Laman Webantu   KM2A1: 2927 File Size: 14.9 Kb *



TJ Rafidah Aziz Kecundang di Amerika
By Marhain Tua

2/10/2000 9:41 pm Mon

MGG 90

RAFIDAH AZIZ KECUNDANG DI AMERIKA
(MGG: Rafidah Aziz, in the US, faces a spot of bother)


Menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz sedang berada di Amerika Syarikat mencari pelaburan. Malaysia mahukan pelabuan asing berdasarkan syaratnya sendiri. Orang luar tidak boleh menyoal malahan "tidak ada hak", kalau mengikut kata-kata Rafidah, untuk menyoal bagaimana sistem kehakiman di Malaysia berfungsi. Sistem itu dikatakan adil dan bebas. Persetankan sahaja pendapat orang di luar sistem kerajaan ataupun mereka yang fikir berlainan dari itu. Tetapi, apapun yang cuba dipertahankan oleh pihak kerajaan, kebebasan dan kesaksamaan sistem kehakiman itu merupakan sesuatu yang amat diambil berat sehinggakan pelabur asing mahukan kontrak dengan pihak di Malaysia mempunyai satu perenggan yang memungkinkan sebarang kesulitan diselesaikan secara timbangtara di lua negara. Singapura merupakan negara yang dipilih. Tidak ada pelabur asing yang mahu membelanjakan ratusan juta di Malaysia dan rugi akan wang itu apabila tercetus sebarang masalah dengan peniaga tempatan ataupun seandainya peguam peniaga itu pergi bercuti dengan seorang ketua hakim negara. Bukan itu sahaja yang sedang terjadi.

Ada pegawai kerajaan Malaysia yang berbohong kepada orang asing dalam usaha mereka menarik pelabur ini ke Malaysia. Mereka buat cerita bagimana adanya pelabur asing yang sengaja membuat tuntutan berlebihan. Pelabur itu dikatakan sengaja meminta kemudahan berlebihan daripada apa yang dibenarkan oleh undang-undang. Motorola, sebagai contonya, telah mengugut untuk mengalihkan kilang mereka di Malaysia ke Vietnam. Kerana itu syarikat tersebut telah diberikan apa yang telah dituntutnya yang merupakan tawaran yang lebih baik daripada syarikat asing yang telah menerima kemudahan pengecualian cukai dan juga insentif pelaburan. Perdana Menteri terpaksa merayu agar mereka terus kekal di Malaysia, dan memberikan perakuan jaminan terhadap pelaburan mereka itu.

Entah bagaimana, ramai menteri Malaysia yang berpendapat mereka boleh pergi ke negara asing untuk berucap kepada beberapa bakal pelabur yang dijemput secara bidan terjun oleh pegawai kedutaan dengan harapan syarikat yang terbabit itu akan bersetuju dengan suasana pelaburan yang dihamburkan itu. Inilah berita yang diberitahukan kepada kita, tetapi ia bukannya perkara yang sebenar. Mesej pelaburan cara ini memang sudah ketinggalan zaman. Negara lain mempunyai cara yang lebih menarik lagi kerana mereka membuat persediaan yang lebih teliti, di mana para pegawai membuat persiapan yang rapi untuk memudahkan keadaan di mana menteri hanya muncul untuk menjadi saksi kepada upacara menandatangani perjanjian. Vietnam merupakan sebuah negara di mana Motorola cuba mengalihkan pelaburannya daripada Malaysia. Menteri-menteri daripada Malaysia kerap muncul di negara asing dengan sikap yang dingin dan mengharapkan yang terbaik. Tetapi, sekarang ini para penyokong Insan Yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara Jua sedang bergiat cergas untuk berkonfrontasi dengan para menteri ini. Lawatan Perdana Menteri ke Chicago ke Amerika dua bulan yang lalu, terpaksa diperbataskan kerana kumpulan Anwaristas telah melancarkan satu kempen memperlekehkannya dengan cukup berkesan. Dia dijangkakan menerima sambutan yagn serupa di United Kingdom, minggu hadapan.

Baru-baru ini Datin Seri Rafidah telah mengadakan satu pertemuan dengan bakal pelabur Amerika di Manhattan dan mengambil langkah yang teliti agar ketibaannya tidak disambut oleh tunjuk perasaan yang membawa sepandok meminta agar mantan timbalan perdana menteri dibebaskan. Dia merasa lega apabila tidak ada tunjuk perasaan seperti itu untuk mencemar majlis yang ditaja itu.


