Laman Webantu   KM2A1: 2932 File Size: 12.2 Kb *



Isu Dicipta Untuk Nafsu Membara
By Tok Misai

3/10/2000 7:03 am Tue

Se cebis warkah untuk rakyat Malaysia. Tanggal 2/10/00.

TERGERAK HATI UNTUK MELAKAR

Sudah lama saya tidak menulis. Hari ini, tiba2 rasa macam nak luahkan perasaan sikit. Sebenarnya, hati saya memang sakit dan pilu sampai tak terkata apa2 lagi dah. Macam2 yang telah dan sedang berlaku dalam negeri kita ini. Segala-galanya semakin menyemarakkan lagi rasa marah dan benci yang tak terhingga ini kepada pendokong2 Taghut yang tidak sedarkan diri itu.

Tidak ada jawapan logik boleh diberi kepada isu2 yang timbul saban hari di negara ini. Untuk merasionalkan dan menerima kejadian2 yang berlaku dengan penuh persetujuan, seseorang itu mesti meninggalkan akalnya yang waras dan keluar dari Islam. Kalau masih waras dan mahu meng-interpretasikan isu2 ini dari kacamata Islam, pasti tiada jawapan rasional yang boleh boleh diberikan kerana sebab timbulnya isu2 ini dan kaedah2 yang telah digunakan untuk menanganinya bukanlah seperti apa yang dikehendaki dan diajar oleh Islam.

ISU DICIPTA UNTUK NAFSU YANG MEMBARA

Kalau Islam dihayati dengan baik, isu2 hangat yang membingungkan sekalian rakyat tidak akan berpeluang wujud langsung. Orang yang cinta kepada Islam dan sedar siapa dirinya disisi Allah tidak akan tergamak buat dan beri masalah kepada orang lain. Dan jikalau terjadi pun apa2 perselisihan, cara untuk menyelesaikannya adalah dengan kembali kepada Al-Quran, As-Sunnah, Qias dan Ijmak Ulamak. Mudah saja. Tapi oleh kerana perangai manusia ini memang bangang dan suka turut hawa nafsu dan syaitan, maka benda yang tak patut wujud tiba2 wujud, manakala cara untuk menyelesaikannya pula digunakan dengan cara yang Islam tak pernah ajar. Baik2 tak patut ada masalah, tiba2 jadi satu masalah yang besar hingga menyusahkan orang ramai.

SIKAP PUKUL BORONG

Kita kena tahu bahawa Islam menghukum sesiapa yang sengaja tidak mahu mempertimbangkan dan seterusnya menyelesaikan apa2 isu atau masalah yang timbul mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya sebagai zalim, fasiq dan kafir. Kalau jahil tentang agama, kita disuruh belajar dan ambil tahu tentangnya. Tak boleh main pukul borong saja pakai akal kita yang sempit itu. Tapi masalahnya ialah terlalu ramai dari kita yang masih degil dalam hal ini. Kita pikir kita pandai dan hebat sehingga kita lupa apa hak Tuhan dan apa pula hak seorang hamba kepada Tuhannya. Allah suruh kita gunakan Islam sebagai neraca, tapi kita pulak yang memandai-mandai cari kaedah dan sistem lain untuk tujuan ini. Hak Allah kita nak ceroboh kerana kita fikir kita lebih pandai dari Tuhan yang telah mencipta kita dan seluruh alam semesta ini.

YANG SALAH BETUL, YANG BETUL SALAH

Disebabkan ini, yang salah kita kata betul. Dan yang betul pula kita kata salah. Yang berada dalam kebatilan ini akan berhempas-pulas untuk menegakkan benang yang basah kerana dia fikir dia betul. Padahal kalau kita ikut kaedah Islam, siapa yang betul dan siapa yang salah adalah senang untuk ditetapkan. Kekalutan ini semua berlaku kerana aqidah kita cacat. Dan yang cacatkannya ialah kita sendiri. Memang perangai manusia yang bertuhankan nafsu suka mencacatkan dan merosakkan benda yang baik asalnya. Disebabkan ini, maka porak perandalah jadinya masyarakat dan negara ini hasil dari perbuatan kita sendiri.

Memang benar segala2nya masih kelihatan seperti normal di luar sana seolah-olah tidak ada apa2 malapetaka yang sedang menimpa kita. Sebahagian besar dari kita masih boleh terus "hidup" seperti biasa. Disebabkan ini, "life still goes on" kepada sebahagian besar dari kalangan kita semua. Tapi bagi pihak2 yang terlibat secara "direct" dalam isu2 yang telah timbul sejak pertengahan tahun 1997 hingga sekarang, suasana yang mereka hadapi "is a matter of life and death" bagi mereka.

