Laman Webantu   KM2A1: 2918 File Size: 7.5 Kb *



Kronologi Royalti
By Wartawan Pencen

1/10/2000 12:58 am Sun

Saya ingin menyentuh sedikit babak-babak kronologi royalti:

ROKET

Ini adalah terjemahan ringkas satu rencana Lim Kit Siang dalam ruangan (kolum) Loud dan Clear, Majalah Roket, 22 hb September, Muka 2.


Semasa di Gopeng, Pak Lah memberitahu kerajaan sedang mengkaji isu royalti sebelum mengambil keputusan. Ini dilapurkan dalam NST dengan tajuk "Oil Royalty issue under study".

"GOPENG, Sun - The Gov. expects to finalise a study soon on whether all States in the peninsula are entitled to get annual oil royaty from Petronas, Deputy PM said today.

"He said the Gov. could only make a decision on the matter once the study had been completed.

Currently Petronas only pays royalty to the Terengganu Gov., apart from Sabah and Sarawak.

"If it concerns money, everyone wants a share. But this is a policiy matter ... allow us to have discussions before we can make a decision."

"At the moment we have not make a decision but will do once it (the study) is finalised." he told reporters after attending a wedding reception of the youngest son of Ab Wahid Saidon, an old friend of Abddulah, at Taman Gopeng, near here".

Tapi dua hari selepas kenyataan Pak Lah itu, malah sebelum mesyuarat kabinet berlangsung, Kem Kewangan sudag mengistiharkan pemansuhan perjanjian royalti yg berusia 25 tahun itu - tanpa kajian dan tanpa persetujuan kabinet.

Baru-baru ini, di Chicago pula, PM menyatakan kelunya beliau pihak pembangkang sanggup menanam kempen benci untuk mendapat sokongan. Malangnya beliau sendiri lah yang melakukan kempen tersebut dengan memijak perjanjian royalti.

Terengganu menerima royalti sejak 1978 lagi.

Pada 29/6/00, Presiden dan CEO Petronas, Tan Sri Hassan Merican menyatakan Petronas akan tetap membayar 5% royalti sebagaimana perjanjian 1975 itu. Pada bulan Feb lepas, Petronas membayar RM432 juta sebagai bayaran pertama. Bayaran kedua cuba disekat oleh Mahathir.

Pada Isnin 5/9/00, harga minyak mendadak (memecah rekod 10 tahun) kepada US$32.13 setong. Ini bermakna royalti minyak boleh mencecah RM1 BILLION.

HARAKAH

Berikut dipetik dari Harakah Terkini (1-15 Oktober 2000, muka depan):

Peguam Zainur Zakaria berkata:

Kerajaan Pusat adalah pihak yang tidak terlibat langsung dalam Perjanjian Petronas-Kerajaan Negeri.

"Jadi kalau ada pihak yang boleh disaman jika kerajaan negeri tidak dibayar royalti ini adalah Petronas".

Tun Salleh Abbas pula tidak bersetuju kes ini dibawa ke mahkamah dugong negara ini (sebab hakim berpeluk2 di Australia - penulis) atau mahkamah antarabangsa (sebab diluar bidang kuasa mereka). Sebaliknya beliau mencadangkan ia di bawa ke International Arbitration.

Perjanjian Petronas-Kerajaan Negeri dibuat beberapa kali. Berikut sedikit kronologi:


    1974: Akta Pembangunan Petroleum didraf oleh Tun Salleh Abbas sendiri ia menyentuh/menentukan samada minyak itu berada di dalam atau diluar hak Terengganu.

    1975: Perjanjian bertulis pertama, ditandatangani oleh MB, Tan Sri Wan Mokhtar bagi pihak Keraj. Negeri dan Presiden Petronas, Tengku Razaleigh bagi pihak Petronas. (22 hb March 1975). Petronas dimestikan membayar 5% royalti.

