Laman Webantu   KM2A1: 2931 File Size: 4.3 Kb *



Hirup Kopi Telan Air Liur
By Dahlia

3/10/2000 6:15 am Tue

Menyelinap sedikit adegan pendekar gunjing negeri Pahang.....


HIRUP KOPI TELAN AIR LIUR!

Kebetulan saya berada di Kuantan pada Sabtu (1 Oktober, 2000) atas urusan kerja . Setelah selesai urusan, saya balik ke Hotel penginapan di pinggir Teluk Cempedak - yang menghala ke Laut Cina Selatan, laut yang mengandungi harta dan khazanah laut yang bertimbun banyaknya. Bukan sekadar emas hitam!!

Maka, bertembunglah saya secara kebetulan dengan wanita/pemuda umno yang petang itu dibawa oleh sorang tauke untuk minum di sana, yang kebetulannya saya berada di coffee-house yang sama, tidak jauh dari meja mereka. Hahaa... inilah perangai orang umno! Pantang dapat belanja sikit, terlentok leher! Apatah lagi dapat minum di Hotel yang bertaraf lima bintang, siap dengan panorama yang menggiurkan kerana mata boleh menatap tubuh-tubuh mongel di kolam renang yang hanya berada di sebelah coffee-house. Menghirup kopi sambil menelan air liur!


RAKAMAN 'KAMERA' HOTEL

Di Hotel ini, banyak merakam karenah dan perangai orang umno. Di sini juga bekas ADUN Sanggang (Allahyarham) YB Abdullah Kia sesak nafas ketika sedang berbincang dengan seorang pemuda Bahagian mengenai politicking di Mentakab yang menjadi penyebab kepada kematian beliau. Di sini juga katanya tempat beberapa ADUN/YB dijamu dengan wanita-wanita cantik saban bulan. Di sini juga katanya, artis-artis dari KL dibawa untuk dijadikan ratahan para pembesar Negeri! Di sini juga pernah merakamkan peristiwa berdarah pergaduhan kerabat Diraja yang memukul seorang pemuda kerana seorang wanita celebriti. Di sini juga merakamkan peristiwa seorang pembesar Kerajaan dijamu dengan minuman arak saban minggu, sehingga mabuk dan tak sedarkan diri.

Walaupun tempat "jamuan" dan pesta itu ditutup rapat, tapi bak kata pepatah, kalau dah bangkai, baunya tetap terhidu sampai ke luar! Huh!!!!


PESTA TUA BANGKA

Berbalik kepada cerita wanita/pemuda umno ni, rupanya mereka menghadiri Pesta Sukan Pemuda umno peringkat Negeri Pahang yang dirasmikan oleh MB brutal pada Jumaat - 30/09/00 di Stadium Indera Putra, Kuantan. Pesta sukan pemuda umno peringkat Kebangsaan akan diadakan bermula 13 Oktober depan, juga di Kuantan.

Al-kisah, pemuda umno ni bercerita yang mereka sukar mencari peserta (ahli yang ingin menyertai sukan berkenaan - bolasepak, takraw, dll), sehingga terpaksa memujuk, merayu dan membayar upah kepada pemuda-pemuda/belia di Daerah masing-masing yang rata-rata tidak menyokong umno. Seorang pemuda yang ada di situ berkata,

"aku terpaksa bayar sorang RM50 , kena sediakan penginapan, duit makan dan duit minyak kereta. Siap kena beli baju, kasut dan track-bottom untuk pujuk dia orang main. Kalau aku tak buat begitu, mana ada budak nak main pun!".

Dia mengeluh lagi:

"Kalau macam nilah, tak tahu aku! Nazak sungguh dah umno ni. Sampai budak muda pun menyampah kat umno! Yang ada pun dah tua-tua bangka semuanya, dah nak masuk zaman menopos pemuda."

Disambut dengan deraian gelak ketawa oleh kawan-kawan mereka di situ. Rupanya, dalam diam-diam, pemuda umno ini juga sedar betapa teruknya imej umno, apatah lagi imej pemuda umno di kalangan jenerasi muda di negara ini. Yang lawaknya, kegusaran itu telah bertukar menjadi bahan jenaka dan gelak ketawa sesama mereka.


MAKIN BERGERAK MAKIN TERTINGGAL

Terfikir juga saya, dalam Mahdey menggerakkan jentera parti untuk menawan Kelantan dan Terengganu serta memastikan Pahang ditawan oleh BN di semua kerusi DUN/Parlimen dalam pilihanraya 2004, sedar tak sedar umno semakin nazak maruahnya di hati orang Melayu. Semakin hebat gerakan menghina PAS/BA dibuat, semakin jauh orang Melayu meninggalkan umno!!


Dahlia/KL

(semoga dapat ke TC lagi, tempat yang menyimpan seribu rahsia dan kenangan!).