Laman Webantu   KM2A1: 2942 File Size: 13.0 Kb *



TJ Bila Kerajaan Menggeragau Lesen Terbang
By Marhain Tua

4/10/2000 9:58 am Wed

MGG91

Bila Kerajaan Menggeragau Lesen Terbang
(MGG: The Government Flounders On 'Lesen Terbang')


Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang memang terkenal kerana bagaknya terhadap kerani, pembantu pejabat, dan kakitangan bawahan perkhidmatan awam, kini mengambil sikap untuk melakukan siasatan terhadap Jabatan Perkhidmatan Jalan (JPJ) dalam cara pengeluaran lesen memandu. Rencana itu telah diiringi dengan satu suasana yang digembar-gemburkan oleh media massa. Kemudian ia telah membuat pengumuman betapa terdapat 100,000 manusia yang telah memperolehi lesen memandu secara tidak sah. Ketua Pengarah BPR, Dato' Ahmad Zaki telah menunjukkan kesungguhan itu apabila beberapa pegawainya membuat serbuan ke atas beberapa pejabat JPJ di Semenanjung. Ini disusuli dengan beberapa berita bagaimana terdapatnya satu jaringan sistem rasuah yang sungguh teruk dalam perkhidmatan tersebut. BPR dikatakan mempunyai segala maklumat mengenai jaringan rasuah itu termasuklah senarai nama mereka yang terbabit. Tetapi, satu sessi pengampunan beramai-ramai dikelolakan sehingga akhir September yang baru berlalu, dengan harapan mereka yang terbabit itu menyerahkan lesen mereka. Begitulah lantang rencana untuk menyelesaikan masalah yang semakin berterbangan itu, cuma kesannya tidak seberapa. Ini mendorongkan menteri pengangkutan bersama pegawai kanan JPJ menonjolkan diri untuk mencari publisiti murahan.

Sehingga kini, BPR masih tidak mampu mengemukakan satu sindiket yang dikatakan bertanggungjawab ataupun mendakwa sesiapa di kalangan pemimpin sindiket itu. Lantas, BPR memberikan tumpuan ke arah insan marhaen yang tidak berdaya, yang memperbaharui lesen memandunya melalui orang perseorangan ataupun syarikat yang sememangnya terdaftar untuk kerja-kerja itu dengan mengenakan bayaran kerana perkhidmatan itu. Memang tidak disangakal adanya segelintir insan yang sengaja melanggar undang-undang untuk mendapatkan lesen memandu mereka, tetapi lebih ramai lagi yang membaharui lesen mereka itu dengan nawaitu yang bersih.


Secara tiba-tiba pula muncul berita yang menggemparkan. Sebagai usaha memperbaikki keadaan dan menyelesaikan masalah, JPJ berura-ura untuk memperkenalkan satu sistem pengeluaran lesen yang terkini. Pada mulanya, menteri pengangkutan, Dato Seri Ling Liong Sik berpendapat bahawa ura-ura itu adalah satu usul yang baik. Namun, beliau berubah pendirian sebaik sahaja ada beberapa cawangan MCA yagn mahukan beliau meletakkan jawatannya kerana kemelut itu. Sekaligus, dia telah menjerumuskan kakinya ke pasir yang jerlus untuk berpendirian tidak melakukan sebarang perubahan.


Sebenarnya bukannya mudah membuktikan sesuatau yang telah lama diamalkan oleh JPJ sejak tahun 1950-an lagi. Pada mulanya memang tidak ada satu sindiket yang tersusun seperti yang didakwa oleh BPR. Tidakpula kita mahu menafikan adanya satu bentuk sindiket yang berjaya bertahan begitu lama sekali. Ketika saya mula menambil ujian memandu pada 1958, bapa saya telah ditanya samada beliau sanggup membayar $30 untuk mendapatkan lesen "kopi-o" . Ayah saya melenting dengan cadangan itu. Seorang penguji JPJ pernah membiayai suaminya yang kini berada dalam kabinet untuk mengikuti kursus undang-undang dengan cara mengeluarkan lesen 'kopi-o' itu. Ketika anak lelaki saya mengambil ujiannya di awal 1990-an, jurulatih memandu telah meminta tambahan RM150 untuk menentukan beliau lulus ujian di pusingan yang pertama. Akhirnya dia lulus juga setelah mencuba sebanyak tiga kali. Kini, imbohan itu sudah meningkat lagi ke tahap RM300 dan kadarnya berganda lagi kalau mahukan lesen komersial. Sindiket itu memang sungguh licik sehingga mampu bertahan kalau pun dilakukan serangan terhadap mereka setiap hari. Ada pula kumpulan bebas yang bergerak sendirian dan menawarkan lesen mengikut cara mereka pula. Ini merupakan satu variasi kepada amalan yang lama. Memang tidak ada lagi yang terkini dalam hal ini.


