Laman Webantu   KM2A1: 2911 File Size: 15.3 Kb *



TJ MGG Lee San Choon dan Kajian Sejarah
By Marhain Tua

30/9/2000 9:55 am Sat

MGG88

Lee San Choon dan Kajian Sejarah (MGG: Lee San Choon And The Rewriting Of History)

Ketika UMNO dan masyarakat Cina masih lagi bercakaran mengenai perakara kesetiaan, tiba-tiba bekas presiden MCA telah merodok sarang tebuan pula. Perdana Menteri pernah menuduh sebuah pertubuhan Cina sebagai pro komunis sedangkan MCA dan Gerakan tidak pun mampu menyanggah persatuan itu. Kini, Tan Sri Lee San Choon dikatakan telah bersuara lantang ketika diinterbiu oleh Newsweek keluaran Bahasa Mandarin, bagaimana UMNO telah menikamnya daripada belakang setelah beliau berjaya membuktikan betapa MCA mempunyai sokongan padu orang Cina. Perkara itu telah dibuktikannya dengan bertanding di Seremban menentang pengerusi DAP di pemilu 1982 yang lalu. Dia telah menang. Tentunya kemenangan itu satu bukti yang MCA masih menerima sokongan masyarakt Cina. Pendapat Lee San Choon itu, kurang tepat dalam hal ini. Namun, kenyataannya itu telah menarik perhatian yang luar biasa. Beberapa pemimpin kanan UMNO telah menonjolkan diri untuk menyanggah kenyataan Tan Seri Lee itu. Sekaligus ia melencongkan perhatian terhadap perbalahan terkini mengenai had penyertaan orang bukan Melayu dalam penyertaan politik mereka dan setakat mana pula mereka boleh berusaha untuk membetulkan suasana politik yang kini menghantui UMNO. Pandangan yang sungguh jelas menyanggah pendapat Lee San choon itu telah datang daripada Tan Sri Abdullah Ahmad yang memang suka membakulkan diri sendiri (sambil menulis) dan merobah catatan sejarah. Dia pernah berkata betapa Tan Sri Lee San Choon pernah merupakan seorang "Young Turks" yakni mudah resah gelisah dan sukar untuk dilenturkan. Namun demikian Tan Sri Lee adalah seorang ahli politik muda yang bersekongkol dengan satu kumpulan tua sejak beliau aktif dalam MCA. Kumpulan muda ketika MCA menghadapi cabaran pemilu 1969 dulu adalah pemimpin seperti Dato Seri Lim Kheng Yaik, Dato Seri Paul Leong, dan mendiang Tan Sri Alex Lee . Peranan utama Tan Sri Lee San Choon ketika itu ialah memusnahkan kerjaya poltik tokoh muda itu laksana peranan yang dimainkan oleh Rasputin, dengan menyorok di belakang mendiang Tun Tan Siew Sin, yang ketika itu menjadi presiden MCA. Tindak-tanduk inilah yang telah meminggirkan MCA daripada arus kemaraan politik orang Cina. Para pemimpinnya kini hanya mampu menang pemilu dengan sokongan orang Melayu yang dulu bersatu mengundi mereka sebagai sokongan terhadap Barisan Nasional.

MCA telah kehilangan kepercayaan masyarakat Cina, sehinggakan Tun Dr. Ismail yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri menganggap parti itu sebagai rumput di tepi jalan sahaja. Kekurangan daya congak seperti yang dipamerkan ketika berakhirnya pemilu 1999, di mana MCA mahukan jawatan ketua menteri diberikan kepadanya kerana tidak ada sesiapa lagi yang meminati jawatan itu menyebabkan peranan MCA dalam Barisan Nasional menjadi semakin menguncup. Begitulah keadaannya apabila Gerakan Rakyat Malaysia menubuhkan kerajan negeri selepas pemilu 1969 dulu dan meransang kemasukan kumpulan muda MCA untuk menganggotai parti itu dan menjadi suara alternatif di kabinet yang memperjuangkan masalah orang Cina. Inilah yang memperakukan kemerosotan pengaruh MCA itu di kalangan masyarakat Cina walaupun Tan Sri Lee San Choon berjaya mengalahkan DAP pada 1982 dulu. Kemenangan itu tidak dapt merobah keadaan kerana MCA memang berupaya berelanja besar untuk memenangi sesuatu kalau kemenangan itu diperlukan sangat. Tidak ada perubahan yang berlaku.

