Laman Webantu   KM2A1: 2908 File Size: 8.6 Kb *



TJ Perang mulut Gerakan MCA
By Kapal Berita

30/9/2000 12:55 am Sat

TJ: (ringkas dan ambil yang penting aje)

Gerakan dan MCA berperang mulut di Pulau Pinang

Perseteruan antara dua parti lama 'adik-beradik' timbul kembali sejak Mahdey memperakui kerajaan pimpinan Gerakan di pulau itu.

Gabungan kedua2 parti ini asyik teroleng-oleng sahaja. Sejak Mahdey memperakui kepimpinan Gerakan, timbul kembali perseteruan antara dua parti itu.

Kedua2nya ingin memenangi hati dan minda rakayat Pulau Pinang - satu-satunya negeri yang majoriti kaum cina memerintah.

"Dalam sebarang keluarga, perbalahan kecil biasa timbul. Kita masih boleh berkerjasama jika kita menghormati satu sama lain. Tetapi jika mahu main kasar, kita orang pun boleh main kasar" - kata Naib Presiden Gerakan - Dr Tan Kee Kwong kpd The Straits Times.

Kenyataan Tan dibuat selepas kenyataan presidentnya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang menyebut: "Jika MCA sanggup berkerjasama dengan gerakan, kami pun akan berkerjasama tetapi jika mereka mengganggu kami, kami akan menggangu mereka juga".

Kenyataan tersebut dibuat berikutan kes dua wakil Gerakan yang berhijrah keparti MCA selepas p/raya lepas.

Semasa Mahdey merasmikan Knogres Kebangsaan Gerakan, beliau telah menyatakan Gerakan akan terus memerintah Pulau Pinang walaupun ia kekurangan kerusi dibanding dari UMNO dan MCA.

Semasa kongres ini ramai ahli Gerakan menuduh MCA punca penghijrahan orang Gerakan. Pemimpin MCA menjawab dengan menuduh Dr Lim sengaja mencari alasan menuding jari untuk menutup kelemahan parti.

S/usaha Agung Pemuda MCA, Yew Teong Look mengatakan Dr Lim tidak ikhlas untuk bermuafakat dengan MCA kerana mengugut MCA. Dia juga mengkritik Gerakan yang mengaku sebagai parti berbilang kaum tetapi hakikatnya kesemua pemimpinnya cina belaka.

Naib Presiden MCA Datuk Chan Kong Choy telah membuat kenyataan umum menyangkal MCA ada aspirasi untuk memimpin Pulau Pinang tetapi ada pemimpin2 MCA yang masih mengidam untuk menerajui disitu.

Pada hari Isnin, MCA menyerlahkan cita2nya utk memimpin Pulau Pinmang dengan membuat pengumumuman bahawa ia akan mengadakan perjumpaan j/k kebangsaan mereka dipulau itu.




Source: http://straitstimes.asia1.com.sg/asia/mal1_0928.html

Sept 28, 2000

Gerakan and MCA battle it out in Penang

Old animosities between two sibling parties in the Barisan Nasional are resurfacing after Mahathir endorses Gerakan's leadership of the island

By LESLIE LAU
IN KUALA LUMPUR


AT BEST, the alliance between the Malaysian Chinese Association (MCA) and the Gerakan party has always been an uneasy one.

But since Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad endorsed last week Gerakan's leadership of the Penang state government, the old animosities between the two sibling parties in the Barisan Nasional is again causing fissures within the coalition.

Both parties are now openly battling to win the hearts and minds of the people of Penang -- the only Chinese-majority state in the federation.

""In any family, there are bound to be small disputes between brothers and sisters. We can still work together if we respect each other but if you want to play tough we can play too,'' Gerakan vice president Dr Tan Kee Kwong told The Straits Times.

Dr Tan's statement echoes that of his party president Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik who said that ""if MCA cooperates with Gerakan, we will do the same but if MCA disturbs us, we can also do the same''.

Dr Lim's broadside was in reference to the defection of two Gerakan elected representatives to the MCA after the general election last year, the issue which is at the heart of souring relations between the two parties.

Opening Gerakan's national delegates conference last week, Dr Mahathir made it clear that Gerakan would continue to lead the Penang government even though it had fewer elected representatives than Umno and MCA.

