Laman Webantu   KM2A1: 2936 File Size: 5.1 Kb *



SP1: Surat Pembaca Yg Mengalirkan Air Mata
By Minda Pembaca

3/10/2000 9:36 pm Tue

KOLEKSI SURAT-SURAT PEMBACA

SUKARNYA MENGHAPUSKAN PENGARUH UMNO

From: Anak Bekas Ketua Bahagian Umno
To: Marhaintua@hotmail.com
Subject: Sokongan untuk pakcik
Date: Mon, 2 Oct 2000

Assalamualaikum pak cik. Minta maaf jika e mail ini akan mengganggu pak cik terutamanya tentang kesihatan pak cik. Saya merupakan dari golongan 30an yang kurang terdedah kepada sejarah politik Malaysia. Setelah membaca artikel oleh pak cik hati saya menangis kerana selama ini diri ini merasakan apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah betul. Saya dilahirkan dalam keluarga umno, dimana bapa saya merupakan bekas ketua bahagian penerangan didaerah di Johor. Yang membuat hati saya ingin meminta bantuan dari Pak cik ialah bagaimana harus saya menggerakkan hati orang tua saya supaya meninggalkan umno. Orang tua saya kini berumur 78 tahun. Masih sihat dan aktif dalam Umno. Puas saya berusaha dan sampai satu peringkat kedua orang tua saya mengalirkan airmata lantaran melihat betapa saya berusaha menghapuskan pengaruh umno dalam keluarga saya. Adakalanya saya hampir putus asa, tetapi setiap kali kekecewaan menghampiri, tulisan pak cik yang menghidupkan perjuangan saya ini. Saya sungguh dan sangat berharap pak cik memberikan cadangan supaya saya berjaya melihat kedua orang tua saya meninggalkan umno sebelum mereka atau saya menyambut panggilan maut.

JAWAPAN

Saya cuba menjawab persoalan ini bagi pihak sdr -MT-. Mungkin rakan-rakan lain dapat menolong menjawabnya.

Kebanyakkan manusia menilai sesuatu perjuangan itu berdasarkan apa yang tampak. Mereka sanggup percaya kepada seseorang individu jika ia dapat memberikan sesuatu. Kadang2 dia sendiri samar apakah yang dirasakan sudah atau bakal diberikan itu. Maka kata-kata manis bak cogankata menjadi satu janji yang diikat setia. Selagi masih berusia dia sanggup mempertahankan ikatan itu walaupun ia bakal meragut nyawanya. Tragedi adun batu talam itu menjadi satu cerita betapa orang melayu mudah percaya bila satu idamannya menjelma. Walaupun ia hanyalah satu bayangan kaca kepuraan semata.

Sejarah orang melayu yang mudah percaya kepada perkara2 yang bertentangan dengan ugamanya terserlah dalam banyak kisah terkini dan dulu. Sebagai contohnya berbomoh. Mereka sanggup mencari bomoh berbatu jauhnya untuk mendapatkan sesuatu yang dicita - atau menyiksa mata demi sang puteri yang cantik paras wajahnya.

Mereka menulis pelbagai hikayat dongeng untuk mengagungkan sianu bin si anu. Maka dikatakanlah si bomoh itu teramat mujarab sentuhannya sehingga raja pun terpaksa mencemarkan diri untuk mendekatinya. Bukankah sejarah melayu ada pelbagai kisah Pawang yang sentiasa dirujuk raja melayu sebelum mengambil keputusan? Ada satu siri KTLBELB yang menceritakan bagaimana menteri ugama kesultanan melayu hanya menjadi perhiasan dan tugu - sebaliknya pawang inilah yang sebenarnya menentukan gerak geri si raja itu. Malah ia menjadi satu 'rukun' siap dengan pantang dan larang yang diwarisi berzaman.

Untuk itu orang melayu, tidak kira siapa mereka, perlu kembali kepangkal jalan yang sebenarnya. Dia harus meneliti kenapakah bangsanya yang terbilang satu waktu dulu kecundang angkara orang luar yang disangka "penyelamat" atau wira dunia yang kononya amat ultra malay nya. Dia mesti bangun dari tidurnya yang amat lena itu dengan membuka mindanya. Malangnya orang melayu lebih suka hiburan yang tiada makna atau angka yang berbaris yang ditonjolkan di depan mata. Akibatnya mereka tertipu tanpa kesudahannya. Namun begitu - setiap tidur yang lena itu ada ubat untuk membangunkannya. Maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyedarkan bangsa. Tidak kira apa cara yang mulia, ia seharusnya bermula. Oleh itu saudara perlu mengajaknya berbicara. Pasangkan kaset beberapa ulamak terkemuka - sebagai contoh ceramah Ustaz Shamsuri boleh didengarkan kepadanya. Ia berisi pelbagai sindiran tanpa perlu membaca satu kalimah politik yang mungkin meresahi dirinya. Selepas itu ceramah Hj Ismail Khamus dan Tuan Ibrahim mungkin berguna untuk menyedarkannya. Pasangkan ia secara spontan di dalam kereta. Itu adalah antara usaha kecil kita. Dengan secara perlahan, ia mungkin dapat menyedarkan bapa sdr itu.

Seteruk-teruk orang melayu yang sudah teracun fikiran mereka, mereka masih mempunyai ugama. Dengan ugama inilah kita cuba menyedarkan mereka. Nasihat Ustaz Shamsuri amat sesuai kepada bapa sdr kerana kitab yang diajarkannya itu amat relevan dengan keadaan semasa. Ceramah beliau juga tidak berat atau menyentuh nama - cuma perangainya dan ciri-cirinya. Hasilnya minda yang terkatup itu pasti akan terbuka bila sampai waktunya.


- wartawan pencen -