Kalaulah presiden MCA yang ada sekarang, Dato Seri Ling Liong Sik mencuba kaedah itu, ia hanya akan mengingatkan rakyat Malaysia akan sesuatu yang memang sudah lama dipraktikkan sejak tiga dekad yang lalu. Inilah caranya MCA sebagai rakan kongsi UMNO dalam Barisan Nasional mampu memenangai sesuatu kerusi pilihanraya itu kalau UMNO mengizinkannya. Dr. Ling sendiri pun terus mengekalkan jawatannya sebagai presiden MCA kerana UMNO mahukannya di situ.


Di kalangan UMNO sendiri, setelah perginya Tun Abdul Razak pada Januari 1976, tidak ada pun satu barisan pelapis yang jelas. Seperti yang ditulis oleh Tan Sri Abdullah dalam kolumnya di NST "On the Record" (NST 26 September 00, muka surat 12) Tun Razak telah menyebut beberpa nama ahli politik yang berkemungkinan menggantikannya. Mereka itu adalah Tun Ghafar Baba, Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh, Dato Musa Hitam. Malahan, kalaulah Tengku Razaleigh telah menganggotai kabinet selepas pemilu 1974, dan tidak menjadi ketua Petronas dan juga Bank Bumiputra Malaysia Berhad, dia tentu sudah dilantik sebagai timbalan perdana menteri oleh Tun Huseein. Tetapi, Tengku Razalegih tersilap congak. Dia bukannya seorang luar seperti yang berlaku kepada Tan Sri Ghazali Shafie. Ketika Tun Hussein Onn mahu melantik Tan Sri Ghazalie Shafie sebagai timbalannya, Dr. Mahathir telah menjadi penghulu kepada dua orang yang lain yang mengugut betapa mereka tidak akan berkhidmat kepada Tun Husein. Dalam penulisannya Tan Sri Adullah menyebut betapa Ahli Majlis Tertinggi mengugut untuk enggan menyokong Tun Hussein kalau beliau melantik Ghazali Shafie. Ghafar telah tidak dipertimbangkan. Begitu juga Tengku Razaleigh kerana beliau tidak menganggotai kabinet ketika itu. Tinggallah Dr. Mahathir, terkonteng-konteng untuk difikirkan. Suasana ketika itu memang tidak menyebelahi Tun Huseein Onn, kerana menteri besar Selangor ketika itu, Dato Harun Idris baru sahaja ditangkap kerana tuduhan rasuah. Di waktu itu juga Tan Sri Abdullah ditahan di bawah Akta ISA kerana dituduh sebagai pro komunis. Beliau telah ditahan selama lima tahun. Tetapi itu satu cerita yang lain pula.


Tan Sri Abdullah Ahmad memang betul dalam mengatakan bagaimana Tan Sri Lee dan juga presiden MCA lebih suka kalau Tengku Razaleigh dan bukannya Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang dilantik sebagai timbalan presiden UMNO yang kemudiannya menjadi timbalan perdana menteri apagila Tun Hussin Onn menjadi perdana menteri menggantikan Tun Razak yang meninggal dunia di London pada 1976 itu..

