Laman Webantu   KM2A1: 2910 File Size: 11.5 Kb *



TJ MGG Kekecohan Mengenai Malaysia Hall
By Marhain Tua

30/9/2000 10:04 am Sat

MGG86

Kekecohan Mengenai Malaysia Hall
(MGG: breastbeating Over Malaysia Hall)


MALAYSIA HALL menjadi perhatian umum sekarang in. (Malaysia Hall merupakan empat blok bangunan yang behampiran Trafalgar Square, London yang disewa oleh Kerajaan Malaysia dengan pajakan 50 tahun - penterjemah). Kini pajakan selama lima puloh tahun ke atas dua blok bangunan itu akan berakhir tahun hadapan. Bermulalah satu kekecohan apabila ada yang menyedari bagaimana institusi yang telah mencetuskan kebanggaan dan kehormatan serta kecintaan terhadap semangat patriotisma dan nasionalisma akan lesap begitu sahaja. Memang, bangunan ini mempunyai tempat yang amat bermakna dalam sejarah negara kerana di situlah perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra, membuat pengisytiharan rencana kemerdekaan pada tahun 1956. Itulah tempatnya ribuan rakyat Malaysia berjumpa satu sama lain, dan seperti yang ditulis leh seorang penulis NST, itulah bangunan yang menjadi lambang kemesraan.

Tetapi, setiap yang indah-indah itu ada hadnya. Kalaulah apa yang disebut mengenai Malaysia Hall, itu ada kebenarannya, kenapakah kerajaan Malaysia perlu menunggu sehingga lima minit sebelum tengah malam terakhir untuk mengisytiharkan betapa semua usaha sudah sampai ke jalan buntu dan Malaysia Hall mesti berpindah disebabkan sewanya yang terlalu tinggi?

Adakah satu pertubuhan menimbangkan masalah Malaysia Hall sejak dulu lagi untuk mencari tempat lain apabila tamatnya pajakan yang ada. Kadar sewa di London seperti juga di Kuala Lumpur tidak menggambarkan sentimen nasionalisma di negara orang, cuma gambaran hakikat ekonomi yang sebenarnya. Kerana itu Duke of Portland, tuanpunya Malaysia Hall itu tidak akan membuat pengecualian dalam perkara ini. Sesiapa pun akan memberitahu anda, apa yang dipentingkan oleh para pengurus hartanya ialah 'wang'. Sesiapa yang mampu membayar kadarnya akan mendapat bangunan itu untk dipajak. Tidak kiralah kalau institusi itu adalah untuk rakyat Malaysia di London yang amat suka dengan kasino. Di negara ini kerajaan mahukan wang cukai pintu yang tertunggak yang dibayar kepada tanah kepunyaan gereja (dan rumah berhala) yang membina bangunan sekolah-sekolah. Kerajaan berpendapat, walaupun sekolah itu menyumbang ke arah perkhidmatan awam di bawah naungan kerajaan, tanah yang menjadi tapak itu adalah bersangkut-paut dengan undang-undang juga. Kerajaan pernah berusaha untuk meratakan jirat masyarakat Cina di Kuala Lumpur dan Melaka untuk dijadikan kompleks beli-belah. Apabila seluruh dunia mengalukan kemunculan globalisasi dan pasaran bebas, yang memang diperakui juga oleh Malaysia satu ketika dulu, cuma kini terkejut dengan arus kepantasannya, nasib Malaysia Hall pun termetrai. Berbuat kecoh tanpa sebarang rencana untuk menentukan lokasi alternatif, tidak akan pergi ke mana-mana.

Kementerian Pelajaran memang sudah lama tahu betapa pajakan tahunan yang bernilai berjuta ringgit itu tidak boleh terus diterima-pakai. Adakah kementerian itu mengusahakan satu rencana mendapatkan lokasi baru di pinggir kotaraya itu dan berpindah secara licin ke situ? Tidak. Cuma, kini ia hanya mampu menyebutkan kos yang tinggi sahaja. Wawasan dan kepintaran yang ada di tubuh dua menteri pendidikan yang sekian lama dipertontonkan kepada pelajar Malaysia di sana rupanya tidak ada di sanubari pegawai mereka. Merancang bukannya merupakan kekuatan para pegawai perkhidmatan awam Malaysia. Yang lebih penting ialah apa yang diperkatakan oleh Pemimpin Ulung mereka. Dasar luar negara kita sudah lama hancur. Hubungan diplomatik kita dengan negara luar pun sedang dibebani banyak muslihatnya. Dasar pengangkutan negara kita yang direncana dengan rapinya oleh beberapa individu terpilih sedang dibebani hutang bercendawan sehinggakan ia turut membebani kita jua. Rancangan perbandaran kita memang kelam-kabut. Apa yang berlaku ke atas Malaysia Hall sepatutnya memang lama sudah kita jangkakan.

Kini, muncul usaha memutarkan kisah kepincangan birokrat menjadi satu kerugian besar kita dan menukarnya pula menjadi bahan sindiran yang direncana oleh pegawai kerajaan terhadap pengurus harta Duke of Portland agar membolehkan pajakan itu disambung tanpa menaikkan kadar harganya.

