Laman Webantu   KM2A1: 2905 File Size: 18.9 Kb *



TJ Perginya Seorang Lagenda
By Marhain Tua

29/9/2000 9:02 am Fri

MGG85

PERGINYA SEORANG LAGENDA (MGG: Tun Sufian: A Legend Dies)

Ketika Perang Dunia Ke -2 dulu, ada tiga pemuda Melayu yang berkongsi menghuni sebuah rumah di New Delhi. Dua orang di kalangan mereka adalah pegawai tentera dalam pasukan tentera India dan seorang merupkan lulusan Cambridge yang bertugas dengan All India Radio. Ketika itu Malaya merupakan panggilan kepada dua pulau yang dijajah oleh British, empat negeri Melayu yang bersekutu dan lima negeri yang belum dipersekutukan lagi. Demikianlah keadaan itu sehinga 1948, disebabkan kegagalan penubuhan Malaysan Union, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan itulah nama yang digunakan sehingga Malaya mencapai kemerdekaan sembilan tahun kemudiannya.

Peperangan yang meletus itu telah menukar haluan perencanaan tiga orang anak muda itu dan sekaligus melakarkan nasib masa depan mereka. Mereka akhirnya maju dan mencapai mercu kerjaya masing-masing di Malaya dan juga Malaysia. Pemuda lulusan Cambride itu akhirnya memimpin teraju sistem kehakiman Malaysia sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia (bergelar Lord President of Malaysia ketika itu) dengan diberi gelaran Tun Mohamed Suffian Hashim. Di kalangan dua orang pegawai muda tentera itu dulu, seorang menjadi perdana menteri (Tun Hussein Onn) dan seorang lagi menjadi ketua turus angkatan tentera Malaysia (Gen. Tun Ibrahim Ismail). Semalam (27 September 00), Tun suffian meninggal dunia pada usia 83 tahun. Hanya Tun Ibrahim yang tinggal di antara tiga sekawan itu, walaupun keadaannya masih lagi bertenaga di hari tua, dan masih lagi mampu mengaitkan ingatan mereka kepada zaman yang lama.

Tun Sufian menghembuskan nafas terakhir di ruman Dato Wan Yaacob Merican dan isterinya Tengku Sofia Jewa yang merupakan anak saudara Tunku Abdul Rahman Putra dan adik kepada Jeneral pertama Angkatan Tentera Malaysia, Jen. Tan Sri Tengku Osman Jewa. (Tengku Sofia Jewa juga dianggap oleh Tun Sufian sebagai anak angkatnya - penterjemah). Sebab kematiannya disebut sebagai 'kanser' (barah) sedangkan sebab sebenar ialah ketuaan yang dibebankan oleh kesepian yang terasa setelah isteri yang dikahwini selama 50 tahun, Toh Puan Bunny Sufian meninggal dunia tiga tahun yang lalu. Memang berlaku sedikit perbalahan di antara Sufian dan keluarganya berkaitan cara pengebumian isterinya dulu kerana mereka mahukan beliau ditanam di Kuala Kangsar.

Aruah Tun pernah bercerita kepada saya akan hal itu ketika kami makan tengahari beberapa bulan kemudiannya. Itulah kali pertama, selepas mengenali Tun selama dua dekad, saya mengetahui betapa remuknya perasaan beliau mengenai peristiwa itu. Seahagian hidupnya sudah pun turut tertanam dengan peristiwa itu. Tetapi, Tun bukannya seorang yang mempamerkan kekecewaannya itu, walaupun dia amat menentang cara perjalanan sistem penghakiman di negara ini seolah-olah dia masih mengadili perkara itu. Kegetiran yang dialaminya dengan kematian isterinya itu tidak pernah dluahkannya lagi.

Memang terdapat banyak peristiwa bagaimana dia sengaja diperlekehkan, sebaik sahaja dia tidak memberikan sokongan kepada seorang perdana menteri ketika UMNO berpecah pada 1988. Beliau pernah menjadi penasihat kepada Standard Chartered Bank untuk beberapa tahun. Apabila Bank itu mahu melantiknya sebagai Pengerusi Bank cawangannya di Malaysia, pelbagai halangan telah diwujudkan. Mujurlah, pihak Bank bertahan dan mengekalkan jawatannya itu sehingga beberapa tahun kemudiannya belaiu sendiri mengambil sikap untuk mengundurkan diri. Keperitan yang ditanggung ketika melihatkan keadaan konfrontasi diantara Pihak Pengadilan dan masyarakat peguam semakin menyengatnya apabila dia bersuara terhadap keadaan sistem kehakiman yang semakin mereput sedangkan sistem itu mampu dikenal sebagai salah satu yang terbaik di dunia ini. Dia bukannya seorang aktivis. Tetapi, dia menyendiri dan hanya menyatakan pendapatnya itu di kalangan sahabatnya sahaja.

