Laman Webantu   KM2A1: 2862 File Size: 20.3 Kb *



RePost: Skandal Hutang Halim Saad MT/KQ
By web aNtu

24/9/2000 11:23 pm Sun

Editor: Rencana ini dipost sekali lagi kerana sambutan yang menggalakkan serta diluar dugaan.

Saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada saudara -MT- kerana bersusah payah menterjemahkan rencana asalnya. Semoga saudara di lindungi Allah swt. senantiasa.

Saya juga ingin memohon pembaca-pembaca lain supaya turut menyumbang tenaga menterjemahkan rencana-rencana lain yang sesuai untuk dihantar ke laman ini. Usaha anda itu adalah lambang gigihnya perjuangan anda....

SKANDAL HUTANG HALIM SAAD
(Halim Saad Scandal: Cronyism Runs Unabated)

oleh: Kim Quek.


Kisah Halim Saad dengan hutangnya yang bernilai 3 bilion ringgit yang didedahkan oleh Asian Wall Street Journal (AWSJ) bertarikh 19 hb September, (Lihat KM2 2830) merupakan satu skandal yang membawa contoh betapa satu usaha menyelamat secara besar-besaran sedang dilakukan kini oleh kerajaan Mahathir ke atas kumpulan kroniputranya. Inilah satu tamparan hebat ke atas muka tebalnya. Selama ini beliau amat mudah bermuka selamba menafikan betapa kerajaannya melakukan usaha menyelamatkan para kroni beliau.

Pengurusan Danaharta Nasional Bhd (Danaharta) telah pun mengambil alih hutang bertapuk berjumlah 3 bilion ringgit itu daripada Hottick Investment Ltd. Hongkong. Inilah syarikat yang digunakan oleh Halim Saad bagi tujuan mengambil alih Phillipine National Steel Corp. (NS). Syarikat besiwaja ini sudah berada di ambang kemuflisan kini, dan menjadikan pinjaman bank bernilai 3 bilion itu setara skarap sahaja. Bank peminjam tidak mempunyai apa-apa aset yang boleh diambil sebagai sandaran. Bank tersebut adalah Malayan Banking, RHB Bank, Bank Bumiputra and Commerce Asset Holding Bhd.


Apa yang merunsingkan kita bukannya jumlah besar kerugian yang ditanggung itu, kerana Halim memang diketahui merupakan seorang proksi kepada skim cepat-kaya golongan yng memerintah. Yang amat merunsingkan ialah sumbangan cukai pendapatan rakyat dan juga pemegang saham bank yang terbabit, terutama sekali rakyat marhaen yang kerugian dan terpaksa menanggung beban disebabkan kesilapan dan kelahapan ahli politik di negara ini.

Kita tentu msih teringat gelagat Mahathir menidakkan hak rakyat Terengganu kepada royalti minyak yang merupakan satu tradisi yang mesti dibayar kepada kerajaan negeri. Tentunya berita bagaimana Halim Saad diselamatkan akan menggegarkan negara ini. Rakyat tentu meradang apabila menyedari Mahahir tidak pun merasa berdosa dalam menutup kerugian 3,000 juta yang ditanggung oleh anak emasnya Halim, sedangkan dia measakan satu bebanan untuk membayar 0.8 bilion yang berupa royalti minyak kepada kerajaan PAS di Terengganu.

Dalam pembayaran royalti yang sudah lama dilunaskan oleh Petronas sejak 25 tahun yang lalu, Mahathir merasa tertekan untuk mematuhi perjanjian yang ada. Apa jenis pemimpin kah yang sanggup melanggar etika keadilan dan kesaksamaan dalam pentadbirannya? Apakah pemimpin seperti ini layak memerintah negara kita, Malaysia?

