Laman Webantu   KM2A1: 2882 File Size: 3.5 Kb *



Ramalan Pemimpin Umno Yang Wajar Di kongsi Bersama
By Amin Sapiro

26/9/2000 10:37 pm Tue

Amin Sapiro (bukan saya tulis - cuma tukang sampaikan aja)

RAMALAN PEMIMPIN UMNO YANG WAJAR DIKONGSI BERSAMA


Mengikut maklumat dari beberapa pemimpin UMNO ketika ini majoriti besar ahli UMNO telah benci dengan gelagat tamak haloba dan kezaliman Mahathir.

Pemimpin UMNO seperti Tan Sri Megat Junid, Tan Sri Mohamad Rahmat, Datuk Ibrahim Ali dan En. Tamrin Ghafar tidak pernah percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat. Mereka telah diugut dan dipaksa mengangguk saja.

Tan Sri Megat Junid mengakui bahawa kepala konspirasi yang merancangkan memfitnahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi ia lah Datuk Aziz Samsuddin bekas setiausaha politik Mahathir dan kini Timbalan Menteri Pelajaran.


Tan Sri Megat Junid juga meramalkan Datuk Hamzah yang pernah menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengurat isteri nya akan di anugerahkan dengan jawatan Senator tidak lama lagi

Datuk Mustapha Mohamad, Ketua Penerangan UMNO bersunggut kerana ahli UMNO tidak datang untuk program penerangan UMNO yang dia anjurkan. Kini alhi UMNO sudah tidak percaya lagi dengan pemimpin UMNO

Mereka juga percaya bahawa kekuatan Mahathir kini hanya bergantung kepada tiga golongan kecil manusia yang takut serta psyco ia itu:


  1. Ketua Hakim Negara dan pegawai terdekat nya,
  2. Ketua polis negara and pegawai terdekat nya dan
  3. Pegawai Tinggi Kerajaan yang takut hilang jawatan sekira nya Mahathir tumbang.


Mereka ini melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh utama mereka kerana mereka akan hilang jawatan sekira nya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuasa semula. Tambahan pula mereka terlibat dalam pelbagai rasuah dan penyelewengan.

Mahathir pula sangat takut, phobia dan psyco kepada perhimpunan ceramah BA yang menarik ribuan rakyat olih pihak reformasi dan Barisan Alternatif

Olih itu Mahathir telah mengarahkan supaya perhimpunan olih pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim di batalkan di seluruh negara.

Mengikut Tan Sri Mohamad Rahmat pula Mahathir merupakan Presiden UMNO yang terakhir. Kerana dahulu rakyat bencikan Mahathir saorang sahaja tetapi kini rakyat juga bencikan Mahathir dan UMNO sekali gus.

Pemimpin UMNO meramalkan: pada pilihanraya 2004 UMNO tidak akan ujud lagi kerana tiada sokongan rakyat. Itu adalah mengikut Tan Sri Mohamad Rahmat, bekas Setiausaha Agung UMNO yang paling lama menyandang jawatan dalam parti dan kerajaan. Kerana pandangan beliau yang ?membina? itu, maka beliau Mahathir ?terajangkan?..

Tamatlah riwayat UMNO/BN. Terkuburlah parti mereka tanpa nisan. Jomlah sama kita talqinkan.

PS: Dari laman http://go.to/reformasi

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)