Laman Webantu   KM2A1: 2913 File Size: 12.6 Kb *



Perdana Menteri Menggapai Sokongan
By Marhain Tua

30/9/2000 12:24 pm Sat

MGG87

Perdana Menteri Menggapai Sokongan
(MGG: The Prime Minister Scrambles For Support)


Perdana Menteri masih lagi berlagak sakan seolah-olah semuanya d bawah kuasanya. Kerajaan memang sedang berjalan lancar. Tetapi, UMNO, parti politik pimpinannya tidak pula begitu. Kerana itu dia perlu memberikan tumpuan untuk menyelesaikan masalah. Dia masih lagi berucap yang menyakitkan sesiapa yang mendengarnya. Memang, seperti yang diberitahu, dia masih berbisa lagi. Hakikatnya memang tidak berbeza sangat. Apabila kesumbangan seseorang yang dibayar gaji-bulanannya daripada wang rakyat itu dipertikaikan, dia menjadi bengkeng dan menjawab bahawa gajinya "cuma RM 16,000" sebulan, jauh lebih rendah daripada beberapa pengerusi insitutsi yang dikuasai kerajaan seperti Petronas yang menerima lebih banyak lagi.

M ahathir tidak menyebut betapa hebatnya imbohan-lain bagi seseorang penjawat itu yang mungkin menerima hanya RM1 sebulan sebagi gaji bulanannya. Namun setelah 20 tahun berkhidmat orang itu tidak akan merempat lagi kerana kemiskinan. Lagipun, isteri beliau menemaninya dalam setiap perjalanan sebagai seorang pegawai perubatan kepadanya. Mungkin sekarang jawatan itu digantikan oleh orang lain. Adakah sesiapa lagi yang menerima pendapatan bulanan sebanyak RM16,000 diberikan pula kemudahan 2 rumah penginapan. Yang satu berharga RM21 juta mengikut kadar harga pada awal 1980 dan sebuah lagi mahligai yang berharga RM200 juta. Yang lebih melucukan dia tidak pun menghuni kedua bangunan kediaman yang disediakan itu. Sikapnya yang mudah bengkeng terhadap soalan yang tidak menyelesakan memang merupakan satu lagenda; dan ketahanan ini semakin menurun terutama sekali sejak beberapa bulan yang kebelakangan. Kini, pergerakannya semakin terhad. Ada kalanya dia muncul juga di kalangan masyarakat seolah-olah melakukan sessi bertemu dengan rakyat seperti yang dilakukannya di KLCC. Jadual perjalannnya seperti yang akan dilakukannya tidak lama lagi, terpaksa dirahsiakan. Suasana sambutan yang meriah pernah dirasakannya dulu, sudah menjadi sesuatu yang tidak terjamin lagi. Lawatannya ke Chicago untuk berunding dengan Motorola terpaksa diselindungi dengan satu berita pembabitannya memberikan ceramah kepada Kumpulan Islam, tetapi undangan itu telah dibatalkan apabila kumpulan yang pro-Anwar memaksa kumpulan itu menarik balik jemputan mereka. Perjalanannya terbaru ke United Kingdom, di mana dia dijadualkan berucap di Cambridge, sedang dimendungi oleh kesamaran juga.


Mahathir sedang menghadapi banyak masalah di negaranya sendiri. Perkhidmatan awam yang terkenal kerana mudah dilentur dan patuh kepada arahan orang atasan, telah pun secara terus-terang memberi ingatan kepadanya. Sebaik sahaja pemilu November 1999 selesai, Mahathir telah menjemput 250 pegawai tinggi kerajaan ke Putra Jaya untuk memberitahu apa yang dia mahu mereka lakukan dan untuk mengetahui apa pula pandangan mereka terhadap kerajaan. Mereka telah memberitahu apa yang perlu diketahuinya. Secara keras mereka telah menyanggahnya, terutama sekali kepada cara dia mengaibkan Anwar. Dia telah diberitahu betapa mereka jijik denan suasana korupsi yang menular daripada pihak atasan hingga ke lapisan bawahan dalam perkhidmatan awam. Kerana itu mereka tidak mahu dikaitkan dengan kerakusannya mengaibkan mantan timbalannya itu yang kini masih merengkok di penjara Sungai Buluh. Mereka tidak suka dengan sikapnya sengaja memencilkan golongan yang tidak bersetuju menyokongnnya secara terbuka, apatahlagi mereka yang tidak menyokongnya ataupun yang menyokong Insan Yang Mesti Dihapuskan Dengan Apa Cara Jua.

