Laman Webantu   KM2A1: 2892 File Size: 8.5 Kb *



Masakan Tempua Besarang Rendah!?
By Amin Sapiro

27/9/2000 8:11 pm Wed

Amin Sapiro (Pipit Cilik bebas diluar sangkar..)

MASAKAN TEMPUA BERSARANG RENDAH!?

DALAM hidup seseorang manusia, antara sifat utama yang dinilai orang ialah sikap patuhnya memegang janji. Seseorang yang tinggi akhlak dan sempurna pemakaian ilmu dan bersih jiwa tidak mencari 1000 alasan bila diminta menepati janji-janjinya.

Penyakit Hati Merbahaya

Jika seseorang itu begitu mudah memungkiri janjinya, bermakna orang itu diselubungi dengan satu dari penyakit menegenai hati paling merbahaya. Penyakit orang itu bukan setakat membakar dirinya dan keluarganya saja - malah akan merosak dan membakar-rentung individu lain, jiran tetangga, komuniti dan masyarakat setempat.

Jika seseorang itu cenderung mengamalkan sikap mungkir janji dan berperangai seburuk itu; maka sifat yang dihayatinya tidak mewajarkan beliau dilantik menjadi seorang ketua atau rakan kongsi dalam sebarang urusan hidup.

Bermakna, orang lain yang menjadi pengikut atau bersahabat dengan beliau; pasti akan dijerumuskan olehnya ke jurang yang hina dan jelek. Orang spesis itu tidak ada semangat setiakawan. Sebaliknya, akan sentiasa menyimpan sikap permusuhan dan dendam.

Seorang yang mudah mungkir janji adalah racun kepada semua mereka yang terbabit dan berurusan dengan beliau. Akan musnahlah segala impian, harapan dan matlamat/objektif kesatuan yang dicampuri orang itu andainya ia dijadikan ketua atau penganjur.

Kesilapan Besar

Dalam Islam, sebagai agama Allah yang Maha suci; perkara berhubungkait dengan amanah berjanji ini sangat luas dibincangkan. Ia terkandung dalam cabang ilmu dan amalan yang disebut "Tasauf".

Jika sifat tidak menepati janji dan sentiasa mencari alasan untuk berdalih supaya membolehkan ia tidak menepati janji itu wujud dalam peribadi dan jiwa seseorang dan menjadikannya amalan biasa; bermakna melantik beliau sebagai seorang ketua adalah satu KESILAPAN paling besar dan membahayakan semua pihak.

Kesimpulannya yang jelas, orang yang menghayati sifat tidak menepati janji dan cenderung memberi dalih untuk menghindari diri dari menepati janjinya begitu; dapat diandaikan bagai "bubuk" dan "anai-anai" yang memakan dan merosakkan sebatang pokok rendang hingga reput dari dalam batangnya.

Dalam konteks sebuah negara, jika pemimpin yang menerajui pemerentahan mempunyai sifat itu dan menghayati sikap terburuk itu pula, bukan saja dirinya seorang akan rosak, malah kelompok yang menganggotai pimpinannya juga akan binasa.

Sekaligus dengan itu, jika beliau dibiarkan terus-menerus mengetuai pentadbiran kepimpinnannya, maka tak dapat tiada seluruh rakyat yang diperintah-tadbirnya akan musnah, hilang nilai-nilai murni dan keterampilan, jahanam segala sistem nilai - pentadbiran dan perundangan, keselamatan dan jaminan kesejahteraan rakyat, dan seumpamanya. Rakyat akan hilang tamadun dan akan porakperanda.

Bermakna, jika seseorang ketua yang seburuk itu sikap dan sifat hatinya, dan jika sikap dan sifat seburuk itu sentiasa bersarang dilubuk hatinya dan dipaksakan supaya dihayati pula oleh pengikutnya; maka seluruh kelompok itu tidak langsung berguna. Mereka tidak akan memberi barang sedikitpun faedah kepada seluruh sistem petadbiran, peradaban dan ketamadunan masyarakat, dan masa depan negara itu. Orang itu dan seluruh kelompoknya wajib dibuang serta merta. Ia akan merosakkan segala.

UMNO Kehilangan Sasar

Hematnya, inilah yang menjadi penyakit paling besar dan sangat-sangat membahayakan UMNO/BN sekarang. Bukan saja bahang bahaya itu sedang membakar parti itu saja, malah rakyat dan negara yang ditadbirnya juga sedang dibakar hangus dalam unggun api yang marak menyala.

UMNO dibawah pentadbiran Mahathir sebagai Presiden parti sudah kehilangan aspek-aspek nilai yang baik. UMNO sudah kehilangan dan telah terhakis punah ranah nilai-nilai sebuah parti politik yang punya istiqamah.

Apa yang ditegakkan oleh pemimpinnya hanyalah "Kezaliman, Ketidakadilan, Kemungkaran". Sekaligus dengan itu, rakyat juga dilanda huruhara dan malapetaka.

