Laman Webantu   KM2A1: 2854 File Size: 8.8 Kb *



Penswastaan: Mahathir Bohongi Usahawan IKS
By Amin Sapiro

23/9/2000 10:09 pm Sat

Amin Sapiro (sedih dengan nasib orang Melayu)

PENSWASTAAN: MAHATHR BOHONGI USAHAWAN IKS

DASAR PENSWASTAAN MAHATHR MOHAMAD MEMBUNUH DAYA KEUSAHAWANAN IKS MELAYU - SATU RUMUSAN.


SUDAH lama saya menyimpan catatan ini. Sejak saya menghadiri sebuah seminar keusahawanan di Kuala Lumpur tempoh hari. Dollah Ahmad Bedawi bukan main berlagak ?menghamun? peserta (rata-rata orang Melayu).

Kununnya orang Melayu jangan bergantung sangat kepada subsidi bantuan Kerajaan dalam keusahawanan dan perniagaan. Geram juga hati saya mendengarnya. Apatahlagi, melihat bangsa saya dianiaya!! Tidakkah kita sudah Merdeka?

Tidak kita memilih pemimpin UMNO untuk mengisi Kemerdekaan? Mengapa kita mesti diperbangangkan?

Orang Melayu Menyumpah Habis

Kami terkebil-kebil saja. Ramai yang melopong tak terkata apa. Maklumlah, itu memang budaya pemimpin Melayu dalam UMNO - ditempat begitulah mereka ?tunjuk steam?. Kalau bantah kena catit nama. Silap-silap kena ?potong nama?. Hilang taraf sebagai ahli UMNO..!!

Masa rehat minum kopi, kami bertanya sesama sendiri, ?Kalau Mirzan dan Kroni Mahathir tak ?dibail-out? dan bagi berpuluh bilion subsidi, apa sudah jadi? Tak kan Dollah Bedawi sebangang itu, nggak ngerti?, kata seorang Wak dari Johor.

Menjawan Mamat dari Negeri Sembilan. Dia kontraktor buat jembatan. Kabarnya dulu, jembatan Rais Yatim dia lah yang tolong bakarkan. Katanya, "Taukeh babi pun Dollah bagi subsidi. Kalau orang Melayu mintak disebut macam nak rak. Macamlah kepala bapak dia punya negeri?" . Marah betul dia.

Begitulah marahnya orang bila dengar pemimpin UMNO kalau bercakap. Masing-masing memang tak sedar diri. Salah orang nampak, salah sendiri tak kata apa..!

Teringat saya: JIKA Robin Hood dalam legenda ?revolusi-rakyat? Inggeris menentang kekejaman sistem Raja dengan membawa falsafah marhain 'Robbing the rich for the poor'. Tetapi Dr. Mahathir Mohamad yang angkuh mendabek dada sebagai pejuang negara ke-tiga terang-terang telah melakukan perkara sebaliknya. Beliau lebih cenderung 'merompak orang miskin untuk dikongsi-kongsi oleh orang kaya'.

Hasilnya, hari ini kita semua nampak ada bukti nyata bahawa yang kayaraya adalah diri Mahathir sendiri, anak-beranak, suku-sakat dan kroni-proksinya, para menteri dan wakil rakyat UMNO dan komponen Barisan Nasional.

Itu bukan fitnah. Malah itulah yang menyebabkan Datuk Seri Anwar membantah; maka beliau diaib-malukan, diseksa, dipenjara dan seluruh keluarga beliau disisihkan begitu rupa!! Rakyat tahu. Dan buktinya, lumpuh Kerajaan UMNO/BN di Terengganu!

Orang Melayu Terus Dipinggirkan

Jika di zaman penjajah, orang Melayu dianggap rakyat kelas tiga selepas penjajah Inggeris dan kaum Cina. Penjajah merancang supaya orang Melayu disisihkan ke ulu-ulu dan pendalaman di pinggir hutan simpan.

Tetapi, setelah 43 tahun negara ini di merdekakan - Mahathir adalah Perdana Menteri pertama yang tidak nampak mempunyai sebarang rancangan untuk membangunkan daya keusahawanan orang Melayu secara sistematis, disengajakan dan jangka panjang.

Hampir 18 tahun Dr. Mahathir menerajui UMNO, jumlah usahawan tahap Pertengahan dikalangan orang Melayu berbanding kaum lain - tidak lebih bagai 'melepaskan batuk di tangga' saja.

