Laman Webantu   KM2A1: 2956 File Size: 3.0 Kb *



Re: Mesti Baca - Bahaya Islam Modernis
By Tok Misai

7/10/2000 2:32 am Sat


Islam itu ada satu sahaja, yakni Islam mengikut apa yang Rasulullah ajarkan
dan apa yang diamalkan oleh kaum salaf yakni, para sahabatnya dari kaum Muhajirin
dan Ansar.

Saya setuju dengan pendapat saudara yang mengulas tentang sikap bangang orang2 mengaku Islam yang dah mabuk dunia kerana sanggup menyesuaikan Islam dengan peredaran zaman. Inilah dia golongan manusia yang digelarkan munafiq yang amat dibenci oleh Allah. Kalau kita lihat dalam awal surah Al-Baqarah, Allah mendefinasikan orang Mukmin dengan 4 ayat (dari ayat 2-5), mendefinasikan orang Kafir sebanyak 2 ayat sahaja (dari ayat 6-7), tetapi mendefinasikan orang2 Munafiq sebanyak 13 ayat (8-20). Ini menunjukkan betapa bahayanya orang2 munafiq kepada Islam sehingga Allah memberikan penjelasan yang panjang lebar mengenai mereka.

Peperangan kita yang lebih besar sebenarnya adalah untuk menghadapi mereka berbanding dengan orang2 yang sudah memang sudah sah kafir kerana kerosakkan yang mereka lakukan kepada Islam adalah lebih hebat dan teruk dari kerosakkan yang mampu dilakukan oleh orang2 kafir. Mereka merosakkan dan melemahkan Islam dari dalam untuk memudahkan lagi usaha2 golongan kuffar untuk terus melenyapkan Islam.

Salah satu kegemaran orang2 munafiq ini ialah melaksanakan bid'ah yang tak pernah diajar oleh Nabi SAW. Melalui bid'ah, mereka mencorakkan Islam sebagai satu agama yang bersifat ritual sahaja dengan mengada-adakan berbagai-bagai majlis dan upacara yang kononnya bersifat keagamaan. Dengan cara ini, orang ramai yang tak faham Islam hujung pangkal akan menganggap bahawa Islam ini adalah sekadar berbuat ibadat sahaja dan lebih banyak "ibadat" seumpama ini diadakan, maka kononnya lebih Islamik dan waraklah pengamalnya.

Padahal Nabi tak pernah ajar ini semua. Yang baginda ajar ialah Esakan Allah dengan sebenar-benarnya, berhijrah dari kebatilan kepada kebenaran dan seterusnya berjihad dijalan Allah untuk menegakkan Islam dan memelihara kesucian kalimah Tauhid ini dari dicerobohi [Al-Baqarah (2) : 218]. Dalam pada ini, kita diperintah melakukan ibadat2 khusus hanya mengikut apa yang Nabi SAW ajar sahaja bukannya ibadat2 yang kita fikir ia sunat kerana ia kelihatan "cantik" dan Islamik padahal Nabi tak pernah ajar umatnya. Kita dilarang keras dari memandai-mandai menokok tambah atau mengurangkan urusan2 ibadah dari apa yang diajar oleh baginda Nabi.

Saya merasakan bahawa adalah amat perlu supaya usaha yang serious dilakukan untuk menyedarkan umat Islam terutamanya bangsa Melayu di Malaysia mengenai hal ini kerana jika tidak, Islam pasti akan dilemahkan oleh puak2 munafiq yang bertopengkan aliran modernis itu. Jika ini tidak diatasi, maka bangsa Melayu pasti akan kehilangan segala-galanya dan akan menjadi satu umat yang hina.

Wassalam.
Tok Misai
6:20 pm
6/10/00