Sememangnya Perdana Menteri tidak menjangkakan apa yang telah didengarnya itu. Bahagian atasan perkhidmatan awam, "melainkan sekitar satu persen yang dianggap golongan loyalist dan lebih kurang sepuluh persen yang tukang sibuk". Telah meminggirinya dan sekaligus pentadbirannya. Tentunya ini tidak temasuk segolongan besar yang berdiri di atas pagar yang bersedia merobah haluan sebaik sahaja bahtera keangkohan perdana menteri itu karam. Kini, bukan menjadi perkara luarbiasa lagi unutk kita mengecam ahli PAS dan Keadilan di kalangan kumpulan itu. Di bahagian lapisan bawah pula, jarum PAS sudah menerbus masuk secara meluas sehinggakan pegawai yang menjawat jawatan sensitif diarahkan membawa fail dan mesej secara sendirian.

Perdana Menteri memang tergapai-gapai mencari sokongan. Persatuan Pesara Perkhidmatan Diplomatik dan Tadbir, telah mengadakan satu jamuan makan malam untuk Perdana Menteri, malam kelmarin. Ramai di kalangan pegawai yang dulunya dianggap penyokong totok Perdana Menteri tidak pun menghadirkan diri. Inilah kumpulan yang satu ketika dulu dianggap sebagai kumpulan jempulan pentadbiran itu. Tetapi saya diberitahu semua tiket telah terjual habis. Pihak penganjur telah bertungkus lumus menentukan semua meja dipenuhi. Peranan mereka melakukan itu sudah pasti bertujuan menutup persepsi orang awam akan keadaan yang sebenarnya.

Daya fikir Mahathir dalam bidang strategi sudah semakin tumpul sekarang ini. Semua ini adalah disebabkan dua perkara yang menekannya; kemelut yang membabitkan Anwar dan kemunculan PAS di tengah-tengah pentas politik negara. Malah ada ahli keluarga nya yang menceritakan bagaimana Mahathir tidak lagi mampu tidur lena di malam hari. Kini, dia dihantui oleh satu kemelut lagi. Kali ini kisah Suqui yang bermasalah dengan masyarakat Cina diangap sebagai sesuatu yang tidak masuk akal. Bagaimanapun kita analisa kemelut terbaru ini, kita tahu Mahathri tidak mampu menyelesaikan masalah yang tercetus itu kerana dua parti besar yang dianggotai oleh orang Cina (MCA dan Gerakan) dalam Barisan Nasional tidak pun berupaya berunding dengan Suqui dan persatuan kebudayaan Cina yang lain.

Seperti orang Melayu, kaum Cina memang mudah menyesuaikan diri kepada keadaan. Dasar Ekonomi Baru telah memaksa orang Melayu menggunakan perkongsian Cina untuk maju dan mereka berjaya bertahan di situ. Kini, kerajaan Barisan Nasional dan juga UMNO sudah faham, betapa mereka tidak lagi berjaya merangkul pemikiran orang melayu untuk menyokong pendirian rasmi kerajaan dalam pengaiban mantan timbalan perdana menteri itu. Begitulah juga halnya apabila mereka cuba mendapatkan sokongan orang Cina dalam hal yang berkaitan budaya dan kebajikan mereka.

Dalam menangani hal sedemikian Mahathir pernah berkata betapa dia tidak mudah menerima nasihat, seperti jua tidak mudahnya beliau bergantung harap kepada kroni yang dipercayainya ataupun para juak yang masih ada itu. Tidak lama lagi dia akan merasakan dirinya dipulaukan juga.


