Laman Webantu   KM2A1: 2914 File Size: 7.7 Kb *



Melaka Akan Botak Hutan?
By Kapal Berita

30/9/2000 9:59 pm Sat

Komen:


  1. Tidak salah menguna hutan - tetapi tanamlah balik...

  2. Orang Melayu paling banyak terlibat dengan dadah...

    Melayu: 9,339 (64%)
    Belia: 75%
    Pelajar sekolah: 7.1%

  3. Pemuda umno mahu melayu menguasai 60% ekonomi negara. Hmmm.. mungkin perlu tukar kepada perkataan melayu kepada melayu barua dan menguasai kepada mencuri?

    Dipercayai melayu mengaut 30% daripada modal syarikat berkanun di M'sia kini, berbanding 7% pada tahun 1970. Pada ketika yang sama saham orang cina jatuh dari 75% ke 50%. (tapi kalau periksa proksi lain pula angkanya..)





Kenyataan Sidang Akhbar Setiausaha Publisiti DAP Melaka Dan ADUN DAP Kawasan Durian Daun Betty Chew Di Melaka Pada 29.9.2000.

Kalau Kadar Penggunaan Hutan Simpan Sebanyak 1,600 Hektar Dalam Kebelakangan 5 Tahun(1995-2000) Diteruskan, Melaka Akan Ketiadaan Hutan Simpan Sebelum Tahun 2020.


Melaka akan ketiadaan hutan simpan sebelum tahun 2020, kalau kadar penggunaan hutan simpan sebanyak 1,600 hektar dalam kebelakangan 5 tahun ini(1995-2000) diteruskan. Dalam tahun 1995, Melaka mempunyai hutan simpan seluas 6,600 hektar. Malangnya keluasan hutan simpanan kurang daripada 5,000 hektar dalam tahun 2000, selepas penggunaan hutan sebanyak 1,605.38 hektar.

Ini dinyatakan dalam jawapan bertulis oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd. Ali Rustam dalam satu jawapan bertulis pada 7 September 2000 di mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka:

"Keluasan Hutan Simpan yang dikeluarkan untuk kegunaan Pembangunan Negeri dari 1995 hingga 2000 adalah seluas 1,605 hektar sebagaimana berikut:-

Projek Luas(hektar)Tahun
1. Projek Empangan Air Jus 808.00 1997
2. Institusi Latihan Pertubuhan Peladang 80.94 1998
3. Penempatan Penduduk Kampung Jus 80.94 1999
4. Penempatan Orang Asli 171.19 1995
5. Kuari JKR Melaka 101.21 1997
6. Kilang Batu-bata(Majlis Daerah Jasin) 44.00 1995
7. Yaika Enterprise Sdn Bhd 71.76 1998
8. Saluran paip Gas 1.31 1995
9. Pembangunan bercampur-campur 157.00 1999
10. Kolej Islam Melaka 89.03 1998
JUMLAH 1,605.38 ha.-



Kadar pengeluaran 1,605.38 hektar daripada 6,600 hektar hutan simpan adalah hampir 25% dalam tempoh masa 5 tahun. Kalau kadar penggunaan hutan 25% ataupun 1,600 hektar setiap 5 tahun diteruskan, maka Melaka tidak akan memiliki hutan simpan pada tahun 2020.

Rakyat mahukan Malaysia dan Melaka mencapai Wawasan 2020 menjadi negeri maju. Tetapi saya percaya rakyat Melaka tidak mahukan semua hutan simpan dieksploitasikan dan habis digunakan bila Melaka menjadi sebuah negeri maju. Kita harus tinggalkan hutan simpan ini sebagai warisan untuk generasi baru yang boleh dinikmati oleh anak-anak dan cucu kita.

Oleh itu, Ketua Menteri Melaka didesak membekukan sebarang penggunaan hutan simpan bagi tujuan komersil atau swasta kecuali untuk kegunaan penting yang berkepentingan awam. Ini adalah perlu untuk memelihara hutan dan alam sekitar kita serta memastikan Melaka tidak akan menjadi sebuah negeri maju nanti yang "botak" tanpa hutan simpanan.

- BETTY CHEW -




http://www.emedia.com.my/z/Current_News/BH/Saturday/National/20000930004159/pp_index_html

9,339 penagih Melayu dikesan

Oleh M Noh Senan

PORT d##kSON, Jumaat - Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) mengesahkan terdapat 9,339 Melayu disahkan penagih dadah, iaitu paling ramai dibandingkan bangsa lain, sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Jumlah itu ialah kira-kira 64.28 peratus daripada kira-kira 13,000 kes yang disah dan didaftarkan sebagai penagih dadah di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah ADK, Datuk Salleh Mat Som, kira-kira 75 peratus daripada penagih terbabit adalah belia manakala 7.1 peratus atau 1,072 kes membabitkan pelajar sekolah.

Beliau menyatakan ketika menutup Kem Pintar (Program Intelek Asuhan Rohani) yang disertai lebih 300 murid tahun 5 sekolah rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), di Kem Segenting, di sini, semalam.

Katanya, ADK memandangkan berat terhadap pembabitan belia dan pelajar dalam penyalahgunaan dadah.

Berikutan itu, pelbagai langkah diambil yang antaranya mewujudkan Pintar untuk membabitkan anak-anak dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pusat pengajian tinggi, ditanamkan kesedaran supaya membenci dadah.

?Kita perlu bersatu dan menggembleng segala usaha dan tenaga bagi mempertahankan belia dan pelajar daripada terjebak dengan kegiatan negatif itu.

?Sebagai harapan bangsa yang bakal mencorakkan teraju kepemimpinan negara, mereka perlu diberi pendedahan mengenai gejala, implikasi dan kesan dadah.

?Tanggungjawab menangani masalah ini penting dan kita tidak boleh mengharapkan ehsan orang lain dalam usaha memartabatkan bangsa,? katanya.

Mengenai program itu, Salleh berkata, ADK yakin ia dapat memberi kesedaran kepada murid dan pelajar mengenai bahaya dadah.

Katanya, mereka perlu membenci dadah selain berani menyatakan tidak kepada dadah serta berani memberitahu rakan supaya menjauhi dadah.

Beliau berkata, mereka mestilah menumpukan perhatian mencapai kejayaan dan untuk itu, mereka memastikan sentiasa sihat, ceria serta cergas.

Antara lain program empat hari itu semua peserta mengikuti ceramah, motivasi, latihan dalam kumpulan dengan tujuan untuk memperkukuhkan ketahanan diri.




http://business-times.asia1.com.sg/5/mkts/mupdates.html#umno

Friday 29 September 2000
(updated at 4pm S'pore time)

Umno Youth says Malays should hold more wealth

KUALA LUMPUR - The influential youth wing of Malaysia's ruling party has recommended that ethnic Malays should control at least 60 percent of the country's economic pie, the national news agency reported.

The United Malays National Organisation youth wing said in a statement that a more open and comprehensive equity distribution system' should be established, Bernama news agency reported.

The remarks come amid a revived national debate over Malaysia's affirmative action program, which was introduced two years after bloody ethnic riots rocked the country in 1969. Many claim the riots were provoked by the economic dominance of the minority ethnic Chinese.

Malays are now believed to own about 30 percent of the capital of all limited companies in Malaysia, compared to 7 percent in 1970. At the same time, the Chinese share has plunged to 50 percent from 75 percent.