Pendedahan AWSJ telah mendedahkan beberapa amalan jijik kerajaan Barisan nasional (BN) dan telah menelanjangkan akar umbi kejijikan yang melanda ekonomi negara. Di antara kejijikan itu ialah cara Mahathir bertegas melindungi para kroni yang gagal dalam perusahaan mereka tanpa mengambil kira bencana yang terpaksa dihidapi oleh negara dalam menyelamatkan mereka. Dari situ kita nampak bagaimana adanya manipulasi politik dalam pemberian pinjaman ank secara besar-besaran untuk mengongkosi pelaburan yang samar-samar. Amalan seperti inilah yang hampir menjahanamkan negara ini ke kancah kemuflisan dalam krisis kewangan Asian yang baru sahaja berlalu.

Dalam usaha menyelamatkan para kroni yangg kemuflisan, Mahathir telah mengabaikan satu pengajaran penting yang muncul dalam krisis kewangan yang berlalu. Dalam suasana ekonomi terbuka, mereka yang kurang cekap dan mereka yang tidak berguna sepatutnya diketepikan agar ia memberi ruang kepada mereka yang baru dan bertenaga. Inilah proses pembersihan dan pembaruan yang harus berjalan dalam setiap aliran ekonomi. Dengan memberikan gebar lindungan terhadap golongan ketot-kematut ini, terutama sekali apabila mereka diiktiraf sebagai nakhoda industri besar di negara ini, kesannya yang menghambat kemajuan ekonomi, sungguh membengangkan. Sebahagian besar ekonomi itu akan terus diterajui oleh bajingan ini seperti yang berlaku di masa lalu, sedangkan kumpulan yang baru terus dicekik agar tidak menonjolkan diri. Akibatnya, pengekalan dasar yang sungguh menjijikkan ini memang mengundang jelmaan semula krisis yang telah pun berlalu.

Memang kita akui, kebanyakan usahawan ang malang ini adalah bumiputra dan disitulah munculnya satu persoalan yang menyangkuti dimensi perkauman. Apakah kita biarkan lumrah alam beraksi untuk membiarkan yang lemah terus pupus walaupun ini membabitkan usahawan bumiputra yang sedang tertekan, Tentu ada perbedaan di antara mereka yang patut diselamatkan dan mereka yang patut diterajang sahaja keluar.

Terutama sekali mereka yang telah mengaut keuntungan dengan rakusnya dan secara haram dan kemudiannya tidak berupaya menguruskan harta karun itu. Apakah kerajaan BN pernah mengamalkan langkah-langkah berwaspada dan bersikap adil dalam usaha menyelamatkan usahawan bumiputra? Persepsi umum menunjukkan bahawa usaha penyusunan semula hutang telah tertumpu ke atas perusaahan para kroni tanpa mengambil kira kriteria pengurusan yang cekap. Adalah amat malang apabila Malaysia mengabaikan peluang untuk melakukan penyusunan semula struktur korporat yang berkesan. Sebaliknya ia telah memilih satu jalan untuk memanjangkan tradisi lama BN di mana korupsi dan kronisma dibiarkan terus berleluasa.


Mahathir kerap memberi alsan betapa perlunya kerajaan menyelamatkan perusahan besar yang bermasalah kerana takutkan ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan kalau syarikat besar itu ditutup. Pendapat begini hanya merupakan satu alasan untk membolehkannya terus menyelamatkan para kroni yang bermasalah seperti yang terjadi dalam kes skandal Halim Saad yang membabitkan tiga ribu juta ringgit. Kalaulah Danaharta tidak bertindak mengambil alih hutang bercendawan itu, bank yang meminjamkan hutang dulu, sudah tentu terpaksa menghambat Halim untuk mendapatkan pembayarannya. Usaha itu akan membuat Halim menjadi seorang yang muflis tetapi ia tidak akan memenjejaskan Renung sepenuhnya walaupun Hlaim merupakan pemegang saham yang besar dalam syarikat itu.