MAKIN TUA MAKIN MENGGILA

Saya malas nak perincikan isu2 yang telah dan sedang timbul di negara kita sejak tempoh yang telah saya nyatakan di atas tadi. Membuang masa saja. Tapi, yang pasti ialah Malaysia sekarang bukanlah Malaysia yang kita kenali sebelum ini. Banyak perkara telah berubah dan perubahan2 ini lebih menjurus kepada kehancuran. Cuma yang buta, pekak dan tuli saja yang masih tak sedar tentang hakikat ini.

Orang tua gila yang kita sangat2 berharap akan dijemput oleh Malaikat Izrail nampaknya semakin terserlah kemabukkannya. Mungkin inilah tanda2 sakratul maut di zaman yang canggih ini. Semakin hampir Izrail kepadanya, semakin ganas, zalim dan gila pula aksi2 dan tindakan2nya. Kalau dulu Namrud jadi separuh gila menghantuk kepala di dinding angkara seekor nyamuk yang Allah kirim untuk duduk dalam hidung dia bertahun-tahun, Firaun jadi terlalu geram dan marah hingga dia sendiri sanggup kejar Nabi Musa hingga terbenam dalam laut, dan Mustafa Kamal Attaturk pula jadi sakit gatal seluruh badan tergaru-garu sampai menggelupas kulit dan seterusnya mati dalam keadaan tanah/bumi tidak mahu menerimanya, maka si-tua ganyut yang di negara kita pula nampaknya sedang mabuk sakratul maut dengan cara kemaruk memfitnah orang lain, bolot khazanah negara dan menindas rakyat sepuas-puas hatinya.

SAKIT YANG BERJANGKIT

Apa yang paling menyedihkan sekali ialah semakin teruk dia mabuk tak sedar diri, semakin ramai pula badut2 yang datang mengelilinginya. Mereka ini semua kelihatan seperti sama2 telah dijangkiti oleh penyakit mabuk yang tak kenal Tuhan dan tak ingat kepada mati. Dalam keadaan mereka fikir mereka sedang berada dalam kebenaran, mereka sebenarnya semakin jauh tersasar dari jalan aqidah yang lurus. Mana tidaknya! Hanya orang yang tak kenal Tuhan dan tak ingat mati saja yang berani dan sanggup menyanggah perintah Tuhan dengan berani dan tunduk patuh menyembah seorang manusia lain.

Saya sungguh yakin bahawa negara yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita dibelakang hari nanti pasti akan hancur tidak lama lagi. Kerosakkan sudah betul2 berleluasa di mana2. Maksiat dan kemungkaran sudah jadi perkara biasa dan melalikan kita. Hinggakan golongan pondan2 yang pada satu ketika dulu sikit bilangan mereka dan duduk menyorok diam2 tiba2 sudah jadi berani menyuarakan hak2 mereka tanpa segam silu lagi. Disebabkan ini, yang tak pondan pun tiba2 bercita-cita nak jadi pondan pulak kerana macam sudah jadi satu trend untuk orang2 yang tak ada agama ini memuaskan nafsu mereka dengan cara Bisexual. Saya jamin datok nenek kita dulu memang tak pernah sangka yang suasana yang segawat begini boleh berlaku pada hari ini berbanding dengan zaman mereka dahulu. Yang peliknya pula ialah hal yang segawat ini seolah-olah tak membimbangkan kita sikit pun. Akibat dari didikan sekular, kita sudah mula menerima situasi ini sebagai satu keadaan yang "natural".

ISLAM DIBENCI, KUFUR DAN MURTAD MENJADI-JADI

Pada masa yang sama, orang mengaku Islam yang hidup mengikut budaya orang kafir dan murtad semakin bertambah dari hari ke hari. Dan mereka juga tanpa segan silu begitu berbangga sekali dengan gaya dan cara mereka. Islam begitu asing kepada mereka, sehinggakan mereka berani membenci Islam kerana merasakan bahawa Islam ini hanyalah kolot dan mengongkong kebebasan mereka sahaja. Apa nak jadi dengan negara kita agaknya?

Berdasarkan kepada keadaan2 ini, saya kira kita sama2 tunggu sajalah pada saat kehancuran yang akan Allah timpakan kepada kita nanti. Ini bukan cerita main2. Dalam Quran ada banyak kisah2 seperti ini. Kisah kaum2 Aad, Tsamud, Saba', Lut, Nuh dan berbagai-bagai lagi sepatutnya menjadi iktibar kepada kita. Tapi sebaliknya kita anggap bahawa semua cerita2 ini macam kisah dongeng pula. Malah lebih dari ini, Allah telah pun memberi kita semua tanda2Nya yang nyata sejak kebelakangan ini supaya kita cepat2 insaf dan kembali kepada kebenaran. Tapi kita masih degil dan buta. Lihat saja kepada Bosnia, Kosova, Kashmir, Ambon, Maluku dan sekarang ini di Sulawesi dan Filipina. Ini semua adalah tanda2 yang nyata kepada umat Islam supaya bersiap sedia menghadapi kehinaan yang akan Allah timpakan kepada umat yang kononnya mengaku Islam tetapi pada masa yang sama menolak ajarannya yang sebenar.