>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

THE PRIME MINISTER gives the impression of total control. The government is in good hands. The party he heads, UMNO, is obviously not. So, he would now devote time to that. He continues to makes speeches which annoy hearers. He has, we are told, not lost his touch. But the reality could not be more different. When the impropriety of a man paid out of public funds doing full-time party work full time was raised, he testilly replied he earns "only RM16,000" a month, lower he avers than some chairman of governmnt-controlled companies like Petronas earn much more. He does not mention the perks of office are such that one could be paid RM1 a month and not be out of pocket at the end of 20 years at the job. Besides others as his wife travelling with him as his medical officer, or at least she used to. Which man earning RM16,000 a month is built two official residences, one for RM21 million in early 1980 prices, and another for RM200 million, and lives in neither? His tetchiness at inconvenient questions is legendary -- but the threshold gets lower, especially in recent months. Today, he is all but invisible, occasionally and unexepctedly "meeting the people", as he did at the Kuala Lumpur City Centre. Even when he travels, as he is about to, it is in secret. The fawning receptions he has come to expect is not certain any more. His visit to Chicago to negotiate with Motorola was couched in a talk to an Islamic group, but that invitation was withdrawn when pro-Anwar groups forced it to. His latest trip to the United Kindom, during which he is to address a meeting in Cambridge, is already under a cloud.

More serious problems face him at home. The civil service, normally docile and subservient, has told him bluntly where he got off. After the November 1999 general elections, he called in 250 senior civil servants to Putra Jaya to tell them what he wanted from them and to find out their views on the government. He got more than he bargained for. They told him bluntly what they thought of him, that he handled the Anwar affair badly, that they did not like his ways not the rampant corruption his long term in office spawned, with the civil service, from top to bottom, distancing themselves from his excoriation of the former deputy prime minister, now in Sungei Buloh prison. They did not like the deliberate isolation of those who did not support him wholeheartedly or, worse, suspected of being friendly, let alone support, He Who Must Be Destroyed At All Cost. The Prime Minister clearly did not expect what he got. The top ranks of the service, except those who back him wholeheartedly -- a figure one civil servant put at "one percent loyalists and about 10 per cent hangers-on", move away from him, and by extension his administration. This does not, of course, account for the large group of civil servants who would rather duck out of the discussion: but they would shift their support for survival when the Prime Ministerial ship sinks. Today, it is not unusual to find PAS and Keadilan members in this group. In the lower ranks, the PAS intrusion is so widespread that officers holding sensitive posts are ordered to deliver sensitive messages and files themselves.

The Prime Minister grasps at straws for support. The association of retired Diplomatic and Administrative officers last night hosted a dinner for the Prime Minister. Several of those whose support for the Prime Minister was unstinted until a year or so ago would not go. And they represented once the creme-de-la-creme of the administration. But I gather all tickets have been sold. The organisers rushed hither and thither to ensure that all seats would be filled. But if they have to do that, the public perception this is intended to convey belies the reality. His normal strategic sense deserts him these days, with his two pressing problems being the Anwar affair and the PAS's emergence on the political centre stage. Indeed, his family members admit these reduces him to nightmarish sleep. So, the opening of yet another front -- the Suqui affair with the Chinese community -- does not make sense. No matter how one looks at it, he could not pull this through especially when neither the two Chinese parties in his National Front, the MCA and Gerakan, cannot even negotiate with Suqui and Chinese cultural organisations. Like the Malay, the Chinese adapts to prevailing circumstances. The New Economic Policy Malay has as his Chinese counterpart one who survived through the communal inequities the NEP engendered, and hold their ground. As the National Front government and UMNO found out, neither could rein in the Malay to support the official stand against its disgraced deputy prime minister; now can they the Chinese on matters affecting their cultural and communal wellbeing. But that he did suggests he does not take kindly to advice, does not get it or depends on his trusted cronies and courtiers, those who remain, and finds himself out on a limb more often than ever.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my