Keburukan pemimpin bawahan dalam UMNO yang dibaruakan oleh sang ketua itu adalah berpunca dari sifat tidak tepat janji dan tidak amanah sang Ketua @ Presiden partinya. Dengan sokongan segelintir pemimpin yang mudah makan upah menerajui parti itu, segalanya bergerak dengan mudah.

Makin jelas sejelasnya, mereka mempunyai agenda peribadi yang tersembunyi. Cara melaksanakannya pula adalah berbagai bentuk dan daya. Tetapi objektif utama tetap sama, iaitu menipu dan membohongi rakyat demi agenda mereka.

Untuk menjayakan agendanya, kelompok ini akan menggunakan kuasa dan kekerasan. Jika itu akan menyebabkan pergolakan besar, mereka akan menggunakan pujukan dan asakan. Jika itu juga tidak mampu menyampaikan hajat mereka, maka rasuah pula akan diamalkan. Unsur-unsur tersebut akan digunakan bercampur-campur mengikut keadaan, tempat dan masa.

Kalau diperinci, kita nampak cukup jelas bahawa seluruh kepimpinan parti itu sangat mengahayati sifat keji yang membentuk keterampilan paling hodoh - semata-mata kerana berketuakan seorang pemungkir janji dan pembohong besar.

Kita nampak pemimpin yang menjadi ketua mereka adalah seorang pengamal sifat dengki-khianat, dendam-fitnah, tipu-helah, rompak-samun, adu-domba, konspirasi dan sekogkol, dan cenderung berpakat sesama sendiri. Untuk kepentingan diri masing-masing, mereka sanggup meracuni dan memusnahkan kesejahteraan rakyat.

Terengganu Menjadi Dendam Utama

Sifat yang sudah sebati dan mendarah daging dalam tubuh sang ketua inilah yang menjadi punca maka Royalti minyak rakyat Terengganu diubah menjadi pemberian Ihsan. Semudah itu undang-undang, peraturan yang sedia ada didalih dan diberi justifikasi yang sama sekalii tidak rasioanal.

Kerana ketua yang memimpin UMNO itu adalah seorang pengamal sifat dengki-khianat, sekaligus ia akan berdendam dan memfitnah. Dengan itu, ia tidak segan malu lagi untuk menipu dan berhelah untuk merompak dan menyamun sesiapa juga - sekalipun rakyat.

Malah orang ini cuba pula menipu dunia. Malangnya, dunia mentertawakan beliau. Malu UMNO!!

Paling buruk, ketua itu akan mengadu-domba dan berkonspirasi dan sekongkol dengan kroni yang sama berkepentingan. Mereka berpakat sesama sendiri dan akan meracuni kesejahteraan sesiapa juga, waima rakyat banyak - samada miskin atau kaya.

Jika perkara pecah janji dan ceritera kezaliman itu berlaku di Terengganu, tidak semestinya ia akan terhenti di situ saja. Kita sudah lihat bagaimana Mahathir mencekik rakyat Kelantan. Sebelum itu, penduduk Langkawi sudah kehilangan separuh dari tanah dan hak mereka.

Pulau itu hampir habis terjual. Hak orang Melayu disitu sudah difarait oleh kuncu-kuncu dan kroni Mahathir. Mereka ditipu halus dan diugut secara keras.

Jika Pahang terlepas dari tangan UMNO/BN, dan selagi parti itu memerentah Kerajaan Pusat, rakyat Pahang juga akan mengalami nasib seperti Langkawi, Kelantan dan Terengganu. Teori Domino akan berlaku. Tiap-tiap negeri di Malaysia akan menerima nasib yang seragam dengan 3 negeri itu.

Akhirnya, orang Melayu akan terus jadi "Pak Kaduk - menang sorak kampung tergadai". Mereka akan melopong melihat segelintir kaumnya bermaharajala memperkosa kehidupan generasi yang akan datang.

Tahniah Dr. Mahathir..!!

Kita wajar memberi tahniah kepada Dr. Mahathir kerana berjaya mengambil kesempatan melakukan semua itu bagi menyampai niat, agenda dan objektif untuk memperolehi kepetingan diri beliau dan kelompoknya.

Kita harus memberi tahniah dan berterima kasih kepada beliau kerana akhirnya beliau menampakkan belang beliau sebenar.

Terima kasih tidak terhingga kepada beliau kerana meracun UMNO yang telah dibaruakannya selama 18 tahun.

Sekarang, makin mudahlah orang Melayu untuk membuat pilihan yang tepat pemimpin mana yang bakal dipilih pada tahun 2004.

Sahlah sekarang UMNO/BN sudah tidak releven lagi. Pedulikan omong kosong mereka. Jika tidak ada maksud yang tersembunyi - ?masakan tempua bersarah rendah?..!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)