Laman Webantu   KM2A1: 2874 File Size: 3.9 Kb *



Umno Nak 'Perang Siber'? Dah lah tu OOOoooiiiii!! Balik Lah
By Amin Sapiro

25/9/2000 11:56 pm Mon

Amin Sapiro (gurau sikit, boleh ke?)

UMNO NAK ?PERANG SIBER? ? Dah lah tu OOOoooiiiii!! Balik lah

?PERANG SIBER? UMNO SEPERTI ?KILAT TANPA PETIR?.. Dah lah tu Oiii..!!

Bila UMNO istihar ?Perang Siber?, saya pun sengeh aja. Kebiasaannya begitulah sikap saya - kalau orang mencabar sebelum buka silat, saya tak mau dekat-dekat. Itu ?acah-acah? aja namanya..!! Satu sen tak guna..!! (budaya UMNO).

Arwah datuk saya pernah kata dulu, katanya - Kalau langit kilat sambung menyabung, itu tandanya petir tak akan berdentum. Itu dikatakan ?kilat gajah?. Cahaya saja yang memancar, sebenarnya tak ada ?bendanya?.

Hari ini saya masih menunggu tertanya-tanya - Mana dia yang dikatakan ?Perang Siber? UMNO tu? LamanWeb pun tak ada, macamana nak ?Perang Siber?? Kalau nak berperang, mesti ada tenteranya. Mana UMNO ada tentera. Kena pakai ?askar upahan? pulak kah? Macam Angola ke?

Apa yang saya perhatikan, LamanWeb Pro-Reformasi (seperti FGR, FeU, MindaRakyat, KM2 WebAntu, Tranung Kite, Mahazalim2, Freeanwar, dll) penuh sarat dengan rencana. Masing-masing dikemaskini setiap hari. Tak cukup tangan PW yang mengendalikannya. Kena berceking mata sampai ke Subuh larut malam.

Kita perhatikan, Din Umno dan geng PWTC nya lagi sibuk di Forum FGR. Kualiti yang ditulis pun banyak yang melucah. Budak-budak Tadika Islam pun tau. Kalau beginilah cara UMNO nak ?Perang Siber?, rasanya semua LamanWeb tajaan UMNO gulung tikar tak sampai sebulan!!

Untuk menarik perhatian, puak UMNO ?nyamar? nama penulis BA. Macam pedang sendiri tumpul-madal, pinjam lembing orang lain. Kan bangang punya bala tentera UMNO tu, kan?

Mengapa BA begitu punya hebat? Kerana mereka melakukan sesuatu atas niat berjuang demi menegakkan kebenaran dan menumbang kezaliman. Mereka ikhlas tidak memerlukan ganjaran.

Tetapi berbeda dari puak-puak UMNO. Apa yang mereka buat mesti tanya dulu ?? Hheheehe.. berapa bayaran? Kerja siang sekian bayaran, kerana malam kira overtime. Mesti bagi ?hardship allowance?..? Eh..wah begitu pulak?

Haahaha? itu macam nak perang, samalah macam arwah datuk saya kata dulu, ?Peluru habis Palembang tak alah?. Eloklah siang-siang mengaku KALAH..!!?. Hihihih?.

Biasa kita dengar Mat Isa Samad kata, ?Buek ngabih bogheh ajo??. Hhohohoh?.!!

Dengar pulak Ketua Bahagian UMNO kata, ?Boghi kat oghang masokin (miskin?) lagi manyak pahalo nyo? nak nayo dighi wat apo. Bejago malam buat buat ngantok mati. Mbosa-an taik mato lagi ado guno nyo???.

Saya tak faham apa kawan NS tu kata. Tapi saya agak diorang mengutuk UMNO, ya ke? Tak confident langsung kepada UMNO.

Itu semua saya catit waktu saya melawat kawan lama saya di Seri Menanti, dekat Kuala Pilah, N9.

Amacam Rais Yatim? Orang Jelebu kata apa pulak, ha? Hhehehe..GOLO dek-e!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)