Bagaimanakah Mahathir boleh bercakap hal pengangguran? Mengikut logika Mahathir, Danaharta mungkin akan kehilangan peluang campurtangan dalam proses menebus hutang Halim. Tetapi dengan mengambil alih hutang Halim, Danaharta sebenarnya membeli kertas hutang itu daripada bank pemiutang pada kadar nominal. Ini bererti Danaharta telah menyelamatkan Halim dengan cara memindahkan kerugian yang bernilai tiga ribu juta ringgit itu kepada bank peminjam yang dimiliki oleh kerajaan. Ini membawa erti yang sama bagaimana hutang itu telah dialihkan kepada rakyat yang membayar cukai dan juga para pelabur dalam bank tersebut.


Maknanya sekarang, setiap rakyat marhaen di negara ini terpaksa dibebani pula dengan satu beban hutang yang baru yang bernilai tiga ribu juta ringgit disebabkan Danaharta telah melakukan penebusan hutang daripada seorang bedebah bernama Halim Saad dan sekaligus melepaskannya daripada bebanan hutang itu. Sebenarnya Danaharta tidak boleh berbuat demikian kalau tidak diransang melakukannya. Tindakan Danaharta itu adalah disebabkan adanya arahan daripada tahap tertinggi di negara ini.

Skandal kewangan ini mempunyai implikasi jenayah kerana Halim hanya merupakan seorang budak suruhan. Satu ketika dulu Anwar Ibahim telah dituduh dan didapati bersalah dan dipenjarakan kerana apa yang dikatakan mengganggu siasatan polis. Manusia yang sebenarnya bertanggungjawab dalam skandal yang ditopengkan oleh Halim ini harus dikenakan proses pengadilan yang sama. Cuma kali ini jenayah yang dilakukan itu adalah lebih serius lagi.


Menyedari betpa melesetnya keadaan ekonomi sekarang ini, terutama sekali dalam aspek pelaburan baru dari luar dan dalam negara, adalah bertepatan kalau satu siasatan bebas dimulakan untuk membersihkan negara ini daripada satu sistem kewangan dan manipulasi politik yang korup seperti yang berlaku sekarang. Hanya dengan cara ini keyakinan pelabur dapat dipulihkan dan kesihatan ekonomi dapat dikekalkan.


Bermula dengan skandal hutang Halim Saad ini, kini timbul pelbagai soalan yang menyangkuti etika profesionalisma yang membabitkan cara Danaharta menjalankan tugasnya. Begitu juga dengan cara bank memberikan pinjaman kepada projek yang mencurigakan itu.


Mengenai Danaharta:

Apakah asas sebenar Danaharta mengambil alih hutang 3 bilion ringgit itu? Siapakah yang memberi arahan kepada Danaharta melakukan tindakan itu? Apakah kriteria and prinsip yang digunakan oleh Danaharta dalam menilai pinjaman yang perlu diambil alih? Siapakah sebenarnya yang membuat keputusan muktamad untuk mengambil alih hutang yang besar-besar? Apakah Danaharta diberikan ruang untuk bertindak bebas dalam mengendalikan kerja secara professional?



Mengenai Bank Peminjam

Kalau dicongak penyata kewangan yang diterbitkan oleh AWSJ, Halim telah membayar pembelian National Steel dengan kadar empat kali ganda daripada aset bersih syarikat itu pada tahun 1997. Syarikat ini yang membuat keuntungan kecil di tahun sebelumnya, merupakan sebuah syarikat yang sudah kecundang dan hampir muflis ketika Halim membelinya.

Kenapakah bank peminjam bersetuju memberikan pinjaman untuk membeli syarikat yang sedang tenat dengan kadar harga belipat kali ganda daripada nilai aset bersihnya? Bagaimana pula pinjaman itu diluluskan dengan hanya menerima saham syarikat itu sebagai cagarannya? Kalaulah angka yang diterbitkan oleh AWSJ itu betul, pinjaman yang diluluskan kepada Halim merupakan satu pinjaman yang melanggar segala bentuk peraturan dan amalan fundamental perbankan.

