Laman Webantu   KM2A1: 2885 File Size: 7.7 Kb *



Mahathir & Umno/BN Sudah Sampai Ke Penghujung Jalan!
By Amin Sapiro

27/9/2000 5:11 am Wed

Amin Sapiro (sekadar Pemerhati di Konvensyen Media)

MAHATHIR & UMNO/BN SUDAH SAMPAI KE PENGHUJUNG JALAN!

KEBELAKANGAN ini, bergila-gila sangat Dr. Mahathir menyalahkan agensi berita Barat. Maka diupahlah oleh media arus perdana beberapa penulis rencana untuk memuatkan cerita dan berita yang mengutuk agensi terbabit dan negara-negara berkenaan.

Tulisan yang dipaparkan mencakup pelbagai aspek-aspek, termasuk politik, ekonomi, sistem pentadbiran, karenah sosial, dan sistem pengendalian undang-undang, objektif dan agenda negara tersebut dalam hubungan mereka dengan negara membangun.

Disebutlah perkara-perkara seperti "globalisasi", hak asasi manusia, demokrasi dan kebebasan bersuara. Diperkununkanlah tafsiran demokrasi dan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh masyarakat dan negara-negara yang dipercacaikan. Kununnya, di sebalik kehebatan negara Barat itu, terdapat kesan yang meletakkan negara-negara membangun menjadi bertambah bergantung kepada negara-negara maju.

Kita dapat merasakan, idea dan persepsi penulis-penulis rencana upahan itu sudah semacam basi. Rakyat negara ini sudah bosan dan muak mendengar. Saban hari Dr. Mahathir bercakap, cerita yang sama - diulang-ulang.

Sekarang, bila membaca akhbar arus perdana, perkara yang sama disumbatkan ke telinga kita. Apa gunanya membaca lagi rencana akhbar-akhbar ini semua? Cukuplah mendegar "khutbah" Mahathir yang berjela-jela menghuraikan "gospel"nya.

Bagi kita yang berpendidikan dan mengamalkan sistem sosial dan pengangan agama, ramai diantara kita bersikap terbuka bila membaca sebarang rencana mengenai Barat atau oleh Barat. Fikiran kita tidak semudah itu dihasut atau dipujuk membenci atau menyukai mana-mana sistem dan cara hidup mana-mana masyarakat dunia.

Kita tidak peduli apa agenda mereka dan tindakan mereka. Walaupun kita tau agenda dan peranan media Barat bersifat antarabangsa dan berkemampuan menyalur hujah-hujah yang boleh merobah cara berfikir masyarakat negara-negara membangun seperti kita, tetapi kita tidak semudah itu menerima agenda mereka. Yang penting, kita tahu membuat pilihan. Itu penting.

Apa kita peduli apa mereka buat dan rencanakan. Jika kerajaan yang mentadbir negara tidak cenderung menjadi boneka Barat, tidak ada apa yang harus dirisaukan.

Malangnya, apa yang lihat sekarang adalah begini:

Satu perbedaan dasar yang besar dan ketara antara falsafah pentadbiran PAS/BA dengan regim Mahathir (sinonim UMNO/BN) sudah begitu jelas dilihat rakyat. Kerajaan PAS/BA di Terengganu dan Kelantan berlandaskan Islam. Sementara regim Mahathir (Persekutuan) lebih mirip kepada penerapan nilai-nilai Barat berbagai-bagai ragam.

Kita sudah nampak bagaimana regim Mahathir semakin mensekularkan Islam. Kita juga nampak bagaimana regim ini tidak mempedulikan budaya Timur yang penuh sopan. Regim Mahathir telah terang-terang mengenepikan hak asasi rakyat. Malah regim Mahathir semakin ghairah memperkutakkatikkan perjalanan dan kewibawaan undang-undang. Mahathir tidak boleh menafikan fakta itu lagi.

Apa yang paling menjijikkan kita ialah: kerajaan (regim Mahathir) yang dilantik rakyat ini tidak berterima kasih kepada rakyat yang memberi amanah kepada mereka untuk menerajui kerajaan. Sebaliknya, rakyat pula yang dinafikan hak dan dipaksa bersyukur (nak termuntah - p.) kepada mereka.

Perlukah rakyat berterima kasih kerana regim ini memecah undang-undang, merompak harta rakyat dan melakukan bermacam-macam putarbelit, rasuah dan penyelewengan dan pembohongan?

Sebagai rakyat, kita punya banyak contoh dan bukti bahawanya regim Mahathir memang bersifat angkuh dan tidak benar-benar memahami kemahuan rakyat.

Kita nampak bagaimana rakyat Terengganu dan Kelantan didustakan pelbagai cara oleh regim Mahathir dengan memutarbelitkan undang-undang dan peraturan. Jika regim Mahathir seringkali menyeranah media Barat dan sistem negara mereka; kita hairan mengapa Dr. Mahathir bermegah-bangga dengan "cakap tak serupa bikin". Adakah regim ini melaksanakan tanggungjawab yang jujur kepada rakyat sendiri?

Kita nampak jelas bagaimana secara tiba-tiba Mahathir mentafsir pemberian Royalti ditukar kepada pemberi Ihsan. Tidak ada satu orang yang merasa hujah pemimpin UMNO/BN yang cuba menegakkan "benang basah" regim ini sebagai justifikasi yang logik dan boleh diterima.

Kita tanya: Apakah peranan media arus perdana yang permit cetak mereka di tangan UMNO sudah lakukan? Kenapa akhbar HARAKAH, ROKET dan KeADILan dll. dicegah dari edaran, walhal mereka berjuang menyuarakan keperluan rakyat? Hinggakan, majalah DETIK, WASILAH dan EKSKLUSIF dibatalkan permit mereka. Adakah regim ini masih ada hujah dan alasan untuk menyeranah Barat?

Sebenarnya rakyat tidak begitu hairan dan terpesona dengan serangan Dr. Mahathir semasa berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Peranan Media di Negara-Negara Berkecuali di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi media Barat dan pemimpin mereka, serangan Dr. Mahathir itu tidak lebih dari "ngauman langau hijau menghurung taik" saja. Yang paling menggelikan hati, rakyat negara ini menganggap ucapan serangan Dr. Mahathir itu semakin mendedahkan bagaimana buruknya ragam, perangai, karenah dan dasar regim Mahathir melaksanakan taktik hodoh seorang pemimpin negara membangun seperti Malaysia yang bermati-matian melaksanakan pentadbiran ala DIKTATOR.

Dan, media Barat makin nampak jelas bahawa pentadbiran regim Mahathir adalah sebuah regim FEUDAL yang mentadbir rakyat secara ?kukubesi?, tertinggal jauh dari dunia madani.

Peserta Konvensyen itu pasti pulang ke negara masing dengan pemahaman yang mendalam bahawa regim Mahahtir sudah sampai ke penghujung sejarah parti politik yang menyokongnya (UMNO/BN).

Mereka juga semakin yakin bahawa BARISAN ALTERNATIF dan kepimpinan kerajaan PAS/BA di Terengganu dan Kelantan akan mengambilalih pentadbiran seluruh negeri di Malaysia.

Kalau ditanya bila? Jawabnya: Tahun 2004. Singkat saja. Terimalah nasibmu, wahai Dr. Mahathir dan UMNO/BN. Dendam kalian tidak akan kesampaian!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)