Laman Webantu   KM2A1: 2921 File Size: 14.0 Kb *



TJ PM Ponteng Majlis Makan Malam Untuknya
By Marhain Tua

2/10/2000 5:56 am Mon

MGG89

Perdana Menteri Ponteng Majlis Makan Malam Untuknya
(MGG: Prime Minister Skips A Dinner In His Honour)

PONTENG YANG MENGHAIRANKAN [- Ed.]

Sesiapa yang mengetahui akan jamuan makan malam untuk meraikan Perdana Menteri yang dianjurkan oleh Alumni Persatuan Tadbir Awam dan Diplomatik (PTD) Malaysia di Nirwana Ballroom, Hilton Kuala Lumpur pada Khamis 28 September yang lalu, telah telah terkejut keesokan harinya.

Mereka tentu berasa hairan kenapakah semua akhbar perdana memperkecilakan berita majlis jamuan itu. Memang patut pun, kerana Perdana menteri tidak pun menghadirkan dirinya di malam itu. Ini merupakan betapa terhakisnya populariti perdana menteri itu di kalangan hali-ahli alumni tersebut sehingga keadaan itu begitu menyerlah laksana suluhan satu rumah api. Menteri Pertahanan, Datok Sri Najib Tun Razak telah menjadi proksi Perdana menteri di malam itu. Dia telah membacakan skrip ucapan yang akhirnya dilayan mengikut amalan biasa oleh akhbar perdana - menyiarkannya di halaman dalam sahaja. Perdana Menteri terpaksa ponteng majlis makan kerana ia dikatakan kurang sihat. Tetapi tidak pula siang hari yang sama. Ataupun keesokan harinya di majlis yang dianjurkan oleh International Islamic University di mana dia telah mempertontonkan kegirangannya.

Alumni PTD itu mungkin mempunyai ahli yang merupakan pegawai awam yang cekap tetapi terdapat sedikit kecacatan dalam penggunaan Bahasa Inggeris mereka. Alumni bererti bekas pelajar; tentunya mereka mengetahui sesuatu yang saya tidak tahu lagi, bahawa PTD adalah satu sekolah sarjana yang memerlukan 30 tahun untuk seseorang itu lulus! Kerana itu mereka telah menjual tiket masuk dengan harga RM100 sekeping, dan mahukan kehadiran yang penuh, kerana majlis makan bersama Perdana Menteri sebagi tetamu kehormat, tentunya merupakan sesuatu yang teristimewa.

Perdana menteri telah memberikan tarikh kelapangannya. Tetapi, ia tidak mencetuskan minat di kalangan ahli PTD itu kerana ramai yang saya kenal telah membeli tiket dengan niat untuk ponteng juga. Ramai juga yang menolak jemputan itu dan sekaligus memaksa jabatan perdana menteri mengiktiraf satu hari kemenangan menjadi hari yang malang.

Rancangan awal ialah menyediakan satu dewan yang dipenuhi manusia, tetapi rancangan itu gagal-segagalnya. Apabila seorang tetamu undangan yang bertaraf perdana menteri mahukan satu dewan makan yang penuh dengan manusia untuk makan malam bersamanya, tentunya ada sesuatu yang tidak kena. Inilah yang berlaku sebenarnya. Maka terserlah satu situasi di mana satu golongan pegawai tinggi kerajaan yang telah bersara tidak lagi mempertontonkan kesetiaan mereka kepada seorang Perdana Menteri seperti yang amat diharap-harapkannya. Pada hari Rabu yang lalu, sehari sebelum dilangsungkan manjlis makan malam itu, dan bertempat di Royal Selangor Club; ada beberapa orang alumni persatuan PTD itu yang memikirkan saya sudah gila apabila bertanya samaada mereka akan menghadiri jamuan itu ataupun tidak. Tetapi, apabila Perana menteri sendiri telah ponteng jamuan itu, telah menghancurkan apa juga bentuk sokongan yang ada di kalangan pentadbiran dan juga institusi itu. Dia pernah dikritik secara hebatnya dalam satu majlis pertemuan di antaranya bersama pegawai tinggi perkhidmatan awam di Putrajaya sebaik sahaja selesai pemilu November 1999 yang lalu.

Kemudian, dia telah pergi ke United Kingdom untuk berucap di Cambridge University di dalam satu majlis yang ditaja oleh sebuah persatuan Universiti Malaysia. Ucapannya yang berjodol "Malaysia in the New Millenium" telah disanggah oleh beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan juga NGO alam sekitar di Eropah. Bulan yang lalu ketika berada di Chicago, ketibaan beliau telah disambut oleh satu tunjuk perasaan oleh kumpulan yang pro-Anwar dan ini pun telah menhenyak ketetapan hati dan ketenteraman fikirannya.

