Laman Webantu   KM2A1: 2848 File Size: 5.9 Kb *



FKMT: Pemberontak Yang Kental
By Mat Teropong

23/9/2000 5:58 am Sat

Fokus Khas:


PEMBERONTAK YANG KENTAL
(Rebels Who Have Resisted Outsiders)

Oleh: Raju Gopalakrishnan
Terjemahan: Mat Teropong


Serangan angkatan tentera Filipina ke atas pangkalan pemberontak Islam di bahagian selatan Pulau Jolo merupakan satu satu serangan yang terbaru dalam satu siri peperangan yang dilakukan oleh orang luar. Ia bermula dengan penjajahan Sepanyol beberapa ratus tahun yang lalu.

Tidak ada satu serangan pun yang berjaya, demikian kata Marites Vitug, seorang wartawan Filipina yang telah menulis (bersama seorang penulis lain) sebuah buku yang mencatatkan perjuangan pemberontak Islam di bahagian selatan negara itu.

"Mereka telah berjaya melawan semua penakluk," demikan kata beliau kepada Reuters, sambil merujuk kepada rakyat tempatan. Anggota Abu Sayyaf memang semuanya berbangsa Tausug dan amat matang dalam peperangan. Mereka merupakan orang tempatan yang tahu sangat keadaan pergunungan di situ apatah lagi dengan persekitaran lautan yang ada.

"Mereka mampu menyesuaikan diri dengan manusia yang ada dan keadaan persekitaran. Mereka mampu menyeberang lautan di tengah malam. Semua ini adalah amalan biasa kepada mereka," kata Vitug lagi.

"Kalau mereka mampu bertahan??.. mereka mampu juga melepaskan diri".

Berita seperti in tentunya tidak menyenangkan pihak tentera yang melancarkan serangan ke pangkalan pemberontak itu pada hari Sabtu untuk membebaskan 19 orang tebusan termasuk enam orang luar.

Serangan udara oleh pesawat ringan dan helikopter, bersama tembakan mortar yang disusuli serangan darat telah dilakukan tanpa henti selama tiga hari. Namun, ada tanda menunjukkan pemberontak itu telah berundur ke kawasan pergunungan dengan para tebusan. Tentunya mereka bersedia menghadapi perjuangan yang panjang.

Tentera laut telah pun melakukan sekatan di Jolo yang terletak 960 km ke selatan Manila. Usaha ini bertujuan menyekat para pemberontak itu daripada menggunakan motobot dan melarikan diri mereka ke dalam kawasan perairan yang penuh batu karang dan pulau-pulau kecil.

Tetapi, tidak ada sesiapa yang berani berkata bahawa operasi tentera itu satu kerja yang mudah.

Islam telah mula menjejakkan pengaruhnya di selatan Filipina pada abad yang ke-14. Apabila Sepanyol menakluki Filipina dan membawa ajaran Kristian, tercetuslah peperangan yang sungguh dahsyat di kawasan yang didudukki oleh kesultanan Islam di Mindanao dan Jolo sehinggakan berlakunya keadaan padang jarak padang tekukur. Penjajah Sepanyol itu telah menggelarkan musuh mereka dengan panggilan 'MOROS' sepertimana mereka memanggil orang Moors di Eropah.

Keganasan yang berlaku di zaman Sepanyol itu tidakah sedahsyat dengan pembunuhan bersistem yang dilakukan ke atas orang tempatan oleh angkatan tentera Amerika Syarikat pada awal abad ke -20 yang lalu.

Mark Twain pernah menulis mengenai peperangan di Jolo pada tahun 1905 dengan perkataan ini:

"Pihak musuh berjumlah 600 orang termasuk kaum wanita dan anak-anak. Kami (Amerikan) telah memusnahkan mereka semuanya, tanpa membiarkan seorang pun anak kecil untuk bernafas dan meraung nama ibunya yang sudah mati."

Ketika Perang dunia ke-2 berjuang bagi pihak kerajaan Filipina dalam memerangi pihak Jepun.

Jolo adalah pusat perjuangan orang Moro dalam tuntutan kemerdekaan daripada Filipina yang beragama Roman Catholic pad pertengahan 1970-an. Tentera Filipina telah menyerang mereka dan membakar bandar besar mereka pada 1974, bertepatan dengan 100 tahun selepas serangan yang sama oleh pihak Sepanyol dulu. Beratus manusia yang terbunuh dan ribuan lagi yang melarikan diri daripada pulau itu.

Pulau kecil yang berbentuk anak katak itu, kini menjadi tempat tinggal kepada lebih kurang 400,000 manusia yang hidupnya kedaifan dan bergantung kepada kerja-kerja berani dan menangkap ikan.

"Inilah wilayah yang paling miskin dalam negara ini."

Demikian kata Vitug sambil menerangkan betapa kemiskinan adalah berpunca daripada keganasan yang berlarutan sejak berabad lamanya. "Satu ketika dulu, Jolo merupakan sebuah bandar diraja kesultanan Sulu. Keadaannya sungguh kosmopolitan, sedangkan di waktu itu Manila masih lagi merupakan satu kawasan yang berpaya."

Mindanao dan beberapa kepulauan yang berjiran denganya memang kaya dengan rimbunan hijau, tanah yang gembur dan tanaman yang subur. Sekitar 40 persen keluaran tani Filipina ditanam di situ dan kebanyakan hasil laut negara memang dituai di perairan Mindanao.

Tetapi, perbalahan yang berterusan telah mentakdirkan pulau itu menjadi satu kawasan yang paling mundur sedangkan Filipina pun merupkan sebuah negara yang lembab ekonominya di antero Asia.

Vitug berpendapat, serangan yang terkini itu merupakan satu tindakan ganas yang memporak-prandakan keadaan sedangkan apa yang sebenarnya diperlukan ialah satu serangan kilat hanya untuk menyelamatkan para tebusan.

"Mungkin juga semua ini satu ekustik sahaja, akhirnya," kata beliau.

"Mungkin juga ia merupakan satu pesanan yang dikirim oleh pihak tentera, hei??. kami buat juga sesuatu dalam hal itu?.!!!!!!"


Diterjemahkan oleh
Mat Teropong.


Catatan: Artikel di atas adalah terbitan Reuters. Diterbitkan semula oleh New Straits Times 20 September,00 mukasurat 14 (Opinion).

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Tiru gaya -MT- Sikit <<<<<<<<<<<<<<<<