Ever since that endorsement, Gerakan members have been lording it over the MCA whose ambitions to lead the state has once again been scuttled.

At the Penang conference, delegate after delegate rose to speak on the defections, accusing the MCA of openly courting the two Gerakan representatives.

In response, MCA leaders have accused Dr Lim of looking for a scape goat in dealing with his own party troubles.

MCA Youth secretary-general Yew Teong Look says by threatening the MCA, Dr Lim was not sincere in wanting to patch up differences between the two BN parties.

He also criticised Gerakan for claiming to be a multi-racial political party, pointing out that most of its leaders and elected representatives were Chinese.

MCA vice president Datuk Chan Kong Choy has publicly denied that it still harbours any aspirations to lead Penang but other leaders privately admit the party still covets the leadership of the only Chinese majority state in the country.

On Monday, MCA showed its ambitions to lead Penang was still alive when it declared that it would hold its next national central committee meeting on the island.

Party president Datuk Seri Dr Ling Liong Sik said all MCA ministers, deputy ministers and parliamentary secretaries will visit their respective departments in Penang.

MCA leaders will also visit the 11 state constituencies the party holds in the state.

Sources say the MCA intends to court the people of Penang with a view of strengthening the party's position before the next general election.




\Berita Hairan punya rencana - cuba lihat teruknya bahasa terjemah diorang... makan gaji bute ke??

Gerakan beri kata dua kepada MCA

KUALA LUMPUR, Khamis - Gerakan sekali lagi mengulangi pendirian mereka untuk ?bermain kasar? jika MCA terus mengamalkan taktik kotor. Naib Presidennya, Dr Tan Kee Kwong berkata, selama ini Gerakan bersikap terlalu ?gentlemen? dengan MCA walaupun parti itu sentiasa mencari sebab untuk mencetuskan permusuhan.

?Saya rasa Gerakan terlalu gentlemen. Jika mereka (MCA) mahu bermain kasar, kita boleh menjadi lebih kasar,? katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar ?Undang-Undang Tanah dan Hak Milik Strata?, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik, yang meminta Gerakan mencermin diri sendiri dan melihat kelemahannya sebelum melemparkan tuduhan kononnya ?MCA main kotor?.

Kenyataan Dr Ling itu ekoran ucapan Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik ketika menggulung perbahasan pada Persidangan Perwakilan Gerakan di Georgetown baru-baru ini, mengancam untuk ?bermain kotor? jika rakan gabungannya dalam BN terus mengamalkan taktik ?kotor?.

Dr Tan berkata, sebagai parti yang bernaung di bawah gabungan Barisan Nasional (BN), MCA tidak sepatutnya mencetuskan kemarahan di kalangan rakan komponen sehingga boleh menyebabkan permusuhan.

?Ini kerana musuh politik BN sebenar adalah parti pembangkang dan bukannya parti komponen BN yang lain.

?Sebenarnya, Gerakan sanggup dan boleh bekerja dengan sesiapa saja dalam BN kerana kami tidak pernah menganggap mereka musuh politik kami,? katanya.

Pengeseran antara dua parti komponen itu timbul apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri Gerakan, iaitu Lim Boo Chang (Datuk Keramat) dan Lim Chien Aun (Bayan Lepas) menyertai MCA, tiga hari selepas pilihan raya umum 29 November lalu.

Mengenai keputusan Dr Lim untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri, Dr Tan berkata, Jawatankuasa Kerja Pusat Gerakan akan mengadakan mesyuarat pertamanya November ini bagi mendapatkan pandangan akar umbi mengenai keputusan itu.

?Kami akan mengumpul maklum balas daripada akar umbi mengenai perkara itu sebelum menyerahkan kepada Presiden,? katanya. Sebelum itu, dalam ucapannya, Dr Tan yang juga Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi berkata, pejabat tanah dan jabatan kerajan yang berkaitan tidak seharusnya dipersalahkan dalam kelewatan bagi permohonan hak milik strata.

?Pemaju dan pengukur tanah juga patut dipersalahkan kerana kelewatan mereka menunaikan tanggungjawab mereka. Kementerian sedang meneliti langkah bagi mengatasi masalah ini,? katanya