk dan satu crane yang dibeli dengan harga lebih kurang RM 7 juta tersadai di pelabuhan Kemaman menjadi besi buruk dan menghalang aktiviti di pelabuhan .

Program yang semacam ini kah yang menjadikan rakyat Terengganu terbela danmenjadikan negeri terengganu tidak miskin lagi ?

Lihatlah negeri ini sudah hilang wang modal RM 3.6 juta . Rugi pula RM 100 jutadan menangung bebanan kerugian kepada bank sebanyak RM 360 juta. Jika mengambil langkah untuk mendapatkan balik wang kerugian itu, siapakah yang akan membayarnya ?

SKANDAL BABENA

Bekalan air ke Pulau Redang yang dikontrak membuat kerja bekalan air oleh kerajaan negeri Terengganu diberi kepada anak syarikatnya bernama Babena, sekalipun ada beberapa buah lagi yang layak. Pemberian kontrak kepada Babena tidak disokong oleh?. Akhirnya apa yang sudah diterima ialah harga kontrak asal sebanyak RM 24.26 juta sudah menjadi RM 46 juta, iaitu bertambah RM 20 juta. Tambahan ini ialah bayaran sagu hati ( gratia) kepada Babena dan tidak ada apa-apa sebab undang-undang. Sagu hati diterima oleh Babena ialah Sebanyak RM 15 juta. Sekalipun pihak pembangkang pada masa itu membantah sekeras- kerasnya, kerajaan dahulu membuat keputusan membayar ssaguhati kepada babena RM 9 juta.

Yang amat sedihnya, bekalan air itu ialah untuk kegunaan sebuah hotel besar di pulau ini dan seramai lebih kurang 250 keluarga yang tinggal di pulau itu. Boleh dikatakan 70 % daripada air yang dibekalkan diguna oleh hotel tersebut, yang banyaknya diguna oleh orang-orang kampung.

Sebelum bekalan air itu dibuat oleh hotel ini bersetuju mencarumkan 30 % daripada harga membina bekalan tersebut, tetapi setakat ini satu sen pun tidak dibayar hingga disiapkan. Kerajaan baru sekarang ini mencari jalan supaya caruman yangdijanji itu dibayar.

Soalannya adakah cara membina bekalan air ke pulau Redang itu ialah satu program yang menghapuskan kemiskinan rakyat Terengganu.

SKANDAL KAPAL TERBANG MEDIAIR

Pembelian kapal terbang untuk syrikat Kerajaan Negeri Terengganu bernama Mediar adalah satu lagi cara wang royalty petroleum digunakan oleh kerajaan dahulu.

Pada tahun 1990 kerajaan Terengganu telah menubuhkan satu tabung bernama Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. 15 % atau maksima RM 30 juta daripada royalty petroleum akan dibayar kepada tabung ini sebagai pemegang amanah.

Tetapi bagaimana pula tabung ini dibenarkan oleh undang-undang untuk diniagakan dan melabur dalam perniagaan yang penuh dengan risiko?

Ada lagi satu tawaran bernama Tabung Pendidikan Tinggi ditubuhkan pada tahun 1997. Tabung pendidikan ini akan menerima daripada Tabung Warisan sebanyak 10 % daripada wang petroleum yang diterima oleh warisan. Wang tabung pendidikan sudah berjumlah RM 10 juta.

Pegawai tinggi TDM pada masa itu merancang hendak menubuh satu anak syarikat bernama Mediair kononnya untuk mengangkut orang-orang sakit dari satu tempat kepada hospital-hospital di dalam Bandar. Yang demikian satu pesawat udara mesti dibeli satu kertas kerja yang cepat telah disiapkan menurut pospech keuntungan kepada Tabung Pendidikan iaitu Tabung Pendidikan membeli satu pesawat itu dari wang yang ada dan disewakan kepada Mediair. Mendiair akan membayar sewa kepada Tabung Pendidikan. Apabila pesawat itu dibeli, pesawat itu tidak boleh didaftar atas nama Tabung Pendidikan sebagai tuan empunya kerana tabung itu tidak ada lesen. Yang demikian pesawat itu didaftar di bawah nama Mediair sebagai tuan empunya.

Oleh kerana syarikat itu mengalami kerugian bukan sahaja sewa yang dijanjikan bahkan wang untuk membeli pesawat tersebut hilang lesap.

Harga yang dikeluarkan oleh Tabung Pendidikan untuk membeli pesawat itu ialah RM 6.9 juta. Jenis pesawat yang dibeli ialah pesawat second hand bernama Piker Chenyne. Melalui maklumat yang diperolehi dalam khidmat pesawat yang serupa dan sejenis dengannya Piker Cheyene ini, harga pesawat barunya ialah US 1.2 juta sahaja iaitu lebih kurang RM 4 juta sahaja. Manakala harga bagi second hand pesawat ini lebih kurang US 200,000 sahaja, iaitu lebih kurang RM 800,000. Apakah justifikasi membelanjakan RM 6.9 juta membeli pesawat buruk itu ? Tidakkah ini pembayaran boros yang tidak tahu sempadan ?

Dalam siaran akhbar Kementerian Kewangan kerajaan pusat berkata, "selama ini kerajaan pusat membantu perbelanjaan wang royalty oleh kerajaan BN Terengganu dan memastikan wang tersebut digunakan semata-mata untuk tujuan pembangunan. Kerajaan pusat meneliti laporan audit ke atas perbelanjaan itu ."

Dengan penjelasan yang diberi di atas, adakah kerajaan pusat berpuas hati dengan perbelanjaan tersebut ? Laporan audit penuh dengan teguran- teguran yang menunjukan perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu tidak sepatutnya.