Kumpulan yang berkempen untuk pembebasan Anwar (Free Anwar Campaign a.k.a FAC) mempunyai peluang untuk meletakkan risalah di bilik mesyuarat dan meminta agr mantan timbalan perdana menteri itu dibebaskan daripada tahanan. Semua risalah itu telah dialihkan. Tetapi sbaik sahaja bakal pelabur itu selesai bermesyuarat, ada ahli rombongan Rafidah yang menghulurkan fail mengandungi peraturan pelaburan di Malaysia dan juga risalah lain yang diperlukan. Begitulah anggapan yang dirasakan. Hanya beberapa lama kemudiannya barulah Rafidah dan pegawai beliau menyedari bahawa fail bertutup yang diagihkan itu mengandungi risalah daripada FAC yang menyanggah kempen melabur di Malaysia. Di dalamnya ada disebut akan situasi pencabulan hak asasi manusia dan kisah betapa terhakisnya kebebasan undang-undang. Siapakah dua insan yang mengagihkan fail itu dulu? Tidak ada sesiapa yang tahu. Apakah mereka ahli rombongan yang datang daripada Kuala Lumpur? Tidak ada sesiapa yang tahu. Adakah mereka kelihatan selepas itu? Tidak pula. Jadinya, kerajaan telah dimalukan oleh kumpulan Anwaritas di Boston? Tentu sekali.

Perkara seperti ini tidak akan berakhir begitu sahaja. Apabila mereka yang ada pelaburan di Malaysia diminta untuk berucap menceritakan keadaan sebenar di tempat asing, tentunya cerita sebenar itu akan menjadi sesuatu yang disangsikan. Union Carbide pernah memberikan penerangan mengenai pelaburan di Malaysia. Mereka bercerita perkara yang asas sahaja dan tidak mengenai keadaan yang sebenarnya di Malaysia. Apabila pelabur mahukan maklumat yang jelas, mereka disogokkan dengan maklumat yang tidak relevan. Ada satu petanda yang beranggapan sesiapa yang mahu melabur di Malaysia mestilah membuat kajiannya sendiri dan kalau ada sebarang kemusykilan perkara itu hanya akan dibincangkan secara sambil lewa sahaja. Perkara semacam inilah yang patut diperbetulkan oleh Mak Menteri itu. Pernah terjadi di Port Klang bagaimana projek Perkampungan Taiwan telah tergendala setelah para pelabur Taiwan menarik diri selepas Tun Saleh Abas dilucutkan jawatannya daripada menjadi Ketua Hakim Negara pada 1988. Kehormatan kehakiman menjadi tercemar apabila ia boleh diputarbelitkan oleh para peniaga dan peguam mereka. Keadaan menjadi teruk lagi apabila berlakunya putarbelit perundangan yang telah menjerat mantan timbalan perdana menteri . Malaysia harus menerima hakikatnya bagaimana negara jiran akan mengembar-gemburkan keadaan kehakiman yang tercemar itu sebagai modal untuk menarik pelabur asing ke negara mereka. Tidak kiralah kalau perkara yang sebenarnya diceritakan. Kalau ramai pelagbur asing yang mempercayai sesuatu kisah itu, kebenaran tidak membawa erti apa-apa, seperti yang ditonjolkan oleh kes penganiayaan mahkamah ataupun kes menyangkuti hasutan.


Dalam apa hal pun sistem kehakiman negara masih belum merasakan sebarang kejutan, terutama sekali berkaitan dengan pelaburan asing. Usaha menarik pelabur asing masih diteruskan sedangkan usaha untuk menyediakan kemudahan untuk pelaburan itu tidak pun dilakukan. Rancangan menarik pelabur asing belum canggih lagi, seperti Singapura sebagai contohnya. Pegawai perdagangan yang ditugaskan di luar negara di kedutaan kita ataupun yang ditempatkan secara beasingan, nampaknya berfungsi hanya untk kemudahan majlis yang diadakan untuk para menteri melakukan tugas yang sepatutnya mereka lakukan sendiri. Keadaan semakin mencelaru kini, disebabkan episod Anwar Ibrahim, kerana ia turut menghenyak Perdana Menteri dan pentadbirannya.

Malaysia mempunyai semua peluang terbaik seperti yang diperolehi oleh negara yang sedang membangun. Masalahnya sekarang, keadaan menjadi tercemar disebabkan institusi perundangan yang pincang terutama sekali badan kehakimannya. Gelagat yang berbisa seperti yagn kerap dituturkan oleh Rafidah Aziz ketika bertemu pelabur asing di Amerika itu dan juga di negara lain di dunia ini hanya menentukan bahawa tidak ada sesiapa yang sanggup melabur di Malaysia. Inilah hakikatnya kerana mereka takut kecundang dalam pelaburan itu melainkan mereka ingin dilindungi oleh satu badan penghakiman yang bebas dan tidak berat sebelah yang akhirnya mencetuskan penarikan pelaburan itu. Tetapi, yang sebenarnya, Malaysia tidak ambil kisah akan semua itu.