KEBALKAH MALAYSIA?

Walaupun tanda2 ini jelas dan terang, tapi haram sikit pun kita di Malaysia tak mahu ambil kisah langsung. Seolah-olahnya Malaysia ini kebal dari apa2 malapetaka. Siapa sangka 7 tahun lalu yang Mahathir boleh jadi gila seperti hari ini? Siapa pernah sangka Anwar Ibrahim boleh kena belasah dengan Rahim Noor dan seterusnya dipenjarakan selama 15 tahun? Siapa pernah sangka ekonomi kita yang berkembang setinggi 8% setiap tahun boleh tertiarap sampai tak terbangun-bangun?

Maka dengan ini, jangan fikir Malaysia akan sentiasa aman dan selamat sampai bila2. Yahudi dan Kristian sudah lama bertapak di Malaysia dan mereka semua hanya menunggu masa saja untuk bertindak. Sebahagian orang2 Melayu sudah pun menjadi Yahudi dan Kristian dalam keadaan yang mereka sendiri tidak sedar mereka sudah murtad dan kafir. Inilah dia perancangan puak2 kuffar. Aqidah sebahagian orang2 Melayu sudah lama hancur dan inilah yang diinginkan oleh puak2 kuffar itu sebelum mereka serang kita dengan kekerasan pula selepas ini. Mereka mahu pastikan supaya pertahanan aqidah kita benar2 dalam keadaan yang lemah sebelum mereka bertindak. Suasana yang mereka cita2kan untuk bertindak adalah sama seperti keadaan pada ketika tentera Jepun dulu hanya berbasikal saja masuk ke dalam Malaya dan tawan negara ini tanpa perlu bersusah payah.

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG

Umpan mereka sudah lama mengena kita. Malah sejak akhir2 ini, semakin gelojoh pula kita menyerahkan diri kita kepada mereka untuk disembelih. Pucuk dicita ulam yang mendatang. Umpan yang mereka berikan sikit, tapi yang berebut-rebutkan umpan ini terlalu ramai. Seronok puak2 kuffar ini tengok ayam2 yang akan mereka sembelih berbondong-bondong masuk ke dalam sangkar. Dan tidak lain tidak bukan, yang memimpin kita untuk masuk ke dalam sangkar ini adalah si-tua ganyut itu sendiri. Cuba perhatikan : Dalam pada dia berdiri terhoyong-hayang menghentam kuasa2 kuffar ini yang dia dakwa kononnya mahu menjajah kita, tiba2 dia sendiri pula yang memainkan peranan yang paling utama untuk membawa masuk pengaruh2 sesat ini untuk disumbatkan ke dalam tekak muda-mudi di dalam negara ini.

Aduhai orang2 Melayu sekalian..... Percayalah, Malaysia pasti akan hancur! Tanda2nya sudah terang dan jelas. Hanya yang buta, pekak dan tuli saja yang masih tidak sedar akan hakikat ini. Soalannya sekarang ialah : Apakah persiapan kita untuk menghadapi malapetaka ini?

ISLAM JALAN PENYELESAIAN

Maka jawapannya pula ialah : Islamlah kita dengan sebenar2 Islam jika kita mahu selamat. Jika tidak, tunggu sajalah malapetaka yang akan menimpa kita semua baik di dunia dan juga di akhirat. Janji Allah itu benar dan ia pasti akan datang. Tidak ada janji yang lebih benar dari janji Allah. Dan tidak ada tempat lain tempat yang akan kita kembali melainkan untuk pulang ke hadrat Allah sahaja kerana dari Allah kita semua datang, datang kepada Dia jugalah akan kita semua kembali. Samada kita suka atau tidak, inilah hakikatnya. Oleh itu, kita ada pilihan untuk menentukan bagaimana kita mahu kembali kepadaNya. Kita boleh pilih untuk kembali samada sebagai hamba2Nya yang akan mendapat keuntungan atau pun kerugian yang besar. Hanya orang2 yang bijak saja yang akan mengambil peluang yang masih ada pada dirinya untuk menyelamatkan diri kita dan keluarganya sebelum terlambat.

Apakah pilihan anda?

-Tok Misai-
2/10/2000