Laman Webantu   KM2A1: 2858 File Size: 7.7 Kb *



B2: Dasar Penswastaan Mahathir Membunuh Daya Keusahawanan Melayu
By Amin Sapiro

24/9/2000 9:52 am Sun

DASAR PENSWASTAAN MAHATHR MOHAMAD MEMBUNUH DAYA KEUSAHAWANAN IKS MELAYU - SATU RUMUSAN. (Bah. 2)

Penswastaan-Korporatisasi

BAGI setengah orang, Dr. Mahathir penuh dengan impian yang hebat-hebat. Tetapi, menilai hasil impian beliau, orang Kedah kata: Dr. Mahathir cuma ?berangan-angan yang loghat-loghat?..!!

Dr. Mahathir cukup hebat mempromosikan ide beliau mengenai pelaksanaan konsep ?Penswastaan-Korporatisasi?. Jika nak dianalisi, kena kita baca buku satu almari. Tetapi, dengan mudah kata, ia bermakna: mana yang dipegang dan diurus-tadbir oleh kerajaan akan dibagi orang lain jalan-uruskan.

Contohnya, Lebuuhraya Utara-Selatan. PLUS bina jalan, dan dibenarkan kutip tol. Melintas saja sebiji kereta, kena bayar. Tiap-tiap tahun Konsesi itu naikkan bayaran. Rakyat kena tambah bayar. Sebab, taukeh konsesi kata mereka tanggung kerugian. Tapi yang kita tahu, Halim Saad naik kapal terbang sendiri bila jalan-jalan.

Amacam rakyat pula? Kalian naiklah Proton Saga. Kereta macam itu pun kena bayar. Jalannya macam itu juga, tapi bayaran meningkat. Rakyat marah sampai demo, Mahathir hantar FRU leraikan. Nak buat macamana? Kan Mahathir kata, "Itulah dia Penswastaan".?.

Macam itu juga kalau masuk hospital. Rawat punya rawat, bila nak keluar - kununnya dah sehat, bil kena selesaikan. Tengok-tengok ada bil yang sampai RM10 ribu kena bayar. Mana yang sakit jantung, pengsan lagi sekali. Nak buat camna, tentulah masuk wad lagi sekali.

Maknanya, bil yang seda ada belum bayar kena tambah bil baru lagi. Macam tu, tak ke elok mati? (jangan ketawa - ini sebenarnya suatu tragedi..!!).

Kalau kakitangan awam adalah sikit kelonggaran. Amacam Pak Mat yang asal dari pendalaman, bukan pencen? Hisyyyy? tak ada sebelah mata orang pandang. Seolah-olah Pak Mat dah jadi orang terbuang. Tidakkah itu dasar Mahathir menyuruh orang makan gaji Kerajaan?

Sebut Korporatizasi pula - Kerajaan tak ada lagi campur tangan. Sendiri cari hasil sendiri makan hasil. Siapa yang perlu khidmat agensi-agensi itu, kena bayar.

Macam anak-anak nak masuk belajar di universiti, emak-bapak cari kena duit sendiri. Apa caranya, itu sendiri punya ikhtiar. Samada nak berhutang, bergadai-bergolok, nak rompak-samun sendiri punya pasal. Janji: Bayar!! Tak boleh bayar, anak kena suruh pulang kampung. Tanam jagung!!

Pasal biasiswa jangan banyak soal. Mahathir kata, ?Orang Melayu kena diajar?. Keputusannya, Kerajaan Mahathir bagi hutang jangka panjang. Sekarang, boleh jamin, tiap anak-anak sekolah di peringkat IPT ada hutang ratusan ribu menunggu.

Dimana Keadilannya

Jadi puak mana sekarang yang mendapat memanfaat bermewah-mewah dari dasar Pembangunan Usahawasan Mahathir yang direstui UMNO..? Kantung siapa yang berisi dan kocek siapa yang kosong?