Siapakah sebenarnya yang merestui pinjaman besar ini? Apakah adanya arahan daripada orang politik untuk diluluskan pinjaman itu. Menyedari bahawa bank adalah kepunyaan kerajaan yang diterajui kini oleh BN adakah sesiapa dari atas yang mengarahkan pinjaman itu? Adakah penyelewengan kewangan dalam transaksi ini kerana pengeluaran pinjaman itu amat menekan pihak bank tetapi memberi keuntungan yang besar kepada peminjamnya?


>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

HALIM SAAD LOAN SCANDAL: CRONYISM RUNS UNABATED

21.09.2000

The stunning revelation of Halim Saad's 3-billion ringgit bad debt scandal by the Asian Wall Street Journal (AWSJ) on 19th Sept gives a clear example of a massive bailout of political cronies by Mahathir's Government. It is a slap on the face of Mahathir, who has cheekily denied time and again that his Government is involved in any bailout of cronies.

Pengurusan Danaharta Nasional Bhd (Danaharta), Malaysia's national debt restructuring agency, has taken over the 3-billion ringgit loan of Hottick Investment Ltd of Hong Kong, a company used by Halim Saad solely to take over Philippines' National Steel Corp. (NS). This steel company is on the brink of liquidation now, rendering the 3-billion ringgit loan to near scrap value, as the lending banks had only the worthless scripts of NS but not its assets as security. The lending banks are Malayan Banking, RHB Bank, Bank Bumiputra and Commerce Asset-holding Bhd.

What is most disturbing is not so much the enormousness of the loss by Halim, who is generally regarded as a proxy for the financial fortunes of the ruling clique, but that the taxpayers as well as shareholders of these banks (many of whom are ordinary citizens) are made to pay for the folly and greed of politicians.

In the light of Mahathir's latest move to deprive the Terengganu State Government of its traditional oil royalty, the news of this bail out rattles the Country. It riles Malaysians to realize that while Mahathir does not bat an eyelid over the government arranged write off of this 3-billion ringgit losses by favourite son Halim, Mahathir should have found the payment of 0.8 billion ringgit oil royalty to the newly PAS controlled Terengganu so unbearable that he decided to tear up an Agreement that has been honoured by Petronas (owned by Federal Government) for the past 25 years. What kind of a leader would possess such skew sense of fair play and justice? Is such a leader fit to continue to lead Malaysia?

The AWSJ revelations have thrown up a whole lot of questionable practices by the Barisan Nasional (BN) Government, which strike at the root of the ills that have plagued the Malaysian economy. Among others, they show up Mahathir as ever determined to protect and promote his crony entrepreneurs who have failed, no matter how high the salvaging bill to the Country amounts to, and no matter how reckless and inefficient these entrepreneurs have been. They also indicate the presence of political manipulations in the dishing out of mega loans to investments of dubious viability, the prevailing practice of which nearly caused the collapse of the Country's financial system in the recent Asian Crisis.

In carrying out imprudent bail out of failed crony entrepreneurs, Mahathir has missed a vital lesson from the recent Financial Crisis. It is that in a competitive economy, the inefficient and the scum must be allowed to make way for the new and vigorous, so that the process of self-cleansing and self-renewal can take place in the economy. By providing blanket protection to the failed weaklings, particularly when these are captains of industries dominating major sectors of the economy, the stifling effect on the economy is stupendous. As large sectors of the economy would then continue to be manned by the incompetents as happened in the past, while new entrepreneurship is restrained from emerging to re-invigorate the economy. Worse, this policy of maintaining the status quo vis-=E0-vis the last failure is an open invitation to a recurrence of the previous crisis.

