Laman Webantu   KM2A1: 2930 File Size: 13.0 Kb *



TJ: Membunuh Rakyat Kelantan Dgn Tanpa Air
By Kapal Berita

3/10/2000 1:20 am Tue

Terjemahan ala kadar siap dengan tambah tajuk:


MEMBUNUH RAKYAT KELANTAN DENGAN TIADA AIR

Bila krisis keracunan Anwar Ibrahim meletup hujung tahun lepas, Mahathir menyangkal membebel semua perkara itu dengan mengatakan orang melayu tidak membunuh untuk tujuan politik.

Tidak pula sebaliknya!



TRADISI MEMBUNUH RAKYAT

Samad Goal dibunuh di Kota Bharu - kepalanya terbelah kena kapak. "Golongan tua" memberitahu saya ia berlaku semasa beliau sedang memberi ucapan politik. Dato Tahar juga dibunuh - dengan tembakkan kemerata badannya. Ada orang juga memberitahu saya Dr Burhanuddin Hilmi pula telah diracun. Itu semua adalah pembunuhan yang saya diberitahu - dan ia semua dilakukan untuk tujuan politik.

Ya, Orang Melayu MEMANG sanggup membunuh demi nafsu politik.

Adakah Mahathir kini mahu membunuh semua rakyat Kelantan, musuh politik beliau, dengan menafikan mereka air?


TRADISI MEMERLI LAWAN

Inilah yang dikatakan oleh Mahathir baru2 ini:

"Kerajaan Kelantan tidak dapat pun membekalkan air bersih kepada rakyatnya. Bila kamu membuka paip, kamu dapat air kopi pula".

Bagi Mahathir semuanya adalah lawak belaka - sesuatu untuk diketawakan. Kerajaan pembangkang Kelantan tidak dapat menyumbangkan air bersih kepada rakyatnya. Mahathir merasa ia amat melucukan.

Mahathir menambah bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sedang meminta bantuan dari Pusat untuk mengatasi masalah air.

"Mereka memohon RM600 juta dari kita. Jika kami ada sebanyak itu, kami akan membelanjakannya untuk tujuan yang baik."

Ya, Benar, Jika Kerajaan Pusat ada RM600 juta, mereka akan menggunakannya untuk "tujuan yang baik". Mereka tidak dapat memberinya kepada kerajaan Negeri Kelantan untuk mengatasi masalah air kepada 1,500,000 rakyatnya. Wang itu tidak layak untuk rakyat.

Wang RM600 juta itu lebih layak untuk membuat Litar F1. Orang asing dapat menggunakan litar itu untuk kesukaan mereka. Wang RM600 juta itu juga boleh membina menara yang indah di pusat bandar KL. Wang itu lebih baik dihabiskan untuk itu. Bagi Mahathir, wang itu tidak layak dan tidak sesuai untuk digunakan untuk mengatasi masalah air 1.5 juta rakyat Kelantan.


MASALAH AIR WARISAN BN LAGI

Kelantan mengalami masalah kekurangan bekalan air sejak 20 hingga 30 tahun lampau - sebelum kerajaan pembangkang menerajui negeri itu lagi. Pembangkang menang di situ pada tahun 1990. Kerajaan Pusat kemudiannya mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan RM 600 juta untuk memulihkan bekalan air ke Kelantan.

Ahli Persatuan Pemaju Perumahan cawangan Kelantan telah menemui menteri hal-ehwal negeri itu, Annuar Musa, untuk membincangkan masalah air dengannya. Pihak pemaju berkenaan tidak dapat menyerah hak-milik rumah mereka kepada pembeli kerana tiada bekalan air dan mereka mengalami kerugian kerana itu.

Annuar Musa memberitahu pemaju tersebut, jika mereka mahukan air, mereka hendaklah mengundi BN pada p/raya nanti. Selagi Negeri itu dikuasai pembangkang, mereka tidak akan disalurkan bekalan air.


TRADISI MEMUNGKIRI JANJI

Kemudian Kerajaan Pusat pun mengumumkan mereka akan memberi Negeri Kelantan RM600 juta yg diperlukan itu. Gembiralah rakyat di Kelantan itu - mereka dikhabarkan akan mendapat air.

Kemudian, bila harapan rakyat itu meninggi kerajaan Pusat tiba-tiba mengumumkan ia tidak akan memberikan wang itu pula. Semua harapan itu hancur berkecai.