Apabila pemimpin Malaysia berada di luar negara, mereka kerap menunjukkan sopan santun yang melambangkan kesempurnaan wibawa yang mutlak di tanahair sendiri. Kini mereka tidak lagi mampu mempertahankan kedudukan mereka. Satu ketika dulu pemimpin seperti ini amat memandang rendah terhadap para pengundi dan juga terhadap mereka yang bertungkus lumus menjadikan mereka pemimpin. Keadaan sudah pun berubah. Walaupun begitu, ada juga pemimpin yang masih memperlekehkan rakyat Malaysia di luar negara terutama sekali para pelajar. Laporan oleh Aliran ada menceritakan kisah Dato Seri Abdullah Badawi ketika bertemu pelajar di London. Beliau telah menunjukkan kegelisahan kerana dihujan oleh beberapa soalan yang sedikit mengkritik. Tetapi kegelisahannya itu adalah disebabkan cara soalan yang dikemukakan secara keberanian yang membabi-buta. Pada lazimnya, rakyat Malaysia tidak gemar mengemukakan soalan kerana takut memberitahu nama mereka sebagai syarat mengeluarkan soalan itu. Satu ketika dulu soalan bertanyakan nama si penyoal akan dijawab dengan sindiran. Kini, keadaan sudah berubah terutama sekali di kalangan masyarakat Melayu, yang tidak lagi ambil kisah akan syarat itu. Pegawai perkhimatan awam yang mngemukakan soalan kepada perdana menteri melakukannya dengan selamba kerana menyedari bahawa Perdana Menteri sudah sampai di ambang tarikh luput kesaktiannya. Banyak lagi organisasi yang menganggap satu bebanan kalau menjemput beliau menghadiri majlis tajaan mereka, kerana takutkan tindakan pemboikotan.

Tindakannya untuk memberikan tumpuan kepada hal ehwal parti (UMO) dilihat sebagai satu alasan yang baik untuk menangani masalah yang ada. Ini tidak bererti ia akan dapat memulihkan reputasinya yang tercemar itu, masalah dalaman UMNO dan parti komponen Barisan Nasional yang lain adalah begitu teruk dalam meredakan tekanan hebat yang mahukan para pemimpin yang usang itu menarik diri.

KETOKOHAN YANG SEMAKIN TERCEMAR [- Ed.]

Ketokohan Perdana Menteri sudah begitu tecemar sehinggakan setiap kali dia melaungkan kata pujian terhadap kecemerlangan masadepan malaysia, kestabilan kewangan dan ekonominya, para pelabur akan berlari ke BSKL untuk menjual dan melepaskan pegangan saham mereka. Indeks Komposit jatuh 30 mata minggu ini kepada 720 dengan iringan kemungkinan ia akan menjunam kepada pertengahan tahap 600, lima hari selepas janji beliau akan adanya belanjawan yang menyenangkan nanti. Di kalangan UMNO pun Perdana Menteri akan menghadapi banyak masalah. Dulu, perlembagaan parti telah dipinda untuk mengagalkan cubaan menandingi pemimpin tertinggi parti. Tindakan inilah yang dianggap sebagai tindakan yang meminggirkan UMNO. Kini, pindaan ini akan diubah kembali dengan memberi ruang kepada pertandingan bebas di mana setiap ahli memunyai hak untuk bertanding.

Sistem yang ada memang pincang dan pemimpin yang dipilih itu begitu tidak disenangi sehinggakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian terpaksa ditangguhkan kerana ketandusan korum. Malahan sudah ada satu cadangan untuk menentukan agar pemilihan presden parti ditentukan di peringkat cawangan dan tidak lagi di peringkat Mesyuarat Agong UMNO. Inilah caranya yang diamalkan oleh MIC satu ketika dulu sehingga satu tarikh mereka menukar sistem itu untuk meniru "Amalan UMNO". Masalah yang ada memang belum reda lagi, Perdana Menteri sudah membuka satu gelanggang silat yang baru - kali ini dia menyerang pertubuhan Suqui sebagai pertubuhan komunis. Rencana jijik itu telah melantun kepadanya, terutama sekali ketika dia mahu gunakan satu kambing sembelihan dari kalangan kaum Cina untuk ditonjolkan sebagai satu usaha menutup segala keaiban yang berlaku dan berpunca daripada episod Al-Maunah.


