Laman Webantu   KM2A1: 2955 File Size: 10.5 Kb *



Jihad Dikator Tua Video Game Sahaja
By Kapal Berita

7/10/2000 1:39 am Sat

Kapal Berita agak marah sikit sebab gelagat Mahathir yang cuba berlagak sebagai hero dan juara. Harap maaf lambat muncul kerana menyusun kata untuk menyedarkan umat yang sedang di tipu oleh diktator tua.

Berita Ringkas:

DIKTATOR TUA DI U.I.A:

Mahathir mengatakan kerajaan tidak melaksanakan hudud kerana merasa tidak mampu. Beliau juga mengatakan bahawa Kerajaan yang tidak melaksanakan Islam sepenuhnya tidak bermakna kerajaan itu tidak Islam.

Komen Sindiran:
Kerajaan bagaimana pun mampu memberi lesen video judi sehingga rosak semua akhlak muda mudi. Kerajaan juga mampu memberi lesen supaya "darul" makmur menjadi terkenal dengan kasino judi. Jangan lupa ada kapal yang tetap belayar siap dengan peralatan judi.....

Tetapi Kerajaan tidak mampu memberi royalti kepada rakyat, walaupun majoriti mereka Islam di Kelantan dan Terengganu. Rakyat kedua-dua negeri itu tidak layak dibantu, sebaliknya Halim Saad sanggup kerajaan bantu sehingga RM 3 billion banyaknya kerana syarikat beliau kononnya dapat mewujudkan peluang perkerjaan dan banyak pulangan (kedalam poket orang yang ber'jihad' ke?). Oleh itu pinjaman bercagar saham diluluskan oleh 4 bank tempatan dengan senang kerana kuasa politik mendahului kepentingan perniagaan, demi 'jihad' lagi agaknya.

Kerajaan juga tidak mampu memberi subsidi minyak supaya harga minyak kekal. Kerajaan hanya mampu menggunakan wang Petronas untuk menyelamatkan syarikat kapal yang sedang tenggelam. Sudah tentu ia milik anak diktator tua kerana ini pun 'jihad' juga?


DI MUSLIM COLLEGE, LONDON, PULA:

Mahathir mengatakan jihad (sebenar) ialah ialah memajukan negara.

"Our Jihad (is to) build a rational Muslim nation, skilled in administration, in the sciences and technology, in trade and industry, politically, socially and religiously stable, learned in all fields. Then we can advance the true cause of Islam."

"Jihad kami ialah membina bangsa Muslim yang rasional, mahir dalamm pentadbiran, dalam sains dan teknologi, dalam perniagaan dan industri, stabil dari segi politik, sosial dan ugama, berilmu dalam semua bidang. Kemudian kami akan maju untuk membela Islam."

Demikianlah "murah"nya dan rendahnya tafsiran jihad oleh mamanda perdana menteri, berlagak seperti nabi tetapi air liurnya penuh dengan basi dan hipokrasi!

Dalam Islam jihad itu terangkai dalam 3 tangga kehidupan. Ada banyak ulamak yang mengupas 3 konsep elemen ini iaitu:

Beriman, berhijrah dan berjihad.

"The man who has full faith in the Holy Quran is the one attached to faith dan detached from everything else. To save his own faith he migrates, and to save his society he carries out Jihad" (Mutahari)

"Orang yang mempunyai keimanan yang penuh kepada al Quran adalah orang yang mengikat dirinya dengan keimanan dan melepaskan dirinya dari SEGALA YANG LAIN. Untuk menyelamatkan imannya dia berhijrah, dan untuk menyelamatkan MASYARAKATnya, dia berjihad."

Bukalah al Quran, dan tengok susunan tiga elemen ini, yang mana dahulu dan yang mana kemudian. Nanti anda akan tahu siapa yang berjihad dan siapa pula yang cakap sahaja berjihad.