    1987: Perjanjian kedua ditanda tangani oleh bekas Presiden Petronas Tan Sri Abdullah Salim dan Wan Mokhtar , dimana ia mengandungi formula untuk mengira royalti petroliam pada kadar 5%, yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekkutuan. (September 1987)



Harakah Edisi kali ini penuh dengan teks ucapan Tun Salleh Abbas (muka 2 dan 3). Bacalah - nanti anda akan ketahui bagaimana kerajaan negeri menyerahkan hak kepada Petronas dengan syarat Petronas membayar royalti. Makna nya tuan punya harta itu asalnya kerajaan negeri - tetapi di serahkan dengan bersyarat

Antara lain Tun Salleh mengulas mengapa kerajaan pusat menyekat wang tersebut tanpa bertulis rasmi 'black and white' - main akbar sahaja 5/9/00. Itu tanda orang yang tidak hormat dan tidak beradab...

NST

Antara hujah-hujah Tun Salleh Abbas:

Petikan ucapan Tun Salleh Abas di sidang DUN Terengganu. (di petik dari media kroni NST 13/9/00)

Mengikut Tun Salleh Abas, Perjanjian Petronas dan Kerajaan Negeri adalah muktamad.

Ada Empat Ordinan bersabit:


  1. The Continental Shelf Act 1966,
  2. Petroleum Mining Act 1966
  3. Petroleum Development Act 1974 and
  4. The Emergency Ordinance 1969 (Emergency Essential Powers Ordinance)

di mana kesemuanya telah menerangkan hak Terengganu kepada royalti.

"Kerajaan Persekutuan hanyalah Pemegang Amanah. Ungkapan tanah darat (onshore) dan tanah laut (off shore) telah dinyatakan dengan jelasnya bahawa perkara2 berkaitan tanah adalah hak kerajaan negeri."

"Oleh yang demikian, royalti hendaklah dibayar kepada tuan-punya tanah tersebut oleh orang yang menggunakan atau melombong - dalam hal ini Petronas, dan ini adalah tuntuan undang2 dan hak pihak2 di dalam kontrek."

"Bayaran khas adalah tidak mandatori. Ia boleh dibayar mengikut kebijaksanaan (siasah) dan ianya adalah harus. Ia boleh dibayar jika dan bila mereka suka. Ia bukannya kewajipan."

STAR

the STAR Nation muka 16, 13/9/00

Tajuk: Two Pacts on Right to Receive 'Royalty' says Salleh.

Dua Perjanjian mengenai Hak untuk menerima 'Royalti" kata Salleh.

Pesuruhjaya Hosbah, Tun Mohammad Salleh Abbas memberitahu sidang DUN semalam bahawa terdapat 2 perjanjian yg menyentuh Hak kerajaan Negeri untuk menerima "royalti petroliam dari Petronas.


    Pertama:

    Perjanjian yang pertama ditanda tangani oleh MB, Tan Sri Wan Mokhtar, bagi pihak Keraj. Negeri dan Presiden Petronas, Tengku Razaleigh bagi pihak Petronas, pada March 1975.

    Kedua

    Perjanjian kedua ditanda tangani oleh bekas Presiden Petronas Tan Sri Abdullah Mohamed dan Wan Mokhtar pada September 1987, dimana ia mengandungi formula untuk mengira royalti petroliam pada kadar 5%, yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekkutuan.


Menurut Salleh, kedua-dua perjanjian itu mengesahkan lagi bahawa Terengganu layak dan berhak menerima Royalti dalam bentuk TUNAI.

Sementara itu, MB Abdul Hadi Awang menyatakan cara baru yang disarankan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu campur tangan dan penodaan (intervention) di dalam hal2 Kerajaan Negeri yg dipilih rakyat,

Kerajaan Persekutuan sepatutnya menghormati mandat yg diberi oleh rakyat Terengganu semasa p/raya lepas.




HARAKAH YANG LALU

Dari Harakah Edisi lalu 17J/Akhir - 2 Rejab (16-30 Sep 2000), Muka 3 di bawah sudut RINGKAS: ada meyebut

"Dalam perjanjian yg disebutkan tentang cara menghitung 5% ialah mengikut harga FOB."

KASET

Ada beberapa kaset ucapan Tun Salleh Abbas berkeliaran di tapak pasar-pasar malam seluruh negara - murah sahaja RM4.00.

Saya telah membeli satu daripada kaset ucapan Tun Salleh Abbas itu. Jika ada kelapangan, saya perturunkan isinya ke sini nanti.......

KM2

Tulisan ini memetik siri-siri tulisan Mind Prober di forum ini juga.

Komen 1 dan Komen 2

Ikhlas dari saya..