Laman Webantu   KM2A1: 2909 File Size: 3.5 Kb *



Mustapha Muhammad Pembohong dan Peneraju Fitnah
By Dahlia

30/9/2000 1:47 am Sat

MUSTAPHA MOHAMAD PEMBOHONG DAN PENERAJU FITNAH

Saya ingin merujuk kepada berita yang disiarkan oleh The Star dan tulisan oleh Kapal Berita :

UMNO Agresif? mahu Lancar Perang Siber (23/09/00- FKM).

Antara yang dikatakan oleh Mustapha Mohamad ketika memberitahu pemberita berkaitan dengan strategi umno (maaf, penggunaan huruf kecil adalah disengajakan!) menyerang laman-laman reformasi serta peperangan siber akan yang akan bermula tidak lama lagi (dijadualkan pada awal bulan Oktober):


  1. Untuk mempertahankan maruah umno kerana diFITNAH oleh pihak pembangkang.

  2. Menangkis/merembat/smash kritikan yang dilemparkan kepada kerajaan.

  3. Menyiarkan berita benar supaya rakyat tahu kedudukan sebenar;

    " Kami tidak akan menggunakannya untuk menyebar fitnah terhadap parti pembangkang. Sebaliknya kami akan menumpukan kepada pengolahan cerita benar agar ia dapat menarik orang ramai melawat laman-laman itu".

    Yang saya faham:



    1. Tidak akan sebarkan fitnah
    2. Olah berita benar
    3. Sediakan daya tarikan untuk dilawat



Beginilah hebatnya pemimpin umno. Yang lebih menyedihkan (tapi tak heran pun!) ialah bagaimana sifatnya yang terkenal baik dan amanah yang ada pada Mustapha Mohamad semasa beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Kanan di Kementerian Kewangan ketika di bawah DS Anwar Ibrahim, kini bertukar menjadi seorang yang pembohong semata-mata ingin mengambil hati Mahathir Mohamad. Nampak benar beliau lebih takutkan Mahathir daripada dosa akibat berBOHONG! (Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri. Cakap bohong, lama-lama jadi Menteri!). fuh!

Sebenarnya, pada 19 September lalu , beliau telah berjanji kepada perwakilan umno untuk melawan laman-laman reformasi secara habis-habisan!! Antara yang dijanjikan oleh beliau:


  1. Akan melawan laman-laman reformasi dengan menyediakan 30 atau lebih laman yang akan dikendalikan oleh para proffesional dalam bidang IT.

  2. Penyediaan kakitangan dan pegawai serta petugas khas dalam gerak gempur melawan fitnah pembangkang.

  3. Oleh kerana orang ramai suka membaca cerita berbau fitnah daripada cerita benar, maka laman-laman berkenaan akan turut melawan dengan membuat fitnah! Kita akan tabur fitnah di laman-laman tersebut. (sila baca sekali lagi : lawan dengan membuat fitnah).

  4. Isu-isu untuk attack PAS - termasuk attack Haji Hadi (secara peribadi) dan Nik Aziz (dengan memutar-belitkan 'fatwa-fatwa' beliau) akan disebarkan secara meluas.

  5. Kelemahan PAS di Kelantan dan Terengganu akan digembar-gemburkan dengan meluas, bukan saja di internet umno tetapi di media-media utama. (seperti isu air macam air kopi).

  6. Bahan-bahan dalam internet akan disebarkan untuk dibaca oleh rakyat.


Untungnya umno kerana mempunyai para pemimpin yang berwibawa menggembirakan tuannya, menjadi pemfitnah dan pembohong yang kununnya untuk menangkis fitnah pembangkang!

Syabas Dato Pa!