Laman Webantu   KM2A1: 2943 File Size: 6.8 Kb *



Mesti Baca - Bahaya Islam Modernis
By Kapal Berita

4/10/2000 12:12 pm Wed


BAHAYA ISLAM MODERNIS - MESTI BACA

Pembaca yang budiman,

Sudah lama saya mahu menulis perkara ini. Ia adalah analisa saya setelah membuat kajian tentang satu gerakan yang dijalankan oleh segolongan manusia yang mengaku Islam. Perkara ini telah lama berlaku yang mana ada penulis-penulis yang menulis buku untuk mempertikai ..


  1. Ajaran-ajaran Islam tradisional.
  2. Kredibiliti ulama tradisional atau ortodoks.


Jika anda membaca buku karangan Fazlul Rahman, tentu anda dapat bayangkan apa maksud saya. Fazlul Rahman adalah seorang pensyarah di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat. Dia juga diberi penghormatan menulis tentang Islam dalam ensaiklopedia Microsoft Encarta. Oleh kerana dia diupah oleh Barat menulis tentang Islam, dia berani mempertikaikan kepercayaan tradisional umat Islam orthodoks tentang kejadian Isra' dan Mi'raj. Katanya bahawa kejadian Mi'raj yang mana Nabi Muhammad naik ke langit adalah satu khurafat.

Biasanya mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai Islam modernis. Mereka menolak beberapa kepercayaan tradisi. Bagi mereka untuk menjadi ugama Islam supaya mudah diterima oleh Barat, maka umat Islam harus buangkan kepercayaan karut seperti terjadinya peristiwa Mi'raj. Kerana dongeng inilah, Islam menjadi ugama khurafat. Termasuk dalam hal ini juga,hukum Hudud adalah amalan umat Islam zaman dahulu. Pada zaman modern ini, hukum Hudud tidak sesuai lagi. Kata mereka, ugama Islam adalah fleksibel, syariatnya boleh diubah mengikut peredaran zaman.

Negara Islam yang mahu mengikut peraturan Hudud adalah umat yang zumud dan ketinggalan zaman.

Termasuk dalam gerakan mereka ini juga, ialah mentafsirkan semula Al-Qur'an. Ini kerana kata mereka ulama silam telah membuat kesilapan dan menjadikan Al-Qur'an diselewengkan maknanya. Maka mereka menyalahkan alim-ulama dahulu yang menyebabkan umat Islam berpecah-belah dan menjadi banyak mazhab. Antara pentafsiran baru mereka ialah selain mentafsirkan semula hukum Hudud, mereka mahu hukum wanita menutup aurat dilonggarkan. Ini kerana kata mereka ulama dahulu telah silap faham bahawa kepala dan rambut wanita adalah aurat. Ada pula yang berani mengatakan bahawa hukum berpoligami tidak ada dalam Islam.

Golongan mereka ini sedang giat menyebarkan fahaman mereka melalui internet. Mereka akan memasukki forum-forum perbincangan untuk menyerang orang-orang Sunni dan Fundamentalist. Mereka akan menyerang gerakan-gerakan Islam dan mencaci ulama-ulama silam yang menulis kitab-kitab tafsir, fekah dan tasauf.

Setakat ini, mereka telah berjaya bertapak di Mesir, Turki dan Algeria. Sehingga ketua pentadbir Universiti Al-Azhar sendiri yang bernama Syeikh Muhammad Tantawi mempertikaikan hukum Hudud.

Saya pernah bertemu melalui internet orang yang mengaku Islam tetapi menolak Hudud. Ada juga orang arab yang menolak hadith-hadith Bukhari dan Muslim. Kata mereka hadith-hadith adalah alat Iblis untuk menghancurkan ugama Islam.

Di Malaysia, perkara ini sudahpun bertapak. Kita dapat membaca penulisan Astora Jabat yang pro kaum modernis. Dia menjadi jurucakap untuk menghentam ulama dan memberi sokongan kepada fahaman sekular di negara ini. Akhir-akhir ini,terdapat dalam dalam suratkhabar tempatan satu suara yang lantang menentang hukum Hudud. Pada tarikh 1 Oktober 2000, di mukasurat 15, Syed Akbar Ali menulis satu rencana yang bertajuk " Menanangi Kemelut Isu Murtad ", dalam komentar Hujung Minggu, antara yang dia menulis,

"..Malang sekali ramai ulama tempatan tidak mahu setuju dengan pendapat Syeikhul Azhar (itu Muhammad Tantawi)...Dalam Al-Qur'an tidak ada sebarang hukuman..(bunuh orang murtad).."

Kalau diteliti baik-baik, Syed Akbar Ali adalah suara yang berani menuntut supaya syariat Islam yang telah diwarisi turun temurun DIUBAHSUAI. Sekarang ini, dia mewakili pihak akhbar dan dia menggunakan suratkhabar secara terang-terang menentang fahaman tradisional Islam. Saya agak golongan orang macam Syed Akbar Ali memang ramai. Pasukan-pasukan Utusan Malayu dan Berita Harian adalah golongan Melayu modernis. Mereka menggunakan akhbar untuk meracuni pemikiran umat Islam Malaysia.

Mereka menolak hadith. Perancangan mereka sangat halus dan sedikit demi sedikit mereka mahu meluaskan pengaruh.

Saya pernah mendengar idea Dr Mahathir sama dengan fahaman modernis. Sebab itulah dia tidak menyuruh isterinya Datin Siti Hasmah pakai tudung kepala. Sebab itu juga dia pernah berkata Nabi Muhammad simpan janggut kerana pada zaman itu tidak ada pisau Gillette.

Sebab itu juga dia tidak gemarkan hukum Hudud. Sebab itu juga dia pernah berkata ramai orang Islam percaya kepada khurafat yang diajarkan oleh ulama silam. Dr Mahathir berselindung dibelakang ulama UMNO seperti Hamid Othman dan Ismail Ibrahim. Antara tanda yang paling jelas dia berfahaman modernis ialah dia amat benci kepada ulama berfahaman orthodoks seperti Hadi Awang dan Nik Aziz.

Inilah bahaya yang sedang melanda kita. Parti Melayu UMNOlah yang menjadi " a good breeding ground " untuk golongan mereka membiak.Saya juga perhatikan juga orang macam TPM, iaitu Abdullah Badawi adalah orang kuat menentang Islam. Saya masih lagi ingat semasa dia menjadi Menteri Pendidikan dahulu, dia pernah menghina wanita Islam yang pakai purdah. Dia mengharamkan purdah dipakai di sekolah dan universiti. Jelaslah...Abdullah Badawi adalah anti fahaman tradisional. Otak dia sama dengan otak Dr Mahathir.

Sebelum Anwar Ibrahim masuk UMNO, dia adalah orang ABIM. Setahu saya ABIM adalah gerakan Islam yang berfahaman Sunni/Orthodoks/Fundamentalist. Semasa Anwar Ibrahim berada dalam UMNO, memang jiwanya kuat berpegang kepada fahaman Orthodoks. Oleh sebab itu, Dr Mahathir cukup bimbang terhadap Anwar Ibrahim. Mungkin itulah salah satu sebab kenapa Anwar Ibrahim mahu disingkirkan. Bukan Dr Mahathir sahaja yang amat bencikan Anwar, bahkan Abdullah Badawi lebih benci lagi kepada Anwar. Saya agak begitu kerana Anwar sering merujuk kepada ulama Fundamentalist yang terkenal yang bernama Dr Yusuf Qardhawi.

Nasihat saya...hancurkan UMNO sebelum mereka hancurkan Islam.

Ikhlas,
TIGER

Pengirim: Tiger