Laman Webantu   KM2A1: 2898 File Size: 3.8 Kb *



Adakah Kita Bermaharaja Kera.??
By Amin Sapiro

28/9/2000 5:59 pm Thu

Amin Sapiro (suka gymn - lompat tarzan)

ADAKAH KITA BERTUANKAN MAHARAJA KERA.??

MENYAKSIKAN hebatnya sukan Olympic yang berlangsung di Australia (cuma melalui kaca TV), terimbau kita kenangan bagaimana Malaysia menjalankan SUKOM. Ramai pihak memberi pendapat bahawa perbezaannya bagai bumi dengan langit.

Kaji sikit sejarah SUKOM, pasti kita teringat bagaimana seorang bekas General menangis macam budak baru tanggal pusat. Kununnya kecil hati di belasah dek bekas Menteri Pelancungan - Datuk Sabaruddin Chik. Mungkin si General tua itu merasa dirinya patut ditimang-timang kerana beliau adalah adik ipar seorang Perdana Menteri.

Tetapi si General bersara ini jugalah yang kata, "If you give me pea, it?'s only good for monkeys". Maksudnya, khidmat beliau mahal harganya. Dia perlukan gaji mencapai RM50,000 sebulan, dengan bonos, penerbangan first Class, hotel mewah, elaun keraian tanpa had, diberi kebebasan membuat keputusan, dibenarkan mengelilingi dunia atas nama "demi kepentingan sukan"?.macam-macam lagi.

Akhirnya, tak sampai setahun, RM300 juta lesap. Lingkop-?out?. Itulah contoh ?demokrasi? dan kebebasan yang dinikmati oleh keluarga suku-sakat Siti Asmah dan Mahathir Mohamad. Yang menanggung adalah rakyat?!!

DS Anwar melenting bila mendengar si bekas General itu cari jalan nak?Blahhhhhh?.!! Diketahui rupa-rupanya wang peruntukan SUKOM RM300 juta si bekas General itu dah kebas. Sebagai Menteri Kewangan yang memangku jawatan PM, Anwar tidak mau orang cuba ?menangguk di air yang keruh?. Masa ikan banyak sanggup terjun lombong, bila tinggal sampah, meneran tuah - buat ragam. Tunjuk muka masam!!

Dalam tempoh 30 minit, si bekas General di belasah oleh Anwar. Apa Anwar cakap, itu rahsia antara mereka berdua. Tetapi bekas General itu terdiam dan kesat airmata. Baru dia sedar, Anwar tak peduli, ?hang adik ipaq PM ka, adik bini PM ka, bekas General ka?. Hang mesti tepat janji. Tak tepat janji hang kena jawab kat rakyat??.

Itu Anwar. Anwar bukan Mahathir. Mahathir pandang bulu. Anwar tak ada Kroni. Kroni Mahathir berbulu keliling pinggang. Bagi Anwar: ?ye-yes?, ?no-no??!! Bagi Anwar, nak manja-manja ??no way?..!! Jangan cuba cari kesempatan. Bila rasa pedih sikit, cari jalan cari alasan. Nak tinggal beban sekerat jalan.

Anwar mengutuk rasuah dan penyelewengan habis-habisan. Prinsip Anwar yang begitulah Anwar menyebabkan beliau tahan cabar Mahathir membuktikan kebenaran tuduhan beliau. Malangnya Mahathir jenis manusia tidak ada akhlak dan mengidap penyakit phobia & psycho.

Mahathir ada agenda diri sendiri untuk kayakan diri, anak-anak dan suku-sakatnya. Dan si bekas Genaral ini adalah salah seorang dari suku-sakat yang mendapat habuan. Kita tak mau cakap suku-sakat Siti Asmah yang lain. Boleh jadi dalam ?kotak? Ezam banyak ?labu peram?. Tersimpan!

SEKARANG rakyat mahu tahu mana dia "Statement of Audited Account" SUKOM. Dulu janji dalam tempoh se tahun pembentangan kepada rakyat akan dibuat. Entah-entah duit rakyat dah kena sebat? Bekas General ini bukan boleh sangat diharap.

Rakyat adalah bertanggungjawab menuntut hak mereka. Jangan Negara ini dibiarkan diperentah oleh seorang berdua saja. Masakan kita bertuankan kera-kera yang bermaharajalela?!! Sampai bila kita harus menanti buah gugur saja?

Kita nak tanya: STADIUM BKT. JALIL siapa punya? UMNO ke?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)