Saya kerap menemaninya untuk makan tengahari bersama dengan beberapa orang masyarakat guaman. Di antaranya ialah Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara yang dipecat ketika UMNO sedang bergelora dan itulah ketikanya kehormatan perundangan negara yang memang nampak kental sejak kemunculannya pada awal abad ke 19 dulu, digugat. Walaupun Tun merupakan seorang yang pendiam, dia boleh jua menjadi tukang cerita. Kalau dia membuat sebarang komen terhadap sesuatu peristiwa, ia melakukannya setelah berfikir panjang. Ada ketikanya ada juga insan yang menyatakan sindiran tajam terhadap keadaan negara yang membuatkan aruah Tun menyendiri. Tetapi apabila dia menyuarakan pendapatnya itu suasana perbualan akan berubah menjadi satu perbincangan yang kurang kontroversi semula.

Aruah Tun Suffian memang tegas menolak sebarang tekanan terhadapnya, terutama sekali dalam peristiwa pemecatan Tun Saleh Abas. Yang kini menjadi ahli exco Kerajaan Terengganu. Tun Sufian memang tidak setuju cara Tun Salleh diaibkan, apatah lagi dengan cara peristiwa itu didalangi oleh mainan politik yang akhirnya menguncupkan peranan besar kehakiman dalam pentadbiran pengadilan di negara ini. Beliau dan juga aruah isterinya memang gemar menghadiri majlis jamuan dimpolatik ketika menikmati zaman persaraannya. Saya pernah menemuinya kira-kria sepuluh bulan yang lalu. Ketika itu dia ditemani oleh beberapa orang kawannya memasukki sebuah restoren yang saya kunjungi. Saya telah menemani mereka untuk menikmati secangkir kopi. Pemikiran dan pandangannya masih tajam ketika itu. Namun keadaan kesihatannya memang nampak sudah menurun. Daya ingatannya sudah menurun dan dia kerap merenung seseorang untuk mengingatkan siapakah yang direnungnya itu. Kerap juga saya terpaksa menyebutkan nama sendiri sebagai ingatan kepadanya, tetapi dia terus bercakap seolah-olah tidak ada apa-apa yang mengganggunya. Memang jelas dia sudah tidak seperti zaman mudanya dulu. Dato Yaacob dan Tengku Sofia menganggapnya sebagai bapa angkat mereka dan memberikan kasih sayang yang diperlukannya. Meeka membawanya pulang dariapda hospital setelah keadaan sakitnya semakin teruk. Di rumah merekalah dia menghembuskan nafas terakhir secara senyap dan tanpa banyak masalah.

Latar belakang Tun Sufian tidak memberikan petanda betapa dia mampu naik menyerlah. Beliau merupakan anak seorang Qadi di Perak. Zaman kegemilangannya memang terlakar ketika dia menerima biasiswa Ratu England, seperti juga yang pernah dimenangi oleh seorang anak Melayu lain yang akhirnya naik menyerlah jua. Beliau ialah Tun Ismail Ali yang pergi ke Cambridge sebelum perang dan akhirnya menjadi gabenor bank Negara, dan setelah bersara di lantik oleh adik iparnya, seorang perdana menteri, untuk menjadi Pengerusi Permodalan Nasional.

Tun Sufian pulang ke tanah air setelah tamat perang dan memasukki perkhidmatan Colonial Legal Service (Perkhidmatan Guaman Kolonial). Di antara jawatanyagn dipeganngnya ialah menjadi anak Malaysia yang pertama menjawat jawatan Harbour Master. Akhirnya, setelah melalui beberapa tahap perkhidmatan perundangan beliau dilantik menjadi Ketua Hakim Negara. Sepanjang kerjayanya beliau memamng menonjolkan ketokohannya yang sungguh bebas terutama sekali apabila menghakimi sesuatu dan menyerlahkan keinsanan yang sungguh menyinar laksana satu obor yang menyala. Seorang peguam kanan pernah memberiahu betapa dalam satu kes rayuan di awal 70-an yang dipengerusikan oleh Tun Sufian, berlaku pertelagahan yang sengit dalam kes rayuan membabitkan seroang yang dihukum mati kerana memilikki senjata secara haram. Tun telah menyanyakan si perayu kalau dia ada sebarang kenyataan untuk dikatakannya. Si perayu itu telah bercakap selama 30 minit, menghentam sistem perundangan yang dikatakannya berdasarkan sistem kapitalis yang tidak adil dan menyusahkan orang. Sebagai Ketua hakim Negara dia telah mendengar hujah orang itu bersama dengan dua orang hakim lain dengan penuh kesabaran. Setelah berlaku beberapa pertukaran idea dengan orang itu dia telah menyatakan betapa pendapat orang itu boleh diambil kira dalam sistem lain tetapi bukanya dalam sistem di mana dia dan rakan-rakannya telah dilantik untuk menghormati undang-undang dan kerana itu dia terpaksa mengekalkan hukuman yang dijatuhkan ke atas si perayu itu. Si perayau telah menangis. Namun dia berterima kasih kepada mahkamah yang mendengar rintihannya dan telah menerima hukuman yang dijatuhkan. Perbuatan menghina mahkamah memang menjadi satu kesalahan di waktu itu. Tetapi, di zaman dulu, sesiapa yang dihadapkan ke mahkamah mempunyai hak yang kini sudah pun ditarik balik.