Tengok sini, amacam ceritanya. Mahathir dan Daim serta kuncu-kuncu ada Kroni. Kroni ini cari idea keliling dunia. Balik nanti mereka upah Juruperunding buat Kertas Kerja. Beratus muka. Kemudian jumpa Mahathir-Daim bukak silat mereka.

Vincent Tan kata, ?Kita buat Indah Water Konsortium. Tiap-tiap orang ada kepala paip di rumah kena bayar ufti. Kalau satu rumah boleh kutip RM5, cuma taksir satu juta rumah??

Heheh? budak-budak Tadika pun boleh congak dengan jari. Tetapi soalnya, adakah orang kampung air kotor mereka Indah Water Konsortium cuci? Habis apa servis Vincent Tan dah garenti? Tidakkah itu macam merompak siang hari?

Vincent Tan cerdik akalnya. Siang-siang dia dah pinjam dari Bank satu billion RM. Separuh duit kontan dia songlap dan punggah hantar luar negeri. Bank tak boleh kata apa, sebab Vincent Tan adalah Mahathir punya Kroni. Daripada buang kerja lebih baik bagi. Lagipun dia cuma makan gaji.

Lama-lama Vincent Tan ?declare??. Indah Water Konsortium: RUGI!! Bila tanya, cagaran ada ke? Vincent goyang tangan dan kata, ?Tarakkkkk..lahhh..?. Bila desak lagi, Vincent Tan goyang kaki?heheh cabut lariii?.!! Pegawai bank keluh kesah. Bank dah rugi parah.

Kerana nak tutup cerita, Mahathir pakat dengan Daim? ?You bail-out lah!!?. Daim angguk sebab dia pun ada juga masalah. Berpuluh syarikatnya dah luka parah. Bottom-line nya: MERAH! Indah Water dibail-out dengan duit rakyat tak kurang RM800 juta. Fikirlahhhhh?.!!

Padahal pengusaha/peniaga IKS boleh kendalikan kerja pembersihan takungan najis. Sudah 50 tahun tak ada masalah! Tiba-tiba usaha mereka dirampas - patah ditengah. Macam itu ke Penswastaan kembangkan keusahawanan?

Masa Anwar dulu, inilah jadi punca masalah. Anwar berkeras tak mau bayar. Mana boleh duit rakyat dianggap macam sendiri punya tong sampah. Pertelingkahan inilah menyebabkan Mahathir suruh Anwar ?Bapak Anjing? belasah!!

Macam tu jugalah pengkopratan IPT. Ada pulak sekolah yang di?Franchise?kan. Kalau nak mudah macam ?Kentucky Fried Chicken? lah. Kroni-kroni buat sekolah, sewa rumah kedai yang murah-murah. Letak guru yang lulus macam nasi mentah. Suruh mengajar budak-budak Melayu.

Bayaran berapa? Hehehe? RM5,000/ enam bulan. Berapa lama? Dua tahun. Dah tentu RM20 ribu kena bayar. Kalau tak lulus boleh sambung lagi. Tapi kena ingat, bayaran kena tambah lagi!! Lama-lama, sekolah untung beratus juta, bapak murid terjelir lidah nak membayar!! Mengikut pemantuan, cuma 5% saja yang lulus. Siapa untung, siapa rugi?

Satu cerita lagi: semua projek yang diswastakan diserahkan kepada Kroni pilihan. Kawan ini punyalah rakus bukan kepalang. Semua kerja dia bolot sendiri buat. Usahawan kecil (IKS) tak merasa dapat. Apa peluang lagi selain dari terkulat-kulat. Dari A sampai Z, anak syarikat konsesi yang buat.

Tidakkah ini menyekat daya usaha perkembangan keusahawanan rakyat? Lama kelamakan mana yang ada kebolehan hanya ada satu pilihan. Makan gaji dengan ?tuan-tuan? jutawan. Sendiri nak mencuba kebolehan - baik jangan. Pasti patah kandar, sebab ?taukeh besar? mana boleh dikalahkan. Mereka handal.

Apa iktiar nak mengubah nasib?

(sambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)