Laman Webantu   KM2A1: 2900 File Size: 9.6 Kb *



KLSE Report N Raytheon Missile
By Kapal Berita

28/9/2000 9:13 pm Thu

Sumber: http://asia.biz.yahoo.com/news/asian_markets/article.html? s=asiafinance/news/000927/asian_markets/dowjones/ Malaysian_Shrs_Down_On_Tax_Levy_News__MSCI_Concerns.html

TJ Ringkas

SAHAM:

Saham merudum kerana komen PM akan berkenaan 10% levi cukai dan kebimbangan Morgan Stanley menggunakan teknik paparan indeks baru.

KLCI jatuh 7.08 mata semalam kpd 728.46 mata. Saham sedikit diniagakan iaitu 94.9 juta yg bernilai RM 266.7 juta sahaja.

PELURU BERPANDU SINGAPURA

Singapura mahu membeli peluru berpandu pintar AIM-120C "tembak dan biarkan" yang dibuat oleh Raytheon Missile Systems Corp. Harga nya US$100 juta. Penjualan peluru berpandu ini oleh Pentagon adalah agak terkawal - kerana hanya negara seperti Israel dan yang "ngam" dengan AMerika sahaja dibenarkan.

Cuba Baca Lapuran Parlimen 13/07/2000 ini:

Sumber: http://members.xoom.com/cmealy/mppas/hansard/DR20000713.htm


USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18

Perjanjian Persenjataan Surveillance Satellite antara

Kerajaan Singapura dan Israel

11.06 pagi.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu]: Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum Wwarahmatullahi taala Wwabarakatuh dan selamat pagi. Saya Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi, Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Kuala Terengganu mohon mencadangkan:

    Bahawa Majlis ini hendaklah ditangguhkan mengikut Perkara 18 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan isu perjanjian persenjataan surveillance satellite, dengan izin, di antara Kerajaan Singapura dengan Israel yang bernilai lebih USD1 bilion yang boleh menggugat kredibiliti ketahanan serta keselamatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana kedudukan strategik Singapura yang terlalu hampir dengan negara kita dan ini boleh mencabar keutuhan pertahanan negara dan ianya menjadi ancaman kepada keselamatan negara secara keseluruhannya. Memandangkan selama ini negara kita mempunyai rekod yang cemerlang di sudut keselamatan negara, namun perjanjian ini adalah suatu cabaran terbuka kepada maruah pertahanan negara serta tamparan kepada semangat setia kawan yang sedia ada di antara kita dengan Singapura. Malahan, regim Zionist Israel adalah terkenal sebagai amat memusuhi umat Islam.

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana ia boleh menghilangkan lagi keyakinan rakyat terhadap sistem ketahanan negara serta boleh menyebabkan musuh menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk menghancurkan rakyat serta negara kita. Satelit pengintip ini dijangkakan lebih canggih daripada keupayaan yang sedia ada yang dimiliki oleh Israel sendiri. Satelit pengintip ini juga mampu mendengar jutaan panggilan telefon, faks serta e-mail setiap hari khususnya dari Malaysia.

Perkara ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh keupayaan sistem keselamatan dan ketahanan negara kita serta maruah negara terhadap Singapura. Malahan, jika pembinaan satelit ini berlaku tanpa sebarang tindakan diambil oleh Malaysia, ianya akan menyebabkan keupayaan pertahanan negara jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran kita. Setakat ini perjanjian pertahanan antara Singapura dan Israel adalah berjumlah melebihi USD1 bilion.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan. Terima kasih. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Kuala Terengganu pada 11 Julai 2000 jam 2.20 petang. Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi 3 syarat:

(i) bahawa perkara itu tertentu;

(ii) ia adalah bagi kepentingan orang ramai; dan

(iii) ia berkehendak disegerakan.

Setelah saya meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini adalah perkara yang tertentu, ia adalah bagi kepentingan orang ramai, tetapi pada fikiran saya perkara ini bukanlah satu perkara yang perlu disebgerakan.