Satu hari nanti, Tun Sufian hanya merupakan satu nama yang tidak dikenali kerana sejarah rasmi yang akan ditulis semula terpaksa mengambil kira hati seorang perdana menteri yang sedang memerintah. Begitulah yang terjadi kepada perdana meneri pertama negara ini, Tunku Abdul Rahman Putra. Kalau anda, merupakan seorang orang kampung daripada pendalaman Perak mempunyai peluang melawat Tugu Negara, bacalah apa yang tertulis kepaa satu plaq di tugu itu. Nama Tunku tidak pun tertulis disitu. Sedangkan itulah nama orang yang telah mengarahkan seorang juruukir terkenal Felix de Weldon (yang terkenal kerana hasil ukiran Tugu Iwo Jima) melakarkan tugu itu. Sebaik sahaja perdana menteri yang ada memegang jawatannya, dia telah membuat keputusan untuk merobah rupa wajah yang sudah terlakar dulu dengan menggunakan kepakaran pelajar di Institiut Teknologi Mara. Perdana Menteri itu tidak berpa suka dengan rupa wajah di tugu itu yang tidak membayangkan rupa Melayu dan mahu meMalaysiakannya. Saya pernah bertanya siapakah perdana menteri yang mempunyai pendapat seperti itu. Mereka telah menyebut nama "Dr. mahathir"!

Namun, tindakan seperti itu tidak dapat menghancurkan apa yang telah dilakukan itu. Sejarah akan membuktikan bagamana yang asal balik ke usul. Ini pasti berlaku apabila pemimpin feudal memperbaharui peranan mereka dan melakarkan hubungan sejarah mereka dengan peranan para negarawan zaman yang silam.


>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

A LEGEND DIES

DURING WORLD WAR II, three young Malays -- two army officers in the Indian army and a Cambridge graduate with All-India Radio -- shared a house in New Delhi. Malaya was a colonial shorthand for two Straits Settlements, a colony, four Federated and five unfederated Malay states; it was not to become an entity until 1948 when, in the aftermath of the failed Malayan Union proposals, the Federation of Malaya was formed, a name it kept with independent nine years later. The outbreak of war changed their plans and ensured their tryst with destiny. The trio rose to be highest in their calling in independent Malaya and Malaysia. The young Cambridge graduate rose to be head of the Malaysian judiciary as Lord President of Malaysia, Tun Mohamed Suffian Hashim. Of the two Indian Army officers, one became prime minister (Tun Hussein Onn) and the other chief of the the Malaysian armed forces (Gen. Tun Ibrahim Ismail). The death of Tun Suffian yesterday at 83 yesterday (27 Sept 00), leaves Tun Ibrahim, still in good health despite the ravages of old age, the only one of this trio still alive, and an irrevocable break with the post.

When he died at the home of his good friends, Dato' Wan Yaacob Merican and his wife, Tengku Sofia Jewa, (she was the favourite niece of the Tengku and sister of a former chief of the Malaysian armed forces, Gen. Tan Sri Tengku Osman Jewa) officially from throat cancer but really of old age accelerated by the loneliness he felt when his wife of 50 years, the irrepressible Toh Puan Bunny Suffian, died three years ago. The tug-of-war between him and his brother over how she should be buried, with her body seized from the mortuary and rushed to Kuala Kangsar for burial in the Moslem cemetry there, when mourners had gathered at the Cheras crematorium highlighted the psudo-Islamic political correctness that prevails in matters of assumed form. He was to tell me bitterly over lunch a few months later that "they were not interested in her when she was alive; they are welcome to the carcass." It was the only time in the nearly two decades I had known him that this bitterness showed. But a part of him had died with it. He was not one to show his bitterness, even his principled opposition to the current travails in the judiciary was a judicial pronouncement as if he was adjudicating the matter. He was not to mention this painful episode ever again, taking it stoically.

