Laman Webantu   KM2A1: 2850 File Size: 6.1 Kb *



FKMT: Singapura Semakin Gelabah, Kaum Cina Tak Mahu Anak Di Rumah.
By Mat Teropong

23/9/2000 5:35 am Sat

Singapura Semakin Gelabah, Kaum Cina Tak Mahu Anak Di Rumah.

Oleh: Nao Nakanishi
Diterjemah: Mat Teropong.


"Let's Get On the Love Wagon!" Demikianlah tajuk dalam Bahasa Inggeris yang menjadi pojok Singapore Straits Times. Inilah ajakan kepada rakyat Singapura untuk berasmaradana walaupun di dalam kereta. Sebelum ini Singapura merupakan sebuah negara yang mempunyai peraturan yang ketat terhadap ponografi dan seks bebas.

Di muka yang dua lambar dam akhbar yang cenderong kepada kerajaan itu memberikan maklumat mengenai beberapa tempat sunyi dan gelap, yang sungguh romantik untuk para pangan yang memikirkan mereka mampu mencontohi Romeo dan Juliet. Terdapat juga beberapa senarai mengenai bantuan khas seperti menggunakan akhbar untuk menutup cermin kereta (semasa membuat kerja?- penterjemah)

Inilah salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar kelahiran bayi di kalangan satu masyarakat yang berpendidikan tinggi kerana mereka lebih mengutamakan pencapaian kekayaan dalam masa panjang daripada beranak-pinak. Usaha kerajaan itu bermotifkan penggalakan keluarga yang besar.

Kalau rencana ini gagal, kadar kelahiran bayi yang rendah di kalangan penduduk yang didominasi oleh kaum Cina akan merobah kadar campuran yang sensitif di negara itu sedangkan komposisi begitu merupakan satu strategi yang berjaya meredakan ketegangan etnik yang selama ini menjadi masalah besar negara jirannya.

Kadar penduduk Singpura adalah mengandungi 76.8 persen Cina, 13.9 persen Melayu dan 7.9 persen India. Selama ini, negara kecil yang mempunyai jumlah penduduk seramai 4 juta itu, mengharapkan kaum Cina menonjol dalam bidang pertahanan dan perniagaan. Usaha kerajaan itu memang memberikan isyarat yang amat jelas.

"Kita perlukan banyak bayi yang baru lahir," kata Perdana Menteri Goh Chok Tong dalam satu ucapannya bulan yang lalu.

Jumlah penduduk Singapura akan mengecut selagi kita tidak betulkan kadar fertiliti di kalangan kaum cina." Kadar fertiliti di Singapura ialah 1.5:1 (anak:ibu); Kadar ini adalah baik sedikit daripada kadar di Itali yang merupakan terendah di dunia yakni 1.2.

Tetapi kadar fertiliti (kadar kesuburan) kaum Cina ialah 1.3 berbanding 2.4 di kalangan orang Melayu, yang beragama Islam dan mempunyai budaya hidup yang seiras dengan saudara-mara mereka di Malaysia. Kaum Cina di Singapura memerlukan nisbah 2.1 kalau mereka mahu menggantkan jumlah kaum mereka yang ada kini.

Sejak beberapa minggu yang lalu, kerajaan telah membuat pengumuman mengenai 'Baby bonus' (bayaran bonus kalau melahirkan anak) untuk anak kedua dan ketiga, cuti berbayar yang bertambah dan telah memperkenalkan cuti bersalin kepada kaum bapa di kalangan pekerja perkhidmatan awam.

Seperti yang dilakukan oleh negara yang menghadapi kadar kelahiran yang rendah, kos yang tinggi menyara anak merupakan satu hambatan kepada mereka yang mahukan keluarga besar di Singapura. Untuk memperolehi anak, ibubapa terpaksa mengorbankan apa yang disebut sebagai 'The Singapure Dream". Impian Singapura itu bermula dengan abjad 'C'. Terdapat lima 'C' semuanya; Car (kereta), Kondominium (rumah pangsa mengikut fesyen Singapura bukannya fesyen Datuk Keramat ataupun Kampung Kerinci-penterjemah), Credit Card, Cash (wang tunai) dan Club membership (keahlian kelab).

Harga harta awam memang tinggi dalam salah sebuah negara yang sungguh padat di dunia ini. Begitu juga dengan harga kereta kerana kerajaan menghadkan jumlah kereta kerana negara ini hanya mempunyai lebuhraya sepanjang 23 km dan 42km lebarnya.

"Kami mengimpikan anak seramai 3 hingga 4 orang dalam setiap famili..Masalahnya harga menyara anak terlalu mahal." Kata seroang peniaga.

Dia menganggarkan kos sebanyak S$200,000 (RM600,000) untkk membesarkan seorang anak dengan memberikannya pendidikan yang tinggi, berbanding dengan kadar S$4000- S$5000 yang pernah dibelanjakan untuk mendidik seorang berpelajaran di zamannya dulu.

Untuk golongan menengah, mereka mengimpikan satu rumah di Australia untuk menghabiskan zaman persaraannya, lengkap dengan beberapa ekor kuda ataupun duduk di Singapura dengan rumah kediaman tajaan kerajaan bersama tiga orang anak sambil menggunakan kenderaan kepunyaan awam. Demikian pula pendapat seorang anak muda Singapua.

Untuk menikmati keselesaan hidup, ramai kaum wanita Singapura yang bekerja dan tidak mahu melepaskannya walaupun merka sudah bergelar ibu.

Kekurangan tenaga kerja telah membuat kerajaan bertindak dengan menggalakkan wanita yang berkelulusan untuk bekerja, dengan cara memberi kemudahan kelepasan cukai. Kemudahan seperti inilah yang menyumbang kepada ramainya wanita yang lambat berumah tangga dan keluarga yang kecil.

Seorang pegawai di Kementerian Pembangunan Masyarakat dan sukan telah berkata: 43 persen penduduk berkeluarga (household) Singapura adalah mereka yang mempunyai dua pendapatan berbanding dengan 35 persen pada 1989.


"Perubahan berlaku terlalu pantas. Kami terpaksa menggalakkan wanita yang berpelajaran tinggi untuk bekerja?..Tetapi kini, keadaan berubah lagi. Bukan sahaja wanita yang berpendidikan tinggi, malahan wanita yang tidak berpelajaran tinggi pun mempunyai anak yang sedikit."

Dalam negara yang kecil yang berjiran dengan satu negara besar yang bergolak seperti Indonesia, sudah timbul perasaan takut kini, betapa kadar fertiliti yang rendah itu akan menggugat dasar pertahanan negara, akhirnya.


Catatan: Artikel di atas adalah terbitan Reuters. Diterbitkan semula oleh New Straits Times 20 September,00 mukasurat 14 (Opinion).

>>>>>>>>>>>>>>>>>> Tiru gaya -MT- Sikit <<<<<<<<<<<<<<<<