Tan Sri Lee San Choon memang rapat dengan Tengku Razaleigh. Kerana itu dia terpaksa mananggung bebanannya dan terpaksa meletakkan jawatannya. Tidak timbul perkara UMNO menikammnya daripada belakang. Dia sendiri tersilap congak siapakah yang sepatutnya menjadi presiden UMNO dan kerana itu terpaksa menanggung kesilapannya itu. Dia terpaksa pergi. Pemimpin MCA pun telah membuat keputusan bahwa mereka tidak boleh mempunyai seorang ketua yang menyokong musuh politik seorang perdana menteri. Tindakan itu bukannya bererti mereka mendapat sokongan padu masyarakat Cina. Cuma, apabila ketandusan pilihan mereka terpaksa mengenepikan pemimpin mereka kalau tidak mahu kehilangan kontrak bear yang lumayan.

Parti politik bukan-Melayu yang mengagnggotai Barisan Nasional dapat bertahan, terutama sekali selepas peristiwa Mei 1969, dengan menghancurkan hubungan dengan masyrakat mereka sendiri seandainya hubungan baik di antara pemimpin mereka dan UMNO tergugat. Memang kita sukar memahami bagaimanakah pemimpin MCA mudah sangat mensabotaj diri sendiri setiap kali meraka suah hampir berjaya melakuakan sesuatu yang berfaedah. Inilah yang membuatkan kita mudah meragui kenyataan Tan Sri Lee bahawa MCA mempunyai sokongan besar masyarakat Cina.

Apabila Dr. Mahathir menduduki kerusi perdana menteri pada 1981, kecermelangan kerjaya politik Tan Sri Lee pun menjadi malap. Apatah lagi apabila Tan Sri Rasaleigh sedang bersiap sedia menandingi jawatan presiden UMNO yang dipegang oleh Dr. Mahathir itu, selepas jawatan timbalan presiden diberikan kepada Dato (kini Tan Sri) Musa Hitam. Ketika itu MCA saear, kalau Lee bererusan menjadi presiden MCA, mereka akan merasakan bahana dendam kesumat seorang perdana menteri. Kerana itu Lee terpaksa angkat punggungnya. Inilah paradoksnya bagaimana Lee telah tersilap arah ketika menikmatai kemenangan di di Seremban dalam pemilu 1982 yang lalu.

>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

Lee San Choon And The Rewriting Of History

The former MCA president, Tan Sri Lee San Choon, disturbs a hornet's nest within the current dispute between UMNO and the Chinese community over loyalty. The Prime Minister accuses an important Chinese pressure group, of being pro-communist, and neither the MCA nor Gerakan challenges it. Tan Sri Lee alleges in an interview with the Chinese edition of Asiaweek that UMNO stabbed him in the back after "proving" to UMNO the MCA had Chinese support. He did that, he insists, by standing against the DAP's then national chairman, Dr Chen Man Hin, in the latter's Seremban parliamentary constituency in the 1982 general election. He won. Therefore, he proved to UMNO the MCA had Chinese support to continue to represent them. Flawed though his logic is, his statement attracts more than unusual attention. Senior UMNO leaders rush to deny his version of events. It diverts attention from the current dispute about the limits of non-Malay political participation, how far it could push the boundaries of political correctness especially when UMNO itself is caught in a political maelstrom. The most articulate anti-Lee San Choon view comes from Tan Sri Abdullah Ahmad, who puts his own gloss which rewrites history. He says Tan Sri Lee was a "Young Turk". Young though he was, he was with the party's old guard from the very beginning. The Young Turks in the MCA at the time of the 1969 General Elections were men like Dato' Seri Lim Kheng Yaik, Dato' Seri Paul Leong, the late Tan Sri Alex Lee. Tan Sri Lee's singular role was to destroy them politically by being the Rasputin behind the then MCA president, the late Tun Tan Siew Sin -- a move which accelerated the MCA's march to marginalisation in Chinese politics. Its leaders return to elected office from mixed constituencies, where the Malay usually voted solidly with the National Front.