Kemudian diumumkan pula Kerajaan Negeri akan memperolehi wang itu, tetapi Kerajaan Pusat akan mengawalnya dan akan menentukan bagaimana ia dibelanjakan. Kemudian mereka mengatakan Kerajaan Negeri tidak akan mendapat wang tersebut.


TRADISI BERMAIN KATA

Inilah permainan kata-kata yang zalim ke atas 1,500,000 rakyat yang belum mendapat air bersih sejak dua generasi. Kamu membuahkan harapan, kemudian kamu menghancurkannya - hanya untuk melihat senyum di wajah rakyat marhaen itu terpadam semula.

Hari ini Kelantan diserang wabak Taun. Mahathir adalah seorang berpendidikkan kedoktoran. Dia tahu kenapa Taun merebak. Adakah beliau mengumumkan sekatan air kepada Kelantan akan ditarik balik?. Adakah beliau kini akan memberi mereka RM600 juta yg dijanjikan dan dimungkiri banyak kali itu?

Tidak! Sebaliknya TV3 mempamirkan rakaman kamera untuk menunjukkan kononya rakyat mengutuk Kerajaan Negeri Kelantan kerana tidak dapat mengatasi masalah bekalan air.

Masalah air Kelantan berlaku sejak lama dulu sebelum pihak pembangkang mengambil-alih negeri tersebut. Ia bukanlah kesalahan kerajaan pembangkang. Mereka mewarisi masalah itu bila mereka mengambil alih teraju negeri yang memang menghadapi masalh air.

Ini adalah permainan zalim terhadap rakyat Kelantan. Ia bukannya lucu dan Mahathir sewajarnya berhenti berpura-pura ketawa. Rakyat sedang diancam maut di Kelantan. Ia berlaku kerana mereka tiada bekalan air. Mereka tiada air kerana Kerajaan Pusat cuba untuk menekan dan menindas kerajaan negeri agar melutut kepadanya.


TRADISI MERESTUI PEMBUNUHAN

Bukankah Mahathir sendiri yang mengutuk kempen boikot US kepada Iraq. Bukankah beliau sendiri yg mengatakan sekatan boikot itu akan membunuh beribu2 kanak2 yg tidak berdosa? Bukankah Mahathir sendiri yg mengatakan Amerika adalah "Pembunuh" dengan melakukan sekatan itu?

Tidakkah Mahathir melihat dia kini sedang membunuh rakyat Kelantan yg tidak berdosa dengan menafikan mereka bekalan air? Adakah Mahathir memang sudah pasti bahawa yang maut kerana taun itu adalah mereka yang mengundi pembangkang sahaja? Bagaimana kalau mereka tidak? Bagaimana pula jika mereka langsung tidak mengundi? Bagaimana jika mereka itu adalah kanak-kanak dan bayi2 yang belum layak mengundi lagi?


MAHATHIR SIAPAKAH KAMU INI?

Mahathir, adakah kamu ini seorang Melayu? Adakah orang Kelantan itu bukannya orang melayu? Bukankah kamu mengatakan orang melayu tidak membunuh untuk tujuan politik?

Mahathir, berhentilah membunuh kanak2 dan bayi2 yg tak berdosa! Hentikan wabak taun di Kelantan! Berikanlah Kelantan air yang mereka perlukan itu! Berikanlah mereka air yang mereka nanti sejak bergenerasi yang lalu.

Yang penting sekali, Mahathir - hentikanlah rasa geli hatimu akan kesusahan orang lain itu. Padamkan ketawa lakunan mu itu. Ia tidak selucu yang kamu fikirkan. Dengan menafikan air kepada rakyat Kelantan tidak bermakna pembangkang tidak berupaya menerajui kerajaan negeri. Ia hanya membuktikan kamu sangggup melakukan pembunuhan bayi yg tidak berdosa untuk mengalahkan musuh politik.

Semoga tuhan boleh mengasihani kamu Mahathir, dengan semua tragedi maut di Kelantan itu!


Raja Petra Kamarudin
Director
FreeAnwar Campaign
http://www.freeanwar.com/




Rencana Asal:

Killing the Kelantanese with no water

When the Anwar Ibrahim poisoning crisis erupted late last year, Mahathir pooh-poohed the whole matter by saying that Malays do not murder for political ends.

Not quite true!

