Laman Webantu   KM2A1: 2880 File Size: 8.4 Kb *



Umno Kel. Berintranet RM300,000 dll
By Kapal Berita

26/9/2000 12:40 pm Tue

Himpunan Berita Ringkas:

Umno Kelantan pertama guna perisian intranet

Komen: Kesian dek Ameno. Kos projek 'berintranet' ini perisiannya sahaja (software) sudah mencecah RM 300,000! Itu belum masuk perkakasan (hardwarenya) lagi. Kalaulah syarikat tersebut pakai Linux, alamat gang umno kena tipu bulat-bulat, sebab banyak program linux free!


Harga Gas Mungkin Memudaratkan Malaysia

Menurut majalah The Edge, rancangan Petronas utk menaikkan harga gas asli akan memberi kesan kepada Tenahga Nasional Bhd. Petronas dijangka menaikkan harga sebanyak 20% dari harga tetap masakini, iaitu RM6.40/unit

Gas merupakan 75% dari kos bahanapi TNB, dan kontrek TNB-Petronas akan berakhir pada hujung tahun ini. Petronas dijangka menaikkan harga kepada RM7.80-RM8.00 se unit.

Inikah rahsia JJ diberikan kerusi panjang di TNB? Siapakah nanti yang akan ketawa girang. Bila bil elektrik naik, jangan harap harga barangan tidak naik. Diktator tua apa perduli, gajinya saja berbelas ribu - itupun masih menyengket merenget cemburu.

Orang yang betul-betul bersyukur kepada tuhan tidak memandang kepada orang yang lebih tinggi darinya sebaliknya mereka memandang orang yang lebih rendah dari dirinya.

Semiskin-miskin kita, ada lagi orang lain yang lebih miskin. Menyedari hakikat itulah kita bersyukur. Malangnya diktator tua tidak memandang itu semua. Dia berpura-pura sepanjang masa - sedangkan anak pinaknya menggondol pelbagai jawatan koporat dan projek ratusan juta adanya. Dia memilih rekabentuk mahligai yang paling bergaya seolah-olah wang petronas itu dia yang punya.


Daim - Harga Petrol naik untuk kurangkan subsidi.

Kerajaan akan menaikkan harga belian petroliam untuk mengurangkan belanja subsidi tahunan kerajaan, kata Daim.

Harga petroliam dipam masakini ialah RM1.10 seliter. Subsidi kerajaan=45.79 sen. Harga minyak dunia kini ialah US$36 setong.

Yang hairannya subsidi kepada kroni asyik tidak berkurang. Wang berbillion diberi untuk suku sakat kroniputra yang terlalu pandai berniaga sampai saham 'toilet paper' pun dibeli setinggi 'buah geliga'. Kalau bangkrap, Danaharta anytime datang baik didepan, mahupun dibelakang. Kalau susah sangat dengan bank yang menghutang pula ditelan! Kalau ada sesiapa nak menyiasat pula, dikirimkan pula pembunuh upahan, sampai kebun pisang pun diredah sakan.

Buat Peminat Dahlia

Sabar ya..... "pucuk dicita ulam mendatang". Ada banyak pengalaman bakal menyusul Insya Allah. Sedikit cebisan emel dari srikandi untuk jejaka siber yang merindu:

"Saya sempat membaca tulisan sdr Pujangga ekoran daripada tulisan saya berkenaan buku berkenaan..."

Yang lain.... errr harap maaf, terpaksa simpan buat suspense.




Rujukan:

Rencana Asal:

Sumber: Berita Hairan:
URL: www.emedia.com.my/z/Current_News/BH/Monday/National/20000924230405

Umno Kelantan pertama guna perisian Intra-net

KOTA BHARU, Ahad - Umno Kelantan akan menjadi negeri pertama menggunakan sistem perisian maklumat berkomputer ?Intra-net? dua hala dengan semua pejabat Umno bahagian di negeri ini, tahun depan.

Sistem itu menyediakan segala maklumat dan data mengenai politik serta parti yang antaranya mengenai pengundi, kajian sikap, senarai pemimpin parti, jentera pilihan raya Umno sehinggalah ke peringkat akar umbi, termasuk maklumat parti pembangkang, dapat dilihat dalam komputer.

Langkah menyediakan perisian maklumat itu berikutan arahan Penasihat Kementerian Kewangan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, mahukan agar sistem teknologi maklumat terkini diwujudkan bagi kegunaan khusus pejabat Umno negeri yang boleh disambung terus ke setiap pejabat Umno bahagian di negeri ini.