The MCA lost its raison d'etre with the Chinese community then, one which led to then deputy prime minister, the late Tun Dr Ismail Abdul Rahman, to characterise it as neither dead nor alive. Its miscalculations -- reminiscent of its present miscalculations after the 1999 general elections when it wanted to have its candidate nominated as chief minister of Penang, when none of the others wanted it to -- in which Tan Sri Lee played a prominent part, led to MCA's political irrelevance in the larger National Front setup, especially when the then opposition Gerakan Rakyat Malaysia formed the state government in Penang after the 1969 general elections, and the MCA Young Turks moved to it, and became the alternate Chinese voice in the cabinet. It accepted the MCA's declining support within the Chinese community, one Tan Sri Lee's election win in Seremban could not reverse in 1982. As it is, that election proved nothing but that when required the MCA could muster cash and people to win an election it must win. Nothing changed. If the current MCA president, Dato' Seri Ling Liong Sik, were to try a stunt like that, it would only prove something Malaysians had known for three decades: that the MCA, by allowing itself to be an appendage of an UMNO worldview in the National Front, is there as Chinese representatives because UMNO wants it to. Dr Ling himself remains MCA president because UMNO wants him to.

Within UMNO itself, after Tun Abdul Razak's unexpected death in January 1976, there was no clear cut successor. Tun Razak had, as Tan Sri Abdullah, points out in his New Straits Times column "On The Record" (NST, 26 September 00, p12), identified a brood of politicians who could take over from him. Amongst them were Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, Dato' Musa Hitam, Tun Ghafar Baba. Indeed, if Tengku Razaleigh had joined the cabinet, instead of continuing to head Petronas and Bank Bumiputra Malaysia Berhad, after the 1974 general elections, he would have been deputy prime minister under Tun Hussein. But he miscalculated. He was not an outsider. The outsider was Tan Sri Ghazali Shafie, the then home minister. When Tun Hussein wanted him as deputy prime minister, the three UMNO vice presidents -- Ghafar Baba, Tengku Razaleigh, Dr Mahathir -- in a demarche said none would serve if one of them was not appointed deputy prime minister. Only the three said they would not serve, not as Tan Sri Abdullah insists the UMNO Supreme Council. Ghafar was not considered, Tengku Razaleigh was not in the cabinet, leaving only Dr Mahathir, who was. This was done in anti-Hussein surroundings, in the fallout from the Selangor mentri besar, Dato' Harun Idris's arrest for corruption, with his backers accusing close aides of Tun Razak as being pro-communist. This led to Tan Sri Abdullah's detention under the Internal Security Act for five years. But that is another story.

Tan Sri Abdullah is right when he suggests Tan Sri Lee and the MCA president preferred Tengku Razaleigh to Dato Seri Mahathir Mohamed as UMNO deputy president and therefore deputy prime minister after Dato (later Tun) Hussein Onn became Prime Minister in 1976 after Tun Abdul Razak Hussein died in London. He was close to Tengku Razaleigh, and he paid the price by being forced to resign. There was no question that UMNO stabbed him in the back. He miscalculated in his support for who should be UMNO president and paid dearly. He had to go. The MCA leaders themselves decided it could not have as president one who backed the Prime Minister's rival. That they did underlines not that the MCA has Chinese support but when the crunch comes, they had no choice but to kill their leader for putting lucrative contracts at risk. The non-Malay parties in the National Front survive, especially after the 1969 riots, by destroying their own standing with their communities if their leader's links with the UMNO president suffers. The MCA leaders' ability to shoot themselves in the foot when everything works in their favour is uncanny. It also makes Tan Sri Lee's claim the MCA had Chinese support even more questionable. When Dr Mahathir became Prime Minister in 1981, Tan Sri Lee's political career had come to an end, especially when Tengku Razaleigh prepared to challenge Dr Mahathir for the UMNO presidency after Dato' (now Tan Sri) Musa Hitam was appointed deputy prime minister. The MCA realised that with Tan Sri Lee as their leader, it would suffer at the hands of a vindictive Prime Minister. So, he had to go. That paradoxically proved how misguided Tan Sri Lee was at his victory in Seremban in the 1982 general elections.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my