Orang yang tidak beriman tidak boleh berjihad. Orang yang tidak berhijrah juga tidak akan dapat jihad. Jihad bukan sembarangan perkataan murah-murahan. Ia bukan satu permainan ala video game untuk mendapat kepuasan dan keuntungan diri sendiri. Sebaliknya ia adalah pengorbanan diri untuk ugama yang dikasihi sebagai lambang cinta sejati seorang mahluk kepada tuhan yang mencipta dirinya.

Jihad itulah satu kemuncak keyakinan seseorang kepada Tuhan. Dia mengorbankan segala-galanya untuk memastikan islam tidak dihina, kekufuran berleluasa, dan fitnah berpanjangan. Dia berhijrah meninggalkan semua tipu daya dunia untuk berbakti kepada ugama tanpa memikirkan harga ataupun sayangnya nyawa. Saya sengaja gunakan perkataan hijrah kerana ia simbolik. Orang sekarang memanggilnya dengan perkatan "reformasi". Tetapi hijrah itu lebih bermakna dari reformasi itu sendiri. Kita juga perlu bertanya kenapa tidak digunakan perkataan "islah" selepas beriman. Jawapannya akan menyusul nanti.

Dari segi konsepnya, jihad itu adalah attachment(lekat) dan detachment(putus). Sesuatu perlu diputuskan untuk melekat kepada yang sewajarnya. Walaupun anda memang terasa sayang kepada semua nya tetapi anda perlu berpisah untuk "melekat" kepada si Dia. Dalam kata lain - jihad adalah pengorbanan seseorang sebagai tanda kasih dan sayang beliau kepada ugama, yakni Islam.

Tidak dinamakan jihad kalau anaknya yang membolot kontrek perhiasan menara tertinggi dunia. Sebaliknya jika mereka menderma wang sendiri lantaran ikhlasnya mereka barulah boleh disebut berjihad. Lihatlah Osama Bin Laden - itulah contoh orang kaya yang berjihad, bukannya diktator tua yang sanggup membina mahligai yang bergaya di saat negara melarat.

"He has nothing for himself. Everything is for Islam, including himself"

"Orang yang berjihad ialah orang tidak mempunyai apa-apa untuk dirinya atau suku sakatnya, semuanya diserahkan untuk kepentingan Islam, termasuk harta dan nyawa nya sendiri."

Sewajarnya Mahathir cermin diri beliau sendiri. Adalah amat memalukan kebanyakkan harta negara hari ini dibalun dengan rakusnya oleh beliau dan suku sakat beliau, tetapi masih tidak malu-malu hendak bercakap kami berjihad!

Orang yang berjihad ialah orang yang tidak ada apa-apa untuk dibanggakan, tetapi Mahathir segala-galanya ada dalam gengamannya dia dan simanjanya, baik kapal terbang, mahligai, hotel, IT, bot, iklan, bank, tanah, ladang, malah pulau pun ada. Namun itupun masih belum cukup, dia mengambil royalti dari rakyat Terengganu dan menafikan wang untuk bekalan air untuk negeri Kelantan sekian lama sehingga rakyatnya dilanda wabak taun jadinya.

Lihatlah berapa banyak syarikat yang diterajui oleh anak beliau, baru anda tahu dia mempunyai segalanya dalam perjuangannya tetapi itupun masih dirasakan "belum selesai" lagi. Agaknya bila semua wang negara kering kontang dan rakyat sudah murtad baru selesai ke?

Jihad mazhab manakah yang membenarkan menghina dan mengaibkan sesama manusia, malah menghukum pula orang lain meliwat tanpa bukti yang sah di sisi ugama? Jihad apakah itu jika menangkap orang yang meminum arak pun boleh dimarahinya pula. Atau membuang mufti kerana seronok menjamu mata dengan ratu cantik yang mengoda. Hebat sungguh diktator tua berjihad sehingga masjid kini sudah tidak bernyawa tetapi murtad pula berleluasa. Mahkamah syariah tak payah cerita, kalau Mahathir betul-betul berjihad, sudah lama Anwar di adili di sana.