Samad Goal was murdered in Kota Bharu - head split open with an axe. The "old timers" tell me, while he was giving a speech during a political rally. Dato Tahar was murdered - I was told, shot all over his body. Some people tell me Dr Burhanuddin Hilmi was poisoned. And those are only the ones I know about. And they were all murdered for political reasons.

Yes, Malays DO murder for political ends.

Is Mahathir now killing off the Kelantanese, his political rivals, by denying them water?

This is what Mahathir said recently, "However, the Kelantan government could not even ensure clean water for its people. When you turn on the tap, you get coffee instead''.

to Mahathir it is all a big joke - something to laugh about. The Kelantan opposition government cannot even provide clean water for its people. Mahathir thinks it is so funny.

Mahathir added that the Kelantan State government was seeking help from the Federal Government to overcome its water woes. "They are asking for 600 million Ringgit from us. If we have that kind of money, we will put it to good use".

Yes, that's right. If the Federal Government had 600 million Ringgit they would put it to good use. They would not give it to the Kelantan State government to provide water to its 1,500,000 people. That is not good use for the money.

600 million Ringgit can build an F1 racetrack. Foreigners can use the track to enjoy themselves. 600 million Ringgit can also build a beautiful tower in the middle of Kuala Lumpur. That is better use for the money. Water for 1,500,000 people in Kelantan is definitely NOT good use.

Kelantan has been facing a water shortage problem for the last 20 or 30 years - long before the opposition took over the State. In 1990, the state fell to the opposition. The Federal Government then suddenly decided to cancel the plan to spend 600 million Ringgit to improve the water supply in the State.

The members of the Kelantan Branch of the Housing Developers Association met the Minister-in-Charge of the State, Annuar Musa, to discuss the water problem with him. These developers could not hand over their houses to their buyers as there was no water supply and they were losing money because of it.

Annuar Musa told the developers, if they wanted water, they would have to vote in the Barisan Nasional the next general election. As long as the State was under the opposition they would get no water.

Then the Federal Government announced they were giving Kelantan State the 600 million Ringgit they required. There was much rejoicing. Kelantan, at last, would be getting water.

Then, when everyone's hopes were high, the Federal Government announced they would not, after all, give the State the money. All hopes were dashed.

Then it was announced the State would be given the money, but the Federal government would control it and decide how it is used. Then they said the State would not get the money.

This is a cruel game to play on 1,500,000 people who have not seen clean water for two generations. You build up their hopes, then you dash it again, just to see the smiles on their faces get wiped off.

Today, Kelantan is suffering from a Cholera outbreak. Mahathir is a medical man. He knows how and why Cholera is spread. Does Mahathir announce the water embargo on Kelantan is off? Does Mahathir now give them the 600 million Ringgit promised and un-promised so many times?

No! Instead, TV3 parades people before their cameras to show them condemning the Kelantan Government for not being able to overcome the State water woes.

The water woes were there long before the opposition took over the State. It is not the opposition government's fault. They inherited the problem when the took over a State that already had no water.

This is a cruel game to play on the people of Kelantan. It is not funny, and Mahathir should wipe that smirk of his face. People are dying in Kelantan. And it's all because they have no water. And they have no water because the Federal Government is trying to bring the State to its knees.

Was it not Mahathir who condemned the US for its embargo on Iraq? Was it not Mahathir who said the embargo is causing the deaths of thousands of innocent children? Was it not Mahathir who called the Americans murderers for doing this?

Does Mahathir not see he is now killing innocent Kelantanese by denying them water? Is Mahathir so sure those dead from Cholera voted for the opposition? What if they did not? What if they did not vote at all? What if they are children and babies who are not even voters yet?

Mahathir, are you not a Malay? Are not the Kelantanese Malays? Did you not say Malays do not murder for political ends?

Mahathir, stop killing off innocent children and babies! Stop the Cholera epidemic in Kelantan! Give Kelantan the water they need! Give them the water they have been waiting generations for.

Most importantly of all, Mahathir, stop gloating. Wipe that smirk off your face. It is not as funny as you think. Denying the Kelantan people water does not prove how incapable the opposition is in running the State. It just proves you would gladly resort to murdering innocent babies just to defeat a political rival.

May God have mercy on you, Mahathir, for all those deaths in Kelantan!


Raja Petra Kamarudin
Director FreeAnwar Campaign
http://www.freeanwar.com/