BPR sebenarnya telah tersilap langkah. Yang paling menyerlah ialah betapa lemahnya institusi itu kerana tidak berupaya melakukan sesuatu yang berkesan. Ketika siasatan dilakukan ke atas sesuatu jabatan, kenapakah BPR membenarkan jabatan itu mengeluarkan kenyataan secara bebas sehinggakan mampu memperlekehkan usaha BPR itu sendiri? Kalau BPR mengetahu adanya lesen terbang sebanyak 100,000 keping, ia bererti memang ada satu rekod mengenainya. Kenapakah ditunggu begitu lama untuk menggembar-gemburkan perkara ini? Ini menunjukkan ACA tidak mempunyai kuasa untuk menangkap sesiapa secar bebas. Kuasa itu memang ada padanya satu ketika itu tetapi telah ditarik balik kini setelah beberpa insan terpilih telah didakwa di mahkamah. Ratusan tuduhan korupsi telah difailkan, tetapi BPR tidak mampu bertindak ke atas sesiapa pun tanpa restu kerajaan. Beberapa lapuran polis yang telah difailkan oleh mantan timbalan perdana menteri berakhir dengan lapuran itu disimpan dalam fail sahaja. Tetapi, bagaimanakah mahu menyiasat menteri ataupun orang persendirian yang rapat dengan pucuk pimpinan yang berkuasa? Dato' Ahmad Zaki tidak pun memberikan penjelasan kenapa dia memilih JPJ untuk diserang dan tidak dilakukan serangan itu terhadap, sebagai misalannya, Pejabat Tanah di mana amalan korupsi sungguh terkenal? Masalah mudah timbul kalau permintaan pembayaran korupsi tidak ditunaikan. Di situ adalah menjadi satu amalan biasa kalau seseorang menghulurkan RM200 untuk kos bayaran sebanyak RM130, dan tidak pula menerima baki yang sepatutnya. Selagi BPR tidak mampunyai kuasa mendakwa seseorang secara bebas, yang termampu dilakukannya ialah beromong kosong sahaja.

Tetapi, saya kenal ramai pegawai BPR yang sungguh beriltizam dalam tugas mereka itu. Ada yang muncul di majlis tertentu untuk memberi penerangan akan tugas mereka. Ramai yang kecewa dengan peranan mereka kerana kehampaan. Begitulah juga dalam kes yang kita bincangkan ini. Ia menjadi satu lelucon bukan disebabkan ratusan pemandu yang terpaksa mengambil ujian mereka semula, ataupun kerana adanya ura-ura mahukan lapan juta pemandu menggunakan lesen memandu yang berteknologi tinggi itu. Yang menjadi topik perbincangan sekarang ialah Dr. Ling. Cawangan MCA mahukan beliau meletakkan jawatannya. Memang dia mahu melakukannya tetapi dilarang oleh Perdana Menteri pada awal tahun ini. Kerana itu fahamlah kita betapa keadaan tidak akan berubah lagi. Bagaimanakah agaknya ketua pengarah JPJ boleh berceita mengenai sistem perlesenan yang baru tanpa berunding dulu dengan menterinya? Bukankah ini memungkinkan sesiapa yang mendapat kontrak menyediakan sistem itu akan menambahkan pemilikan sebuah Porsche ataupun Lamborghini kepada koleksi keretanya?

Kita tentu masih ingat cerita Malaysia Hall yang membabitkan seorang anak kesayangan seseorang yang dikatakan telah melakukan hubungan niaga dengan sebuah agensi hartanah Britain. Hubungan niaga itu ada kena mengena dengan satu properti yang mahu dijual kepada kerajaan Malaysia dengan kadar dua hingga empat kali ganda daripada harga pembeliannya? Fiasko lesen terbang itu hanya memperakukan gelagat licik para ahli politik dan inilah yang selalu membuatkan BPR menjadi tersasul selalu.


