Laman Webantu   KM2A1: 2901 File Size: 3.0 Kb *



Wabak Taun - Renungan Hadis
By Pendapat

28/9/2000 8:13 pm Thu

Rencana ini dikirim oleh seorang pengunjung KM2. Belia tidak ingin dikenali.....(tiada nama)

WABAK TAUN DI ZAMAN KALIFAH YANG ADIL

Suatu hari Sayyidina Umar b. AlKhattab (R.A), Khalifah yang kedua dalam rangka lawatannya ke daerah Syam. Dalam perjalanannya dari Madinah beliau bertemu dengan Amir (gabenor) di Syam iaitu Abu Ubaidah ibn AlJarrah (R.A)-beliau juga merupakan seorang panglima perang yang menggantikan Khalid ibn Walid. Dalam pada itu Sayyidina Umar telah mendapat satu perkhabaran bahawa wabak taun telah merebak di kawasan Syam yang telah meragut ratusan nyawa. Para sahabat menasihati Umar agar balik ke Madinah. Setelah Umar mengambil keputusan untuk balik maka terjadilah perbualan antaranya dengan Abu Ubaidah (R.A).

Abu Ubaidah: Adakah Amirulmukminin ingin melarikan diri dari takdir Allah?

Umar: (Terkejut dengan kenyataan itu, termenung seketika kemudian berkata) Sekiranya seorang gembala kambing melepaskan kambingnya di lembah yang gersang, maka dia melepaskannya kepada takdir Allah. Sebaliknya jika gembala kambing itu melepaskannya di lembah yang subur, maka dia melepaskannya kepada takdir Allah juga.

Akhirnya kedua2 Sahabat tadi menerima pandangan masing-masing. Abu Ubaidah kembali ke Syam (beliau akhirnya terkena wabak taun dan akhirnya meninggal dunia disebabkan wabak tersebut). Sayyidina Umar kembali ke Madinah dan dapat memerintah beberapa tahun lagi selepas itu.

Pengarang sirah ini telah menyimpulkan bahawa dari kisah ini dapat disimpulkan bahawa para sahabat menghormati perbezaan pendapat antara mereka. Kedua-dua pendapat itu betul dalam kontek suasana dan tugas mereka. Abu Ubaidah sebagai seorang Panglima perang sudah tentu mempunyai mentaliti sanggup menghadapi sebarang kemungkinan, sebagaimana seorang panglima perang yang berani menghadapi puluhan musuh...itulah sikap seorang panglima perang sebenarnya (sebagaimana dikatakan org. hari ini: kalau takut risiko, jangan bicara soal perjuangan)... Dalam kontek Umar pula, sebagai seorang pemerintah sebuah empayar yang besar di mana rakyat ramai masih mengharapkan keadilan pemerintahannya... sudah tentu suatu yang amat malang sekiranya beliau meninggal terlebih awal disebabkan wabak taun. Jadi tindakan Umar adalah betul dalam kontek seorang khalifah yang bertanggungjawab.

Sementelahan pula di sana terdapat hadith yang mengarahkan supaya seseorang itu tidak memasuki kawasan wabak, tetapi sekiranya seseorang itu memang berada di kawasan wabak janganlah keluar dari kawasan tersebut (supaya wabak itu tidak menular). So... pada hakikatnya kedua-dua sahabat yang mulia itu telah mengamalkan isi kandungan hadith ini.

Wallahua'lam.