Apabila seseorang itu berjihad, dia menyelamatkan bukan sahaja dirinya (dari api neraka), malah ugama. masyarakat dan negaranya dari tercemar oleh penindasan, kejahilan dan kekufuran. Dia sanggup meninggalkan kepentingan dan ikatan dunia yang bercerakin di dalam dirinya untuk diserahkan SEMUAnya buat Islam SAHAJA. Inilah jihad dalam artikata yang sebenarnya.

Mungkin kita perlu melihat Dokumentari video di bawah untuk melihat siapakah yang berjihad memuliakan ugama dan siapa pula yang berjahat menghina ugama.


DOKUMENTARI VIDEO SEWAKTU OLIMPIK MASIH BERBARA:

Wartawan ABC Evan Williams dan produser Virginia Moncrieff yang berada di Kuala Lumpur baru-baru ini berjaya menghasilkan satu dokumentari video yang akan membongkar bahawa perbicaraan mahkamah dengan segala tuduhan palsu itu adalah satu konspirasi tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.

FAC (Free Anwar Campaign) diberi izin untuk menyebarkannya. Terdapat keterangan Raja Komando dan Sukma di dalam video tersebut. Ia disiar ke benua Australia (Hmmm... banyak wartawan dan atlit telah dan akan melihatnya) jam 9.30 semalam, dan akan diulang pada Jumaat ini, jam 1 ptg. Dr Munawar Anees turut muncul dalam siaran itu.

Bayangkan bagaimana reaksi wartawan dunia (yang masih belum balik rumah lagi kerana tiket dah habis atau sedang ambil peluang bersantai di pantai dan bercuti) menonton kenyataan2:

Raja Kamarudin:

    "My duty is to give propaganda to speak to the UMNO people that Anwar is not fit to be the Prime Minister,"

    "Tugas saya ialah untuk membuat propaganda, menyatakan Anwar tidak layak menjadi PM."




Sukma Darmawan:

    "They want to punch me, they want to slap me and they're very angry, at the time I cannot even say the words "what do you want from me". I just feel cold, I feel ashamed because I'm naked then I cried and just stood there,"

    "Mereka mahu menumbuk saya, mereka mahu menampar saya dan mereka sangat marah sewaktu saya terpaku dan tidak dapat mengucap walau serangkap kata "apa yang anda mahu dari saya". Saya hanya merasa sejuk. Saya merasa malu kerana saya ditelanjangkan. Saya kemudian menangis dan hanya dapat berdiri sebegitu.



LESEN VIDEO GAME:

Malas nak komen. Sudah Terhantuk baru terngadah. Itupun masih memberi peluang 2 bulan - supaya dalangnya boleh menghilang! Sepatutnya kerajaan batalkan terus tanpa ehsan 2 bulan. Jenayah seperti ini sudah tidak boleh di bagi 'can' lagi melainkan ada udang yang hendak di makan oleh pak menteri.

Seperti biasa MASTER MIND nya bebas... tak ada orang yang ditangkap. baik yang ada lesen ke mahupun yang tak ade lesen. Inilah kepandaian kerajaan dan BPR "berjihad".

Alangkah peliknya, yang dapat ditangkap cuma "statement" (kenyataan) atau kertasnya sahaja.... .

Between January and last month, more than 17,000 gambling machines, worth more than RM50 million (S$22 million), were seized throughout the country.

ACA officers have recently made high-profile seizures of documents from various local authorities but so far no arrests have been made


Antara Januari dan bulan lepas, lebih 17,000 mesin judi, bernilai lebih RM50 juta dirampas di seluruh negara.

Pegawai BPR baru-baru ini melakukan pelbagai rampasan dokumen dari pihak berkuasa tetapi tiada tangkapan dibuat.