Agreed that many of these entrepreneurs in jeopardy are Bumiputras, and therein arises an important racial dimension, should nature be allowed to run its full course in the weeding out of the weak; surely, even among the Bumiputra entrepreneurs in distress, there is a distinction between those who are worthy and those who are not worthy, having amassed assets illegitimately (through improper political conduits) and having managed them recklessly. Has the BN Government been exercising prudence and impartiality even among its rescue of Bumiputras? Public perception is that the entire debt restructuring exercise is heavily weighted (in ringgit terms) in favour of crony enterprises, with scant regards to sound management criteria. It is a pity that Malaysia has missed the golden opportunity to carry out meaningful corporate restructuring through such an exercise. Instead, it has been abused into an instrument to perpetuate BN's past tradition of corruption and cronyism.

Mahathir often justifies government bail out of conglomerates by saying that when a big company falls, many people will loose their jobs, hence these big companies must be rescued. But this argument is only an excuse to cover up his extensive plan to bail out his cronies, as shown in the case of Halim's 3-billion ringgit loan scandal. If Danaharta had not stepped in to take over the bad loans, the lending banks would be bound by law to pursue Halim to recover the debts, as the latter would have been customarily a personal guarantor to these loans. And that would deplete or bankrupt Halim but would not cause the collapse of his conglomerate Renong. So, how would that cause mass unemployment as alleged by Mahathir? Then, in the Mahathir logic, Danaharta would have lost the justification to intervene in the debt recovering process on Halim. By buying over Halim's loans at nominal values from the lending banks, Danaharta has saved Halim's skin by transferring his 3-billion ringgit losses to the lending banks which are owned by the Government (meaning the taxpayers) and the public investors. This means that the ordinary people of this Country have been made to carry an unnecessary loss of assets to the staggering amount of three thousand million ringgit through an unjustified act by Danaharta in freeing one Halim Saad from the liability of the same amount. Danaharta would not have either the justification or the courage to have acted as it did. This act of intervention by Danaharta must have originated from the top leadership of this Country.

Mindful that Halim is but a proxy to the powers that be, this scandal takes on grave criminal implications. As Anwar was accused of and later jailed for corruption for allegedly having interfered with police investigation, so too must the ultimate culprit of the present Halim bailout scandal be subjected to the same legal process, except the crime this time is many times more serious.

Keeping in view the present lethargy of our economy, particularly in respect of new foreign and domestic investment, it is imperative that an independent inquiry must now be carried out to cleanse this Country of corrupt political manipulations in our financial system, as exemplified by the current Halim loan scandal, so that investor confidence can be regained and our economic health restored.

Starting with the Halim loan scandal, there are many serious ethical questions crying out for answers, in respect of the conduct of Danaharta as well as the conduct of the lending banks in issuing these dubious loans in the first place.

ON DANAHARTA

What is Danaharta's rationale for taking over the 3-billion ringgit loan? Who has given the directive or the authority for taking over this loan? What are the criteria and guiding principles on which Danaharta makes its selection of loans to be taken over? Who are the real decision makers in the taking over of very large loans? What is the scope of freedom given to Danaharta to conduct its works professionally?

ON LENDING BANKS

Calculating from the figures published by AWSJ, it seems Halim has paid a price four times the net asset of National Steel at the time of take over in 1997. And this company, which had been making marginal profits in the preceding years, was then an ailing concern, facing serious financial difficulties. Why should the banks lend out such enormous sums to a customer to buy a company of doubtful prospects, at a price several times its real worth, and accepting such grossly overvalued shares as the only collaterals? These huge lendings were obviously made in serious violation of all fundamental banking practices and banking rules, if AWSJ figures are correct. Who have authorized these lendings? Were there any directive from the ruling politicians to give out such atrocious loans, keeping in mind that these banks are wholly or partly owned by the Government, and hence subject to direct or indirect control by the BN Government? Was there any monetary impropriety in these transactions, in view of the fact that these loans are grotesquely prejudicial to the banks' interests and immensely favourable to the borrower?


Kim Quek