Tindakan Singapura mengadakan perjanjian senjata dengan Israel di Singapura sudah lama dipercakapkan. Perkara ini adalah cukup teknikal yang bersangkut di antara dua buah negeri iaitu soal diplomasi. Ia tidak dapat dibahaskan dengan mendalam dalam masa satu jam seperti yang telah diperuntukkan dalam Peraturan Mesyuarat kita. Satu perkara yang patut kita timbang iaitu Malaysia tidak berhak untuk mencampur tangan dalam urusan dalaman sebuah negara lain.

Walaupun begitu, saya difahamkan oleh Kementerian Pertahanan, Malaysia sentiasa mengawasi dan memantau perkembangan yang berlaku dalam negara-negara lain di rantau ini bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara kita tidak terancam. Saya difahamkan lagi untuk tujuan ini, kerajaan kita sentiasa mengambil tindakan yang sesuai bagi meningkatkan tahap keupayaan pertahanan kita.

Oleh yang demikian, saya menolak Usul ini. [Tepuk]






Malaysian Shrs Down On Tax Levy News, MSCI Concerns

KUALA LUMPUR (Dow Jones)--Shares on the Kuala Lumpur Stock Exchange finished lower Wednesday on comments made by the Prime Minster about Malaysia's 10% exit levy and concerns over potential changes in Morgan Stanley Capital International indexes.

The Composite Index, which tracks 100 key stocks, ended at 728.46 points, down 7.08 points, or 1%.

Declines led advances 525 to 106, with 159 shares unchanged and 215 untraded.

Volume was thin at 94.9 million shares valued at 266.7 million ringgit ($1=MYR3.80).

Prime Minister Mahathir Mohamad said Tuesday that the government is studying whether the 10% exit levy on profits made by foreign portfolio investment deters foreign investors. He said the tax is "minimal" and "if people want to come in, they should pay us something."

Dealers said most investors were disappointed by the comments, interpreted to mean that removal of the levy is unlikely.

Dealers also said investors were concerned about a potential change in the weighting methodology of MSCI indexes. Under the free-float based system MSCI is considering, Malaysia's weighting in the indexes would almost halve.

Malaysian Mining Corp. Bhd. shares rose 1% to MYR2.20 as investors speculate on a possible change in the company's core business activity from mining to more lucrative power generation.

MMC said Wednesday its planned sale of shares in Australian mining company Ashton Mining Ltd. is likely to be completed in late November, possibly netting MYR750 million. MMC also said it intends to increase its stake in independent power producer Malakoff Bhd.

Malakoff fell 15 sen to MYR9.75 on speculation its managing director Ahmad Jauhari may leave to become chief executive in national power utility company Tenaga Nasional Bhd.

Telecommunication company Time Engineering Bhd. rose 0.10 sen to MYR2,99 after Managing Director Halim Saad said its telecommunications unit Time dotCom is in discussions with five other partners including European and American entities for possible tie-ups.

In the futures market, the Composite Index futures for September closed at 732.0 points, down 2.9 points.

Item Wednesday Previous Change
Composite Index 728.46 735.54 Down 7.08
Emas Index 178.07 179.98 Down 1.91
Second Board Index 174.60 176.86 Down 2.26



Sumber: http://www.lycos-asia.com/singapore/afp/000927225310.c9tdm5iw.html

Singapore asks to buy US air-to-air missiles: Pentagon

WASHINGTON, Sept 27 (AFP) - 6:53 - Singapore has asked to buy up to 100 advanced medium range air-to-air missiles from the United States in what would be the first sale of the missile to a southeast Asian country, the Pentagon said Wednesday.

The Pentagon justified the proposed sale, which was valued at 100 million dollars, as "helping to improve the security of a friendly country which has been and continues to be an important force for political stability and economic progress in southeast Asia."

The AIM-120C missile, which is made by Raytheon Missile Systems Corp., is a "fire and forget" missile that can be fired from beyond visual range. Once the missile closes on its target, its onboard radar guides it to an interception.

The Pentagon had restricted sale of the missile to NATO countries until last year when it agreed to sell it to Israel and a number of Gulf countries, including Saudi Arabia and Bahrain.

Singapore would be the first southeast Asian country to get the missile if the sale goes through.