Sebenarnya Malaysia Hall tidaklah merupakan sesuatu yang begitu penting kepada para pelajar Malaysia di United Kingdom seperti yang dicanang oleh kerajaan. Bukannya mudah untuk ke sana. Terutama sekali kalau anda menuntut di luar bandaraya London. Gembar-gembur yang sengaja dicanang mengenainya adalah tidak tepat. Dulu, Malaysia Hall dilawati kerana nasi lemaknya, kini nasi lemak itu mudah diperdapatkan di tempat penginapan sendiri. Malaysia Hall sudah kehilangan keistimewaannya sebagai tempat kita bertemu-janji kerana rakyat Malysia sudah berada di merata tempat di United Kingdom itu. Berapa ramaikan pegawai kerajaan Malaysia yang memikirkan nama Malaysia Hall secara otomatis setibanya di London? Ramai yang tidak akan mampu ke sana dengan usaha sendiri setelah menempah bilik di hotel lima bintang ataupun setelah sampai di pintu rumah kepunyaan mereka di sana.

Di zaman dulu, kebanyakan pelajar Malaysia menuntut di London, dan tidak di United Kingdom. Para pemimpin kemerdekaan Malaysia ketika menjadi penuntut dulu pun bertemu di London untuk berbincang akan masa depan negara mereka di Malaysia hall itu. Tetapi, membuat certia bagaimana Tunku Abdul Rahman pernah berbincang dengan Tun Abdul Razak dan yang lainnya di Malaysia Hall itu, adalah satu usaha untuk memesongkan aliran sejarah negara. Para pemimpin kemerdekaan negara itu sudah pun lama pulang ke negara sendiri apabila malaysia Hall mula dipajak pada tahun 1951. Malahan, ketika itu Tunku sudah pun menjadi presiden UMNO , Tun Razak sudah pun menjadi Setiausaha Negeri Pahang, Tan Sri Ghazali Shafie pula sudah pun berkhidmat dengan Malayan Civil Service. Mereka mungkin pernah melakukan mesyuarat di sana, tetapi tentu sekali mereka tidak pernah melakar harapan merka mengenai masa depan Malaya di Malaya Hall, sepertimana bangunan itu dikenali ketika itu.



>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

breastbeating over Malaysia Hall

MALAYSIA HALL IS in the news these days. The 50-year lease on two of the four units expires next year, and all beat their b####ts in shock and horror that this institution which evoked "pride and dignity and love and most of all patriotism and nationalism" is to disappear for ever. It has a honoured place in Malaysian history, the place where the first prime minister, Tengku Abdul Rahman, declared plans for independence in 1956. Many worthies have passed through its portals. But more important, it was a meeting place for Malaysians and others, "a beacon of hospitality", in the gushing prose of the NST writer. But all good things must come to an end. If all that is said about Malaysia Hall is true, why then did the Malaysian government wait until five minutes before midnight to say that all is lost, and Malaysia Hall must move because the rents demanded is too exhorbitant?

Did a group looking at the future of Malaysia Hall the past decade or so for fresh premises when the lease expired, given that rents in central London, as in Kuala Lumpur, reflect not nationalist sentiment in a distant land but economic realities. The Duke of Portland, whose property Malaysia Hall is, is not about to make a special exemption. To his estate managers, as anyone here would tell you, all that matters is money; those who can pay gets the building, and it does not matter if an institution for which Malaysians in London have a fondness for or a casino. The government here wanted arrears in quit rent paid to church land on which it built schools, arguing that whilst the schools on which it stands perform a huge public service under government service, the land itself is subject to the law. It wanted to turn hallowed Chinese cemetries in Kuala Lumpur and Malacca into shopping malls. So, when the world cheers in globalisation and the primacy of the marketplace, which Malaysia once embraced but now reels in shock at its reach, Malaysia Hall's fate is sealed. Beating the breat now with no plans for an alternate location is neither here nor there.

The education ministry knew years ago the million ringgit annual lease and rentals were unacceptable. But did it plan for cheaper and better premises in the suburbs for Malaysia Hall to relocate with little disruption? It did not. It only now talks of the costs involved. The vision and smartness that two successive education ministers wanted to instil in Malaysian students is missing from their own officers. Planning is not the Malaysian civil service's forte. All that matters is what the Leader says. Our foreign policy is shot to pieces, our ties with regional nations under heavy strain, our transport policy dictated by well-connected individuals running into heavy debt to ensure those who use it too are. Our town planning is a shambles. What happened over Malaysia Hall is not unexpected. To then turn bureaucratic bungling into a public loss into public sentimentality that cannot stand close scrutiny is the cynicism Malaysian officials imply the Duke of Portland's managers treat its request to retain Malaysia Hall without paying what is demanded.

But Malaysia Hall does not loom large in the minds of officialdom or Malaysian students in the United Kingdom. It is difficult to get to, especially if you study or work outside London, and this claim it is the haunt of Malaysians these days is to stretch the truth. If it nasi lemak you want, you can get it closer to wherever you are than to Malaysia Hall for it. It no longer is the inevitable meeting place for Malaysians in the United Kingdom. How many Malaysian officials can claim to automatically think of Malaysia Hall when in London? They would not even know how to get there on their own these days from their five-star hotel suites or their own residences there.

In those days, most Malaysians went to study in London as opposed to the United Kingdom. Malaysia's independent leaders in their student days could meet there to discuss the country's future because it was a convenient meeting point. But to suggest that Tengku Abdul Rahman would meet in Malaysia Hall with Tun Abdul Razak and others is to bend the historical truth. The independence leaders had returned home by the time Malaysia Hall was leased in 1951. Indeed, by then the Tengku had become president of UMNO, Tun Abdul Razak was state secretary of Pahang, Tan Sri Ghazali Shafie in the Malayan civil service. They could have had meetings there on subsequent meetings but they certainly did not discuss their hopes for the future of Malaya in Malaya Hall, as it was then known.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my