>>>>>>>>>>>>>>Diterbitkan oleh -MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

Rafidah Aziz, in the US, faces a spot of bother


The Malaysian international trade and industry minister, Datin Seri Rafidah Aziz, is in the United States to drum up investment. Malaysia wants foreign investment, but on her own terms. Foreigners should not question -- "had no right", in her own words, to question -- how the Malaysian judiciary woks: it is impartial and independent. Never mind that few concerned parties outside the government and unfortunate liigants do not think so. But the independence and impartiality of the judiciary, whatever the spin put on it, is why most foreign investment and contracts with Malaysians insist upon arbitration in foreign countries in a dispute. Singapore is the preferred choice. No foreign investor would invest hundreds of millions of ringgit in Malaysia and lose it in a dispute if his Malaysian partner is a prominent business man or if his lawyer goes on holidays with the chief justice. That is not all. Contrary to the spin Malaysian officials put on ministerial foreign investment visits, foreign investors hold Malaysia to ransom, demanding better facilities than the law allows. Motorole, for instance, threatened to relocate its investments in Malaysia in Vietnam. It got what it wanted, and better than those who come in under tax holidays or investment incentives. The Prime Minister had to plead with them in the United States to stay, giving them the investment guarantees they asked for.

Somehow Malaysian ministers believe they can arrive cold in a foreign country, talk to a few potential investors arranged in a hurry by an indifferent Malaysian embassy or high commission, and, hey presto, these companies have found an investment Valhalla. That is what we are told. That is not how it happens. These days, the investment message wears thin. Other countries have more to offer, do their groundwork carefully, and go for the jugular with officials laying the groundwork and ministers coming in only for the signing. Vietnam was where Motorola wanted to site its factories from Malaysia. Malaysian ministers come in cold, and hope all is well. These days, the supporters of He Who Must Be Destroyed At All Cost actively confront these ministers. The Prime Minister's Chicago visit two months ago was curtailed because the Anwaristas organised a campaign against him with effect. He would face another dose of that in the United Kingdom next week. Datin Seri Rafidah herself took great pains to have a meeting with potential American investors in Manhattan free of placard-carrying Malaysian and American protestors demanding the release of the foremr deputy prime minister. And she signed a relief when none married the event.

The Free Anwar campaign however could place leaflets in the meeting room calling for the release of the former deputy prime minister from prison. These were removed. But as the potential investors left the meeting, members of the entourage passed out folders with bumpf about Malaysia's investment rules and other details. Or so it was thought. It was only later that she and her officials discovered that the bumpf handed out was pro-Anwar anti-Malathir arguments not to invest in Malaysia, what with human rights violations and the absence of judicial independence and integrity. Who were the two people? No one knows. Were they in the delegation from Kuala Lumpur? No one knows. Were they ever seen after that? No. Did the government get a black eye in Boston from the Anwaristas? An unqualified Yes.

There would be more of this. When those with investments in Malaysia come forth to talk about inanities and hometruths the host government would like to hear, the issue is lost. Union Carbide, in telling potential investors about conditions in Malaysia, went to basics, not on the reality, of investment in Malaysia. When investors expected insights, they got public relations irrelevance. Malaysia must assume that any wanting to invest in this country do their own sums, and expect a rational discussion on what bothers them. The minister cannot do that. The Taiwan village in Port Klang was delayed when the Taiwan investors pulled out after the Lord President, Tun Salleh Abas, was drummed out of his own court in 1988. The judiciary's independence and impartiality took a dive, when business men and lawyers got the judgement they wanted. This is not helped by the blatant bending of the rules to convict the former deputy prime minister. Malaysia should expect that other countries in the region, to push their case for foreign investment, decry the parlous state of the Malaysian judiciary. It does not matter whether it is so or not. If enough foreign investors believe in it, truth is no defence -- as in contempt of court or sedition trials.

If anything, the judiciary has not recovered from that shock, especially in regard to foreign investment. Foreign investors have to be courted and weaned to invest, but no groundwork exists for that. There is no calling on potential investors, as Singapore, for instance, regularly does around the world, to persuade companies to invest. The investment promotion officers overseas, attached to embassies, high commissions or operate independently, seem to exist for the rare occasions when ministers come to do their work for them. It is complicated now by the Anwar Ibrahim affair and the body blow it gave the Prime Minister and his administration. Malaysia has all the advantages that almost any other country in the Third World has, but that is flawed by the breakdown of institutions, the most important of which being the judiciary. To make trite remarks as Datin Seri Rafidah makes in the United States and elsewhere around the world to drum up investment only ensures that none would invest until the underlying fear of their investments protected by reference to an impartial and independent court would bring in not new "forign direct investment" but disinvestment. But then Malaysia aims for form over substance every time.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my