Laman Webantu   KM2A1: 2859 File Size: 5.7 Kb *



Re:Worldsites.net franchise
By web aNtu

24/9/2000 11:14 am Sun

Wa 'alaikum salam wrbth.

Sdr:

Berikut adalah sedikit pandangan dari saya, yang tak seberapa:


Sekali baca laman worldsites.net, nampaknya sistem franchise mereka ini seperti internet based business consulting "supermarket." Beberapa tips yang mereka beritahu mengenai nasib malang web site itu memang betul. Pada pandangan saya sendiri mereka ini agak 'expert' juga dalam bab net consulting. Tiga ciri2 penting pada web site yg mereka tekankan itu adalah fakta benar - interactive, dinamism, promote,

Mereka juga ada develop software sendiri (inilah bendanya) untuk membuatkan satu2 site itu hidup (interaktif) - dan ada macam2 feature seperti e-commerce dan dynamism. Sambil2 itu, anda menjual benda lain - sprt web hosting, email, promotion dll kpd pelanggan anda. Semuanya disewa di worldsites juga. Sebab itulah saya gunakan ungkapan "supermarket". Hasilnya kos kepada pelanggan tidak mahal berbanding kerana kesemua general "killer feature" untuk satu portal telah ada - tinggal nak isi content atau barang sahaja. (Bayangkan anda hanya letak barang untuk dijual, letak label harga - lepas itu mereka tahulah macam mana nak iklankan barang anda. Jadi senang lah...)

Namun demikian anda perlu ada satu team untuk memasarkan perniagaan consultation seperti ini. Masalah kebanyakkan syarikat di Malaysia atau dunia ialah kos yang amat tinggi untuk develop satu portal from scratch. Jadi program worldsites ini akan menyenangkan kerja dan menjimatkan kos mereka.

Namun demikian, anda hendaklah memastikan sistem yang dipasarkan itu ada ruang untuk dicustomisekan... ie support additonal customised programming. Kadang2 ciri2 yang pelanggan (syarikat) mahu mungkin tidak ada - jadi make sure server itu boleh terima/support add-on custom program. (Biasanya boleh kalau world class punya software).

Selalunya program portal ini mempunyai ciri2 standard. Maknanya anda hanya isi tempat kosong ... dan sekejap sahaja site itu sudah online.... siap dengan news, special offer, what's new, dan lain2 ciri.

Pendekkata - anda akan melabur dalam satu perniagaan menjual program untuk membuat portal. Pastikan sistem worldsites itu dapat memenuhi permintaan (requirements) pelanggan. Selain itu contacts anda juga penting.

Saya tidak dapat nak recommend ..... kerana ia bergantung kepada kekuatan anda memasarkannya. Jika anda memang orang IT dan sudah menjual servis2 seperti ini sebelumnya, saya recommend francais ini. Saya check sekejap tadi, site worldsites.net ini pakai Windows NT.... ini yang saya kurang terpesona...... (sebab tak banyak Windows NT based server yang jadi killer servers....)


Bagi diri saya sendiri - dunia internet ini merupakan "the art of content delivery". Anda boleh berada di mana2 dalam dunia seni ini. Mungkin front end, dan mungkin back end. Jika anda berada diback end anda selamat - tapi kalau di front end anda mungkin tak selamat. [Sistem francais worldsites ini lebih kepada back end :) ]


Front end - Webmaster/Assistant:
Menjaga satu laman untuk hidup dengan content memang sukar dan kerana banyak memakan masa. Isi laman sahaja tidak cukup - anda perlu memastikan barangan anda dapat menawan pelawat. Inilah yang sukar! Selain itu tidak ramai orang yang menekan butang iklan! Sebab itu hanya 10% sahaja web sites hidup - yang lain nyawa2 ikan atau bungkus terus.

Kos untuk menjaga menggaji webmaster/assist yang rajin dan pandai pun mahal.... semakin banyak content segment semakin banyak webmaster/assistant perlu ada. (eg business section, entertainment section dll)

Yang susahnya terlalu banyak saingan - dan banyak orang boleh bagi free information.....




Back End - ini yang boleh buat duit... sebab dia provide solutions.

a) web hosting, ready made software (macam worldsites portal), web design, custom made software - programming, consulting etc. Sebab itu francais di atas dijadikan satu bisness....

b) technology - ini lagi mengancam tetapi perlu ada otak yang mengancam dan gilerrr.. Kalau anda boleh cipta satu teknologi, sekejap aje gergasi besar akan beli teknologi anda. Contohnya (harga dah lupa - agak aje) ialah

Vet Antivirus (fastest virus search)=1 million CSA beli.

Ghost Software (disk cloning)=1 million Symantec beli.

RealNetworks = video broadcasting .... belum ada orang beli

Akamai = speeding content delivery ... mahal sangat/dah tutup francais?

Top Layer = network switching ... cool technology (world class)

Cisco = Darling of Wall Street (routing, fast reliable secure network equip.)

ReplayTV = tengok TV saved kat hard disk..... programmable (cool juga)

Google = link ranking based search ... sekarang dah menawan hati Yahoo.


Kesimpulan:

Jika contact anda kuat - francais tersebut memang baik. Selling point: Fast, Less Expensive, Easy to Handle/control.

Yang saya ingin tekankan satu sahaja.
Jika laman kita tidak unik (ie lebih kurang aje dengan laman orang lain) semakin sukar untuk kita bersaing dan hidup.

Jika ramai orang berniaga benda yang sama, sukar nak laku - hanya orang yang banyak duit (promosi gilerr) yang dapat menang.

Tapi jika ada sesuatu yang unik, anda akan mendapat pelanggan yang sukar lari..... malah anda akan dicari. Itulah kisah google yang berjaya memikat Yahoo dari Inktomi.

Sekian .... semoga berjaya.