Laman Webantu   KM2A1: 2872 File Size: 3.2 Kb *



Untukmu Dahlia
By Penulis Yang Berjurai

25/9/2000 7:51 pm Mon

Saya sendiri pada awalnya bukan seorang penulis. Saya hanya menulis bersambil lewa dan bakat yang ada cuma tak seberapa sewaktu di sekolah. Markah yang dicapai pun agak menyedihkan. Tetapi saya hairan mengapa guru BM saya (seorang wanita) asyik memercik senyuman kepada saya.

Kini selepas berpuloh tahun lamanya baru saya sedar... Ada sesuatu dalam diri saya yang membuat guru tadi melemparkan satu isyarat kepada saya. Dia ingin saya mengeluarkan isi yang begitu jauh terpendam di dalam. Memang dia tahu saya seorang yang teramat pendiam...

Sebenarnya itulah kelemahan kita. Sekiranya kita akur berpanjangan kepada satu perasaan yang mengecilkan diri, selagi itulah kita tidak akan terlepas. Kita perlu memanjat pohon kayu itu untuk melihat alam, jika tidak kita akan selamanya terkelam....

"Perjuangannya adalah satu perjuangan dan pengorbanan yang penuh kesepian. Kerana itu kesengsaraan adalah sesuatu yang perlu ditanggungnya sendirian.

Inilah cabaran kepada penulis dunia siber. Hutan rimba tidak boleh sama tinggi, kalau tidak masakan angin boleh bertiup lalu.

Setiap penulis siber adalah laksana pohon kayu di rimba itu. Ia perlu naik tinggi lagi daripada kelompoknya. Hanya dengan usaha itu dia mampu melihat keadaan kelilingnya dan menterjemahkan bisikan bayu yang sentiasa berderau lalu." (KTLBELB Bab 21 -MT-)

Unuk itu kita perlu melakukan beberapa eksperimen atau percubaan memanjat pohon kayu itu. Lihatlah Wak - beliau bermula sebagai "Orang Biasa", kemudian "S'seng Bando" di forum seperti FGR itu juga.

Kemudian beliau mencuba lagi dengan "Haji Musa", dan akhirnya "Amin Sapiro". Ini berlaku secara perlahan - dan dengan tidak disangka, "Amin Sapiro" menjadi bualan dan rebutan di alam maya. Amin itu adalah "Orang Biasa" yang begitu gigih mengasah penanya - dan akhirnya ia tajam juga....

Ketika itu mereka akan tertanya-tanya sendirian:

"Masakan Orang Biasa boleh, apakah aku pun tidak boleh?"


Akhirkata:

Sdri mempunyai beberapa pengalaman. cuba hidupkan pengalaman itu dengan mengambil pengertian. Adun dan campur isinya dengan gumpalan perasaan. Tekan dan biar keluar tersembul segala yang menghimpit isu bercerakin di dalam supaya tampak semua ragam yang mencorakkannya terburai satu persatu. Para pembaca akan pegun oleh ketajaman yang sebegitu.


Sebagai contoh hujan yang turn dan ranting yang patah. Untuk menghidupkan perasaan, sdri bertanya kenapakah dan apakah punca hujan itu turun dan ranting itu patah.

Kemudian kiaskan kepada masalah alam sejagat yang bercelaru akibat sentuhan manusia yang sanggup mematahkan dahan demi sebuah "kolam" untuk diambil sedikit tenaga yang tak seberapa untungnya. (sindir Empangan Bakun). Kemudian bandingkan nasib orang asli di situ dengan kroni yang menghisap darah siap dengan 'derma' oleh si mamak tua. Kemudian tanya pembaca:

"Siapakah yang lebih istimewa..... "