>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

[MGG] The Government Flounders On "Lesen Terbang"

WHEN THE ANTI-CORRUPTION AGENCY, toothless at the best of times except when clerks, office boys, lower ranking civil servants, decided to investigate corruption within the Road Transport Department (JPJ) in issuing driving licences, to the accompaniment of media trumpets blaring cacophonically. It suggested a systematic web of corruption that allowed 100,000 people to obtain driving licences when they should not have. The ACA director-general, Dato' Ahmad Zaki, breathed hellfire and brimstone, as his officers raided JPJ offices in the peninsula, with news reports suggesting a web of corruption worse than any in the country. They had all the information, they said, and to back its threat, offered an amnesty by the end of September if those who obtained the licences surrepticiously owned up. The mountains roared, and brought forth a mouse. The transport minister, JPJ officials, rushed in to get the credit, countermanding each other with what would happen, so that no one is clear what would happen. The ACA so far has not isolated one syndicate nor arrested any of its leaders. Its focus is on the hapless motorist who renewed his licence through individuals and firms, lawfully registered, who renews licences and the like for a fee. There would be a few who deliberately bypass the law but many had their licences renewed in good faith.

Then came the clincher. To root this problem once and for all, the JPJ wants to introduce a new licencing system to root out the "evil". The transport minister, Dato' Seri Ling Liong Lik, thinks at first a good idea but baulked when MCA branches wanted him to resign over this mess. Now, he firmly puts his feet in quicksand to insist on no changes. Nothing is proven except that this form of petty corruption has been with the JPJ since the 1950s. It is not an organised syndicate as the ACA and others claim, though there could be some syndicates involved, but one that has stood the test of time. When I took my driving licence in 1958, my father was asked if he would be pay the $30 for a "kopi-o" licence; he would not hear of it. One JPJ tester put her husband, now in the cabinet, through law school this way. When my younger son took his driving test in the early 1990s, his driving instructor said RM150 would ensure passing the first time around. He passed at his third attempt. It is RM300 now, double that and more for commercial driving licences. It is well organised that the raids can continue every day of the year and not close it down. Into this, freelance groups offer driving licences on their own. It is a variation of the old theme. So, what else is new?

The ACA barks up the wrong tree. All it did was to prove it can do little. When it investigates a department, why does it allow the department to make statements that make it look stupid? If the ACA knew of 100,000 "lesen terbang" (flying licences), it must have kept a record. Why did it wait until this high-profile bumble to reveal this? The ACA does not have independent powers of arrest; it once had it but taken away when inconvenient people were brought to court. Hundreds of allegations of official corruption have been filed with it. It has not acted upon any the government would rather it not. The detailed police reports the former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, filed are, well, filed, with no hope it would ever be investigated. How could you investigate ministers and others close to people in power? Dato' Ahmad Zaki has not explained why he took on the JPJ and not, for instance, the Land Office where the corruption is so blatant that problems arise if a check or the amount demanded is paid: it is routine to have to hand over RM200 for a RM130 fee and not expect change. So long as the ACA does not have the authority to file charges independently, all it would is to release hot air.

But the ACA officers I know are dedicated men and women who chafe at the restrictions they work with. Some appear at meetings to explain the constraints they work under. Many are disillusioned, their hearts not in what they do. So in this exercise. It became a farce when the fallout was not tens of thousands of people taking driving tests afresh, or to force the eight million driving licence holders to switch to a new high-security licences, but the political fallout on Dr Ling. MCA branches want him to resign, which he should have until countermanded by the Prime Minister, earlier this year. Nothing therefore would come out of this. How could the JPJ director-general suggest, without discussing it with his ministry, a licencing system? Especially when whoever gets the contract would earn enough to add a Porsche or Lamborghini to his collection of expensive cars. The Malaysia Hall discussion fumbles because a favoured son reportedly liaises with British housing agents for a property he could sell to the Malaysian government at double or treble what he bought for. The "lesen terbang" fiasco only confirms the best laid plans of politicians and the ACA must go awry.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my