Laman Webantu   KM2A1: 2925 File Size: 3.4 Kb *



Rancangan Jangka Panjang Dr M Musnahkan PAS?
By Man Sepai

2/10/2000 9:44 am Mon

RANCANGAN JANGAKAPANJANG DR. MAHATHIR MUSNAHKAN PARTI PAS?

Dr. Mahathir tidak pernah menganggap orang Melayu sebagai kaum yang memiliki daya dan kekuatan politik yang hebat.

Satu ketika, dalam tahun selepas peristiwa 13 Mei, 1969 beliau pernah berkata kepada satu kumpulan pelajar University di luar negeri iaitu Tunku Abdul Rahman Putera adalah anak Siam. Mengapa UMNO memilih anak Siam sebagai pemimpin UMNO? soalnya.

Satu masa, bila Tun Razak menjadi PM, Dr. Mahathir berkata pula sesama rakannya, katanya: Tun Razak adalah golongan elit dari sistem Feudal, anak Pahang yang kuno. Pandangan beliau sempit sekadar membangunkan orang kampung. Jika lama menerajui UMNO, negara ini tidak akan menjadi negara Industri.

Kepada Hussein Onn, Dr. Mahathir mengatakan beliau anak Turkey yang lemah dan 'go slow' dalam semua perkara. Beliau hanya layak menjadi 'care taker'. Negara akan mundur kerana Hussein Onn tidak ada wawasan.

Bila beliau menerajui UMNO, beliau berkata kepada kuncu dan kroninya:

Kita akan UMNO sebagai sebuah parti yang menghalal dan mengamalkan 'politik wang' dan rasuah. Biar apa orang kata. Rasuah adalah baik seperti 'greese to a machine'. Semakin banyak perkara ini diperkatakan termasuk oleh pucuk pimpinan setiap kali ada pemilihan Perhimpunan Agung, orang akan lali dan menerima rasuah sebagai budaya yang diterima.

Dengan itu, Dr. Mahathir tidak berhajat mengurangkan imej 'politik wang' kepada UMNO. Malah beliau menambahkan lagi keyakinan dan tanggapan orang ramai bahawa UMNO dan pemimpin-pemimpinnya berebut jawatan sehingga sanggup melakukan 'politik wang' dan rasuah. Ini tidak menjejaskan imej dan kewibawaan pemimpin UMNO pada keseluruhannya. Malah, ia akan menjadikan penyokong UMNO akan berminat kepada UMNO.

Kedua, adalah ketara sekali UMNO sangat kurang memberi ruang penyertaan Wanita muda dalam UMNO. Pergerakan Wanita UMNO sama ada di cawangan, bahagian atau peringkat tertinggi, di monopoli oleh wanita yang lebih berumur.

Dr. Mahathir sengaja menyekat secara langsung wanita-wanita muda di kalangan umur belasan dan 20-an atau 30-an untuk mendapat tempat dalam kepimpinan.

Sekarang beliau sedang berusaha menggunakan Wanita UMNO yang radikal agama seperti 'Sister in Islam' dengan memberi mereka kedududkan dalam MKT UMNO. Mereka yang rasuah seperti Rafidah dan Shahrizat diasuh supaya melakukan pencemaran kepada Islam dan menggunakan wang rasuah untuk tujuan tersebut.

Kepada Dr. Mahathir, PAS hanya boleh ditentang dengan dua faktor, iaitu:



  1. mensekular dan mencemarkan (adultrate) Islam dikalangan wanita dan pemuda,
  2. menaikkan keinginan melakukan rasuah dan fitnah sesama sendiri,
  3. menarik minat mereka terhadap musik, seni, drama dan filem lucah, dadah, hiburan kosong, sukan dan seumpamanya.


Itu sebab Dr. Mahathir menyekat Royalti Minyak kepada Terengganu, kerana kerajaan PAS akan menggunakan untuk faedah rakyat dan agama Islam. Ini bertentangan dengan agenda Dr. Mahathir.

Pemantau Siber