Laman Webantu   KM2A1: 2937 File Size: 6.6 Kb *



Apa Kata 'Ayam Pencen Umno' pulak..? Hihihihh?
By Amin Sapiro

3/10/2000 9:58 pm Tue

Amin Sapiro (sembang dengan pesara kakitangan awam)

APA KATA "AYAM PENCEN UMNO" PULAK..? Hihihihh?.

BARU-BARU ini secara tidak sengaja saya bertemu dengan bekas ?boss? saya. Sejak puluhan tahun saya meninggalkan perkhidmatan awam, baru hari saya bertemui beliau. Rupanya dia sudah bersara sekian lama. Memang patut juga.

Kesempatan itu kami gunakan sepenuhnya. Kami terus ke sebuah hotel terkemuka dan makan malam bersama-sama. Kami memang sudah lama tidak berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Maklumlah kami jauh terpisah. Seorang di Selatan dan seorang lagi di Utara.

Saya (dan teman saya yang ikut bersama) kenali beliau sebagai seorang yang jujur, tegas dan tidak pernah ?buang-buang? cakap. Perawakannya mantap dan keputusannya tepat. Kalau bercakap sukar dibantah kerana hujah beliau seringkali berasaskan fakta, rasional dan jelas.

Kami sekawan pegawai dibawah pengawasan beliau selalu mendapat bimbingan. Kadangkala kami sengaja datang ke rumah beliau dan meminta nasihat mengenai sesuatu kesulitan. Beliau mendengar dengan penuh teliti dan prihatin.

Masalah yang lazim kami hadapi waktu itu ialah ?tekanan? orang-orang politik yang menyebabkan keputusan ?departmental? yang memihak kepada kepentingan rakyat. Tetapi, akhirnya keputusan memihak kepada rakyat akan berubah memihak kepada kepentingan peribadi orang politik; atau kumpulan mereka yang berkepentingan.

Kerana Kertas Kerja saya membantah cadangan serakah seorang ?orang politik?, nyaris saya diambil tindakan tatatertib. Dan ?boss? saya inilah yang berdebat mempertahankan kebenaran dan hujah saya. Akhirnya cadangan kami dipersetujui oleh pihak berwajib. Kami selamat dan rakyat mendapat manfaat. Begitulah imbasan kekuatan kakitangan awam memperjuangkan hak-hak rakyat!!

Beliau pernah berkata,

"Memang jadi kakitangan awam satu urusan yang kerapkali mengecewakan hati. Kita adalah kelompok perantaraan diantara orang politik dengan rakyat. Tetapi kita harus faham, gaji bulanan kita siapa yang bayar? Kalau rakyat yang bayar, kepada rakyatlah kita berkhidmat", katanya.

Kami pegang cakap beliau itu sungguh-sungguh. Tambahnya,

"Jika kalian bertugas dengan swasta, kena tumpukan kepada syarikat/koprat yang membayar gaji anda. Fikirkanlah, jika syarikat rugi, kalian tak dapat gaji".

"Jika kalian berusaha sendiri pula, tak tanam padi lalang yang tumbuh.." katanya mengingatkan kami. "jadi kena berusaha bersungguh-sungguh", katanya mengakhiri nasihatnya.

Memang beliau punya sejarah perjawatan paling lama. Termasuk Mahathir, empat orang Perdana Menteri beliau berkhidmat. Dalam pertemuan tidak disangka itu, saya dengan seorang teman (pun pernah dibawah penyeliaan beliau dulu) bercerita lagi.

Kata beliau,

"Pebedaan diantara perkhidmatan awam hari ini dengan dulu macam langit dengan bumi. Dulu kakitangan berkhidmat dengan penuh dedikasi, rasa bangga dan puas. Gaji tak besar tapi kepuasan berkhidmat itu tinggi. Sesama pegawai akan berbincang mengenai keperluan rakyat. Akan terguballah sesuatu Dasar dari bawah untuk dipersetujui oleh pihak atas. 'Bottom up?'! Keputusan dibuat setelah kajian dibuat dengan menimbang pro-contra nya. Dalam kepala ingatkan rakyat saja.." katanya.

Kata beliau,

"Diperingkat perlaksanaan pula, pengawasan dan pemantauan dilaksanakan dengan berhati-hati dan teliti. Penjimatan perbelanjaan dibuat disetiap peringkat. Terutama sekali, jangan ada unsur rasuah, penyelewengan berlaku".

"Tetapi yang penting sekali," katanya, "tidak ada sebarang penyelewengan dan rasuah diperingkat orang-orang politik. Berbeda sekarang - itulah yang paling banyak terjadi", kata beliau dengan muka merah.

"Malangnya, ini dilakukan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan kuncu-kuncu politiknya" kata beliau dengan muka geram. "Tengok saja PERWAJA, Indah Water, Proton Saga, KLCC, Formula One, Stadium Bkt. Jalil, Bail-out nilai berbilion, salahguna Danamodal dan Danaharta?. Bla..bla?.!!" beliau geram sungguh. Beliau memperincikan satu demi satu.

"Berapa orang dapat kemewahan?" beliau bertanya sambil memandang kepada kami. Kami mengangguk.

"Inikah contoh satu team peneraju politik negara yang berhemah? Amanah?", tanya beliau kepada kami.

"Mengapa bila 'lesen terbang' bising satu alam, tapi sebut rasuah orang politik berjawatan kerajaan - BPR diam membungkam?" soal beliau lagi.

"Puncanya, kakitangan awam hari ini cuma diarah membuat justifikasi arahan Perdana Menteri saja. Direktif yang bukan-bukan dan salah dan tidak memihak kepada rakyat disuruh kakitangan awam justify jadi manasabah. Akhirnya, peluru habis Palembang tak alah. Yang jahanam duit rakyat. Yang kempunan papa kedana pun rakyat juga", kata beliau.

"Itu sebab rakyat Kelantan minum air tawar macam 'kopi pekat'. Semata-mata kerana kerajaan pimpinan Dr. Mahathir adalah pengkhianat rakyat. Mengapa Royalti minyak jadi Ihsan? Sebab dalam perut Mahathir isinya penuh syaitan!! Berdendam", beliau sudah semacam menyinga.

Sambung beliau "Contohnya, dalam zaman Tun Razak dulu, beliau menubuhkan FELDA dan FELCRA. Semua rakyat dari semua negeri diberi peluang menyertai skim Rancangan. Dasar beliau bukan kenegerian tetapi demi membasmi ?kemiskinan?. Tetapi sekarang, Mahathir bikin apa? Wang rakyat digunakan untuk mencari keuntungan puak-puaknya?.!! Mereka kayaraya, rakyat miskin papa kedana. Masih salahkan rakyat kalau menyebelahi Anwar?".

Selepas makan, kami melencong ke coffee house. Kami bercerita panjang lebih se jam. Baru kami tahu bahawa beliaulah salah sorang dari bekas kakitangan awam yang telah bersara yang memboikot Majlis Makan Malam Bekas Kakitangan Awam bagi meraikan Dr. Mahathir.

Khabarnya, Dr. Mahathir malu dan tidak datang. Kalau datang, ucapan dan dialog yang akan didengar Mahathir menjadi si tua kutuk itu tak senang tidur malam.

Rasakanlah!! Orang pencen pun dah menyampah. Apa kata "ayam pencen UMNO" pulak? hihihih?.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)