Sehubungan itu, sebuah syarikat Bumiputera tempatan, Block Link (M) Sdn Bhd yang sedang membangunkan perisian itu bersetuju memberi sumbangan melengkapkan sistem Intra-net khusus untuk Umno Kelantan.

Pengerusi Eksekutifnya, Nik Kamaruddin Nik Omar, berkata Mustapa sudah berbincang dengan syarikat itu agar satu perisian canggih dapat disediakan bagi kegunaan Umno Kelantan.

Katanya, langkah itu juga sebagai usaha mempercepatkan urusan menerusi komputer yang disambungkan dengan semua pejabat Umno bahagian di negeri ini di samping memudahkan keperluan maklumat cepat ketika menghadapi pilihan raya.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan susulan dengan beberapa anggota Badan Perhubungan Umno negeri terasuk Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Rusli Iberahim, awal bulan ini dan mendapat persetujuan Mustapa mengenai perkara itu.

?Kami kini dalam proses pembangunan perisian itu dikenali sistem Intra-net yang mampu berkomunikai dengan cepat dan mendapat pelbagai maklumat mengenai kegiatan parti secara menyeluruh.

?Perisian yang pertama seumpamanya dijangka siap dan digunakan sepenuhnya Februari tahun depan, belum lagi diperkenalkan di pejabat Umno di negeri lain termasuk Ibu Pejabat Umno Malaysia,? katanya dalam satu pertemuan dengan Barita Harian di sini, hari ini.

Ditanya kos pembangunan perisiain sistem Intra-net itu, Nik Kamaruddin berkata, ia dianggarkan menelan kos RM300,000.




Source: Yahoo Biz Fin.
http://sg.biz.yahoo.com/news/international/dowjones/article.html? s=sgfinance/news/000925/international/dowjones/ Likely_Gas_Price_Hike_May_Hurt_Malaysia_s_Tenaga-Report.html


GAS PRICE HIKE

Monday, September 25

Likely Gas Price Hike May Hurt Malaysia's Tenaga-Report

KUALA LUMPUR (Dow Jones)--A planned increase in the price of natural gas by national oil company Petroliam Nasional Bhd. (P.PET), or Petronas may adversely affect dominant power utility Tenaga Nasional Bhd. (TENA.KL), business weekly The Edge reported over the weekend.

Citing unnamed industry sources, the Edge said Petronas is expected to increase its gas price by more than 20% from the current fixed rate of 6.40 ringgit ($1=MYR3.80) for every million metric British Thermal units, or MMBtu of gas.

Gas accounts for 75% of Tenaga's fuel cost. Tenaga's current contract with Petronas expires at the end of this year and Petronas is said to be considering asking between MYR7.80 and MYR8.0 ringgit per MMBtu.

Tenaga and Petronas officials weren't immediately available for comment.




Source:

http://sg.biz.yahoo.com/news/international/dowjones/article.html? s=sgfinance/news/000925/international/dowjones/ Malaysia_Daim__Gasoline_Price_Rise_To_Cut_Subsidy_-Report.html

DAIM GASOLINE PRICE RISE

Monday, September 25

Malaysia Daim: Gasoline Price Rise To Cut Subsidy -Report

KUALA LUMPUR (Dow Jones)--The Malaysian government's move to increase the retail price of gasoline is mainly aimed at reducing billions of ringgit in subsidy paid by the government yearly, Finance Minister Daim Zainuddin said, the daily Business Times reported Monday.

Currently, the government subsidizes gasoline prices by 45.79 sen, keeping the pump price at 1.10 ringgit ($1=MYR3.80).

"I am not talking about the question of increasing (the prices)...I am talking about the high subsidy...We want to cut this subsidy a little," Daim was quoted as saying.

MYR3.2B Subsidy This Yr

Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Muhyiddin Yassin said recently the government has been absorbing increases in oil prices by subsidizing fuel purchases by about MYR5.0 billion over the past eight years.

According to analysts, the government is expected to spend about MYR3.2 billion in gasoline subsidy this year.

If world oil prices stay at the $36 level a barrel, and retail gasoline prices aren't adjusted, the government will have to pay MYR4.5 billion in subsidy next year, they added.

Daim said oil prices are expected to come down next year, but didn't say why.

Asked whether Malaysia, being an oil producer, is also benefitting from the high global oil prices, Daim said: "We also import... Ours is premium oil and we import heavy crude. So it cuts both ways."