The deliberate official slights against him were many, once he decided he would not support the Prime Minister in the years after UMNO was split in 1988. He was for years an adviser to the Standard Chartered Bank here; when it wanted to make him chairman of the Malaysian unit, all obstacles were put in his and the bank's way. It is to the credit of the bank that he was kept on until he decided, years later, to call it a day. His pain at the continuing confrontation between the Judiciary and the Bar was the more in what he insisted was the destruction of a judiciary that could hold its head with pride with the best judicial systems in the world. He was not an activist, he kept his own counsel, opening up only when amongst friends. I would often join him for lunch in the law officers where the former Lord President, Tun Saleh Abas, whose dismissal from office in the wake of the UMNO dissolution reduced the Common Law judiciary to its lowest depth since it made its appearance in the early 19th century. Quiet though his disposition is, he can be a great raconteur; his cryptic comments of the day given only after much thought. While those around the table sometimes made caustice remarks about the state of the nation, he would remain aloof, coming with a comment that often brought the discussion back to a less controversial discussion.

His steadfast refusal to buckle to pressure, especially in retirement when he was critical of the events that dismissed Tun Saleh Abas, now a Trengganu state executive councillor, and the politically motivated events that reduced the judiciary's central role in the administration of justice. He and his late wife were inveterate party goers, present at most diplomatic and other functions, after his retirement. I saw him last about ten months ago, when he came in with friends for lunch at a restaurant where I also war. I join him for a cup of coffee after. His memory and views were still sharp, but he deterioration in his health was clear. He memory was inclemental, often pausing to stare at you as if to recollect who you are. The two or three times it happened, I repeated my name and he continued to talk without batting an eyelid. But he was already a shell of what he once was. Dato' Yaakob and Tengku Sofia regarded him as their surrogate parents, and took him under their care, bringing him home when cancer complicated his old age and he did not want to remain in hospital. It was there he died quietly and without fus yesterday.

Nothing in his background suggested the heights to which he arose. The son of a Kadi in Perak, he was marked out for high office when he won the Queen's Scholarship -- another Malay also won the Queen's Scholarship about the same time and rose to similar heights as Tun Ismail Ali, the Bank Negara Malaysia governor who after retirement became head of the Permodalan Nasional and whose brother-in-law is Prime Minister -- and went to Cambridge before the War. He returned to Malaya after the War, joined the Colonial Legal Service, and was Malaysia's first postwar Harbour Master, amongst other jobs. He gravitated towards the legal service, and rose swiftly though the ranks to Lord President. Throughout, he kept his own counsel, was fiercely independent, especially when on the bench, and revealed a humanity that shone through like a shining torch. One senior lawyer told me how in a Supreme Court appeal in the early 1970s in which he headed the coram, he asked, after arguments in an appeal against a death sentence for illegal possession of arms, he asked the appellant if he had anything to say. He had. And for about 30 minutes, he harangued the court about the unfairness of the capitalist system and how it was destroying the lives of the people. He, as Lord President, and the two other judges listened patiently through the harangue, asking intelligent questions, and then, as gently as he could, acknowledged the views could be relevant in other systems, but not in the system he and his fellow judges were appointed to uphod and regrettfully upheld the conviction. The appellant cried, thanked the court for allowing him to spek, and accepted the sentence. Contempt of court was an offence even then, but then in those days those appeared in the courts had rights which are now restricted as they should not be.

Tun Suffian would soon be an non-entity as official history is rewritten to comfort the worldview of whoever is prime minister of the day. Malaysia's first prime minister, Tengku Abdul Rahman, is all but ingored officially. If you, as a villager from the interior of Perak, were to visit the National Monument, and read the touristy placard, in badly-written bureaucratise, the Tengku's name is no where there. It was he who commissioned Felix de Weldon, the sculptor responsible for the Ivo Jima memorial, to make the sculpture that dominates the precints of the National Monument. When the Prime Minister took office, he had the Tengku's role in it, desecrated it by re-sculting the de Weldon creation because political correctness decided the figures were not Malayan enough, and Malaysianised it with help from those brilliant worthies who inhabit the Institiut Teknologi Mara. I asked several Malaysians there who the Prime Minister referred to was, and without hesitation, they replied: "Dr Mahathir"! But such actions cannot destroy what they did. They would return to their rightful place in history when new feudal leaders reorient their roles in history by claiming a connexion with the ignored giants of the past.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my