>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

The Prime Minister Skips A Dinner In His Honour

Those who knew of the dinner the Malaysian Administrative and Diplomatic Service (PTD) Alumni laid out for the Prime Minister at the Niwana Ballroom of the Kuala Lumpur Hilton last Thursday (28 Sept 00) are surprised that Malaysian newspapers all but ignored it. But then he blinked and did not attend. His unpopularity with serving and former members of the PTD shines through like a beacon. The defence minister, Dato' Seri Najib Tun Razak, the Prime Ministerial proxy who attended, read the speech, which the mainstream media reported with the attention it deserved -- buried in the inside pages. The Prime Minister, you see, was indisposed. Never mind that he was not earlier that day nor on the morrow, where he gave, by all accounts, a bravura performance at the International Islamic University. The PTD Alumni -- whose members may be good civil servants but their use of English is execrable; alumni means former students; but then they may know something I do not, that the PTD is a postgraduate school in which it takes 30 years and more to graduate! -- sold the RM100-per-person tickets, expecting a full house, as dinners with the Prime Minister as guest-of-honour usually are.

The Prime Minister suggested the only free date he had. But the uninterest among its members -- several I know bought tickets with no intention to attend; others flatly refused -- forced the Prime Minister's office to turn victory into defeat. Plans were hatched for a packed hall. And backfired. When the guest, especially when he is the Prime Minister, must ensure a packed audience to a dinner in his honour, something must give. And did. The stark reality that loyal senior retired Malaysian civil servants -- all right PTD Alumni, if you like -- may not as loyal to him as the Prime Minister desired foretold the reality. At the Royal Selangor Club last Wednesday, the day before the dinner, several of the "Alumni" thought I had gone bonkers for asking if they would attend! But the Prime Minister, by not attending, destroyed his expectations of support from within the administration and the establishment. He was roundly criticised at a meting he had with senior civil servants at Putra Jaya after the November 1999 general elections. He has left for the United Kingdom to face more vocal opposition at his Cambridge University Malaysia Society-organised speech on "Malaysia in the New Millennium" from European human rights and environmental NGOs. He ran into heavy weather during his visit to Chicage last month, when pro-Anwar demonstrations destroyed his equanamimity.

Malaysian leaders are on their best behaviour when overseas, to convince them of their absolute propriety at home; but cannot defend their position at home. Long used to look down at those who voted them into office, that worked so long as they were accepted as their leaders; now the worm turns, and the leaders now batten the hatches. Still, they regard Malaysians overseas, especially students, with kid gloves, though, as the Aliran report of the deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi's recent London visit showed, when the audinence raises mildly critical questions, the discomfiture comes not from the questions asked but the temerity of the questioner in asking them. Malaysians dare not ask questions partly for fear of having to give their names as a condition. What turned out to be a normal courtesy in asking who the questioner is is viewed more sinistrally. But that does not faze many now. Especially in the Malay community. Civil servants who question the Prime Minister do so deliberately, having decided the Prime Minister has outlived his political usefulness in office. Many organisations consider it an embarassment to have to invite him for a function, for fear of boycotts. His threat to concentrate on party matters is a way out of his predicament. Not that that would be of much help to his tattered reputation, the infighting in UMNO and in the component parties of the National Front so severe as pressure builds to throw out the long-staying leaders.

The Prime Minister's reputation is such that these days when he boasts about Malaysia's tremendous future, its fiscal health, the soundness of its economy, investors rush to sell their stocks and shares on the Kuala Lumpur Stock Exchange. The KLCI index fell 30 points this week to Friday at 720, with fears it would slide to the mid-600s, five days after his promise of yet another painless budget. Within UMNO itself, he is about to eat crow. After amending the constitution to frustrate challenge to the UMNO leaders, a move which now threatens to marginalise UMNO, it is about to restore the selection of leaders to what it was before: open competition in which any member can stand for any seat. The present system is so flawed and the leaders it elected so unpopular that division and branch meetings these days cannot be held because the delegates just would not turn up. There is even a proposal to ensure that future election of the party president would be by the branches, not as now by the UMNO General Assembly. That was how the MIC, alone amongst Malaysian political parties, once elected their president, but changed it to the "UMNO practice". As if his problems are not enough, the Prime Minister opens a new front -- attacking the Chinese Suqui movement as being communistic. That backfried, especially when he wants a Chinese scapegoat to distinguish it from the horrendous political, security and moral lapses inherent in the Al-Maunah affair.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my