Saban hari kita didendangkan dengan pelbagai janji manis bagai madu gula nira. Tetapi cuba orang Melayu yang berkeinginan menceburkan bidang ini mencuba daya usaha? Rata-rata mereka akan berkata: "Kerajaan Mahathir cuba pandai 'menanam tebu dibir' saja..!!"

Sepatah kata pepatah Melayu, Mahathir dan 'lembu-lembu pawah' UMNO yang dibaruakannya, hanya bercakap semacam 'pepat diluar rencong didalam'. Banyak orang harapan rakyat yang sanggup ?menggunting dicelah lipatan?. Sistem ?Ten %? (ten percent - Ed.) menjadi paduan lumrah sebagai amalan..!!

Akhirnya, belumpun pengusaha IKS mendapat ?kontrak dan tender?, orang politik sudah siang-siang ?kebas? untuk abang ipar, kakak saudara, anak-anak dan kroni-proksi mereka.

Kita boleh ?check-chek? tengok, cari satu orang para Menteri dan MB-MB UMNO yang tidak ada kroni proksi dan penyimpan ?mohor? mereka?

Tanya Rafidah Aziz - amacam isu Saham menantu beliau? Tanya Mahathir - Mirzan dengan Syarikat Kapal Kebangsaan itu berapa billion PETRONAS dah 'koyak'? Itulah dia sistem ?Nepotisma dan Kronism?

Apa Puncanya?

Puncanya adalah bersebab dari Dr. Mahathir terlalu ghairah dengan dasar Penswataan. Kununnya, itulah cara meningkat penyertaan rakyat dibidang keusahawasan dan perniagaan secara berkesan. Maka bermati-matianlah beliau merombak dan mengatur semula beberapa uruskerja, struktur dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Kununnya, dasar beliau yang baru akan menjadi asas harapan memajukan orang Melayu dibidang ini. Tapi dasar itu bertukar jadi 'Dasar Ekonomi Baru(a)' pulak!!

Akhirnya, rombakan keatas DEB yang diolah semula begitu rupa suntik dengar dasar Penswastaan. Mahathir bermegah memuji dasar yang dilaksanakan.

Maka wujudlah dengan sendirinya faktor ?Nepotisma dan Kronisma?. Melalui satu jalinan interaksi yang mantap dengan kroni tertentu, Dr. Mahathir mencanangkan pula konsep 'Malaysia Incorporated'.

Dengan konsep yang diimpot dari Jepun itu, bermakna antara golongan peniaga bermodal besar dengan semua jabatan terbabit diwujudkan satu hubungan yang ikrab. Tak cukup dengan itu, diinjek pula dengan slogan 'Smart Partnerships'..!!

Nah! Di sinilah bermulanya segala rasuah dan penyelewengan yang menggila-gila. Semuanya jadi halal tanpa dosa. BPR pun tak boleh lagi buat kerja. Kalau tak percaya, tanya Datuk Shafie Yahya - apa cerita Dr. Mahathir maki-hamun beliau bila Abol Hassan ditangkap dengan wang tunai RM100 dalam laci pejabat?

Apatahlagi, bagi Pak Mat yang cuma kontraktor Kelas 'F' dengan modal hasil cagaran se bidang tanah pesaka, pasti akan teraba-raba, tertanya-tanya untuk mencari maknanya konsep-konsep Mahathir yang ?gila-gila?..!!

?Ya Allah?!! Bukan main hebat. Nak memikir untuk dimasukkan ke dalam kepala hotak pun kepalang punya beghat?!? Pak Mat melopong terkulat-kulat bila tengok Ahmad Ridzwan, adik kepada Mohammad Taib dapat tender juta-juta!! Untung berlipat-lipat.

Sampai Mohd. Taib kena tangkap oleh kastan-imigresen Australia sebab bawa duit dalam bag bimbit setengah koyan. Dia mengaku duit dia. Tapi dia tak cakap dari mana asalnya. Takkan gaji MB sebulan 3 juta.

?Sajalahhh?abang dia Menteghi Besaq.. Hang apa ada? Modai pun tadakkk..? menjawab ?partner? si Pak Mat.

Jadi puak mana sekarang yang mendapat memanfaat bermewah-mewah dari dasar Pembangunan Usahawasan Mahathir yang direstui UMNO..? Kantung siapa yang berisi dan kocek siapa yang kosong?

(bersambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)